Aktiviti Bicara Kepimpinan melalui Buku (BKMB) merangkumi penulisan laporan yang
melibatkan kerja berkumpulan dan juga sesi pembentangan yang dibuat dan ditaksir
secara individu. Pemilihan buku oleh peserta adalah berdasarkan Rajah 12:
ATAU
CD
ATAU
Pembelian
Sendiri
1.1 Memilih buku dalam bentuk hardcopy atau softcopy seperti yang telah disenaraikan
oleh pihak Urus Setia.
1.2 Peserta juga dibenarkan membeli sendiri atau memuat turun e-book dengan
syarat-syarat berikut:
1.3 Satu (1) judul buku untuk satu (1) kumpulan SAHAJA.
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
77
2. Panduan Penulisan Laporan (Format Penulisan Kandungan)
Jadual 9
Deskripsi kandungan Laporan Bicara Kepimpinan melalui Buku
78
3. Panduan Pembentangan
a. Setiap kumpulan perlu menyediakan jumlah slaid pembentangan (tidak
termasuk hyperlink) berkaitan Bicara Kepimpinan melalui Buku berdasarkan
jumlah ahli dalam kumpulan tersebut (seorang 1 slaid sahaja). Slaid
pembentangan perlu dihantar sebagai eviden hasil aktiviti kepada pengurus atau
pengurus bersama selewat-lewatnya sehari sebelum pembentangan.
b. Setiap ahli dalam kumpulan diberi masa selama tujuh (7) minit untuk sesi
pembentangan.
c. Semua ahli perlu terlibat dalam pembentangan.
d. Satu (1) helaian maklumat tentang buku yang dipilih (Gambar kulit buku,
Judul, Pengarang, Penerbit, tahun terbitan, bilangan muka surat, Sinopsis dan
Rumusan) perlu diedarkan dalam bentuk salinan keras (hardcopy) kepada
pentaksir dan peserta lain sebelum pembentangan.
e. Pembentangan diukur di bawah Domain BERKETERAMPILAN yang
merangkumi tiga (3) kompetensi iaitu; Berkepemimpinan, Berkomunikasi
Berkesan serta Berkeperibadian Tinggi.
f. Pentaksiran pembentangan akan dijalankan secara individu.
Jadual 10
Pembentangan Bicara Kepimpinan melalui Buku
Refleksi kendiri
berasaskan bahan
bacaan sebagai
pemimpin sekolah
(berasaskan Rubrik
Analitik NPQEL Versi
2018)
79