Anda di halaman 1dari 2

Adat Nguai

‘Nguai’ juga bermaksud tinggal bersama keluarga suami atau isteri selepas
berkahwin (Kamus Iban-Melayu Dewan,2016). Adat berpindah mengikut
pasangan amat dititikberatkan dalam masyarakat Iban atau dikenali sebagai
adat ‘nguai’ atau ‘ngugi’. Pekara ni hendaklah dimuktamadkan sebelum majlis
perkahwinan agar dapat diterangkan kepada saudara mara yang hadir semasa
majlis perkahwinan tersebut. Pekara ini juga boleh ditetapkan semasa
meminang untuk mengetahui keputusan pasangan yang bakal berkahwin. Selain
itu, isu ini wajib diselesaikan dahulu untuk mengelakkan perselisihan faham dan
pergaduhan antara ahli keluarga di kemudian hari kelak. Masyarakat Iban amat
mementingkan adat ‘nguai’ ini agar mereka dapat menentukan anak yang akan
menjaga mereka kelak. Lazimnya, anak sulung tidak kira lelaki atau perempuan
hendaklah tinggal bersama keluarga mereka dan pasangan mereka harus
‘nguai’. Namun adat ini kurang signifikan dilaksanakan pada masa kini tetapi
masyarakat Iban masih lagi mementingkan adat ini untuk mempertahankan budaya
dan adat mereka.

Pada zaman dahulu, perempuan akan ‘nguai’ kerana anak lelaki


dipertanggungjawabkan menjaga keluarga asalnya. Anak lelaki terutamanya
anak sulung akan menjadi pewaris hak milik harta dan tanah pusaka keluarga
contohnya, tanah adat keluarga, senapang, tempayan dan sebagainya. Namun,
seiring dengan peredaran zaman moden kini ramai wanita memutuskan untuk
tidak berpindah mengikut suami kerana wanita zaman kini ramai yang
berpendidikan dan mempunyai kerjaya. Jika pada masa dahulu, wanita
merupakan antara golongan yang tidak mendapat pendidikan dan hanya mahir
membuat kerja rumah sahaja dan mereka hendaklah mengikut suami mereka
setelah berkahwin. Lokasi rumah panjang yang melalui hanya dihubungkan oleh
sungai juga menyukarkan suami atau isteri mereka untuk melawat ibu bapa
masing-masing maka pekara ini menyebabkan suami atau isteri mereka yang
‘nguai’ sukar untuk menjenguk keluarga mereka. Dalam konteks ini, adat ‘nguai’
menyebabkan ibu bapa akan menghalang anak mereka untuk ‘nguai’. Suami
atau isteri yang ‘nguai’ tidak akan mendapat bahagian daripada harta keluarga
mereka kerana dianggap telah dipunyai oleh keluarga lain.

Menurut Tuai Rumah Akul Dagang semasa memberikan kenyataan beliau


menggunakan platform Suara Sarawak berkenaan isu ‘nguai’. Beliau
mengatakan bahawa pada zaman dahulu adat ini dijalankan dengan hati terbuka
kerana saling menghormati antara satu dengan yang lain serta berpandukan
kata sepakat yang telah dipersetujui bersama. Namun, pada masa kini isu ‘nguai’
ini sering menimbulkan pertengkaran dan salah faham antara dua pihak
terutamanya dengan kewujudan fikiran generasi kini berkenaan isu ‘tengahari’
atau ‘tengah-tengah’ iaitu pasangan tersebut tidak akan berpindah mengikut
keluarga lelaki atau perempuan. Pasangan tersebut bebas mengunjungi
keluarga mereka dan antara faktor tersebut kerana rumah panjang pada masa
kini dapat dihubungkan melalui jalan raya serta memberi kesan baik kepada
keputusan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir keluarga yang
masih mementingkan adat nguai sehingga kini kerana adat ini merupakan tradisi
dari nenek moyang dahulu. Oleh itu, pasangan yang ingin berkahwin hendaklah
membuat keputusan sama ada mereka ‘nguai’ ataupun memilih untuk
‘tengah-tengah bagi mengelakkan salah faham kelak.

Masyarakat Iban amat mementingkan adat ‘nguai’ untuk mengetahui di mana


pasangan tersebut akan menetap sekiranya ditimpa kesusahan kelak. Hal ini
demikian kerana, masyarakat Iban mempunyai banyak pantang larang untuk
memastikan kesejahteraan hidup mereka. Contohnya, ketika Jabu dan Endu
tidak memutuskan siapa yang akan berpindah mengikut siapa dan pada suatu
hari Jabu meninggal dunia. Penduduk rumah panjang tidak akan menerima
mayat Jabu kerana beliau tidak menyatakan bahawa dia ‘nguai’ mengikut
isterinya. Hal ini dikhuatiri akan menyebabkan rumah panjang akan ditimpa
malapetaka sekirnyanya membenarkan mayat tersebut dibawa ke rumah
panjang. Bagi mengelakkan pekara ini berlaku, masyarakat Iban amat
mementingkan adat ‘nguai’ agar dapat melindungi diri mereka dari segala
malapetaka dan bencana. Maka, pasangan yang bakal berkahwin hendaklah
memutuskan pekara ini dengan merujuk keluarga masing-masing agar dapat
mengelakkan pekara yang boleh memudaratkan berlaku.