Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 Pendahuluan
Pada penulisan kali ini, penulis akan membincangkan tentang pelaporan bagi projek
yang telah dilaksanakan oleh penulis dan rakan-rakan iaitu Program Kembara Lestari Alam
Sekitar yang bertempat di Sungai Lawit, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Program ini
diadakan dibawah anjuran Jabatan Sains dan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu pada 5 Oktober 2019 sehingga 7 Oktober
2019. Program ini disertai seramai 104 orang pelajar yang mengambil subjek elektif
LASS3013E Pendidikan Lestari Alam Sekitar. Penulis dan rakan-rakan sekelas diselia oleh
seorang pensyarah iaitu Tn. Hj. Ahmad Sabri bin Mohd Yazid yang juga merupakan salah
seorang daripada pensyarah Jabatan Sains dan Matematik.
Sebenarnya terdapat pelbagai objektif yang ingin diterapkan dalam program ini.
Pertama, program Kembara Alam Sekitar di Tasik Kenyir ini diadakan adalah untuk
membantu bakal-bakal guru IPGKDRI menimba pengalaman dan ilmu mengenai alam
sekitar supaya dapat dimantapkan dan diperkukuhkan lagi dalam profesion mereka sebagai
guru suatu hari nanti. Selain itu, program ini bertujuan untuk merealisasikan suatu aktiviti
penyuburan yang mendukung inspirasi IPG Lestari dalam membentuk mahasiswa guru yang
mencintai kelestarian dan keindahan alam sekitar. Dalam pada itu, program ini juga
diadakan bagi mengukuhkan lagi kemahiran teori dan praktikal berkaitan Sains dan alam
sekitar untuk melahirkan siswa guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelektual dan sosial. Akhir sekali, program ini diadakan bagi merancang, melaksanakan,
1
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan
dalam menjayakan program yang berskala besar ini.
Oleh sebab itulah, dalam program ini, penulis dan rakan-rakan disediakan pelbagai
aktiviti yang menarik supaya kesemua elemen di atas dapat diterapkan kepada siswa guru
kampus ini. Selain daripada itu, walaupun program ini dijalankan atas nama Jabatan Sains
dan Matematik, kesemua gerak kerja sama ada sebelum, semasa dan selepas adalah
dibawah seliaan dan kendalian sepenuhnya Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dalam
kalangan siswa guru sendiri. Namun begitu, pensyarah juga terlibat sama dalam
memberikan bantuan, nasihat, bimbingan dan cadangan kepada semua AJK supaya
perjalanan gerak kerja lebih mudah dan lancar. Brikut merupakan senarai AJK pelaksana
yang terlibat dalam mengendalikan program ini;
Jawatan Nama
Pengerusi Anas Bin Ab Rahim
Timb. Pengerusi Ariyona Magdalene anak Lanyun
Setiausaha Nur Hanim Solehah Bt Mohd Saidi
Timb. Setiausaha Mysiee Garcia Gositin
Bendahari Maisarah Aliah binti Marin
Timb. Bendahari Nur Syafiqa Ayuni Bt Mohd Nor
Ahli Jawatankuasa
Jawatan Nama
AJK Keselamatan & Kebajikan Zulhilmi Rusli Bin Zahari (K)
Nur Zafirah Binti Lameri
AJK Kerohanian dan Pengisian Izzat Rifqi Bin Roslan (K)
Haziqah Najwa binti Yusof
AJK Makanan dan Persegaran Marani Akhiri bin Kamaluddin (K)
Nur Aniesha Suhanis bt Azmi
AJK Rekod dan Dokumentasi Shatish a/l Jaganathan (K)
Nur Syakirah binti Zahadi
AJK Pengangkutan Muhd Noor Fitri bin Minhat (K)
Nurliyana Izzati binti Abd Nasir
AJK Peralatan dan Cenderahati Mohd Zaki Bin Azman (K)
Muhd Syakir Iman bin Mohd Sabri
AJK Riadah dan Aktiviti Ahmad Firdaus bin Pakri (K)
Ahlam Laila binti Jamaluddin
2
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
3.0 Laporan
Berikut merupakan laporan berdasarkan hari dan masa sepanjang program ini
dilaksanakan:
Pada hari pertama iaitu 5/10/19 (Sabtu), semua peserta yang mengikuti kursus
Lestari Alam Sekitar iaitu seramai 104 pelajar telah berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk
persiapan sebelum bertolak. Kami berkumpul di hadapan dewan al-Farabi IPGKDRI.
