Anda di halaman 1dari 32

'ULAMA DAN PERUBAHAN SOSIAL DALAM ISLAM

Oleh
Prof. Madya Mohamad Kamil Hj. Ab Majid*

Abstract

This article describes the defination of 'ulama and their roles in so


cial change which can be seen clearly in both fields; education and
leadership. It also discusses about a deep relationship between the
institution of 'ulama and the Muslim's political order.

PENDAHULUAN

Perkataan 'ulama ialah kata jamak daripada perkataan Arab 'alim. Kata dasarnya
'Urn. 'Ilm membawa makna pengetahuan. 'Ulama pula ialah mereka yang
berpengetahuan.

Perkataan 'ulama tidak begitu banyak digunakan pada zaman awal Islam. Para
sahabat dan tabi'in, secara keseluruhan adalah pewaris nabi yang melanjutkan per-
juangan Rasulullah s.a.w. dalam mengajarkan ilmu pengetahuan, mendidik rohani
dan mengembangkan ajaran agama.1
Istilah 'ulama secara meluas dikenali hanya selepas masyarakat Islam
memerlukan tenaga pakar dalam berbagai lapangan.2
Walau bagaimanapun, teks al-Quran dan al-Hadith telah menggunakan
perkataan tersebut. Al-Quran menggunakan dua kali perkataan 'ulama, iaitu:

* Timbalan Pengarah Bahagian Pengajian Usuluddin dan Pensyarah di Jabatan Akidah &
Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
1 Walau bagaimanapun di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah terdapat mereka yang khusus
mempunyai kepakaran di bidang ilmu terdiri dari Umar Ibn al-Khattab, 'Ali Ibn Abi Talib, Abd.
Allah Ibn Mas'ud, Abd. Allah Ibn 'Umar, Ibn Abbas, Zayd Ibn Thabit, dan isteri Rasulullah
'Aishah; Sila lihat: Ahmad Amin, Fajr al-Islam, cetakan 10, (Qahirah: Maktabah al-Nahdah al-
Misriyyah), 1965, him. 146, nama lain turut dimasukkan Mu'adh Ibn Jabal, Abu al-Darda',
'Abd. Allah Ibn Salam dan Salman al-Farisi./Aw/.
2 Kepakaran sudah diketahui sejak zaman Sahabah lagi di mana contohnya Umar Ibn al-Khattab
terkenal kepakarannya dalam bidang kehakiman dan perundangan, anaknya 'Abd-Allah Ibn
Umar pula pakar dalam pengumpulan hadith, Abd-Allah Ibn Abbas, pakar di bidang tafsir dan
sejarah, lihat, Ibid. him. 146 - 151.

81
Jurnal Usuluddin

Firman Allah (bermaksud):

"(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan


tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-
pendita agama Bani Israil mengetahui akan kebenaran al-Quran
itu?"3
FirmanNya lagi (bermaksud):

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah)


Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang
berilmu"*

Sementara hadith-hadith lebih banyak menggunakan perkataan ini. Contohnya


sebuah hadith yang bermaksud:

"Orang-orang berilmu itu adalah pewaris para nabi "5


Sebuah hadith lain pula, maksudnya:

"Tiga golongan yang akan memberi syafaat pada hari kiamat: nabi-
nabi, orang-orang berilmu dan para syuhada"6
Istilah 'ulama digunakan dalam banyak lagi hadith lain. Ayat-ayat Quran pula
ada yang memakai istilah lain dengan maksud makna 'ulama. Contohnya:

Firman Allah (maksudnya):

"Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpe-


ngetahuan agama jika kamu tidak mengetahui"1

Finnan Allah (maksudnya):

"Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan


orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang
yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-
orang yang berakal sempurna"s

Firman Allah lagi (maksudnya):

"Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan


dia kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu

3 Quran, al-Shu'ara, 26:197.


4 Quran, Fatir, 35:28.

5 Lihat, Abu Dawud, Sunan, Tahqiq: Muhammad Muhyi al-Din 'Abd al-Hamld (Misr: al-
Maktabah al-Tijariyyah al-Kubfa), 1950, cet. 11, 2: No. 3641.
6 Riwayat Ibn Majah.
7 Quran, al-Nahl, 16:43.
8 Quran, al-Zumar, 39:9.

82
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

sahaja yang dapat memahaminya"9


'Ilm diberi keutamaan dalam al-Quran di mana terdapat hampir 800 ayat yang
merujuk kepadanya.10

DEFINISI 'ULAMA

Perkataan 'ulama dalam Bahasa Arab digunakan secara teknikal kepada orang-orang
yang berpengetahuan dalam mana-mana bidang pengetahuan Islam. Misalnya Fiqh,11
Kalam,12 Hadith,13 Tafsir,14 dan Iain-lain.

Walau bagaimanapun, nama khusus diberikan pula kepada setiap bidang seperti
Faqih kepada ahli di bidang Fiqh (hukum), mutakallim kepada ahli di bidang Kalam
(teologi), Muhaddith kepada ahli di bidang hadith, dan mufassir kepada ahli-ahli
tafsir. Namun begitu, pemakaian perkataan 'ulama dari al-Quran tidaklah hanya
khusus kepada ahli di bidang agama semata-mata, tetapi umum kepada mereka yang
berkeahlian di bidang masing-masing.

Sebagai contoh, pengertian 'ulama yang diungkap dalam surah Fatir, setelah
Allah menyebut tentang manusia, binatang yang berbagai jenis dan warna, lalu Allah
menyebut sesungguhnya yang takut dan bimbang daripada melakukan pelanggaran
perintah Allah ialah orang-orang yang berilmu.15
Justeru itu, Sayyid Qutb menafsirkan 'ulama sebagai mereka yang memerhati
alam yang aneh dan membawanya mengenal Allah sebagai makrifat yang hakiki.
Mereka mengenal akan kesan-kesan penciptaan Tuhan, tahu akan kesan kekuasaan
Allah s.w.t., malah merasai hakikat keagungan dengan melihat hakikat penciptaan.
Di situ timbul rasa takut dan taqwa, malah pengabdian diri, dan bukannya takut dan
kagum ajaib kepada kehebatan alam.16
Dengan ini, perkataan 'ulama terpakai kepada sesiapa sahaja yang mempunyai
kualiti ilmu pengetahuan, pembelajaran dan sains dengan penguasaan yang paling

9 Quran, al-Ankabut, 29:43.


10 Al-Attas, S.M.N., {\911),op.cU., him. 57.
11 Encyclopedia of Islam, artikel "Filch", him. 102-107.
12 Ibid., him. 110-114, artikel "Kalam".
13 Ibid., him. 116-121, artikel "Hadith".
14 Ibid., artikel "Tafsir".
15 Quran, Fatir, 35:28.
16 Sayyid Qutb, Fi-Zilal al-Qur'an, jilid V, h. 2943., lihat sama, Zakaria Awang Soh,
Kecanggihan Alam Semesta Antara Wahyu Dengan Pengetahuan Sains (Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan), 1992, him. 67.

83
Jurnal Usuluddin

mendalam terhadap bidang-bidang dan jujur dalam mencari kebenaran.17

Definisi ini sama maksudnya dengan pendapat Mohd. Kamal Hassan yang
melihat 'ulama memiliki kaedah integrasi iman kepada Allah, ilmu yang bermanfaat,
amal yang salih dan akhlak yang mulia yang semuanya didasarkan kepada doktrin
tauhid; dalam mencari, mempelajari, mengajar dan mengembangkan ilmu
pengetahuan.18

Namun demikian, perkataan 'ulama dalam pemakaian biasa masyarakat Islam


di Malaysia khususnya dan Nusantara umumnya dipersempit kepada keahlian di
bidang keagamaan sahaja, iaitu mereka yang mengerti tentang hukum-hakam
keagamaan, baik urusan ibadah mahu pun muamalah.19 Fungsi mereka ialah
mengajar, membimbing dan memimpin, sesuai dengan semangat "pewaris nabi".20

Beberapa penulis Malaysia-Indonesia seperti H. Monawar Chalil, Muhammad


Abu Bakar, Hasan Haji Idris dan Iain-lain menggunakan istilah 'ulama ini untuk
merujuk kepada mereka yang berkebolehan dalam ilmu agama atau sebahagian
daripada ilmu agama, yang dapat memahami kitab-kitab agama dan kitab-kitab yang
ada kaitan dengannya, dan dapat pula mengajar kitab-kitab itu dengan cara atau
kaedah tertentu yang boleh mengeluarkan fahaman atau hukum secara teliti dalam
sesuatu masalah, serta beramal dengan ilmunya, melaksanakan ajaran-ajaran sekadar
yang terdaya. 'Ulama juga dikenali orang alim dan tuan guru.21

Di sini akan cuba dihuraikan idea-idea perubahan 'ulama dan praktisnya


sepanjang sejarah masyarakat Islam.

'ULAMA DAN PERUBAHAN SOSIAL

Perubahan sosial Islam dimulakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri yang
menjadikan rumah al-Arqam sebagai sekolah pertama dalam Islam. Malah rumah
Rasulullah sendiri dijadikan tempat belajar ilmu. Rasulullah s.a.w. bertindak sebagai

17 Gibb, Kramers, Shorter Encyclopedia, 1974, him. 559.


18Mohd. Kamal Hassan, "Penghayatan Islam Dalam Mempelajari Dan Mengembangkan Ilmu",
dim. Jurnal Pendidikan Islam, bil. 3, September, 1985, him. 14.
19 H. Munawar Chalil, Peranan Ulama Dalam Masyarakat Dan Negara, Pustaka Rahmat, t.t.
him. 1. Cf. Zakaria Awang Soh, op.cit.

20 Muhammad Abu Bakar, 'Ulama Terengganu, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.,
1991, him. 6. Ayat al-Quran, al-Jumaat ayat 2, menerangkan fungsi Nabi bukan setakat mengajar
agama tetapi juga ilmu mengenai kehidupan (lihat, Majid Irsan al-Kaylani,op.c#., him. 112. Cf.,
Muhammad al-Ghazali, Turathuna al-Fikri Fi Mizan aUShar' Wa-aU'Aql Cetakan 11, 1991.
21 Haji Hasan Idris, "Sumbangan 'Ulama Dalam Bidang Pendidikan", Dakwah, (Kuala
Lumpur: YADIM), Jan. 1983, him. 23. Lihat sama: H. Monawar Chalil, op.cit., Muhammad
Abu Bakar, op.cit.

84
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

guru dan pendidik pertama.22


Pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. adalah yang bersangkutan dengan akidah,
syariah dan akhlak. Keunikan pengajaran dan pendidikan beliau ialah dalam bentuk
teori dan praktis sekaligus. Sikap dan tingkah laku yang ditunjuknya adalah contoh
praktis kepada pengajaran yang diberikan.

Apabila berlaku hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah, masjid mula didirikan. la


bukan sekadar tempat ibadat tetapi sebagai pusat aktiviti sosial berbentuk keagamaan
dan kemasyarakatan,23 termasuk sebagai pusat pengajaran dan pendidikan.

