Anda di halaman 1dari 2

Nama: Ng Yi Hoo

Masa/Tarikh: 2-4pm (19/03/2020)


Tajuk: Tema 6 kaedah penggunaan bahan sejarah
1. Jelaskan konsep pentaksiran sejarah.
2. Bincangkan secara kritis, mengapakah pentaksiran sejarah harus dilakukan?

1. - sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya.

- Pengkaji sejarah perlu mengkaji dan membuat penyelidikan mengikut tatacara yang

betul dan tepat.

- Tafsiran sejarah adalah berbeza mengiktu kaca mata antara ahli sejarah.

- Tafsiran sejarah boleh berbeza kerana seseorang pengkaji cenderung untuk

mendorong sesuatu pihak.

- Konsep pentafsiran sejarah dapat diterangkan sebagai suatu konsep

pensejarahan yang diaplikasikan untuk mengkaji kebenaran tentang sesuatu

peristiwa yang telah berlaku.

- Pentafsiran yang dilakukan adalah terdiri daripada fakta-fakta sejarah yang benar

dan tepat.

2. Pentafsiran harus dilakukan bagi menghasilkan penulisan sejarah yang

objektif. Hal ini kerana pentafsiran sejarah yang objektif dapat menghasilkan sebuah

karya yang berkualiti dan mengandungi pengadilan moral serta mempunyai autoriti

dalam kebenaran fakta. Penulisan sejarah tidak akan dapat dihasilkan dengan baik

sekiranya sesuatu pentafsiran sejarah tidak dilakukan terlebih dahulu. Penceritaan

semula sejarah memerlukan pengolahan, penjelasan dan penyusunan fakta serta

kebenaran yang tepat dan benar. Sejarawan juga tidak boleh membuat pentafsiran

secara sesuka hati atau berdasarkan imaginasinya semata-mata.

Selain itu, pentafsiran sejarah perlu dilakukan bagi memastikan aspek

kandungan sesuatu sejarah tersebut adalah benar. Ahli sejarah akan membuat

pentafsiran sumber berdasarkan lunas-lunas kerasionalan. Setiap tindakan boleh

dikaji secara rasional berdasarkan tindakan dan keterangan oleh pelaku atau saksi

supaya sumber itu bebas daripada mitos, lagenda dan ghaib. Ahli sejarah perlu
menolak sebarang sumber yang mempunyai mitos kerana terdapat keraguan dalam

sumber tersebut. Hanya sumber yang mempunyai fakta yang kukuh sahaja dapat

diterima. Hal ini kerana, sumber yang mempunyai mitos dianggap melanggar

pemikiran yang rasional.

Di samping itu, pentafsiran sejarah dilakukan supaya sumber sejarah yang

masih kekal dan sempurna keadaan fizikalnya dapat menghasilkan penemuan-

penemuan yang baru kepada persoalan dan pengkajian sejarah kepada ahli sejarah.

Hal ini kerana sumber yang telah melalui proses pentafsiran kurang memberikan

fakta dan maklumat yang baharu kepada pengkaji sejarah.

Tambahan pula, kepentingan pentafsiran sejarah perlu diadakan untuk memastikan


seseorang sejarawan tidak dikuasai oleh perasaan dan prasangka. T. R. Tholfsen pernah menyatakan
bahawa setelah dapat bertahan dari kritikan, bersaing dengan tafsiran lain dan melambangkan
usaha yang jujur untuk melihat masa itu seperti sebenarnya berlaku. Melalui tafsiran sejarah, kita
boleh memastikan penulis tidak bersifat bias seperti sifat kepartian, memihak kepada kepercayaan,
terlalu bergantung kepada sumber yang diperolehi dan gagal memahami sumber.

Akhir sekali, secara kesimpulannya pentaksiran sejarah ini terdapat unsur subjektiviti seperti
pengadilan moral, motif penulis dan sebagainya, fakta tersebut akan berubah daripada asalnya.
Fakta boleh menjadi sesuatu yang subjektif kerana ia terhasil daripada proses pemikiran ahli-ahli
sejarah. Proses ini dilakukan selepas seseorang pengkaji itu telah meneliti, mentafsir dan
membandingkan sumber-sumber yang diguna. Kepentingan sesuatu sumber itu adalah berdasarkan
ahli sejarah yang mengkaji sesuatu peristiwa atau tajuk penulisannya.

Anda mungkin juga menyukai