Anda di halaman 1dari 13

Penyakit hati merupakan salah satu penyakit rohani dan amat berbahaya jika dibandingkan

dengan penyakit fizikal yang dihadapi oleh manusia. Allah S.W.T telah menurunkan Al-
Quran sebagai sebuah kitab yang mempunyai kandungan pelbagai penawar penyakit untuk
manusia secara umumnya dan penyakit hati. Di dalam kitab suci Al-Quran juga telah
mendedahkan pelbagai kaedah dan isi untuk megelak manusia daripada manusia daripada
penyakit hati dan juga untuk menyembuhkannya.

“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik
segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah
jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati.”

- Riwayat Imam al-Bukhari

Pemarah

Hasad
Riak
dengki

MASALAH
HATI
Cintakan
dunia, Tamak
bencikan
kematian

Ego

Pemarah

Antara penyakit hati yang menjadi penyebab jiwa tidak bahagia ialah pemarah. Sifat pemarah
ini paling mudah untuk kita lihat kerana sifat ini hampir ada dimana-mana sahaja. Marah
merupakan sifat semulajadi yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dalam diri setiap
manusia demi keperluan hidup dan tamadunnya. Sifat marah yang membara mampu
menghilangkan kewarasan akal sehingga dapat merugikan Kebiasaannya, orang yang
mempunyai sifat pemarahd ini hatinya sentiasa dalam keadaan resah gelisah dan tidak tenang
kerana tiada makanan rohani dalam dirinya.
“Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan
sebenarnyaialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”

- Riwayat al-Tirmizi

Riak

Riak merupakan salah satu penyakit hati dimana ianya bermaksud melakukan ibadah dengan
niat untuk dipuji oleh manusia dan tidak berniat beribadah kepada Allah S.W.T. Menurut Al-
Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari, riak adalah menampakkan
ibadah dengan tujuan dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amalan itu. Manakala
menurut Imam al-Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan
memperlihatkan kepada hal-hal kebaikan. Riak menurut Imam Habib Abdullah Haddad ialah
menuntut kedudukan atau meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang
ditujukan untuk akhirat.

Terdapat dua jenis riak:

1. Riak Kholish: Riak kholish ialah melakukan ibadah semata-mata hanya untuk
mendapatkan pujian dari manusia.
2. Riak Syirik: Riak syirik ialah melakukan perbuatan kerana niat menjalankan perintah
Allah dan juga untuk mendapatkan pujian dari manusia atau kedua-duanya sekali.

Imam al-Ghazali telah membahagikan riak dari aspek amali kepada 5 kategori:

a) Riak dalam masalah agama melalui penampilan jasmani. Sebagai contoh,


memperlihatkan badan yang kurus dan pucat agar disangka banyak melakukan ibadah
puasa dan ibadah solat tahajud.
b) Riak dari segi penampilan tubuh dan pakaian. Contohnya, memakai jubah supaya
disangka soleh atau memperlihatkan tanda hitam di kawasan dahi agar disangka rajin
melakukan ibadah.
c) Riak dalam perkataan. Khususnya kepada orang yang sering bercakap tentang
agama supaya dianggap pakar dalam ilmu agama.
d) Riak dalam perbuatan. Sebagai contoh, orang yang sengaja melakukan ibadah di
khalayak ramai supaya dianggap orang yang soleh.
e) Riak dalam persahabatan. Contohnya, orang yang sering mengikut para alim ulama
mahupun ustaz-ustaz kemana saja mereka pergi supaya dianggap dalam golongan
orang alim.
“Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil. Lalu ditanya oleh sahabat, apakah
syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, iaitu riak.”

- Riwayat Ahmad dan Baihaqi

Tamak

Tamak adalah cinta kepada dunia iaitu harta dengan terlalu keterlaluan tanpa merujuk kepada
hukum hakam yang membawa kepada dosa besar. Manusia yang tamak seringkali
mengharapkan pemberian orang lain akan tetapi diri sendiri kedekut dan bakhil kepada orang
lain kerana lebih mementingkan diri sendiri. Allah S.W.T melarang hambanya untuk bersikap
tamak kerana merupakan salah satu akhlak buruk terhadap-Nya. Hal ini kerana perbuatan ini
dapat menyebabkan seseorang itu lupa untuk melakukan ibadat dan menyembah kepada
tuhan yang Esa.