Melalui institusi masjid, Rasulullah s.a.w melahirkan generasi 'ulama di


kalangan sahabat. Antara mereka yang mendapat didikan dan paling terkemuka di
bidang ilmu ialah 'Umar, 'Ali, Ibn Mas'ud, Ibn 'Umar, Ibn Abbas, Zayd bin Thabit
dan 'A'ishah. Juga tokoh-tokoh seperti Mu'adh, Abu-al-Darda', Abu Dhar, Abu
Musa al-Ash'ari, Salman al-Farisi dan Iain-lain.24
Rasulullah s.a.w. menghantar pula para ilmuan di kalangan sahabat ke bandar-
bandar di Jazirah Arab seperti Yaman, Bahrain dan Makkah.25
Namun, krisis sosial dan usaha pembaharuan (tajdid) berlaku sebaik sahaja
kewafatan Rasulullah s.a.w., Rajah yang dipaparkan oleh R. Hrair Dekmejian dalam
bukunya Islam in Revolution (Lihat rajah di hal. 86) cukup menarik.

Dari rajah tersebut dapat disaksikan apa yang berlaku sepanjang 15 abad
bangun jatuh umat Islam, di mana pada setiap masa itu ada respon 'ulama melakukan
pembaharuan. Ketika kejatuhan nilai-nilai Islam pada masa Amawiyyah, yang telah
dipersetujui oleh ramai penulis seperti al-Maududi dan Malik Bin Nabi munculnya
tokoh-tokoh 'ulama seperti 'Umar Ibn Ab. al-Aziz (m. 729M.), Abu Hanifah (699-
767M.), Malik Ibn Anas (714-798M.) dan munculnya gerakan 'ulama Syiah dan
revolusi Abbasiyyah (750M.).

Pada zaman Dinasti Abbasiyyah muncul pula tokoh-tokoh seperti Ibn Hanbal
(750-855M.) dan al-Shafi'I (767-854M.). Selain dari itu muncul juga aliran Syi'ah
Isma'ili (al-Qaramitah - sekitar 890M.) yang dipimpin oleh Ubaydillah al-Mahdi
(909M.).

22 Ali, A., Crisis in Muslim Education: Dichotomy of Traditional and Modern Systems Dacca,
Bangladesh, 1988, him. 7. Cf. Shalaby, 1954, him. 41., lihat sama, Dr. Abdullah ishakJSejarah
Perkembangan Pelajaran Dan Pendidikan Islam, (Petaling Jaya: Al-Rahmaniah), 1989, him.
38.
*Ibid., him. 37-39.
24 Ahmad Amin, op.cit., him. 146-150, lihat sama Hasan Langgulung, him. 16.
25Ibid., him. 151.

85
Jumal Usuiuddin

Beberapa Peringkat Krisis Sosial dan Respons Islam

2,000-
- 1979 Revolusi Islam - Khomaini
- 1928 Ikhwan Muslimun

-1900 aliran Salaf-Abduh (1849-


1905)- Rashid Ridha
(1865-1935)
- Al-Mahdi (1789-1898)

1736 - Al-Afghani (1839-1897)


- Al-Muwahhidun-Abdul Wahab

IT tn (1703-1791)
sr
3 Ml -Shah Ismail (1502-1524)
a
3 - Ibn Falah al-Musha"sha-al-Mahdi
H"
e> (m. 1463)
-Ibn Kathir (1300-1373)

- Ibn Qaiyim al-Jawziyyah (m.1350)


-Ibn Taymiyyah (1263-1328)
- al-Hilli (1250-1325)
- al-Nawawi (1223-1277)
•■ 1299
- 1187 Turkey & Mongol-Salib-Hittin
Salahuddin al-Ayubi (1169-1193)
1258
- al-Qadhi Iyad (1088-1032)
1171
- Ibn Salamah (m. 1032)

rt al- 1088 —
Muwahhidun
-Ibn Hazm (994-1064)
■ 1023
> -Ubaidillah al-Mahdi (909-934)
cr
kemunculan Ismail al-Shii
tt
to - al-Qaramitah (868-930)
H
909

a. h- - Ibn Hanbal (m. 855),


Shafi~i (767-854)
C B
» ET - 750 Abbasiah/Revolusi Syiah
827

756 Umar II (m.720) Abu Hanifah


(699-767)
(Malik 714-798)

- Kematian Ali
661
Problem
khilafah 632 - Kewafatan NabiMuhammad
<

600
sr

86
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

Pembaharuan-pembaharuan selanjutnya dilakukan oleh Ibn Hazm (m. 1063M.)


ketika kelemahan kerajaan Amawiyyah di Andalusia, diikuti oleh Salah-al-Din al-
Ayyubi (1171-1187M.) pada masa kejatuhan khilafah Fatimiyyah sehingga dapat
mengalahkan tentera salib di Hittin pada tahun 1187M. Begitulah seterusnya ketika
kehancuran kerajaan Abbasiyyah akibat serangan tentera Mongol. Tokoh 'ulama
yang terkenal Ibn Taymiyyah (1263-1328M.) muncul bersama murid-murid beliau
seperti Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 1350M.) dan Ibn Kathir (m. 1373). Mereka ini
dianggap mewakili pembaharuan di kalangan ahli sunnah. Sementara itu mewakili
aliran Syi'ah waktu itu ialah Ibn al-Mutahhir al-Hilli (1250M.) yang mengemukakan
fahaman Syi'ah dalam akidah dan Syariah, khususnya aliran Ithna 'Ashariyyah.
Kemunculan kerajaan 'Uthmaniyyah pula menandakan perpindahan kepimpinan
umat Islam daripada tangan orang-orang Arab kepada bangsa Turki. Meskipun tidak
ada pertalian keturunan nasab antara bangsa Turki dengan Nabi Muhammad s.a.w.,
Sultan Salim 1 menggelarkan dirinya sebagai khalifah yang kemudiannya diikuti
oleh sultan-sultan selepasnya. Kekuasaan 'Uthmaniyyah menjadi lemah selepas abad
ke XVIIM, oleh sikap membazir para sultan yang memerintah secara kekerasan.
Inilah sebenarnya antara faktor mengundang gerakan Wahabi pada abad 12M.,
Mahdi dan Sanusi yang akan dibincangkan nanti.26
Ringkasnya, 'ulama sejak dari zaman nabi Muhammad telah berfungsi
membawa perubahan melalui ijtihad hukum-hukum baru yang menyentuh persoalan
masyarakat. Mereka berbincang dengan pemerintah dan memberi nasihat. Malah
mereka juga terlibat dengan kepimpinan sosial dan poliuk. Ada juga dari kalangan
mereka yang memimpin negara seperti 'Umar Ibn 'Abd al-'Aziz27 dan Salah-al-Din
al-Ayyubi.

'ULAMA DAN PERUBAHAN SOSIAL MELALUI ILMU PENGETAHUAN


Gerakan keilmuan dari permulaan Islam hingga akhir pemerintahan kerajaan
Amawiyyah mempunyai tiga aliran. Pertama, gerakan keagamaan, iaitu kajian-kajian
agama dalam bidang Tafsir, Hadith dan Perundangan. Kedua, gerakan pensejarahan
dan ketiga gerakan falsafah dalam ilmu logik, kimia, perubatan dan seumpamanya.
Walaupun masih dalam bentuk yang agak belum tersusun ilmu-ilmu itu telah mula
membentuk disiplinnya.28

26 Hrair Dekmejian, op.cit., him. 36-39.


27 Ab. Aziz al-Badri, op.cit., him. 12-14. Keterangan lebih lanjut lihat Abu-1-Ala al-Mawdudi,
Mujaz TdrSkh TajdU-al-Din Wa-Ihya'ihi, (Lubnan: Dar al- Fikr al-Hadith, Cet. m), 1968/1387
H., him. 63-69; lihat sama, Dr. 'Imad al-Din Khalil, Malamih at-InqOab-al-Islami Fi Khilafah
'Umar Ibn 'Abd-al-Aziz, cet. n, (Beirut: al-Dar al-Ilmiyyah), 1971.
28 Ahmad Amin, op.cit., him. 145.

87
Jurnal Usuluddin

Usaha para 'ulama yang mendapat sokongan pihak pemerintah telah mampu
mendirikan beberapa institusi pengajian termasyhur. Antaranya termasuklah
Madrasah Nizamiyyah di Naysabur, Madrasah al-Mustansiriyyah di Baghdad,
Madrasah al-Nasiriyyah di Kahirah dan Madrasah al-Nuriyah di Damshiq. Sekolah-
sekolah tersebut lengkap dengan dewan kuliah, perpustakaan, asrama, rumah-rumah
guru dan pekerja dan juga masjid. Kurikulumnya termasuklah Tauhid, ilmu Qur'an,
Hadith, Falsafah, Astronomi, Tatabahasa, Kesusasteraan Arab, Fiqh Perbandingan
dan Iain-lain.29

Melalui usaha para 'ulama, kemajuan ilmu pengetahuan dan bidang pendidikan
Islam jelas kelihatan hingga mencapai tahap kemuncaknya pada zaman dinasti
Umayyah di Sepanyol (711-1492H.) dan dinasti Abbasiyyah (750-1258M.). Kerajaan
Abbasiyyah, terutama di bawah pimpinan khalifah Harun al-Rashid (786-809M.) dan
al-Ma'mun (813-833M.) dianggap mencapai zaman keemasan, bukan sahaja ihnu di
bidang agama tetapi juga ilmu-ilmu kehidupan.
Namun, dalam abad ke 12M., dunia Islam ditimpa bencana intelektual dan
ekonomi yang parah akibat serangan bangsa Mongol di bawah pimpinan Genghiz
Khan (1167-1227M.) dan cucunya Hulagu Khan (1217-1267M.) yang
menghancurkan tamadun Islam di Asia Tengah dan Barat. Tamadun Islam, sebuah
tamadun yang dibina dengan susah payah selama enam abad, telah dibinasakan,
termasuklah segala sistem pengairan, pusat-pusat pengajian dan perpustakaan.
Serangan ini benar-benar melumpuhkan kekuatan ekonomi dan intelektual dunia Is
lam.30

Kepimpinan politik dan kepimpinan intelektual terlucut dari tangan umat Islam,
menjadikan mereka terjajah. Satu penaklukan budaya yang meluas yang telah
direncanakan dan dijalankan. Kaedah yang paling berkesan ialah melalui sistem
pendidikan. Konsep kebudayaan sekular dan kebendaan akhirnya memasuki
pemikiran Muslim menerusi media cetak dan elektronik seperti buku-buku teks
sastera, drama, filem, radio, dan rancangan televisyen, kegiatan dan sekolah mission
ary, propaganda parti-parti politik dan penyebaran idea-idea seperti kapitalisme,
sosialisme dan komunisme.31 Penggunaan teknologi Barat telah mempercepatkan
proses penaklukan pemikiran melalui penyebaran idea bahawa kemajuan kebendaan
boleh dicapai hanya dengan membebaskan fikiran manusia daripada sikap
keagamaan.32

29 Abdullah Ishak, op.cit., him. 46.


30 Siddiq Fadil, "Pengislaman Ilmu: Peranan Para Cendekiawan", Jurnal Pendidikan Islam,
bil. 3, September 1985, h. 40.

31 'Abdullah Nasih 'Ulwan, Tarbiyyah aUAwladfi aUstam, J. 2, cet. VIH, 1985, him. 746-767.
32 Mohd. Kamal Hassan (1985), op.cit., him. 13, sila lihat sama Al-Attas, S.M.N, (1977), him. 97.