Peserta yang terlibat terdiri daripada siswa guru PISMP Semester 5 (Pendidikan Islam,
Sains, TESL, BM) dan siswa guru PISMP Semester 7 (Pendidikan Islam, Sejarah dan
TESL). Kami semua diwajibkan menghadiri program Kembara Lestari Alam Sekitar Tasik
Kenyir ini bagi memenuhi tugasan kerja kursus. Pada waktu ini, semua peserta berganding
bahu mengumpul barang-barang, bahan-bahan makanan dan alatan yang diperlukan dan
seterusnya diangkut ke dalam bas. Pada waktu ini, jawatankuasa peralatan membuat
periksa senarai (cchecklist) semua alatan yang perlu di bawa supaya tidak ada barangan
yang tertinggal.
3
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
4
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
Pada waktu ni kami telahpun tiba di Pengkalan Gawi, setibanya kami disana, kami
bertungkus-lumus, bekerjasama untuk memunggah barangan yang dibawa ke dalam
houseboat. Memandangkan keadaan laluan daripada tempat letak barang dengan
houseboat adalah jauh dan keadaan jalan yang curam, kami memunggah barang dalam
keadaan barisan yang panjang. Terdapat 6 buah houseboat kesemuanya. 5 buat
houseboat diperuntukkan untuk peserta dan sebuah lagi untuk keluarga pensyarah.
Kami bekerjasama dalam memastikan semua barang dipunggah ke dalam
houseboat dengan selamat.
Keadaan para peserta yang bekerjasama dalam memastikan barang dan peralatan
dipunggah dengan baik.
5
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
Bermula jam 12.00 tgh, kami mulakan perjalanan kami daripada Pengkalan Gawi ke Sungai
Lawit. Perjalanan tersebut memakan masa selama 5 jam. Sepanjang perjalanan, peserta
melakukan urus diri dan memasak untuk makan tengah hari. Syukur, makanan yang
dihidangkan adalah sedap dan mencukupi untuk semua peserta. Sepanjang ini juga kami
menikmati pemandangan yang indah sepanjang tasik Kenyir ini.
6
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
Setelah perjalanan selama 5-6 jam di atas houseboat akhirnya kami tiba di Sungai
Lawit, Tasik Kenyir. Kami tiba di sana hampir lewat petang. Walaupun hari semakin gelap,
kami tetap teruskan dengan aktiviti water confident. Walaupun masanya yang agak terhad
iaitu hanya selama setengah jam, kami tetap berpuas hati kerana dapat merasai aktiviti ini.
Aktiviti ini sebenarnya menguji keberanian para peserta kerana mereka hanya bergantung
kepada jaket keselamatan untuk terus kekal terapung di atas permukaan air. Para peserta
dikehendaki terjun dari atas houseboat untuk menguji keyakinan mereka di air. Selain itu,
melalui aktiviti ini juga, peserta belajar cara untuk memakai Bouancy Aid (BA) dengan cara
yang betul.
AKTIVITI : MEMANCING
Bermula 9.00 malam, semua peserta mula mengeluarkan joran masing-masing untuk
memancing. Bagi pertandingan memancing ini, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu
kategori paling cepat dapat ikan dan kategori ikan paling besar. Pada waktu ini, para
peserta sanggup berjaga sehingga malam semata-mata untuk memancing dan meraih johan
bagi kedua-dua pertandingan ini. Alhamdulillah syukur, terdapat beberapa spesies ikan
yang diperoleh hasil tangkapan siswa guru.
7
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
Aktiviti memancing di atas bot. Penulis (gambar kiri) berjaya meraih johan mendapat ikan
paling besar (ikan baung).
