Anda di halaman 1dari 4

UNDANG-UNDANG SIBER

• Akta Tandatangan Digital 1997

• Akta Jenayah Komputer 1997

• Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998

• Undang-undang Hak Cipta

Akta Tandatangan Digital 1997

• Akta yang membolehkan tandatangan elektronik dan bukan tulisan tangan sebagai
pengesahan yang bersamaan dengan tandangan biasa, cap jari dalam e-dagang dan
perundangan.

• Tandatangan digital merupakan satu nombor kekunci yang digunakan bagi tujuan penyulitan
dan tandatangan maklumat digital.

• Tujuan pewujudan akta ini adalah untuk mengawal selia penggunaan tandatangan digital,
menjamin keselamatan penggunaan tandatangan digital melalui undang-undang dan
pengesahan penggunaannya dengan pengeluaran sijil akuan.

Akta Jenayah Komputer 1997

• Akta ini melindungi daripada penyalahgunaan komputer dan aktiviti jenayah komputer
seperti penggunaan program komputer tanpa kebenaran transmisi tidak sah data atau mesej
menerusi komputer dan penggodaman sistem dan rangkaian komputer.

Akta komunikasi dan multimedia 1998

• Memantau kegiatan dalam dunia maya yang melanggar undang-undang termasuk penulisan

• Internet Service provider (ISP) menyekat laman web tertentu yang menyalahi undang-
undang negara dibawah Seksyen 263 (2)

• Denda maksimum RM50000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh
didenda selanjutnya bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998

 Menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan jaringan internet


 Mengambil-alih kuasa pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi
 Peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
 Melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk
sector telekomunikasi dan multimedia
 Menyelia rangka penyelian baru untuk kegiatan industry-industri telekomunikasi,
penyiaran dan online

Undang-undang Hakcipta

• Dikenali sebagai Akta Hak cipta 1987


• Hakcipta ialah hak ekskusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pencipta atau
penerima haknya untuk kawal pengeluaran semula atau berbagai-bagai bentuk penggunaan
karya bagi sesuatu tempoh. Akta ini tidak melindungi idea tetapi pernyataan idea tersebut.

• Akta ini memberikan perlindungan penuh kepada pembangun multimedia, memastikan kerja
seseorang pencipta tidak boleh dipersembah sebagai kerja orang lain,melarang
persembahan sesuatu kerja dalam bentuk yang telah diubahsuai serta mengelakkan
pindahan dan pengubahsuaian maklumat pengurusan hak elektronik

• Hakcipta wujud semasa hayat penulis hingga 50 tahun kematiannya.

• Sekiranya karya terbit semasa hidup, hak cipta wujud hingga 50 tahun dari permulaan tahun
diterbitkan

• Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10000 bagi setiap salinan atau penjara
bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali

Kelonggaran Hak Cipta

Melakukan perbuatan yang dilarang oleh akta jika perbuatan itu:

• Untuk maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian, kritikan
atau pelaporan semasa.

• Untuk mengajar dan bersesuaian dengan amalan yang wajar dan sumber atau nama
pencipta yang terdapat pada karya yang digunakan disebut.

• Untuk rakaman yang dibuat di sekolah, universiti atau institusi pendidikan untuk kegunaan
tempat-tempat itu sahaja. Oleh itu, bagi tujuan pendidikan, membuat salinan ke atas
beberapa helai dalam buku adalah wajar tetapi membuat salinan keseluruhan buku adalah
satu kesalahan

• Untuk pembacaan atau pengucapan oleh seseorang kepada awam terhadap cabutan karya
tertentu dan disertai perakuan yang mencukupi.

• Untuk kegunaan Arkib Negara, Perpustakaan Negara dan Negeri melalui perintah kerajaan
yang digunakan untuk kepentingan awam dan tiada keuntungan yang diperolehi atau tiada
bayaran masuk dikenakan bagi penyampaian kepada awam.

• Untuk maksud prosiding mahkamah.

• Menggunakan petikan karya yang sudah diterbitkan dengan sumber dan nama pencipta
yang terdapat pada karya tersebut.

Pelanggaran Hak Cipta

1. Apabila penerbit lain menerbitkan salinan hasil penulisan seseorang penulis yang telah
diterbitkan oleh sesebuah penerbit dalam bentuk yang serupa atau hampir serupa.

2. Apabila seseorang penulis mengimport sesuatu artikel langgaran daripada luar negara bagi
tujuan perdagangan atau komersial
3. Apabila seseorang melakukan perbuatan pembuangan atau pengubahan maklumat
pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran pemilik asal karya

Syarat-syarat perlindungan Hak cipta

 Hasil karya perlu merupakan sesuatu luahan idea (expression of idea) bukannya idea
semata-mata
 Hasil Karya mesti asli
 Hasil Karya Perlu ditetapkan dalam bentuk bahan
 Pencipta adalah seorang yang layak
 Hasil karya tersebut diterbitkan di Malaysia

Karya
Sastera
Karya
Siaran Muzik
Seksyen 7(1)
Menetapkan Karya-
Karya Berikut Adalah
Layak Untuk
Mendapat Hak Cipta
Rakaman
Bunyi Karya
Seni

Filem

Pemilikan Hak Cipta

 Komposer lagu
 Penulis Buku
 Pencipta laman web

Hak Eksekutif Pemilik

 Hak membuat pengeluaran semula karya tersebut dalam apa-apa bentuk bahan
 Hak untuk melakukan penyampaian untuk orang awam
 Hak untuk membuat pertunjukan, tayangan
 Hak untuk mengedar salinan hasil karya
 Hak untuk menyewa secara komersial

Anda mungkin juga menyukai