Anda di halaman 1dari 6

NUR ASMADIYANA BINTI MAT ALI SEMAN

Tajuk : Guru sebagai pemudahcara pembelajaran berasaskan masalah (PBM)


dalam mata pelajaran RBT.

PENDAHULUAN

Pengenalan

Secara umumnya, pembelajaran adalah proses bagi memperolehi


pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai yang akhirnya dijangka akan
membawa perubahan dalam diri seseorang. Dipetik daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2006, mengatakan bahawa pendidikan
yang mempunyai sistem penyampaian cekap dan berkesan sangat
diperlukan sebagai usaha untuk membangunkan modal insan yang
berinovatif serta memiliki kemahiran abad ke-21. Tuntutan ini disokong
oleh ideologi utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang
menyatakan :

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia)
NUR ASMADIYANA BINTI MAT ALI SEMAN

1.2 Penyataan Masalah

Selari dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


untuk menghasilkan sumber manusia yang mempunyai kebolehpasaran
yang tinggi dan mahir dalam pelbagai bidang, maka kesedaran tentang
pendekatan pdp perlu berubah dari semasa ke semasa terutama di
sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Transformasi pendidikan yang
menekankan kemahiran abad ke-21 adalah satu pembaharuan taraf
pendidikan yang sedia ada, untuk melahirkan murid yang mempunyai
kemahiran seperti kemahiran menganalisis, berkomunikasi, mensintesis
masalah serta memberi penyelesaian logik (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2013). Hal ini adalah kerana untuk melahirkan murid yang
mempunyai nilai tambah dan mahir. Justeru itu, pendekatan pembelajaran
berasaskan masalah (PBM) adalah sesuai selaras dengan hasrat KPM.
Dalam hal ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara dalam segenap
aspek pendidikan. Berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 dalam Standard 4 menyatakan bahawa tugas guru adalah
sebagai pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang berkesan bagi memperkembangkan potensi murid secara
menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara
berterusan.

Sebagai pengamal ilmu, guru-guru perlu dan sentiasa


mengemaskini dan meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing serta
peka terhadap perubahan dasar pendidikan. Justeru itu, guru-guru perlu
mempersiapkan diri dengan kemahiran pemudahcaraan. Ghafar (2003)
mencadangkan seorang guru itu perlu menggunakan pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran untuk mengelakkan pelajar merasa jemu dan
menjadikan pengajaran guru lebih berkesan. PBM merupakan satu
pendekatan pembelajaran yang aktif dan berpusatkan murid di mana
NUR ASMADIYANA BINTI MAT ALI SEMAN

pembelajaran berlaku melalui masalah dan situasi yang diberikan (Hmelo-


Silver, 2004).

PBM bertindak menjadikan guru sebagai fasilitator dengan memberi


sumber dan bimbingan kepada murid apabila murid membangunkan
kandungan pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah (Mohd
Fizam bin Hj Zainon & Khairul Anuar bin Aziz, 2013). Dalam PBM, tugas
guru adalah sentiasa memantau murid untuk bertindak aktif dalam
menyelesaikan masalah secara bekerjasama dan berdikari. Selain itu,
untuk menarik murid supaya melibatkan diri secara menyeluruh semasa
proses pdp berlangsung, guru sebagai pemudah cara perlu membuat
persediaan awal sebelum PdP bermula untuk memilih dan melaksanakan
teknik-teknik pengajaran yang sesuai dengan murid. Kenyataan ini
disokong oleh Pengarah Pendidikan Putrajaya Roaini Jaafar berkata,
kaedah pembelajaran itu menggunakan konsep yang berpusatkan murid
dan pelaksanaannya membolehkan mereka mengambil bahagian secara
aktif ketika guru mengajar. (myMetro, 2017).