88
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

Kejayaan penjajahan Barat telah mengurangkan peranan 'ulama dan sistem


pendidikan sekular Barat digunakan membawa kesan kepada kekurangan perasaan
keagamaan dan memperkuatkan sikap-sikap sekularis. Walau bagaimanapun, strategi
ini tidak meresapi semua institusi pendidikan kerana golongan 'ulama tradisional
telah menjadikan sistem pendidikan tradisional sebagai benteng umat Islam.33
Sebelum lebih jauh mengkaji perubahan yang dibawa oleh 'ulama, ada baik
dibincangkan perkembangan ilmu pengetahuan yang ditangani oleh generasi 'ulama
dari berbagai peringkat, dan idea perubahan sosial yang mereka bawa.

Aliran pemikiran 'ulama yang mula muncul dalam dunia Islam selepas zaman
nabi dan sahabat ialah aliran ilmu Hadith dan Fiqh di Madinah yang dipimpin oleh
Muhamad al-Baqir (m.H7H.), Ja'afar al-Sadiq (m. 148H.) dan Imam Malik (m.
179H.). Di Mesir lahir pemikiran fiqh yang dipimpin oleh Murthad Ibn Abdullah dan
al-Laiyth Ibn Sa'd (m. 175H.). Di Iraq pula muncul Abu Hanifah (m.l50H.) yang
membawa aliran fiqh dan di Mesir munculnya al-Shafi'i (m. 240H.) serta al-Auza'i
muncul di Syam. Kesemuanya lebih terkenal di bidang Fiqh. Di samping itu, muncul
ilmu al-Kalam dengan munculnya aliran Mu'tazilah yang dipimpin oleh Wasil Ibn
'Ata' (m. 131H.).

Apa yang menarik untuk dikemukakan di sini ialah tokoh-tokoh 'ulama tersebut
telah turut memperkatakan isu-isu semasa waktu itu yang berkait dengan
pembangunan sosial; sebagai contoh Abu Hanifah (m. 150H./767M.) telah
menerangkan perlunya kurikulum pendidikan yang releven dengan keadaan semasa
bagi membolehkan para pelajar menangani persoalan zamannya. Beliau tidak mahu
terikat dengan kurikulum yang jumud. Para pelajar, menurut beliau, mestilah
diberikan persiapan yang membolehkan mereka menyahut cabaran semasa. Tetapi
Abu Hanifah tidak terlepas dari kecaman 'ulama lain yang menganggap beliau cuba
mengada-adakan sesuatu yang belum dilakukan pada zaman sahabat Rasulullah
s.a.w.34
Namun Abu Hanifah mempunyai alasan yang cukup kuat untuk memperbaharui
kurikulum pendidikan. Menurut beliau, persoalan zamannya waktu itu sudah berbeza
dengan persoalan zaman para sahabat. Abu Hanifah bukan hanya seorang ahli teori.
Beliau secara praktis mengadakan perubahan metod pengajarannya35 bagi membawa
perubahan sosial.

33 Ibid., lihat sama, Ali Jarishah, Asedib al-Ghazw al-Fikri, Dar al-I'tisam, Kahirah, t.t., him. 66-
67.

34 Majid Irsan al-Kaylani, Tatawwur Mafhum al-Nazariyyah al-Tarbawiyyah al-Islamlyyah


Dar al-Turath, Madinah, cet. II, 1987/1407 him. 86-88.

35 Ibid.
Jurnal Usuluddin

Metod Abu Hanifah ini telah dipraktis sama oleh muridnya Muhamad Ibn al-
Hasan al-Shaibani, yang mahu memastikan ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh
para pelajar itu berkait rapat dengan kehidupan. Menurut beliau, syariat Islam
bertujuan menyelesaikan raasalah masyarakat, bukannya terasing dari masyarakat.36
Mungkin inilah sebabnya maka Qiyas, Ijtihad dan Istihsan menjadi sumber-sumber
bagi mendapatkan hukum dalam mazhab Hanafi yang dipimpin oleh Abu Hanifah
dan muridnya Muhammad Ibn al-Hasan, kerana mereka mahu hukum Islam yang
diijtihad hendaklah timbul dari realiti masyarakat semasanya.37
Imam Shafi'i juga tidak mahu membataskan pengajaran ilmu kepada bidang
Syariah sahaja, malah menganjur juga diajar ilmu sains. Beliau dukacita atas
kecuaian umat Islam pada zaman itu yang meninggalkan pelajaran ilmu perubatan,
dan menyerahkan ilmu tersebut kepada orang-orang Yahudi dan Kristian.38
Al-Shafi'i juga mahu memasukkan ke dalam kurikulum pengajarannya ilmu-
ilmu kemahiran memanah dan menunggang kuda. Beliau sendiri pernah mengajar
kepada muridnya al-Muzani (m. 878M.) sebuah buku mengenai "Bab Berkuda dan
Memanah". Justeru itu, al-Shafi'i dianggap bukan sahaja ahli di bidang Syariah,
tetapi juga ahli perubatan, astronomi, sastera dan sejarah. Malah, kemahirannya
berkuda dan memanah adalah dikagumi.39
Imam Malik sebelum itu pun cuba mengaitkan di antara kurikulum dengan
keperluan semasa masyarakat. Oleh kerana itu apabila Abu Ja'afar al-Mansur
mengarah supaya kitabnya al-Muwata' dijadikan rujukan hukum ke seluruh wilayah
pemerintahannya, beliau tidak dapat menyetujuinya atas alasan bahawa setiap negeri-
negeri Islam patut mengambil kira persoalan tempatan dan semasa.40

Oleh kerana pendidikan dan ilmu pengetahuan dianggap faktor terpenting


kepada perubahan sosial, seluruh 'ulama mengakui pentingnya penyebaran ilmu
pengetahuan dan pendidikan kepada seluruh umat dan menganggap kejahilan sebagai
musuh utama umat Islam.41

Gerakan intelektualisme mencapai kecemerlangan pada akhir abad ke-HI dan


awal abad ke-IVH. Ketika itu muncul Abu 'Ali al-Jubba'i (235-303H.), Abu al-

16 Ibid., him. 89-90.


37 Keterangan mengenai konsep ini menurut Abu Hanifah, sila lihat, Muhammad Abu Zuhrah,
Abu Hanifah, Dar al-Fikr al-'Arabi, t.t., him. 367-386, lihat sama 'Umar Farrukh,'Abqariyyah
aUArab Fi-al-Ilm-wa-al-Falsafah, cet. n, Beirut, 1952, him. 133.
38 Al-Bayhaqi, Manaqib al-Shafi'i, jil. 1, Kahirah, 1981/1391 him. 282.

39 Majid Irsan al-Kaylani,o/».c&., him. 91.


"°Lihat, Ibn 'Abd al-Barr,7ami' Bayan al-'Ilm, jil. 1, Madinah, 1968/1388 him. 159, lihat sama
Ahmad Amin, Duha al-lslam. Vol. 1, cet. VIII, Qahirah t.t., him. 211, lihat sama.
41 Abu Nu'aym al-Asbah'ani,Hilyah-al-Awliya', Qahirah, 1937/1356, jil. HI, him. 196.

90
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

Hasan al-Ash'aii (m. 330H.) dan al-Tahawf (m. 322 H.) di bidang ilmu Kalam. Di
bidang Fiqh, muncul Dawud al-Zahiri (m. 240H.). Di bidang Tafsir dan Sejarah,
muncul al-Tabari (m. 31 OH.) dan Iain-lain lagi sehingga tempoh inilah dianggap
zaman emas dalam tamadun Islam dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan.42
Dari kalangan tokoh-tokoh pendidikan, muncul Muhamad Ibn Sahnun (m.
256H.) dan Muhamad Ibn Husayn al-Ujurri (m. 360H.), Ali Ibn Muhammad al-
Qabisi (m. 403H.). Mereka membicarakan tentang teori-teori pendidikan yang turut
menyumbang, di samping ahli-ahli falsafah pendidikan seperti al-Farabi, (339H.) Ibn
Sina, Ibn Maskawih (m. 421H.) dan al-Ghazali (m. 505H.).

Sehingga zaman itu, 'ulama menjadi bagitu fanatik kepada aliran masing-
masing yang menimbulkan satu suasana jumud dan bertaklid. Ijtihad yang begitu
subur sebelumnya telah ditentang; sehinggakan hal ini amat terasa apabila para
'ulama hanya bertaqlid kepada pendapat-pendapat imam-imam mereka dan tidak
begitu banyak merujuk kepada al-Quran dan Hadith-hadith. Akibatnya masyarakat
menjadi statik malah undur ke belakang.

Di sini toleransi telah bertukar kepada fanatik. Fanatik mazhab merebak dari
Baghdad, ke Sham, Iraq dan Hijaz dan melahirkan pertentangan pendapat antara para
'ulama dari berbagai aliran, malah perbedaan kepada beberapa kumpulan dalam satu-
satu aliran pemikiran itu, contohnya dalam bidang hukum dan 'ilm al-Kalam.43
Kecemerlangan intelektualisme dunia Islam menjadi malap selepas kekalahan
Baghdad di tangan tentera Tartar, yang dalam waktu sama juga menerima ancaman
tentera Salibiyyah dari Barat.44
Melihat kepada sejarah perkembangan idea-idea perubahan yang dimulakan
oleh Umar Ibn 'Abd al-'Aziz (61-101H.), diikuti pada zaman berikutnya oleh Imam-
imam Mazhab; Abu Hanifah (80-150H.), Imam Malik (95-175H.), Imam Shafi'i
(150-204H.) dan Ahmad Ibn Hanbal (164-241H.).45 Abu 'Ala al-Mawdudi menyebut
pembaharuan yang di bawa oleh tokoh-tokoh ini telah mewujudkan aliran berfikir
yang kuat yang kesannya berkekalan hingga kini. Mereka membuat kesimpulan
hukum-hukum dan mempraktis prinsip-prinsip Syara' dalam realiti kehidupan yang

42 Menurut keterangan Muhammad al-Sayyid Nu'aym dan 'Iwad-Alfah Hijazi, perkembangan


ilmu malap dengan berakhirnya al-Ma'mun yang diganti oleh anaknya al-Mutawakkil. Bermula
larangan mempelajari ilmu falsafah dan kajian-kajian teori lihat, al-Falsafah al-Islamiyyah,
(Kahirah: Dar al-Tiba'ah al-Muhammadiyyah), t.t. him. 131.

43 Keterangan lanjut sila lihat, Muhammad al-Balii, aUFikr aUIslamifi Tatawwurihi, (Beirut:
Dar al-Fikr), 1971, him. 14-17. Cf., Taha Jabir al-'Ulwani,"Muqaddimah" dim. Muhammad al-
Ghazali, al-Ta'dmul Ma'a aUQur'an (Washington: al-Ma'had al-'Alami lil-Fikr al-Islami),
1990, him.
44 Ibid.