3.2 Laporan (2) : Hari Kedua, Kembara Sungai Lawit (6 Oktober 2019)
Hari kedua merupakan antara hari yang paling mencabar bagi semua peserta. Hal
ini kerana, pada hari inilah disediakan aktiviti utama bagi program ini iaitu menelusuri Sungai
Lawit. Pada hari ini para peserta bangun awal pagi dan kumpulan yang bertugas, segera
menyediakan makanan untuk para peserta dan pensyarah. Selepas bersarapan, para
peserta dikumpulkan untuk taklimat mengenai aktiviti explore race: meredah sungai. Para
peserta menaiki speed boat untuk bergerak dari houseboat ke muara sungai. Semua
speedboat digunakan untuk mengangkut peserta yang ramai. Dalam pada itu, kami
dibekalkan dengan air mineral dan sebungkus roti sebagai persegaran di sana. Aktiviti
meredah sungai ini merupakan aktiviti yang mencabar kerana perlu meredah arus sungai
deras dan jalan yang berbatu untuk ke setiap checkpoint. Selain jalan yang berbatu,
terdapat juga kawasan yang berlumpur di tepi-tepi tebing. Sekiranya tidak berhati-hati,
8
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
peserta boleh terjerlus ke dalam lumpur tersebut dan agak sukar untuk keluarkan kaki yang
terjerlus itu tanpa bantu rakan-rakan yang lain.
Perjalanan di sana agak jauh dan memenatkan tetapi menarik kerana kami
berpeluang untuk mengenali selok belok lakaran alam di situ dan mengetahui kewujudan
hidupan liar seperti gajah, harimau dan sebagainya. Bagaimanapun, syukur kerana kami
tidak tersempak dengan haiwan-haiwan liar tersebut. Sepanjang berjalan ke tempat
checkpoint seterusnya, kami menikmati keindahan alam yang menghijau di sana. Selain itu,
kami juga dapat menikmati keadaan air sungai yang jernih dan sejuk.
Setibanya kami di checkpoint yang telah ditetapkan. Kami diberi taklimat untuk
menjalani beberapa aktiviti menarik yang perlu diikuti. Antara aktiviti yang telah dilakukan
tersebut ialah membuat penapis air, meneka perkataan yang dilakonkan dan menjatuhkan
kayu menggunakan batu. Semua peserta amat gembira dengan aktiviti yang telah
dijalankan itu. Di sini, kami dapat tingkatkan lagi bonding sesama ahli peserta yang datang
daripada kelas yang berbeza-beza.
Pensyarah sedang membuat penilaian Sesi bergambar seusai sahaja sesi taklimat
9
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
Setelah semua aktiviti selesai dijalankan, kami terus pulang dari kembara meredah
sungai ke tebing tempat menunggu speed boat untuk hantar kami kembali ke houseboat.
Setelah sampai di sana, kami diberi masa untuk mengurus diri, solat dan makan petang.
Selepas solat Asar, semua peserta kembali berkumpul semula untuk aktiviti lumba boat.
Antara acara yang dipertandingkan, dayung speed boat untuk lelaki manakala berkayak
untuk wanita.
Suatu jarak ditetapkan untuk kami mendayung speed boat dan kembali ke tempat
berlepas. Markah dikira berdasarkan masa yang diambil untuk sampai kembali ke tempat
asal berlepas. Semakin singkat waktu yang diambil, maka semakin bertambah markah
untuk kumpulan tersebut. Sebenarnya, aktiviti mendayung speed boat dan juga kayak ini
bukanlah suatu aktiviti yang mudah. Kami perlukan kemahiran mendayung dan mempunyai
komunikasi yang baik antara ahli pasukan. Seorang perlu dilantik untuk menjadi ketua bagi
memberi arahan, tentang pergerakan arah boat. Oleh itu, di sini kami dapat belajar pelbagai
perkara, selain daripada belajar bagaimana untuk mengemudi kayak, kami juga belajar
betapa pentingnya untuk menerima dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh ketua.
10
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
Selepas aktiviti lumba boat selesai, kami membuat persediaan bagi aktiviti pada malam hari
tersebut iaitu BBQ. Antara kami, ada yang memotong daging dan memerapnya,
menyediakan api untuk membakar daging dan ayamnya BBQ, menggoreng nasi,
menggoreng keropok dan sebagainya. Pada waktu yang sama, berlangsungnya
pertandingan karaoke bagi mereka yang berminat untuk sumbangkan suara. Suasana pada
malam ini sangat meriah, masa yang ada ini, kami manfaatkan untuk mengeratkan
hubungan sesama siswa guru yang berlainan opsyen dan juga pensyarah.