Antara ciri-ciri Tamak ialah:

1. Seseorang itu sangat mencintai harta yang telah dimilikinya itu.


2. Seseorang itu terlalu bersemangat dalam mencari harta sehingga tidak mengendahkan
waktu dan alam sekeliling.
3. Seseorang itu terlalu hemat dalam melakukan perbelanjaan.
4. Seseorang itu berasa berat untuk mengeluarkan harta kegunaan untuk kepentingan
agama mahupun manusia.
5. Seseorang itu tidak memikirkan kehidupan di akhirat.
6. Seseorang itu amat mencintai dunia tanpa memikirkan hal lain.
7. Tidak beriman kepada qada’ dan qadar Allah atas nasib yang menimpa dirinya.
8. Tidak merasa puas dengan apa yang dicapainya kerana selalu menginginkan seperti
apa yang orang lain dapat kecapi malah berangan-angan tidak sesuai dengan
kemampuannya.

Ego

Apabila ego mulai menguasai diri, seseorang itu sukar untuk menerima pendapat orang lain.
Malah jika ego tidak dapat dibendung dengan sebaiknya, ianya akan mengundang kemurkaan
daripada Allah S.W.T dan akan memakan diri seseorang tersebut. Hal ini kerana, sifat ini
seolah-olah membuktikan dirinya sentiasa betul dan menganggap yang lain salah.

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan seseorang itu mempunyai sifat ego:
1. Tidak boleh menerima teguran. Seseorang yang mempunyai sifat ego ini agak sukar
untuk menerima teguran apabila seseorang itu melakukan dosa. Hal ini kerana,
seseorang itu tidak akan rasa bersalah dan akan menganggap orang yang menegur itu
yang salah serta seseorang itu akan sedaya upaya mempertahankan kesalahannya yang
dilakukan.
2. Ikut kepala sendiri. Seseorang yang berilmu tidak menentukan setiap tindakan yang
dilakukan. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai perbincangan bersama
kawan-kawannya, dia akan mengaku hanya idea dan kaedahnya sahaja yang betul dan
menidakkan sekeras-kerasnya pandangan orang lain.
3. Perasan bagus. Hal ini dapat dikesan apabila berlaku di persekitaran
berkelompokdimana seseorang itu akan memuji dirinya sendiri dari sudut fizikal dan
penampilan kerana ingin membandingkan diri sendiri dan orang sekeliling.
4. Taasub dengan impian. Seseorang itu merupakan seorang yang kerap berfikir dan
dikatakan mempunyai impian dan matlamatnya yang tersendiri pada masa hadapan.
Akan tetapi, disebabkan terlalu berpegang teguh dengan prinsip sendiri, seseorang itu
lebih gemar untuk melakukan semua perkara dengan kudrat diri sendiri kerana tidak
mahu dipandang lemah.
5. Bangga diri. Salah satu tanda lain bahawa seseorang itu ego adalah melalui sikapnya
yang suka menceritakan hal yang tidak benar. Akan tetapi, seseorang itu perlu sedar
bahawa apa sahaja jalan hidup yang dipilih, jalan ceritanya tidak semestinya ditokok
tambah kerana ingin menampakkan sebenarnya mampu berjaya.

Cintakan dunia, bencikan kematian

Dalam bahasa Arab cintakan dunia lebih dikenali sebagai al-wahn yang merupakan satu
penyakit hati yang memiliki nafsu yang menggunung dalam kehidupan di dunia sehingga
seseorang itu yang memiliki penyakit hati ini lupa kepada kehidupan di akhirat kelak.
Seseorang yang memiliki sifat ini adalah mereka yang alpa dan lalai dalam melakukan
suruhan dan perintah Alllah malah leka dengan urusan mencari harta kekayaan dunia tanpa
mengira halal atau haram.

“Hampir tiba dimana umat saling memanggil untuk melawan kalian sebagaimana orang-
orang saling memanggil untuk menyantap hidangannya

Salah seorang bertanya: Apakah kerana sedikitnya kami ketika itu?