91
Jurnal Usuluddin

tetap menjadi rujukan umat hingga kini.46


Imam al-Ghazali (450-505H./1058-1111M.) adalah satu lagi contoh pembaharu
yang mendalami bidang akademik, agama, politik dan tamadun zamannya. Beliau
bangun mengkritik pengaruh falsafah Greek yang begitu mempengaruhi umat Islam
ketika itu. Beliau membongkar faktor kelemahan teori falsafah itu dan mengajak
umat Islam kembali kepada al-Quran dan sunnah.47
Gerakan-gerakan pembaharuan seterusnya dibawa oleh 'ulama seperti Ibn
Taymiyyah (661-728H./1262-1327M.), Muhammad Ibn 'Abd-al-Wahab, Syaikh
Ahmad al-Sirhindi, Shah Waliyullah al-Dihlawi, Muhammad Ibn Ali al-Sanusi dan
para pembaharu berikutnya, hingga kepada Jamal al-Din al-Afghani, Abduh, Iqbal,
al-Banna dan al-Maududi.48

Tetapi sebelum itu pun kerajaan Fatimiyyah yang menguasai Mesir pada tahun
358 H. telah mulai mengasaskan Universiti al-Azhar. Tujuan pembinaannya ialah
untuk menjadikannya sebagai tempat perhimpunan para jamaah di bawah kerajaan
Fatimiyyah dan sekaligus menjadi saingan kepada khalifah di Baghdad. Pada tahun
361H., al-Azhar dirasmikan.49 Al-Azhar telah diasaskan bukan sahaja sebagai tempat
ibadat, tetapi juga sebagai tempat mengajar ilmu-ilmu hukum serta undang-undang
kerajaan Fatimiyyah.50 Turut diajar sama ialah ilmu-ilmu bahasa, sastera, al-Qur'an,
Falsafah, matematik dan astronomi. Masjid juga dijadikan tempat ucapan politik.

Di samping al-Azhar, di Kahirah turut didirikan sebuah perpustakaan besar Dar


al-Hikmah pada 390H., dengan koleksi buku-buku ilmiah yang begitu banyak.51
Pada masa pemerintahan Mamluk (648-784H./1250-1382M.) al-Azhar diberi
tanggungjawab supaya mempastikan pengetahuan bahasa Arab terus hidup kerana
rakyat Mamluk menggunakan dialek Turki, di samping mengajarkan ilmu dan
intipati asas al-Quran sebagai undang-undang dalam kehidupan dan sosial.52
Selepas kejatuhan Baghdad dan Andalusia, Kahirah menjadi tumpuan para
'ulama Islam, dan al-Azhar mempunyai prestasi yang cukup tinggi. 'Ulama-'ulama

"Ibid.
47 Ibid., him. 78-79.

48 Untuk perbincangan menarik tentang urutan perkara ini sila lihat, R. Hrair Dekmejin, Islam
in Revolution, terj. 'Abd al-Warith Sa'id, "al-Usuliyyahfi al-'Alam al-'Arabi", 1989.
49 Keterangan lanjut lihat, Muhammad al-Bahi, al-Fikr al-Islami Fi Tatawwurihi, (Beirut: Dar
al-Fikr), 1971, him. 14-17.

50 Ibid.
51 A.S. Salamon, AzJtar and Politics, cet. 1, Al-Rahmaniah, Kuala Lumpur, 1988, him. 7,
Ahmad Amin, (1966), him. 188-189 & 194.

52 Ibid., him. 13.

92
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

ketika itu dianggap sebagai golongan perantaraan di antara pemerintah dengan rakyat
serta merapatkan jurang antara keduanya. Ini kerana tradisi 'ulama Sunni yang
menghormati pemerintah dan pemerintah sendiri sentiasa mendampingi para
'ulama.53
Apabila kerajaan 'Uthmaniyyah memerintah Mesir selepas kejatuhan Mamluk,
al-Azhar masih berperanan melahirkan ramai 'ulama dalam bidang syariah dan
begitu berpengaruh di Mesir dan di luar Mesir. 'Ulama ini memegang jawatan
penting dan berpengaruh kepada masyarakat umum.

Malah menurut al-Jabarti, pada tahun 1161H./1747M., di al-Azhar turut diajar


juga ilmu-ilmu lain seperti matematik bagi menyahut keperluan semasa.54
Ketika menakluk Mesir, Napoleon Bonarparte terpaksa menghormati para
'ulama al-Azhar dan menganggap mereka sebagai golongan elit yang bijak dalam
bidang ilmu bahasa, sains dan agama. Napoleon menganggap mereka sebagai
pemimpin rakyat.55 Malah, Napoleon selalu mengingatkan tenteranya supaya tidak
campur tangan dalam urusan agama dan menghormati para 'ulama al-Azhar.56
Selain dari menyebarkan ilmu para 'ulama al-Azhar turut terlibat dalam
pemberontakan terhadap Perancis, yang berakhir dengan kekalahan Perancis di
tangan British yang dipimpin oleh Nelson.

Menyentuh tentang peranan 'ulama al-Azhar dalam penyebaran ilmu sebagai


agen perubahan, nama Muhammad Abduh tidak boleh diketepikan kerana beliaulah
yang mengadakan reformasi pendidikan dan pengajaran dengan memasukkan ilmu-
ilmu baru dan mengubah kurikulum lama dengan kurikulum yang lebih sesuai
dengan perkembangan semasa.

RASULULLAH S.A.W, PARA SAHABAT DAN PERUBAHAN SOSIAL:


JIHAD DAN IJTIHAD SEBAGAI ASAS

Perubahan sosial Islam yang mula dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., kemudiannya
menjadi ikutan kaum muslimin merupakan perubahan menyeluruh secara rohani,
intelektual dan fizikal. la menjadikan umat Islam bebas dari keinginan kebendaan
semata-mata. Umat Islam sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan. Ini

53 Ibid., him. 15.


54 Abd. al-Rahman al-Jabarti, 'Ajaib al-Athar fi-cd-Tafajim wa-al-Akhfiat Vol. 1, Qahirah, t.t.
him. 192-194!
55 A.S. Salamon, op.cit., h. 12; Dalam konteks perubahan dunia Islam kedatangan Napoleon ke
Mesir merupakan sebab dunia Islam kembali sedar kelemahan mereka berhadapan dengan Barat
yang dahulunya menjadi murid kepada dunia Islam.

■*Ibid.

93
Jurnal Usuluddin

juga membuat mereka mampu dan sentiasa bersedia untuk mengorbankan apa sahaja
bagi mencapai idealisme yang berasas kepada pandangan hidup (World View) Islam.
Lebih jauh, mereka sanggup berhijrah meninggalkan tanahair asal mereka, demi
mempertahankan idealisme itu.57

Yathrib, yang kemudian bertukar menjadi kota Madinah, telah menerima ajaran
Islam dan turut pula memperjuangkan idealisme baru. Hijrah kaum muslimin dari
Makkah ke Yathrib (Madinah) menemukan dua golongan Muhajirin dan Ansar
dalam satu masyarakat baru. Masyarakat baru yang terdiri dari penduduk Makkah
dan Madinah inilah yang menjadi benih kewujudan umat Islam yang akhirnya
berkembang ke seluruh pelusuk dunia.58

Sebagai pemimpin berkarisma, Rasulullah s.a.w. mendidik umat secara teliti,


dengan penekanan kepada perubahan ke arah memahami dan menghayati ilmu,
mendalami agama di samping sentiasa mengkritik diri (muhdsabah).59

Perubahan secara revolusi yang dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w. kepada
jiwa kader-kader perubahan ini cukup dikagumi. Malah, ia diakui sendiri oleh
orientalis Barat seperti Lothrop Stoddard60 yang mengatakan bahawa kebangkitan
Islam adalah suatu peristiwa paling menakjubkan dalam sejarah manusia. Dalam
tempoh masa yang singkat perubahan Islam mampu menghancurkan kerajaan-
kerajaan besar, memusnahkan beberapa agama besar, yang telah dianut sekian lama.
Perubahan Islam mewujudkan revolusi berfikir dalam jiwa bangsa-bangsa, dan
sekaligus membina satu dunia baru, dunia Islam.61 Malah, ia dianggap sebagai
pembebasan kemanusiaan yang hakiki yang merubah perjalanan sejarah.62

57 Abu al-Hasan Ali al-Nadwi,Madha Khasir al-'Aalam bi-Inhitat al-Muslimin,Cet. 10, Dar
al-Qalam. Kuwait, 1977, Mm. 97.

58 Keterangan lanjut mengenai perkembangan awal Islam sila lihat, Mustafa al-Siba'i, aUSirah
al-Nabawiyyah: Durus wa-Ibar, cet. V, (Beirut: al-Maktab Dirasah fl al Sirah, cet. VT, (Beirut:
Mu'assa'ah al-Risalah), 1982, Muhammad Ruwas Qai'aji,AI~Tafsir al-Siyasi lil-Sirah, (Beirut:
Dar al-Salam), 1979; Muhammad Husin Haykal, Hayah Muhammad, (Mesir; Dal-Ma'arif), cet.
XII, 1974, Muhamad al-Ghazali, Fiqh aUSirah, cet. VI, (Qahirah: Dar al-Kutub al-Hadithah),
1965.
59 Ibid., him. 98.
60 Beberapa orientalis agak bersifat objektif apabila membincangkan Islam seperti H.A.R. Gibb,
A.J. Arberry dan Arnold Toynbee. Malah ada pula yang lebih jujur akhirnya menganut Islam
seperti Muhamad Asad, M.M. Pickthal, Maryam Jameelah, T.B. Irving dan Iain-lain.
61 Lothrop Stoddard, The New World of Islam, London, Chapman and Hall Ltd. 1922, h. 1;
H.M. Muljadi Djojomartono (terj.), "Dunia Baru Islam", Djakarta, 1966, him. 11.
62 Sayyid Qutb, Dirasdt Islamiyyah, (Beirut: Dar al-Shuruq), t.t. him. 24.

94
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

Apa yang menarik di sini ialah bagaimana perubahan Islam yang berteraskan
ilmu dan pendidikan jihad dan ijtihad telah menjadikan kaum muslimin begitu
dinamik; mampu menguasai roh, jiwa, dan mampu memberi kesan menyeluruh
kepada perubahan secara total, malah mempengaruhi perubahan kehidupan kepada
manusia sejagat.

Islam yang ditunjangi oleh rohani (iman) itu merupakan institusi akhlak dan
pendidikan jiwa yang dapat memberikan kemahuan yang kuat dan jiwa yang kental,
sehingga orang yang benar-benar berkemahuan kuat ini sanggup mengakui
kesalahannya di hadapan undang-undang tanpa paksaan dan mendedahkan dirinya
untuk dihukum secara sukarela kerana takutkan kemurkaan Tuhan dan siksaan di
akhirat.63
Idealisme Islam jugalah menjadikan kumpulan awal umat Islam yang digelar
sahabah Rasulullah itu beramanah, berani, zuhud dan memiliki sifat-sifat keutamaan
yang cukup tinggi.