3.3 Laporan (3): Hari ketiga Hari terakhir di Kenyir (7 Oktober 2019)
11
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
Selepas solat Subuh, penulis dan rakan-rakan muslimin yang lain telah mengikuti
Klinik Al-Fatihah yang diketuai En Sharif. Tujuan klinik al-Fatihah ini diadakan adalah untuk
membetulkan bacaan bagi siswa guru Muslim lelaki. Hal ini kerana surah al-Fatihah adalah
surah yang wajib dibaca dengan betul ketika menunaikan solat. Walaubagaimanapun,
aktiviti ini kurang mendapat sambutan atas beberapa faktor tertentu sepertu, ada rakan-
rakan yang perlu bertugas memasak di dapur dan ada juga yang perlu bertugas dalam
membersihkan perakatan-peralatan memasak. Namun begitu, suatu usaha yang agak baik
daripada pihak pensyarah bagi memastikan program yang diadakan ini seimbang dalam
pelbagai sudut.
Sebelum bertolak pulang ke Jeti Pengkalan Gawi, diadakan terlebih dahulu acara
kemuncak untuk kembara iaitu semestinya majlis penutup. Majlis ini diadakan selepas
selesainya peserta sarapan pagi. Pada waktu ini, kita mendengar ucapan yang disampaikan
oleh penyelaras program iaitu Tn. Hj. Wan Mazlan bin Wan Muda. Beliau meluahkan
perasaan gembira atas program yang jalankan ini. Syukur, kerana program yang
dilaksanakan ini dapat dikendalikan dengan baik sehingga ke hari kemuncak tanpa berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini.
Setelah mendengar ucapan daripada beliau, majlis diteruskan lagi dengan acara
penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti explore
race, teka biji lada dan pertandingan memancing. Setiap kumpulan kelas juga tetap
mendapat nombor iaitu nombor yang bermula daripada nombor 6 sehingga ke tempat
pertama. Setiap kumpulan mendapat hamper untuk dibawa pulang. Para pensyarah dan
staf houseboat yang turut serta dan memenangi tempat dalam aktiviti diadakan turut
mendapat hadiah. Majlis diakhiri dengan ucapan dari ketua rombongan dan sesi fotografi.
12
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
13
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
Setelah majlis penutup selesai, semua peserta membuat persiapan untuk pulang
dengan mengemas semua barang. Peserta-peserta memastikan bahawa setiap barangan
keperluan mereka tidak tertinggal dalam mana-mana houseboat yang lain. Kami juga
berganding bahu dalam memastikan semua peralatan milik houseboat dibersihkan dana
diletakkan pada tempat asalnya. Setelah semuanya selesai, setiap houseboat bergerak
untuk meneruskan perjalanan pulang. Semua bersedia untuk perjalanan yang panjang.
Sebelum tiba ke Jeti Pengkalan Gawi, kami singgah terlebih dahulu di Pulau Herba
yang terdapat di Tasik Kenyir ini. Setiap pokok herba di sini dilabel dengan papan tanda. Hal
ini memudahkan semua pengunjung untuk mengetahui nama-nama pokok tersebut dan
apakah kegunaannya dalam perubatan tradisional. Di sini, barulah kami tahu bahawa setiap
pokok sebenarnya mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Oleh itu, kita sebagai manusia,
wajar untuk menghargaai setiap hasil ciptaan Tuhan ini. Dalam pada itu, antara perkara
menarik di sini ialah semua pengunjung berpeluang untuk minum 3 jenis air herba asli iaitu
Kacip Fatimah, Tongkat Ali dan Mahkota Dewa.
14
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
Setelah perjalanan yang mengambil masa selama 5-6 jam, para peserta mula tiba di jeti.
Kami mengangkut barang-barang dan menaiki bas untuk perjalanan pulang ke IPG. Semua
peserta kelihatan penat dan letih. Namun, kami tetap seronok dengan pengalaman yang
diperoleh ini.
15
Anas Rahim
LAPORAN PROGRAM KEMBARA LESTARI ALAM SEKITAR DI TASIK KENYIR
2 buah bas selamat sampai di IPG pada jam 7 malam. Semua mengucapkan selamat
tinggal dan bersalaman sebelum pulang. Semua barang-barang IPG yang dipinjam dihantar
ke tempat sepatutnya. Semua bersurai.
…………………………………………………………………….
(ANAS BIN AB RAHIM)
Peserta Program Kembara Pendidikan Lestari Alam Sekitar
PISMP Sains Ambilan Jun 2017
16