Rasulullah menjawab: Bahkan kalian pada hari itu banyak akan tetapi kalian laksana buih di
lautan dan sungguh Allah mencabut ketakutan dan kegentaran terhadap kalian dari dada
musuh kalian dan Allah tanamkan di hati kalian al-wahn

Salah seorang bertanya: Apakah al-wahn itu ya Rasulullah?

Baginda menjawab: Cinta dunia dan membenci kebencian.”

Hasad dengki

Sifat hasad dengki merupakan antara sifat yang sangat berbahaya kerana mampu
membuatkan amalan seseorang itu hancur sama sekali. Seseorang yang mempunyai sifat
hasad dengki dalam dirinya akan sentiasa berdukacita dan iri hati kepada orang lain dan
mampu menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

“Jauhilah kamu sekalian daripada sikap hasad (dengki), kerana sesungguhnya sikap hasad itu
memakan (menghabiskan) kebaikan-kebaikan sebagaimana api memakan (menghabiskan)
kayu bakar.’’

- Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah dari


Abu Hurairah
Kesan personaliti pelajar sekiranya mempunyai jiwa yang bersih

Personaliti positif yang ditunjukkan secara konsisten mampu menentukan persekitaran


dan aktiviti pembelajaran secara kondusif, memberi impak yang positif melalui pencapaian
akademik dengan sebaik mungkin dan juga mampu berdaya saing secara sihat antara pelajar.

Tingkah laku seseorang yang mempunyai jiwa yang bersih dapat membentuk
keperibadian yang mulia di mana pelajar tersebut dapat mengikut apa yang telah digariskan
oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Seperti yang sedia maklum, Islam bermatlamatkan memiliki
keperibadian akhlak yang mulia dan terpuji maka Allah S.W.T telah mengutuskan Rasulullah
S.A.W bagi menyempurnakan akhlak yang terpuji iaitu akhlak yang berlandaskan Al-Quran
untuk dihebahkan kepada umatnya. Antara contoh yang boleh diambil sekiranya seseorang
pelajar itu mempunyai keperibadian yang mulia adalah dengan menghormati guru atau
pensyarah melalui bertegur sapa dan menghadiahkan senyuman kepada pendidik.

Kesan lain terhadap pelajar yang mempunyai personaliti jiwa yang bersih mampu
mempunyai matlamat hidup yang jelas dan terancang. Matlamat merupakan sesuatu hasil
yang hendak dicapai dalam satu tempoh masa yang disertai dengan perancangan yang rapi.
Matlamat juga secara tidak langsung mampu meningkatkan komitmen diri. Pelajar yang
berjaya merupakan pelajar yang mempunyai komitmen yang tinggi sama ada dari sudut
senarai tugas ataupun perancangan hariannya. Dengan adanya matlamat dalam kehidupan
seharian dapat membantu pelajar dalam membuat keputusan dan juga pengukur kejayaan
seseorang.

Disenangi oleh orang ramai. Kesan ini akan memberi impak yang mendalam kepada
seseorang pelajar tersebut kerana seseorang itu dapat mempengaruhi orang lain untuk
melakukan perkara-perkara yang bersifat mahmudah. Tidak semua masyarakat akan
memandang mulia kepada seseorang individu yang tidak mempunyai jiwa yang bersih

Kedamaian, kesejahteraan dan kebaikan jiwa seseorang mukmin itu terletak kepada
kesucian hatinya dan Allah S.W.T mengurniakan kebaikan dan kejayaan kepada hati yang
taat kepada perintahNya dan takut akan azab Allah S.W.T. Akan tetapi, hati yang kotor dan
mati akan menjadi akan terus lalai dan alpa dengan kebendaan di dunia tanpa memikirkan
hari akhirat kelak selagi mana dirinya itu tidak bertaubat kepada yang Maha Esa.
Menerusi temu bual bersama salah seorang mahasiswa semester 1 Akademi Islam
Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM), Muhammad Arif bin Adzri,
masalah hati yang beliau hadapi sepanjang menjadi mahasiswa ialah iri hati terhadap
seseorang individu yang mempunyai kelebihan dalam menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.
Muhammad Arif bin Adzri berpendapat berzikir merupakan salah satu cara untuk sucikan
hati dari masalah hati. Selain itu, beliau juga berpendapat seseorang pelajar itu tidak perlu
rasa rendah diri dan buang sifat tidak bersyukur dalam mempersoalkan rezeki masing-
masing.