Kepimpinan Rasulullah s.a.w. yang memang berkesan itu mampu melahirkan


suatu generasi sahabat yang mengkagumkan bukan sahaja dalam sejarah Islam,
malah sejarah umat manusia keseluruhannya di mana tidak pemah begitu ramai
bilangan orang yang mempunyai kualiti yang begitu tinggi muncul dari satu tempat
dalam jangka waktu yang sama.64
Kepimpinan Rasulullah s.a.w. menampilkan tokoh-tokoh besar seperti Umar
Ibn al-Khattab, pentadbir berwawasan tinggi yang mampu menghancurkan takhta
Kaisar di Rome dan Kisra di Farsi; Khalid Ibn al-Walid, panglima perang yang
disegani; Abu 'Ubaydah yang menghalau Herkulis di Syam dan memaksanya
memberikan selamat tinggal kepada bumi Syria; 'Amar Ibn al-'Aas seorang diplomat
yang pintar yang membuka negeri Mesir; Sa'd Ibn Abu Waqqas yang mampu
menawan Iraq dan Iran; Salman al-Farisi yang amat zuhud walaupun setelah menjadi
pemerintah di ibu negeri Farsi, dan banyak sahabat nabi yang lain, yang mahir
dalam percukaian, kepenyairan, retorik dan sebagainya.65
Malah nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan murid-muridnya dari kalangan
'ulama yang ramai seperti 'A'isyah bint Abu Bakr, 'Abdullah Ibn Mas'ud, Zayd Ibn
Thabit dan 'Abdullah Ibn 'Abbas. Dari madrasah merekalah munculnya 'ulama-
ulama tabi'in seperti Imam-Imam Abu Hanifah, Malik, Shafi'i, Ahmad Ibn Hanbal,

63 Abu al-Hassan al-Nadwl,op.cit., him. 101-102; Cf. Malik Bin Nabi, Wijhat al-'Alam al-
Islami, op.cit.

64 Sayyld Qutb, Ma'alimfi al-Tafiq, t.c, 1967/1386, him. 11.


65 Abu al-Hasan, al-Nadwi, op.cit., him. 119-120. Cf. Ibn Qayyim, Zad al-Ma'ad, jil. 1,
(Qahirah: al-Maktabah al-'Asriyyah), t.t. him. 29-41.

95
Jurnal Usuluddin

al-Awza'i, Sufyan al-Thawri, dan Iain-lain.66

Nabi Muhammad s.a.w., seperti kata Abu al-Hasan al-Nadwi, telah berupaya
membuka perbendaharaan yang ajaib, mengguna potensi dan kebolehan luar biasa
pada zaman awal Islam yang tetap tercatat di dada sejarah.67

Khulafa' al-Rashidun selepasnya, seperti juga Rasulullah s.a.w., telah


memainkan peranan memperkuat kerohanian, akhlak, agama dan ilmu umat Islam
pada zaman mereka bagi membangun tamadun. Kerajaan pimpinan Khulafa' al-
Rashidun (yang juga adalah para 'ulama) mengatasi kerajaan-kerajaan lain se
zamannya bukan sahaja dari aspek akhlak dan agama, tetapi juga dari aspek
penghasilan sumber-sumber kekayaan ekonomi tanpa boros dan membazir.
Kerajaan-kerajaan ini mampu menjamin keadilan sosial kepada rakyat melaksanakan
tanggungjawab sosial yang sesuai dengan ajaran al-Qur'an.68

Dalam tiga abad pertama sejarah Islam iaitu zaman sahdbah, tabi'in dan tabV
al-tdbi'in, wilayah Islam merupakan wilayah yang paling maju dan memiliki
peradaban yang amat tinggi. Pemerintahannya penuh dengan kota-kota indah, masjid-
masjid megah, di mana-mana terdapat pusat pengajian, di dalamnya tersimpan
peradaban-peradaban dan hikmah-hikmah lama yang bernilai tinggi. Kecemerlangan
Islam di Timur merupakan hal yang kontras sama sekali dengan dunia Kristian Barat,
yang waktu itu masih tenggelam dalam zaman yang gelap.69

Jelasnya, tamadun Islam yang diasaskan oleh Nabi Muhammad dan Khulafa' al-
Rashidun merupakan satu fasa baru dalam sejarah agama dan akhlak, malah
fenomena baru dalam dunia politik dan sosial.70 Tamadun ilmu dan perjuangan jihad
membawa manusia ke arah kebebasan, keadilan dan persamaan.71

Bagi Abu al-Hasan AH al-Nadwi, kejayaan kepimpinan Islam di peringkat awal


dimungkinkan oleh gandingan jihad dan ijtihad di kalangan penganut Islam.72
Malah, ia adalah juga hasil kepimpinan yang berkesan dan berkarisma dari
Rasulullah s.a.w. dan para khalifahnya.

Apabila roh jihad dan kekuatan ijtihad hilang dari khalifah-khalifah dan para
'ulama pada zaman Bani Umayyah dan Bani Abbasiah, berlakulah penyelewengan

66 Keterangan lanjut lihat, Muhibbu al-Din al-Khatib, Ma'a aURa'il aUAwwal, (Kahirah: al-
Matba'ah al-Salafiyyah), cet. V, 1390 H. him. 62-87.

67 Abu Hasan 'Ali al-Nadwi, op.cit.


68 Ibid., him. 125-133.
69 L. Stoddard, (1922), op.cit., him. 3; (1966), op.cit., him. 15.
70 Ibid., (1966), him. 135.
71 Mustafa Abd al-Wahid, op.cit.
72 Abu al-Hasan 'Ali al-Nadwi, op.cit.

96
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

demi penyelewengan seperti pemisahan agama dari politik.73 Ini lebih nyata terjadi
apabila pemerintahan dipegang oleh mereka yang tidak berkelayakan dari segi ilmu
dan agama. Maka, kepimpinan mereka tidak lagi berkesan. 'Ulama hanya sekadar
menjadi penasihat yang didengar nasihat mereka jika ada kepentingaimya. Politik
mula terlepas dari pengaruh agama dan timbullah sikap menentang dari kalangan
'ulama terhadap khalifah-khalifah yang menyeleweng dari ajaran Islam itu. 'Ulama
yang lain pula mula mengasingkan diri dari politik.74 Ketika itu, pegawai kerajaan
malah khalifah sendiri tidak lagi mencerminkan contoh tauladan dari segi keagamaan
dan ahlak. Malah peranan al-amar bi 'l-ma'rufwa'-'n-nahyu 'an-al-munkar dari
'ulama juga sudah kurang keberkesanannya kerana ia menjadi kerja sukarela tanpa
sokongan pemerintah.75 Di situlah sebenarnya bermula zaman kemalapan Islam.76
Krisis kepimpinan yang serius berlaku apabila pemerintahan bani Umayyah
tidak diterima lagi oleh sebilangan besar umat Islam, sehingga tercetusnya pembe-
rontakan-pemberontakan yang memecahkan kesatuan politik umat Islam.

Kekuatan umat Islam menyerlah setiap kali muncul tokoh yang dianggap
sebagai mujaddid. Mujaddid Islam pertama ialah 'Umar Ibn 'Abd al-'Aziz (m.
101H./720M.). Beliau adalah seorang 'ulama dari kalangan Bani Umayyah yang
sampai ke kemuncak kekuasaan dalam usia tiga puluh tujuh tahun dan mampu
mengadakan reformasi (Islah) berdasarkan Islam seperti zaman Khulafa' al-Rashidun
sebelumnya.77 Malah, beliau sendiri diberi jolokan Khulafa'-al-Rashidun yang
kelima.

Namun suasana itu tidak lama. Khalifah Islam selepasnya telah menyimpang
dari idealisme Islam. Akibatnya berlakulah perpecahan kesatuan politik umat Islam
yang lebih parah.

Kerajaan Bani Umayyah akhirnya terpaksa tunduk pada kekuatan Bani


Abbasiyyah. Tetapi Bani Abbasiyyah juga turut menerima pukulan hebat sehingga
pecahnya kekuasaan Islam dan muncullah Khalifah Islam di Kordova, Andalusia dan
Afrika Utara.78

73 Ibid., him. 147. Hal ini mula berlaku di masa pemerintahan Yazid bin Mu'awiyah.
Keterangan yang menarik boleh dilihat, niT, Islamiyyah aUMa'rifah, (Washington).
74 Ja'far al-Sadiq sebagai contoh awal, lihat Muhammad Abu Zuhrah, aUImam aUSddiq, Dar-
al-Fikr-al-'Arabi, t.t., him. 40.
75 Abu al-Hasan 'All al-Nadwi,op.cit., him. 147-148.
76 Lihat bab 1.
77 R. Hrair Dekmejian, op.cit., h.35, lihat sama, Abu al-A'la-al-Maududi,A/«/az Tarikh Tajdid
al-Din Wa Ihya'i hi, Dar al-Fikr al-Hadith - Lebanon, cet. m, 1968/1387H. him. 63, Dr. Imad-
al-Din Khalil, Malamih aUInqitab aUIslami, cet. H, Beirut, 1971; him. 83-191.
78 Lothrop Stoddard, op.cit.

97
Jurnal Usuluddin

Tidak lama kemudian muncul pula khalifah baru di Mesir, khalifah Fatimiyyah.
Khalifah di Baghdad semakin merosot hingga akhirnya mereka kalah kepada
khalifah yang terdiri daripada kalangan bangsa Turki.79
Walaupun kemerosotan praktis Islam dalam pemerintahan khalifah-khalifah itu,
namun para 'ulama masih terus memainkan peranan keilmuan dan kepimpinan
intelektual.

PERUBAHAN SOSIAL DALAM ISLAM MELALUI


KEPIMPINAN BERKARISMA

Pada masa pemerintahan Bani Abbasiyyah juga, penyelewengan pemerintahan


berlaku, terutama apabila Mu'tazilah dijadikan aliran rasmi negara dari zaman al-
Ma'mun (m.218H.) hinggalah kepada zaman pemerintahan al-Mutawakkil (m.
247H.). Tetapi para 'ulama seperti al-Shafi'i dan Ahmad Ibn Hanbal masih tetap
dianggap pemimpin intelektual umat mengembangkan asas-asas hukum Islam80 pada
masa itu.

Penolakan khalifah al-Mutawakkil kemudiannya terhadap Mu'tazilah tidak


mematikan aliran tersebut. la terus dianuti sehinggalah kemunculan 'ulama besar
ilm-al-Kalam, Abu Hasan al-Ash'ari (m. 324H.) yang berjaya mendedahkan
penyelewengan Mu'tazilah.

Aliran Asha'irah yang dipimpin oleh Imam al-Ash'ari ini juga tidak terlepas
dari kelemahan apabila ia diterap oleh pengikutnya dengan falsafah Greek sehingga
akidah Islam dijadikan oleh 'ulama satu dogma yang lemah tidak dinamis seperti
akidah Islam di zaman awal. Ia lebih merupakan akidah yang telah dicemari oleh
unsur-unsur asing.

Di sini terserlah peranan 'ulama yang memimpin intelektual umat seperti al-
Ghazali (m. 505H.)81 yang menguasai ilmu-ilmu falsafah Greek, akhirnya berjaya
melumpuhkan cabaran falsafah yang menyesatkan.82
Fahaman falsafah Greek yang dibawa ke dalam ilmu-ilmu Islam, terutama
dalam ilmu kalam, dihentam habis-habisan dalam bukunya Tahafut al-Faldsifah.
Karya agungnya/frya' Ulum al-Din adalah usaha beliau bagi memurnikan ajaran

79 Ibid., him. 16.


80 R. Hrair Dekmejian, op.cit., him. 36.
81 Al-Ghazali melakukan tajdid intelektual, keterangan lanjut lihat, Mawdudi,op.c&, him. 78-84.
82R. Hrair Dekemenjian, op.cit., h. 37, bandingkan, Siddiq Fadil, "Da'i: Pembina 'Aqidah
Pembangun Ummah" dim. Koleksi Ucapan Dasar Muktamar Sanawi AB/M, Dewan Pustaka
Islam, Kuala Lumpur, 1989, him. 78.

