Anda di halaman 1dari 4

SOALAN HARI INI 29/3

Tamadun Mesir Purba wujud sekitar tahun 3500SM berkembang menjadi pusat tamadun awal
dunia.

a) Apakah keistimewaan masyarakat Mesir Purba yg menyumbang kpd kemunculan Mesir sbg
pusat tamadun awal dunia (8m)
b) Bagaimanakah generasi muda hari ini,dapat mengambil iktibar daripada tamadun awal utk
kegemilangan negara Malaysia?(8m)

Jawapan :

a) Keistimewaan masyarakat Mesir Purba yang menyumbang kepada kemunculan Mesir


sebagai pusat tamadun awal dunia ialah mereka merupakan masyarakat yang inovatif di
mana wujudnya golongan intelektual seperti saintis dan ahli fizik yang menghasilkan seni
bina menarik. Buktinya Imhotep yang mencipta seni bina bangunan dan pyramid daripada
batu bata yang masih kukuh sehingga ke hari ini. Selain itu, masyarakat Mesir Purba juga
bijak dalam ilmu geometri dan matematik kerana mereka menggunakan ilmu tersebut untuk
mengawal banjir dan kemahiran tersebut masih diterapkan oleh masyarakat sehingga ke
hari ini dalam bidang- bidang tertetu seperti bidang pertanian. Kemahiran mereka dalam
bidag astronomi juga telah membantu orang Mesir untuk mencipta kalendar yang mepunyai
365 hari atau 12 bulan dalam setahun. Kalendar ciptaan mereka masih digunakan oleh
masyarakat dunia pada hari ini bagi menentukan hari dan tarikh semasa. Masyarakat Mesir
Purba juga berfikiran kreatif kerana mereka menghasilkan kertas dari pokok papyrus. Kertas
ini digunakan untuk menyimpan khazanah bangsa atau penulisan penting bagi menggantikan
batu bata yang digunakan dalam penulisan sebelum ini. Teknologi mereka dalam
penghasilan kertas ini digunakan oleh masyarakat pada hari ini. Di samping itu, kegiatan
perdagangan mereka juga berkembang maju di mana mereka menjalankan kegiatan eksport
barangan tempatan seperti tekstil dan kertas serta banyak kapal dari Laut Mediteranean dan
Laut Merah berlabuh di perlabuhan mereka. Kemahiran yang dimiliki oleh masyarakat Mesir
dalam memumiakan mayat juga digunapakai sehingga ke hari ini untuk membantu tujuan
forensik. Segala keistimewaan yang ada pada masyarakat Mesir Purba ini telah menjadikan
mereka sebagai sebuah pusat tamadun awal manusia kerana segala sumbangan mereka
terhadap perkembangan dunia merupakan langkah pertama dan belum pernah dilakukan
oleh masyarakat sebelum ini.
b) Generasi muda pada hari ini perlulah befikiran kreatif dalam menghasilkan produk-produk
tempatan sesuai dengan keperluan revolusi industry pada hari ini. Mereka perlulah
menghasilkan produk yang mampu dikomersialkan bukan hanya di dalam negara namun
mampu untuk dipasarkan ke seluruh dunia. Selain itu, mereka juga perlu menuntut ilmu
supaya dapat melahirkan golongan intelektual seperti jurutera, guru dan ahli fizik yang
mampu mengubah halatuju negara ke arah yang lebih maju. Dengan adanya ilmu, Malaysia
mampu melahirkan rakyat yang berkualiti dan kadar penganguran dapat dikurangkan.
Generasi muda pada hari ini perlu mempunyai sikap daya saing yang tinggi supaya negara
kita dapat bersaing dengan negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat dalam
semua bidang seperti bidang pertanian, pendidikan dan perkembangan teknologi. Di
samping itu, generasi muda perlu mempunyai wawasan diri supaya mampu melihat
matlamat yang jelas yang perlu dicapai untuk kemajuan diri dan negara di masa hadapan
kerana generasi muda bakal memegang tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan.
Mereka juga harus menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian seperti berlaku
adil dan baik supaya dapat membentuk jati diri yang sempurna dari segi dalaman dan luaran.
SOALAN HARI INI 30/3

a) Terangkan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah ke atas penyebaran Islam. (8m)


b) Bagaimanakah pencabulan Perjanjian Hudaibiyah berlaku dan adakah perkara seperti ini
masih berlaku sehingga sekarang. (8m)

Jawapan :

a) Antara kepentingan Perjanjian Hudaibiyah ialah tempoh perdamaian yang dimeterai dalam
perjanjian tersebut membolehkan Nabi Muhammad SAW merangka program dakwah ke
seluruh Tanah Arab. Selain itu, agama Islam juga dapat disebarkan dengan aman oleh para
pendakwah dan Islam dapat berkembang berlipat kali ganda. Perjanjian ini juga penting
SOALAN HARI INI 31/3

a) Huraikan pendekatan Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha menyebarkan dakwah islamiah
di Makkah.

“Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad s.a.w. memegang kekuasaan tunggal di
dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi segala permasalahan sehingga membawa
kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan di dunia”

-Sir George Bernard Shaw, (The Genuine Islam, ‘Vol. 1, No. 8, 1936)
b) Petikan berikut menunjukkan bahawa pelantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul
dianggap sebagai rahmat yang besar kepada kesejahteraan masyarakat dunia. Beri ulasan
anda.

Jawapan :

a)

Anda mungkin juga menyukai