Anda di halaman 1dari 3

Ujian 4

Ringkuk Tubi Separa

Illustrasi 6: Cara
yang betul
melaksanakan
ringkuk tubi
separa.

Nama Ujian :

Ringkuk Tubi Separa (partial curl-up) 1 minit.

Tujuan :

Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen.

Jantina :

Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan:


1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm
2. Pita ukur 
3. Jam randik
4. Rakaman / cakera padat / Metronome
5. Borang skor
Pengurusan dan organisasi:
1. Lekatkan pita pelekat  secara selari pada lantai di kiri dan kanan.  Jarak antara pita adalah
10  cm.
2. Sediakan pita rakaman atau metronome rentak 50 detik seminit.

Prosedur :
1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.
2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat
pertama.
5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan
menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal
(ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50
detik seminit selama 1 minit.
8. Murid B mengira ulangan perlakuan.
9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :
9.1    Berasa tidak selesa.
9.2     Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.
9.3      Tumit diangkat.

Panduan guru
Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:
1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.
2. Tumit diangkat.
3. Badan/ bahu senget.
4. Punggung terangkat.
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).
Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul
1. Rapatkan belakang ke lantai.
2. Bahu sentuh lantai.
3. Rapatkan tumit ke lantai.
4. Seimbangkan bahu/badan.
5. Buka kaki.
6. Bengkokkan lutut.

Anda mungkin juga menyukai