98
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

Islam yang pada al-Ghazali telah kehilangan rohnya yang perlu dibangunkan
semula.83
Namun, abad ke VIH. menyaksikan cabaran lebih berat yang dihadapi oleh
umat Islam. Umat Islam diancam oleh tentera salib dari Eropah. Peperangan ini
memakan masa yang lama kira-kira 600 tahun.
Peperangan Salib akhirnya berjaya dimenangi oleh umat Islam di bawah
pimpinan Salahuddin al-Ayyubl, seorang pemimpin yang memiliki sifat cekal, kuat
azamnya, ikhlas, bertekad tinggi, bersemangat jihad, dan kuat beragama. Semangat
jihad yang dicetuskan oleh Salahuddin mampu mengalahkan tentera Salib di Hattin
tahun 583H./1187M. dan memaksa gencatan senjata pada tahun 588H./1192M.
Selepas kematian Salahuddin, dunia Islam tidak mampu lagi melahirkan tokoh-
tokoh berkarisma seumpamanya yang menyebabkan sekali lagi tentera Salib
mengalahkan kerajaan Islam yang lemah itu tahun 1213M.
Di Timur, dalam waktu yang sama, kerajaan 'Abasiyyah menghadapi tentera
Tartar. Menjelang akhir abad ke 12-M Jenghiz Khan membuat gerakan merampas
dunia. Serangan ini berakhir dengan kekalahan umat Islam di tangan Hulago Khan di
abad XIIIM., menjadikan umat Islam dalam kekacauan politik dan sosial yang parah.
Namun, ketika itu dunia Islam sekali lagi mampu menampilkan seorang 'ulama
mujaddid, Ibn Taymiyyah (m. 166-728H./1263-1328M.) bersama murid-muridnya
Ibn Qayyim (m. 1350M.) dan Ibn Kathir (1373M.),84 yang mengadakan ijtihad dan
mencetus semangat jihad.

Ibn Taymiyyah dianggap oleh Muhammad al-Bahi sebagai orang yang


mencipta dan mempopularkan konsep "kembali kepada al-Qur'an" dalam menangani
perubahan Islam. Kemudian konsep tersebut diikuti oleh para mujaddid dan reformis
selepasnya. Ibn Taymiyyah inginkan umat kembali kepada kemurnian Islam tanpa
diceraiberai oleh perselisihan mazhab dan perbezaan aliran fahaman dalam ilmu
kalam, Tasawuf dan Fiqh. Beliau menyeru umat Islam supaya kembali bersatu
merujuk al-Qur'an dan al-Sunnah.85
Dunia Islam sekaligus menerima pukulan hebat di Timur dan di Barat. Di

83 Ibid. BukunyaIhya' Vtum al-Din bermaksud: "Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama"kerana


umat Islam sudah meninggalkan tafsiran murni Islam dan amat terpengaruh kepada ilmu-ilmu
asing seperti falsafah Greek.

84 R. Hrair DeKenejian, op.cit., him. 38, lihat sama L. Stoddard,op.cit., him. 22.
85 Ajaran salaf bermaksud ajaran pada zaman nabi Muhammad, sahabat dan generasi 300 tahun
awal Islam yang belum dicemari oleh unsur luar yang banyak. Keterangan lanjut lihat, Mohamad
Kamil Hj. Ab. Majid, Beberapa Aspek 'Ihn al-Kalam Mengikutlbn Taymiyyah, Media Ilmu,
Kajang, Selangor, 1993.

99
Jurnal Usuluddin

Timur tentera Tartar berusaha memusnahkan peradaban dan kebudayaan. Usaha


manusia selama 800 tahun di Baghdad dihancurkan. Dalam pertempuran Las Naras
de Tolosa pada tahun 1213 M., Islam di Sepanyol terus hancur.86
Kekalahan kerajaan 'Abbasiyyah di Baghdad digantikan oleh kerajaan
'Uthmaniyyah.87 Kelahiran yang menandakan perpindahan kekuatan Islam dari
bangsa Arab ke bangsa Turki.88 Turki yang memimpin dunia Islam berjaya
menghapuskan Bizantium dengan penaklukan Konstantinopel. Empayar Turki
mengalahkan kerajaan Islam di timur dari Farsi ke Moroko. Empayar Turki ini tegak
dengan sifat-sifat mereka yang kuat, berani dan tabah.89

Eropah yang sebelum ini berada dalam kemunduran mulai bangun dan menuju
kemajuan yang nyata ke tingkat peradaban yang lebih tinggi. Kristian Barat
melakukan gerakan kebangkitannya. Di samping, itu mereka menemui Amerika dan
jalan laut ke India. Penemuan ini sungguh amat tinggi nilainya.90 Sementara dunia Is
lam sedang tenggelam di bawah penindasan Mongol dan tentera Turki.
Lothrop Stoddard menegaskan bahawa kebangkitan Barat menjadikan Eropah
lebih bersemangat. la melebur rantai abad pertengahan yang sebelumnya
membelenggu kemajuan mereka selama ini, justeru kerana kemajuan ilmu
pengetahuan membawa ke arah zaman moden.91

Di sini dapat disimpulkan bahawa mana-mana bangsa yang mampu menguasai


ilmu pengetahuan dan memantapkan ideologinya, bangsa itulah yang akan
menguasai perubahan-perubahan dan dapat mencipta tamadun tinggi seperti yang
dapat disaksikan dalam sejarah yang berlaku kepada tamadun Islam dan tamadun
Barat. Apalagi, jika sesuatu bangsa itu dipimpin oleh tokoh karismatik. Apabila tidak
ada lagi penguasaan ilmu pengetahuan, pemantapan ideologi dan tiada pemimpin
karismatik, maka tamadun akan jatuh. Inilah yang dimaksud oleh Allah (s.w.t.)
dengan perubahan sikap manusia.92

Dunia Islam yang dipimpin oleh raja-rajanya yang sentiasa membazir dan kejam
akhirnya semakin lemah. Ketika itu muncul pula gerakan-gerakan baru untuk

86 Dr. Muhammad al-Bah'i, AUFikr al-Islami aUHadith wa Silatuhu bi al-isti'mar al-Gharbi,


cet. V, Dar al-Fikr, Beirut, 1970, him. 59. Lihat sama, Qamaruddin Khan.
87 L. Stoddard, (1922), op.cit., him. 15, (1966). op.cit., 24.
88 R. Hrair Dekemejian, op.cit., him. 39.
89 L. Stoddord, (1922), op.cit., him. 16; (1966), op.cit., him. 25.
"TWA, Mm. 25.
91 Ibid.

92 Quran: al-Ra'd, 13:11, untuk huraian lanjut terhadap persoalan ini lihat, Jawdat Sa'id/fafta
Yughayyiru Ma-bi-Anfusihim, op.cit.

100
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

memurnikan Islam yang diselewengkan itu. Antaranya gerakan Wahabi,93 Sanusi94


dan Mahdi.95
Kebekuan politik turut menjadikan pusat-pusat pengajian beku. Para 'ulamanya
tidak bermaya lagi, malah menjadi jumud dan bertaklid. Pegawai-pegawai
pemerintah yang curang memeras dan merampas. Rakyat menjadi patah semangat
hatta untuk bekerja dan berusaha. Sektor pertanian dan perdagangan amat merosot
sekali.96
Dalam masa sedemikian muncul dari tengah-tengah padang pasir di Jazirah
Arabia, Muhammad Ibn 'Abd al-Wahab97 memanggil umat kembali kepada ajaran
Islam yang murni. Muhammad menggerak umat memperbaiki rohaniah yang lumpuh
dan membangkitkan nostalgia kemegahan dan kebesaran yang dahulu. Beliau yang
mendapat ilham dari Ahmad Ibn Hanbal98 dan Ibn Taymiyyah," berusaha

93 Wahabi gelaran yang diberikan kepada gerakan pembaharuan yang dipimpin oleh Muhammad
Ibn 'Abd al-Wahhab. Gerakan ini bertujuan mengajak umat Islam kembali kepada Islam seperti
yang diamalkan oleh generasi awalan sahabat, tabi'in dan tabi' al-tabi'in, membersihkan akidah
tawhid daripada sebarang bentuk syirik, menegah daripada tawassul dengan wali-wali dan orang
yang sudah mati, dan menolak sebarang bentuk bid'ah dan khurafat dalam agama. (Sila lihat, Dr.
'Abd al-Hamid 'Umayrah, Tasawwur al-Da'wah al-lslahiyyah), him. 7.
94 Sanusi bertujuan melakukan pembangunan kerohanian yang menyeluruh dalam seluruh dunia
Islam berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah. Gerakan ini mendapat pengaruh dari ajaran Imam
Ahmad Ibn Hanbal, al-Ghazali, Ibn Taymiyyah dan Muhammad Ibn 'Abd al- Wahhab. Berbeza
dari Wahabi gerakan ini lebih menghormati tariqah tasawwuf. (Lihat: Nicola A. Ziadah,
Sanusiyah, Leiden, E.J. Brill,) 1958.
95 Gerakan al-Mahdi berkembang di utara Sudan pada kurun ke-19. Tujuannya mengajak umat
Islam kembali kepada al-Qur'an dan al-Sunnah, memperbetulkan akidah, membebaskan diri dari
perkara karat. Mereka juga mengajak berjihad. (Sila lihat Abd al-Rahman Ibn 'Abd al-Rahim,
Muhadaratfi Tarikh aWArab al-Hadi wa at-Mu'asir,h\m. 64-66).

96 L. Stoddard (1966), op.cit., him. 29.


97 Muhammad Ibn 'Abd al-Wahhab, dilahirkan pada tahun 1115H. dan meninggal dunia tahun
1206H. Lahir di 'Uyainah di daerah Najd, Arab Saudi. Anak kepada seorang kadi mazhab
Hanbali, berguru kepada Syaikh Sulayman al-Kurdi dan Muhammad Hayat al-Sindi, dan
mengembara ke Basrah, Baghdad, Kurdistan, Hamadzan, Isfahan. Akhirnya membawa satu
aliran pembaharuan yang dikenali sebagai Wahabi. (Lihat: Ahmad Amn^Zu'ama' al-Jslah ft aU
Asr-al-Hadith, Kahirah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah), 1965; Sa'idijil-Mujaddidunfial-
Islam, L. Stoddard, op.cit., Gibb H.A.R. dan J.H. Kremers, op.cft.
98 Ahmad Ibn Hanbal, (164 H.-241H. / 780 M.-855M.) pengasas Mazhab Hanbali, terkenal di
bidang Hadith dan Fiqh. Berpendirian teguh mempertahankan prinsip sehingga diuji begitu teruk
di zaman Ma'mun, al-Mu'tasim dan al-Wathiq. Pembaharuan beliau ialah menghidupkan amalan
salaf bagi mempertahankan kebenaran. (Lihat: 'Abd. al-Mut'al al-Sa'idi:op.cJf., him. 131-133).

101
Jurnal Usuluddin

memurnikan Islam dari penyelewengan dan bid'ah dengan cara kembali kepada al-
Qur'an.100

Muhammad Ibn 'Abd al-Wahab bekerjasama dengan Muhammad Ibn Sa'ud


untuk membawa kembali kesatuan politik dan keagamaan seperti yang wujud pada
zaman nabi s.a.w. Namun, kejayaan Wahabi hanya sekejap sahaja apabila ia
dikalahkan oleh Muhammad Ali,101 pemerintah 'Uthmaniyyah di Mesir tahun
1819M.102

Walau bagaimanapun, Wahabi berjaya memerangi kelemahan dalaman umat


Islam yang sebelum itu banyak di pengaruhi oleh golongan Batiniyyah,103 dan
penyelewengan di kalangan ahli-ahli Tasawuf.104 Ertinya, kekalahan politik tidak
menafikan kejayaan mereka dalam segi sosial.