Begitu juga dengan ‘Umar bin Mohd Rofidzan, mahasiswa semester 1 Akademi Islam
Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM) yang mana beliau sendiri
mempunyai masalah dengki terhadap sahabatnya di mana sahabatnya merupakan pelajar
cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). ‘Umar bagaimanapun menerangkan
bahawa untuk menghilangkan masalah hati dalam diri, beliau berpendapat jika mahukan
sesuatu kita seharusnya berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Hal ini kerana,
manusia hidup di atas muka bumi ini sekali seumur hidup sahaja.
Imam al-Ghazali telah meletakkan ilmu sebagai halangan pertama yang perlu ditempuh oleh
orang yang ingin kembali ke pangkal jalan Allah dan berusaha unuk memperbaiki taqwa serta
mendekatkan diri kepadaNya.

Menurut Imam al-Ghazali langkah pertama yang perlu diambil untuk mendapatkan
tazkiyyah al-nafs ialah dengan mendapatkan ilmu. Mendapatkan ilmu merupakan satu
kewajipan untuk setiap umat muslim. Antara ilmu yang patut dipelajari oleh umat Islam ialah
ilmu yang menjelaskan tentang persoalan mengenal tuhan (tauhid/usuluddin), ilmu yang
menerangkan tentang peraturan-peraturan atau ensi-hukum mu’amalah (fiqh) dan ilmu yang
membicarakan tentang masalah kerohanian. Kesemua elemen ilmu ini seharusnya dipelajari
sekadar yang dituntut.

Seseorang itu hendaklah berusaha untuk mengamalkan ilmunya setelah seseorang itu
memperoleh ilmu mengikut kadar kemampuannya. Kesungguhan dalam melaksanakan amal
amatlah penting kerana kesungguhan inilah yang disebut dalam ilmu tasawwuf. Perbuatan
yang berasaskan kesungguhan inilah yang akan membawa kepada pembukaan pintu rohani
dan meningkatkan kedudukan seseorang itu. Akan tetapi kesemua amalan ini bergantung
kepada kurniaan Allah S.W.T kepada seseorang itu.

Tazkiyyah al-nafs melalui dua proses utama iaitu al-takhalli dan al-tahalli.

Tazkiyyah al-nafs

Al-Takhalli Al-Tahalli

Maksud al-takhalli ialah menyuci dan membersihkan hati daripada sifat-sifat yang
keji. Pada peringkat ini, umat manusia seharusnya melawan dan membuang dengan memaksa
terus segala kehendak mafsu yang jahat dan dilarang oleh Allah S.W.T. Nafsu jahat akan
sentiasa menguasai dan memperhambakan kita selagi mana kita tidak memaksa diri untuk
memusuhi, membenci dan membuangnya jauh-jauh secara terus.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada para sahabat ketika baginda pulang dari satu
medan perang:

“Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang besar”

Lalu para sahabat bertanya: “Apakah peperangan itu?”

Baginda menjawab:

“Peperangan melawan nafsu”

(Riwayat Al Baihaqi)

Proses yang kedua adalah tahalli yang membawa maksud menghias. Seseorang
muslim seharusnya segera menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji ataupun lebih dikenali
sebagai mahmudah setelah kita bermujahadah iaitu mengosongkan hati dari sifat-sifat negatif
atau mazmumah. Hati yang telah dibersihkan seharusnya diisi dengan sifat-sifat terpuji. Pada
peringkat awal untuk bermujahadah semestinya berasa berat dan tidak semangat akan tetapi
lawan dengan sekeras-kerasnya adalah penyelesaian yang cukup baik. Sebagai contoh, jika
seseorang itu mahu menghiasi hati dengan sifat pemurah maka seseorang itu seharusnya
bermujahadah dengan mengeluarkan barang atau harta terutamanya harta kesayangan untuk
diberi kepada insan yang memerlukan.

