Anda di halaman 1dari 3

NG YI HOO

SEJARAH 1

000317-10-0991

2019182340156

SJHK3043 SEJARAH DAN PENDOKUMENTASI

2020/03/24 (SELASA) 8AM-10AM

1. Nyatakan definisi kritikan sumber

Kritikan sumber pula boleh dikatakan sebagai penilaian yang dibuat terhadap sesuatu bahan
yang dijadikan bukti terhadap dakwaan atau penulisan.

Selain itu, kritikan sumber melibatkan dua sumber iaitu sumber primer dan sumber
sekunder. Sumber primei adalah sumber yang biasanya dalam keadaan asli atau belum ditafsir dan
diperlengkapkan lagi. Contohnya surat tidak rasmi, catatan, laporan harian, diari, dan lain-lain.
Kebiasaanya sumber primer menjadi pilihan sejaarawan memandangkan sumber ini mempunyai
maklumat yang tepat untuk diselidiki manakala sumber sekunder hanya digunakan untuk
mengukuhkan sesuatu hujah mereka sahaja.
2. Jelaskan konsep Kritikan sumber

Konsep kritikan sumber adalah untuk mengetahui ketepatan sesuatu fakta memandangkan
ramai ahli sejarah yang mengganggap diri mereka hebat dalam sejarah sedangkan apa yang mereka
bincangkan adalah tidak mempunyai asas dan bukti yang kukuh dalam bidang ini.

Seterusnya kritikan telus dan membina juga amat penting dalam memberi penjelasan yang
tepat dan boleh diterima oleh ahli sejarah yang lain. Hal ini akan mewujudkan keharmonian dalam
perhubungan antara ahli sejarah sekaligus menghasilkan satu penulisan yang berkualiti daripada
penjanaan idea antara mereka.

Di samping itu, kritikan sumber boleh dibahagikan kepada kritikan luaran dan juga kritikan
dalaman. Yang pertama, kritikan luaran adalah lebih tertumpu kepada menentusahan ketulenan
sesuatu sumber yang digunakan oleh ahli sejarah manakala kritikan dalaman lebih tertentu untuk
kredibiliti sesuatu sember tersebut.
3. Apakah tujuan kritikan sumber dibuat dan mengapakah ia harus dilakukan?

Kritikan sumber bertujuan untuk mengetahui siapa penulis dan dari mana sumber dihasilkan
supaya ahli sejarah dapat mempercayai kesahihan sesuatu sumber itu. Jadi, sumber tersebut
perlulah disertai dengan nama penulis dan tempat ia dihasilkan agar tiada sesiapapun dapat
menyangkal hasil tafsiran mahupun tulisan mereka.

Selain daripada itu, kririkan sumber juga bertujuan sebagai alat-perlatan untuk membantu
dalam menjalankan penyelidikan aspek kaedah dan pendekatan sejarah seperti tafsiran sumber. Hal
ini demikian kerana proses pentafsiran sumber ini amat bergantungg kepada proses kritikan. Ini
kerana tanpa proses kritikan yang berterusan, ahli sejarah tidak dapat mengetahui data dan juga
maklumat yang terdapat dalam sesuatu sumber serta dokumen. Oleh itu, kritikan sumber
membantu memudahkan pentafsiran sumber.
4. Cadangkan cara-cara untuk mengesahkan kesahihan sumber asli demi menyelesaikan
masalah yang mempunyai kaitan dengan pembuatan pemalsuan sumber sejarah.

Antara cara untuk memastikan kesahihan sumber asli adalah membuat ujian kimia. Ujian
kimia dilakukan bertujuan untuk menentukan umur sebenar sesuatu sumber dan dokumen.
Pemeriksaan dokumen ini melibatkan tentang penelitian terhadap keadaan kertas, dakwat dan cap
yang digunakan. Proses ini dilakukan kerana dalam penghasilan sesebuah dokumen, keadaan kertas,
dakwat dan cap di dalamnya akan berubah mengikut peredaran masa dan zaman dari segi bahan-
bahan yang digunakan. Pakar-pakar kimia akan memastikan sama ada sesuatu dokumen itu benar-
benar dikeluarkan pada masa yang didakwa oleh pihak-pihak yang memilikinya.

Selain itu adalah menggunakan cara ujian bahasa. Ujian bahasa ini penting dijalankan oleh
ahli sejarah kerana gaya bahasa di dunia ini adalah dinamik dan berubah mengikut zaman. Gaya
bahasa sentiasa berubah dari sudut nahu, struktur ayat, ejaan, istilah, tanda baca dan sebaginya.
Masalah-masalah ini sering dihadapi oleh ahli sejarah dan mereka tidak dapat mengelakkanya
kecualii ahli sejarah kerap kali merujuk sumber sejarah pada zaman dahulu. Sememangnya ahli
sejarah perlu mempunyai kemahiran dan memahami bahasa sebagai satu cara untuk mengenali
kesahihan sumber.

Sementaranya adalah ujian tulisan tangan. Ujian ini hanya dapat dijalankan terhadap
dokumen yang ditulis dengan tangan dan bukan ditaip atau dcetak. Hal ini kerana tulisan tangan
adalah satu cir iyang tersendiri dan pakar-pakar dalam bidang ini boleh mendedahkan perbuatan
untuk meniru tulisan tangan orang lain. Kaedahnya perbandingan ini dapat mengenalpasti ciri-ciri
persamaan dan perbezaan yang dihasilkan oleh sesorang yang sama atau individu yang berlainan.
Lazimnya ujian tulisan tangan ini dilakukan oleh ahli sejarah sendiri berdasarkan pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman mereka menggunakan sumber sejarah daam bidang penyelidikan.

Akhirnya adalah cara ujian bahan-bahan yang digunakan dalam sumber dokumen. Misalnya
jika kertas digunakan sebelum tahun 1150 T.M., boleh dikatakan bahawa dokumen itu palsu kerana
pada masa itu hanya kulit kambing digunakan sebagai kertas dokumentasi sahaja. Begitu juga boleh
menyatakan bahawa dokumen yang tulisannya ditulis dengan pensil dan didakwat telah dikeluarkan
pada abad yang ke-15. Kita boleh menyatakan bahawa dokumen itu palsu kerana pensil hanya mula
digunakan pada abad yang ke-16. Contoh lagi adalah sebuah dokumen yang bercetak yang
ditarikhkan pada tahun 1350, kerana teknik percetakan hanya diperkenalkan pada abad yang ke-15.
Rujukan

Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm 50.

Rozeman Abu Hassan. 2004. Mengenali dan Mentafsir Sumber-Sumber Sejarah. Shah Alam: Karisma
Pyblications Sdn. Bhd. hlm 36.

G.J. Garraghan. 1973. A Guide to Historical Method. hlm 178.

Anda mungkin juga menyukai