Wahabi bolehlah disifatkan sebagai berjaya menyebarkan benih-benih


kebangkitan semula Islam dan mempengaruhi umat Islam sampai ke India Utara,
Libya, Sudan, Mesir dan Iraq, malah sampai ke Indonesia dan Malaysia. Di India
Utara misalnya, Sayyid Ahmad (m.l831M.) memulakan Jamaah Muslimin Punjab
sehingga berjaya menubuhkan sebuah kerajaan.105 Tetapi kerajaannya dihancur oleh
kaum Sikh sekitar tahun 1883M. Namun begitu ketika Inggeris datang menakluki
Punjab, Sayyid Ahmad menghadapi ancaman dari sisa-sisa pengikut aliran Wahabi
itu.

99 Ibn Taymiyyah, nama sebenarnya Taqi al-Din Ahmad Ibn 'Abd al-Halim (661 H.-728H./
1292M.-1327M.). Beliau dipenjarakan lima kali kerana mempertahankan kebenaran dan
dianggap tokoh yang menghidupkan ajaran Ahmad Ibn HanbaUbid.
100 R. Hrair Dekemenjian, op.cit., him. 40.
101 Muhammad Ali (1769-1849M.) berbangsa Albania dan menjadi tentera sultan Ottomen.
Diakui seorang genius dan sebagai pengasas Mesir moden. Lihat: Drs. Muh. Mastury,
"Mohammad Ali Pasha" dim. Al-Jami'ah, No. 10, IAIN, Sunan Kalijaga, Yokyakarta, 1975,
him. 55-62.
102 R. Hrair Dekemenjian, op.cit.
103 Batiniyyah ialah kumpulan Syi'ah Isma'iliyyah yang disandarkan kepada pengasasnya Ismail
b. Ja'far al-Sadiq. Mereka digelar Batiniyyah kerana berpendapat yang al-Qur'an mempunyai
makna batin, atau mengakui adanya pemimpin (Imam) batin. Keterangan lanjut: Dr. Muhammad
Husin al-Dhahabi, al-Tafsir wa-al-Mufassirun,']i\. II, cet. HI, (Qahirah: Maktabah Wahbah,)
1985M./1405H., him. 227.
104 Muhammad al-Bahi, op.cit, him. 80. Malik Ben Nabi juga turut melihat gerakan tasawuf
sebagai fenomena zaman kelemahan umat Islam. Lihat: Wijhah al-'Alam al-Islami, op.cit., him.
35.
105 Aziz Ahmad, Studies In Islamic Culture in the Indian Subcontirent,(Oxfor± Clarendon
Press), 1969, him. 215.

102
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

Sebelum itu, gerakan tajdid di India yang dipelopori oleh Shah Waliyullah al-
Dihlawi (m. 1762M.),106 yang dikatakan amat mirip kepada pandangan-pandangan
Ibn Taymiyyah, telah berusaha menyelesaikan kemerosotan umat Islam dari segi
aMdah, akhlak mahupun tuntutan Islam yang lain.107 Al-Dihlawi telah mengenalpasti
unsur-unsur yang melemahkan umat, iaitu terhapusnya sistem khilafah dan
kehilangan semangat jihad dan berleluasanya taqlid. Perjuangan al-Dihlawi dan
pengikumya telah mengembalikan semula amalan jihad.108
Muhamad Ali al-Sanusi109 yang terpengaruh dengan Ahmad Ibn Hanbal (m.
241H.), al-Ghazali (m. 505H.) dan Ibn Taymiyyah (m. 728H.) mengadakan
pembaharuan. Pembaharuan yang dibawa beliau mendapat sambutan hangat dari
seluruh pelosok Afrika Utara sehingga mengejutkan pemerintah Islam Turki di Tri
poli. Hubungannya dengan pemerintah semakin buruk, hingga beliau terpaksa
memindahkan markasnya ke selatan padang pasir Libya. Meskipun beliau meninggal
1859M., tetapi organisasinya tersebar meluas di Afrika Utara.110 Usahanya berjaya
membawa perubahan akhlak dan kerohanian sehingga beribu-ribu orang bukan Islam
yang berada di Afrika masuk Islam.111
Menurut Stoddard, di negeri-negeri Arab, pengikut Tariqat Sanusi mempunyai
pengaruh rohani yang dukup penting sampai ke kota-kota suci Makkah dan
Madinah.112

106 Shah Waliyullah al-Dihlawi adalah anak Shah Abd al-Rahim. Selepas belajar dengan
bapanya, belajar di Makkah. Beliau bermazhab Hanafi tetapi amat menghormati mazhab Shafi'i.
Pandangannya samada dalam hukum dan pemikiran banyak mengambil jalan kompromi antara
mazhab. Beliau amat menekankan keperluan jihad dan ijtihad. Keterangan boleh dilihat, Abdul
Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam Masa KM, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka), 1987, him. 173-176.
107 Abu Ala al-Maududi, op.cit, him. 101-120, lihat sama: Abdul Hayei Abdul Shukor,
"Sumbangan Shah Waliyullah al-Dihlawi Kepada Ilmu Hadith dan Pengaruhnya Di Kelantan",
Thesis P.hD. (1988), Universiti Malaya, him. 69.
108 Abdul Hayei Abdul Shukor, him. 70. lihat sama: Manzooruddin Ahmad, op.cit., him. 331.
109 Muhamad Ibn 'Ali al-Sanusi, pengasas gerakan Sanusi. Lihat keterangan lanjut"a/-tfara/caf
al-Sanusiyyah" dim. Dr. Muhammad al-Bahi,al-Fikr aUIslamifi Tatawwuruhi, Dar al-Fikr,
1971, him. 91-110.
110 L. Stoddord, (1966), op.cit., him. 53; bandingkan, Muhammad Uthman El-Muhammadi,
"Pergerakan al-Sanusiyyah", Pengasuh, bil. 346, Mai 1965, him. 31.
111 Ibid.
112 Ibid., him. 53-56. Keterangan lanjut mengenai perkembangan selanjut gerakan 'ulama Alge
ria, sila lihat: Salah El-Din El-Zein El-Tayeb, "The 'Ulama and Islamic Renaissance in Alge
ria", dim. The American Journal of Islamic Social Science,\ol 6, No. 2, 1989, him. 257-288.

103
Jurnal Usuluddin

Dua penekanan diberikan dalam perubahan itu, iaitu membina generasi muda
Islam dengan didikan Islam sebenar dengan turut menyertakan latihan ketenteraan,
dan menyebar Islam kepada umum di kalangan orang Islam dan bukan Islam.113

Gerakan ini akhirnya bersifat revolusioner dan menentang penjajahan dengan


jihad tahun 1915-1923M. Mereka melakukan serangan dan penentangan habis-
habisan terhadap penjajah Itali, tetapi akhimya tumpas. Di antara ketua tenteranya
yang terkenal ialah Umar al-Mukhtar.114 Semasa di bawah pimpinan al-Mahdi, al-
Sanusiyyah mencapai kejayaan. la mengajar penganutnya bekerja kuat dan
bersungguh-sungguh. Perubahan yang dibawa ialah memajukan tanah-tanah yang
dahulunya tidak diusahakan dengan menjadikannya kawasan pertanian dan
perdagangan.115
Seruan al-Saniisi dapat disimpulkan sebagai seruan kembali kepada al-Qur'an
dan al-Sunnah yang benar serta memahami Islam berdasarkan dua sumber tersebut
dan jauh dari kefanatikkan mazhab. Beliau menggerak ke arah ijtihad,116 dan
menekankan ilmu dan amal.117

Di Sudan pula tokoh 'ulama yang amat terkenal ialah Muhammad Ahmad b.
Abdullah al-Mahdi (m. 1885M.) dan Uthman Podio. Mereka bangun menggerakkan
jihad dan melemahkan sendi-sendi kekuasaan Inggeris.118 Gerakan al-Mahdi
mengajak umat kembali menegak agama Allah dengan kembali kepada al-Qur'an
dan al-Hadith.119

Pada awal abad XIX muncul tokoh 'ulama yang terkenal Sayyid Jamal al-Din
al-Afghani (1838-1897 M.).120 Jamal al-Din banyak mengembara; dari India, Mesir,

113 Salah El-Din El-Zein El-Tayeb,


114 Ibid.
115 Nocola A. Ziadeh, Sanusiyah, Leiden E.J. Brill, 1958., Muhammad Uthman El-Muhammadi,
op.cit., him. 78.

116 Mahmud al-'Aqqad, al-Islam Fi-aUQarn al-'Isyrin, cet. 1, Kahirah, him. 81., lihat sama,
Salah El-Din El-Zein El-Tayeb, op.cit.
117 Muhsin 'Abd. al-Hamid, al-Fikr-al-Islami, Baghdad, 1987, him. 84., Cf. Salah El-Din El-
Zein El-Tayeb, opxit.
118 L. Stoddard, (1966), op.cit., him. 50.
119 R. Hrair Dekmejian, op.cit., him. 40-41.
120 Jamal al-Din al-Afghani seorang yang pintar dan berkeperibadian tinggi. Beliau menjadi
reformis yang melawan tamadun Barat dan falsafah materialisme Barat. Keterangan lanjut lihat;
Amin Uthman, Ruwwad al-Wa'yi al-Islami (Kahirah: Dar al-Qalam) 1961, him. 10-40, lihat
sama: Abul-Hasan Ali al-Husni al-Nadwi, aUSira' Bayn al-Fikrah al-Islamiyyah wa al-Fikrah
al-Ghabiyyah (Kuwait: al-Dar al-Kuwayriyyah), cet. II, 1968, him. 108-109, A. Muin Umar
"Gerakan-Gerakan Pembaharuan Dalam /s/om"dlm. al-Jami'ah, No. 10, th. Xm (Yogyakarta:
Institut Agama Islam Negeri Sunan Kalijaga) 1975, him. 8.

104
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

Hijaz, Iraq, Iran, Istanbul di timur, membawalah ke London, Paris, Munich dan Rus
sia di Barat. Pengembaraan ini mendedahkannya kepada pemerhatian terhadap
perbezaan yang jauh antara umat Islam dengan bangsa-bangsa Barat yang bukan
beragama Islam. Pengembaraan ini menimbulkan kesedaran beliau untuk
menggerakkan politik umat Islam bagi menentang Barat yang sedang menjajah.
Isu yang dibangkit oleh beliau ialah konsep pembebasan umat daripada
penjajahan. Beliau juga turut mengkritik pemerintahan Islam di Istanbul, Iran atau di
Mesir yang tidak memberikan kebebasan bersuara kepada umat. Beliau lantas
mengajak umat membuang perselisihan sesama mereka, terutama di antara ahli
Sunnah dan Syi'ah, untuk menguatkan dunia Islam.121
Berbeza dengan Muhammad 'Abd al-Wahhab dan al-Sanusi sebelumnya, Jamal
al-Din kurang mempersoalkan agama dalam bentuk hukum. Beliau berbicara sebagai
seorang 'ulama politik. Menurut Stoddard, dialah orang Islam pertama yang
menyedari sepenuhnya akan bahaya dominasi Barat. Oleh kerana itu Jamal al-Din
mengabdikan dirinya untuk memperingatkan dunia Islam akan ancaman Barat itu.122
Mungkin hal yang demikianlah menyebabkan Jamal-al-Din al-Afghani
dianggap sebagai pembela golongan tertindas dan tertekan. Dia dianggap
mengajukan "appeal" kepada orang-orang bukan Islam yang menentang Barat.123
Malah, kajian al-Afghani yang mendalam terhadap ilmu-ilmu Islam, terutama
sejarah Islam dan perkembangan tamadun serta pula memahami keadaan semasa dan
terlibat secara langsung dalam pertentangan pemikiran, politik dan ketenteraan,
menjadikan pengaruhnya lebih luas dalam perubahan Islam. Muhsin 'Abd-al-Hamid
menganggap beliau sebagai pengasas metodologi tajdid dalam ilmu tafsir dan juga
yang membuka pemikiran Muhammad Abduh bagi memperbaiki reformasi
pendidikan di al-Azhar.124
Perjuangan al-Afghani yang menyeru ke arah Pan-Islamisme dan menetang
imprialisme Barat, telah diperteguhkan lagi oleh muridnya Muhammad Abduh.
Muhammad Abduh memperjuangkan ke arah pembebasan berfikir dan memecah
kebekuan taklid. Apa yang membezakan Muhammad Abduh dari gurunya Jamal-al-
Din al-Afghani bahawa Muhammad Abduh lebih menumpukan kepada perubahan
sosial melalui pendidikan.