Namun begitu, timbul persoalan apabila adanya guru yang tidak


mahir dengan kemahiran pemudahcaraan. Persoalannya disini ialah
sejauh manakah tahap penguasaan guru sebagai pemudah cara semasa
di dalam kelas, seperti yang diinginkan oleh KPM. Tambahan pula, PBM
masih kurang diamalkan dalam sistem pendidikan pada masa kini
menyebabkan guru masih kabur dengan peranan mereka dalam PBM.
Hal ini menyebabkan guru terlampau memberi kepada murid terutamanya
semasa pembelajaran amali sehingga murid tidak mampu berdikari
sendiri menyebabkan murid mengharapkan bantuan daripada guru
sepanjang proses pdp. Dalam satu kajian telah dijalankan bahawa
terdapat kekurangan dalam memahami peranan guru serta teknik-teknik
pengajaran yang dipraktikkan oleh guru dalam perlaksanaan pendekatan
PBM (Brush dan Saye, 2000). Hal ini menyebabkan guru tidak memahami
dan kurang yakin untuk melaksanakan pendekatan ini. Justeru itu, kajian
ini juga dibuat untuk mengenalpasti teknik-teknik pengajaran yang
NUR ASMADIYANA BINTI MAT ALI SEMAN

dipraktikkan oleh guru dalam perlaksanaan pendekatan PBM supaya ia


dapat dijadikan contoh dan motivasi kepada guru-guru lain untuk
mempraktikkan pendekatan ini dalam pengajaran mereka.

1.3 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan meninjau peranan guru sebagai pemudahcara


dalam pelaksanaan pendekatan PBM dalam mata pelajaran Reka Bentuk
dan Teknologi (RBT). Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi
mengenalpasti teknik-teknik yang digunakan oleh guru dalam
melaksanakan pendekatan PBM dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknoogi (RBT) serta melihat kelemahan-kelemahan yang perlu
diperbaiki semasa guru bertindak sebagai pemudahcara.

Objektif Kajian

Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif seperti


berikut :

i. Mengenalpasti sejauh manakah peranan guru sebagai pemudahcara


dalam pelaksanaan pendekatan PBM mata pelajaran Reka Bentuk
dan Teknologi (RBT).
ii. Mengenalpasti teknik-teknik yang digunakan oleh guru dalam
melaksanakan pendekatan PBM dalam mata pelajaran Reka Bentuk
dan Teknologi (RBT).
iii. Mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki semasa
guru bertindak sebagai pemudahcara
NUR ASMADIYANA BINTI MAT ALI SEMAN

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian seperti yang digariskan,


beberapa persoalan kajian telah dibuat untuk dijadikan panduan
pelaksanaan kajian ini.

1) Sejauh manakah peranan guru sebagai pemudahcara dalam


pelaksanaan pendekatan PBM di sekolah.
2) Apakah teknik-teknik yang digunakan oleh guru dalam
melaksanakan pendekatan PBM dalam mata pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT).
3) Apakah kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki semasa
guru bertindak sebagai pemudahcara

1.4 Hipotesis Kajian

1.5 Skop dan Batasan Kajian

Skop Kajian

Dalam kajian ini, skop kajian adalah untuk mengkaji peranan guru
sebagai pemudahcara terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan
masalah (PBM) dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
Skop kajian yang dilihat ialah dari segi peranan guru sebagai
pemudahcara dalam pelaksanaan pendekatan PBM mata pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT), teknik-teknik yang diguna pakai oleh guru
semasa melaksanakan pendekatan PBM serta kelemahan-kelemahan
yang perlu diperbaiki oleh guru semasa melaksanakan pendekatan PBM
dalam RBT.
NUR ASMADIYANA BINTI MAT ALI SEMAN

Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di beberapa buah sekolah rendah sekitar


negeri Perlis dan hanya melibatkan guru-guru yang mengejaran mata
pelajaran RBT. Sekolah-sekolah yang akan terlibat adalah sekolah tempat
pengkaji dan rakan-rakan pengkaji menjalankan sesi praktikum ke-2.