Anda di halaman 1dari 3

BAJET 2020

Secara ringkasnya, bajet negeri tahun 2020 mempunyai justifikasinya tersendiri untuk
mencapai matlmat-matlamat dalam pelbagai bidang terutamanya dalam aspek yang difokuskan.
Bertemakan “Merancakkan Pembangunan Untuk Kesejahteraan Rakyat”. Dengan tema ini, bajet
tersebut telah dirangka berteraskan aspirasi dan komitmen kerajaan dalam melonjak dan
mempercepatkan lagi kadar pembangunan negeri demi kesejahteraan hidup rakyat Sabah.
Selaras dengan tema tersebut, Kerajaan Negeri mengagihkan sumber kewangan untuk tahun
hadapan bagi mencapai matlamat. Terdapat lima aspek yang difokuskan melalui bajet 2020 ini
iaitu pertama, meningkatkan kecekapan dan sistem penyampaian Kerajaan Negeri. Kedua,
menangani ketidakseimbangan sosioekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat melalui
pendekatan “inklusif”. Seterusnya, yang ketiga untuk mempercepatkan pembangunan sektor-
sektor produktif, termasuk menarik pelaburan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan
menjana pendapatan negeri. Manakalah keempat pula, ingin memperkasakan pembangunan
modal insan melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran, produktiviti serta inovasi dan yang
kelima ingin meningkatkan pembangunan pembolehdaya seperti ICT, infrastruktur asas fizikal,
utiliti dan kemudahan awam bagi menyokong pembangunan sosial dan pertumbuhan ekonomi
negeri. Oleh itu, matlamat tema dan aspek-aspek yang difokuskan akan cuba direalisasikan
dengan memberi peruntukan yang sesuai. Maka, melalui ucapan bajet 2020 oleh Datu Sri
Panglima Haji Shafie Afdal, pada tahun 2020 Kerajaan Negeri mencadangkan anggaran
perbelanjaan berjumlah RM4,143.87 juta berbanding anggaran kutipan hasil sebanyak
RM4,192.42 juta dengan Bajet Lebihan berjumlah RM48.55 juta. Dengan anggaran bajet
tersebut pihak kerajaan akan cuba memanfaatkannya dan memastikan benar-benar ianya
sampai kepada golongan sasar dan rakyat Sabah pada keseluruhannya.