Sebagaimana Sayidatina Aisyah ra, dikala waktu tiada apa yang boleh dimakan,
beliau cuba untuk mendapatkan walau sebelah kurma untuk disedekahkan kepada yang
memerlukan. Kisah ini dapat disimpulkan, begitu kuat keinginan mereka untuk mendapat
pahala dan rindunya mereka kepada Syurga. Mereka juga berebut-rebut untuk menjawab
pertanyaan daripada Allah S.W.T:

“Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah
S.W.T akan melipatgandakan balasan pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperolehi
pahala yang banyak.” (Al-Hadid:11)

Sekiranya seseorang itu rasa sayang akan hartanya, maka digalakkan untuk
menyedekahkan kepada golongan yang memerlukan
Kesan Apabila Hati Tidak Bersih dan Kotor

Hati ibarat raja bagi anggota tubuh badan dan ketua dalam segala bentuk kehidupan manusia.
Jikalau baik hati itu maka baiklah seseorang itu akan tetapi jikalau seseorang itu mempunyai
hati yang tidak baik maka musnahlah seluruh anggota tubuh dan kehidupan seseorang itu.
Seseorang yang mempunyai hati yang tidak bersih dan kotor, tidak akan memberi kebaikan
kepada dirinya sendiri dan orang disekeliling.

Tidak dapat dinafikan sekiranya seseorang itu mempunyai jiwa yang tidak bersih akan
memberikan kesan yang mendalam ke atas diri seseorang itu. Hati dan jiwa manusia
seharusnya lebih sensitif dan peka dengan apa sahaja yang dilakukan. Apabila hati dan jiwa
tidak bersih, mampu melemahkan perjalanan jiwa menuju pada Allah dan hari akhirat maka
hilanglah kekuatan perjuangan mujahadah serta sukar perjalanan untuk membaiki diri
seseorang.

Menurut Ibnu al-Qayyim di dalam karayanya yang bertajuk Ad-Da’ wa Ad-Dawa’


terdapat pelbagai kesan buruk sekiranya seseorang itu mempunyai hati yang kotor. Antaranya
ialah:

Terhalang untuk menerima ilmu pengetahuan

Terhalang untuk melakukan ibadah kepada Allah S.W.T

Pendosa akan tergolong dalam kategori hina

Hilangnya sifat malu dalam diri.

Mendapat seksaan di dunia.

1. Terhalang untuk menerima ilmu pengetahuan. Seseorang yang banyak


melakukan perbuatan dosa, ilmu pengetahuan yang dipelajari olehnya sukar
untuk melekat di dalam hati dan di dalam fikirannya. Hal ini kerana, ilmu
merupakan cahaya (nur) yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T ke dalam hati
hati manusia manakala dosa merupakan titik gelap yang menghalangi dan
menutupi (memadamkan) cahaya.
2. Terhalang untuk melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. Jikalau
seseorang itu melakukan dosa secara berlangsungan maka akan
menghalanganya untuk melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T
3. Pendosa akan tergolong dalam kategori hina. Seseorang yang melakukan
perbuatan dosa akan terhanyut dalam lembah kehinaan di mana akan
dipandang hina oleh masyarakat khususnya.
4. Hilangnya sifat malu dalam diri. Sifat malu merupakan sumber kehidupan
bagi hati dan punca untuk segala kebaikan. Rasulullah S.A.W pernah
menyatakan bahawa malu itu sebahagian daripada iman. Apabila sifat malu itu
sudah tiada dalam diri seseorang, hilanglah segala kebaikannya kerana
kebiasaannya seseorang yang tidak mempunyai sifat malu ini bebas
melakukan apa sahaja tanpa mengira sesuatu itu baik mahupun buruk.
5. Mendapat seksaaan di dunia. Seseorang yang mempunyai hati dan jiwa
kotor akan seringkali melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa.
Perbuatan tersebut bukan sahaja dapat menghilangkan keberkatan dalam
kehidupan malah mendatangkan murka Allah S.W.T dalam kehidupan dan di
akhirat kelak. Ali bin Abi Talib pernah berkata, “Suatu bencana tidak
diturunkan kecuali kerana dosa, dan ia tidak dapat dihilangkan kecuali dengan
bertaubat.”
Temubual bersama responden, iaitu ‘Umar Bin Mohd Rofizan
Temubual bersama responden, Muhammad Arif bin Adzri,

Anda mungkin juga menyukai