Menurut belanjawan 2020 yang telah dibentangkan terdapat empat teras yang
menunjangi Belanjawan 2020 di bawah kerajaan Pakatan Harapan disertai dengan strategi-
strategi bagi setiap teras. Teras pertama adalah memacu pertumbuhan ekonomi dalam
ekonomi baharu dan era digital. strategi pertama adalah menjadikan Malaysia sebagai pilihan
utama destinasi pelaburan antaranya dengan membina meningkat daya saing dengan RM20
juta untuk Presint Industri-Agro di Sabah oleh SEDIA. Strategi kedua adalah mempercepatkan
ekonomi digital dengan membina infrastruktur digital antaranya Kerajaan akan meningkatkan
ketersampaian di kawasan pedalaman Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak, bagi
memastikan tiada pihak yang terpinggir dalam agenda digital negara. SKMM akan
memperuntukkan RM250 juta untuk menyediakan akses jalur lebar melalui teknologi satelit.
Strategi keempat adalah mengukuhkan kepelbagaian ekonomi dengan memajukan komoditi
dimana Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh kepada
pekebun kecil getah yang layak di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan
Getah (RISDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS). Selain itu teras kedua adalah
pelaburan keatas rakyat dengan meningkatkan keupayaan modal insan dengan strategi tujuh
iaitu pelaburan dalam Pendidikan dan bakat dengan menaik taraf sekolah Kerajaan juga akan
memberi tumpuan kepada membaik pulih sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM783
juta pada tahun 2020, terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pembelajaran MARA dan
Yayasan Peneraju dimana Kerajaan akan terus memberi penekanan terhadap peluang
pembelajaran di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Yayasan Peneraju Pendidikan
Bumiputera (Yayasan Peneraju). Teras ketiga pula adalah mewujudkan masyarakat yang
bersatu, inklusif dan saksama dengan strategi kelapan dengan pembangunan inklusif dengan
peruntukan RM10.9 bilion untuk pembangunan luar bandar bagi merapatkan jurang pendapatan
antara bandar dan luar bandar dimana kira-kira RM587 juta akan diperuntukkan untuk Projek
Bekalan Air Luar Bandar, di mana RM470 memenuhi sasaran 99 peratus akses kepada air bersih
serta membelanjakan RM500 juta untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang memberi
manfaat kepada lebih 30 ribu isi rumah luar bandar di mana majoriti penerima faedah tinggal di
Sabah dan Sarawak. Strategi Sembilan pula adalah kearah perkhidmatan kesihatan yang lebih
baik dengan sejumlah RM30.6 bilion diperuntukan antaranya pembinaan hospital baharu seperti
Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II, membina dan menaik taraf klinik kesihatan dan
pergigian di Sabah. peluasan mysalam dan B40, insentif kesuburan dan pelan persaraan
swasta. Strategi kesepuluh adalah meningkatkan ekosistem pengangkutan dengan
mengutamakan pengangkutan awam yang mana Kerajaan akan menaik taraf landasan keretapi
di kawasan Gorge Line antara Stesen Halogilat ke Stesen Tenom di Sabah dengan kos sebanyak
RM50 juta bagi meningkatkan keselamatan perjalanan penduduk tempatan. kemudian strategi
tiga belas adalah mempromosikan kelestarian alam sekitar dengan pemeliharaan hutanKerajaan
akan memperuntukkan RM48 juta bagi tujuan tersebut di mana RM10 juta akan dikhususkan
kepada sektor swasta melalui geran padanan. Usaha ini termasuklah menyokong inisiatif
Central Forest Spine dan Heart of BorneoKerajaan akan menyediakan RM15 juta kepada
Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT), Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan
NGO lain bagi menjaga haiwan terancam serta pertahanan dan keselamatan awam peruntukan
Kementerian Pertahanan kepada RM15.6 bilion terutama melibatkan keperluan untuk
menangani ancaman baru, seperti mempertahankan perairan di Sabah. Teras keempat adalah
memulihkan institusi dan kewangan awam. Oleh itu belanjawan yang dibentangkan adalah
untuk meningkatkan kemampanan pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik negara melalui
dasar-dasar yang lebih komprehensif.

Kerelevenan Belanjawan 2020

Kerelevenan Belanjawan 2020 ini penting untuk diselidik sama ada ianya bersesuaian
dengan kehendak tuntutan dan keperluan masyarakat tempatan. Dalam perbelanjaan
pembangunan, Sabah dan Sarawak kekal sebagai dua negeri yang menerima peruntukan
tertinggi dimana masing-masing menerima RM5.2 billion dan RM4.4 billion dalam belanjawan
2020 (Berita Harian Online, Oktober 2019). Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng,
peruntukan besar tersebut membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan mengutamakan
keperluan penduduk bagi kedua-dua negeri tersebut. Selain itu, kerajaan juga komited dalam
menyiapkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo bagi kepentingan dan hubungan kedua-dua negeri
tersebut. Dalam perbelanjaan pembangunan ini juga kerajaan telah berhasil untuk menjimatkan
kos projek sebanyak RM1.2 billion dengan mengurangkan kos projek kepada RM29 billion.
Rasionalnya penjimatan ini adalah agar kerajaan dapat menjalankan perancangan untuk projek
lain bagi memancu pertumbuhan ekonomi bagi Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, projek
penting yang diberikan tumpuan adalah seperti projek bernilai RM600 juta untuk 40km jalan
Kalabakan-Serudong di Tawau dan pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan
Keselamatan (CIQS) dan Kuarters Perumahan Kerajaan.

Selain itu, Kerajaan juga memberikan tumpuan kepada peruntukan projek bekalan air
luar dan eletrik luar bandar sebanyak RM970 yang memberikan manfaat kepada 30, 000 isi
rumah bagi Sabah dan Sarawak. Keutamaan pembangunan juga ditumpukan kepada jalan luar
bandar dan jalan penghubungan desa yakni sebanyak RM 1Billion bagi seluruh Malaysia
terutamanya Sabah dan Sarawak. Projek-Projek ini dianggarkan bagi Sabah sebanyak RM326
juta dan Sarawak sebanyak RM224 juta yang akan memberikan faedah kepada 145, Penduduk.

Anda mungkin juga menyukai