121 Muhammad al-Bahi, op.cit., 78-79 dan 82-83.


122 Stoddard, (1966); op.cit., him. 61.

123 A. Muin Umar, op.cit.

124 Muhsin 'Abd-al-Hamid, op.cit., him. 70-71.

105
Jurnal Usuluddin

Muhammad Abd-Allah Darraz mengatakan reformasi pendidikan Abduh,


khususnya di al-Azhar, antara lain, ialah menghidupkan semula ilmu-ilmu yang
selama ini diabaikan, seperti ihnu matematik, kejuruteraan, sejarah, astronomi, khat
dan sebagainya. Beliau juga memantapkan kembali ilmu-ilmu Tauhid, Mantiq,
Hadith dan Akhlak yang selama ini diajar secara pendekatan yang ketinggalan
zaman. Beliau memilih guru-guru yang benar-benar berkelayakan serta memberikan
ganjaran yang sesuai dan wajar. Muhammad Abduh sendiri turut mengajar ilmu-ilmu
Tafsir, Mantiq, Tawhid dan Baldghah di al-Azhar.125
Muhammad Abduh menekankan soal pendidikan umat bagi memahami
kehidupan. Beliau juga berusaha mendidik bakal-bakal pemimpin melalui
reformasinya di al-Azhar. Beliau mahukan umat memelihara hak mereka dan dapat
hidup setanding dengan pihak-pihak lain, tanpa ada rasa hina diri. Muhammad
'Abduh sendiri percaya pembaharuan dan perubahan sosial boleh berlaku melalui
pendidikan dan ijtihad.126

Pemikiran 'Abduh terus dilanjutkan oleh muridnya Sayyid Rashid Rida,


terutama melalui Tafsir Al-Manar. Fikiran 'Abduh turut mempengaruhi sama 'Abd-
al-Hamid Ibn Badis di Algeria, Al-Tahir Ibn 'Asyur di Tunisia, Al-Maraghi, Shaltut,
Abu Zuhrah dan Sayyid Qutb di Mesir, juga al-Mawdudi di Pakistan.127

Sayyid Rashid Rida seperti tokoh-tokoh sebelumnya lebih dikenali sebagai


pembawa aliran Salaf yang menitikberatkan "reformasi" ajaran-ajaran agama murni
serta mengharmoniskannya dalam kehidupan kemasyarakatan dan politik.128 Aliran
Salaf ini mendasarkan seluruh hukum dan semua ajaran agama pada dua pokok
utama, iaitu al-Quran dan al-Sunnah.129

PERUBAHAN ISLAM DI ASIA TENGGARA

Seperti al-Afghani sebelumnya, pengaruh Muhammad 'Abduh juga bukan kecil,


terutama bila dihubungkan dengan aliran pembaharuan di Nusantara. Majalah Al-
Manar yang diusaha bersama muridnya Rashid Rida, bukan sahaja membawa
pengaruh yang kuat di Asia Barat sahaja, malah turut mempengaruhi umat Islam di

125 Muhammad 'Abd Allah Dartaz,Dirasat Islamiyah, Dar al-Qalam, Kuwait, 1973M/1393H.,
him. 178-180.

126 Muhammad al-Bahl, op.cit., him. 189.


127 Muhsin 'Abd. al-Hamid, op.cit., him. 76.
128 Stoddard, (1966); opxit., him. 297-298.
™Ibid., him. 299.

106
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

Nusantara, melalui pelajar-pelajar Melayu yang belajar di Mesir dan juga di


Makkah.130
Di Indonesia, gerakan Salaf telah masuk di sekitar tahun 1802M. lagi, ketika
kepulangan Haji Miskin dan rakan-rakannya dari menunaikan ibadah haji ke
Minangkabau. Merekalah yang mula mengadakan perubahan masyarakat secara
radikal, dan dalam banyak hal menggunakan kekerasan, sehingga terjadi peperangan
antara mereka dengan pemerintah Belanda.131

Usaha pembaharuan mereka ini kemudiannya diteruskan oleh 'ulama-'ulama


yang digelar dengan "Kaum Muda",132 dipelopori oleh Syekh Muhamad Abdullah
Ahmad (1878-1933M.), Syekh Abdul Karim Amrullah (1879-1945M.), Syekh
Muhamad Djamil Djambek (1860-1947M.), Syekh Muhammad Ibrahim Musa
Prabele (1884-1963M.), Syekh Hadji Muhammad Thaib Umar (1874-1920M.) dan
Iain-lain. Mereka ini pula mengadakan ceramah, pengajian madrasah dan sekolah,
terutama pasentren-pasentren yang dinamakan Sumatra Thawalib. Mereka turut
menerbitkan majallah-majallah seperti Al-Munlr (1918 M.), al-Baydn, Al-Imam, Al-
Bashlr, Al-Ittiqan dan Iain-lain.133

Haji Miskin yang terpengaruh dengan ajaran Muhammad 'Abd al-Wahhab ini
memberikan penekanan bagi pergerakan reform umat Islam Indonesia, membanteras
khurafat dan bid'ah yang dipengaruhi oleh ajaran Hinduisme dan Budhisme.

Pada tahun 1909M., method pendidikan baru dimulakan seperti yang digunakan
di Mesir. Beberapa buah sekolah didirikan dengan menggunakan bahasa Indonesia
dan bahasa Arab. Bermula dari peringkat rendah, menengah dan menengah atas,
bahkan sampai peringkat tinggi. Kebanyakan para perintis ini adalah lepasan Mesir
dan Makkah. Sistem pengajian di al-Azhar dijadikan contoh. Buku-buku pelajaran
yang dipakai termasuk Biddyat al-Mujtahid, Zad-al-Ma'ad, Tafsir al-Manar, Risalah
al-Tawhid dan Iain-lain karangan tokoh-tokoh aliran Salaf.134

Apa yang penting disebut di sini ialah bahawa, gerakan aliran Salaf ini telah
menggoncang kedudukan penjajahan Belanda di Indonesia. Penjajah cukup bimbang

130 A. Mukti Ali, Alton Pemikiran Islam Modern Di Indonesia,^ayman Nide, Jogjakarta, 1971,
him. 9.

131 L. Stoddard, op.cit., him. 303.


132 Kaum Muda, gelaran yang diberikan kepada 'ulama pembaharuan yang melihat agama bukan
sekadar ibadat, tetapi juga meliputi persoalan sosial, budaya dan seluruh aspek kehidupan.
Mereka ini mendukung konsep Islah dan Tajdid.
mIbid.
mIbid.

107
Jurnal Usuluddin

dengan pergerakan mereka, sehingga Belanda mengawasi semua kegiatan agama,


baik yang berupa dakwah maupun pendidikan di sekolah-sekolah.

Di Jawa, "Perkumpulan Jam'iah Khair" bergerak di sekitar tahun 1905M. Dari


sini ia mempengaruhi Kiyai Haji Ahmad Dahlan dan kawan-kawannya, yang pada
1912M. menubuhkan persyarikatan Muhammadiah.135

Gerakan Muhammadiah ditubuhkan pada 1912M., diikuti oleh penubuhan al-


Islah (1914M.), al-Irshdd (1923M.) dan juga Persatuan Islam (Persis). Tetapi
Muhammadiah merupakan organisasi yang lebih tersusun dan teratur. Haji Ahmad
Dahlan, seorang 'ulama yang belajar di Makkah telah diberi kepercayaan memimpin.
Beberapa pertubuhan Islam telah dibubar untuk bersama menjadi cawangan
Muhammadiah.136

Perlembagaan Muhammadiah menegaskan tujuan pertubuhan tersebut ialah


untuk menyucikan agama Islam daripada sebarang campur aduk faham dan
keyakinan serta amal perbuatan yang tidak bersumber pada ajaran Islam. Ia juga
berusaha agar umat Islam memahami ajaran Islam yang sebenarnya dan beramal
menjalankan perintah dan ajaran Islam seutuhnya, menurut ajaran dan contoh teladan
yang telah diberikan oleh Rasulullah (s.a.w), tanpa ditambah atau dikurangi atau
dicampur dengan adat kebiasaan yang tidak bersumberkan al-Qur'an dan al-
Sunnah.137

Sebagai kesinambungan dari perjuangan Salaf, Muhammadiah berusaha


membangun, memelihara dan memegang teguh kepada agama Islam dari semua
peringkat, iaitu diri, keluarga dan masyarakat yang sungguh-sungguh adil, makmur,
bahagia, sejahtera, aman sentosa, lahir dan batin dengan naungan dan rida Allah.138

Pengaruh Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad'Abduh dan Sayyid Rashid


Rida,139 telah juga sampai ke Semenanjung Tanah Melayu melalui beberapa tokoh

™Ibid., him. 306.


136 Ibid.

137 H.M. Daris Tamim Darso Josopranota,Penjelasan dan Pelaksanaan Anggaran Dasar
Muhammadiah, Yogyakarta, 1980, him. 2.
138 Mustafa Kamal, Muhammadiyyah Sebagai Gerakan Islam, Yogyakarta, 1984, him. 32.
139 Keterangan lanjut gerakan ini sila lihat Abdul Rahman Haji Abdullah, op.cit, him. 221-223.

108
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

seperti Syaikh Tahfr Jalaluddin,140 Syed Syaikh al-Hadl,141 Abu Bakar al-Ash'ari,142
dan diperjuangkan pula oleh Zainal Abidin b. Haji Ahmad (Za'ba)143 dengan tekad
memperbaharui kefahaman umat Islam terhadap agamanya, di samping menghadapi
tentangan Barat. Perjuangan mereka ialah memerdekakan pemikiran umat sebagai
asas kemerdekaan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.144

Syaikh Tahir Jalaluddin yang terpengaruh oleh idea-idea Muhammad 'Abduh


hasil pergaulannya dengan Rashid Rida, dan menjadi penulis beberapa rencana dalam
majallah al-Manar yang diterbitkan tahun 1898M145 telah menerbitkan majalah al-
Imam pada bulan Julai 1906M. Hamka mengatakan beberapa rencana Jamaluddin
Afghani dan Muhammad 'Abduh disalin semula dan diterjemah ke dalam bahasa
Melayu146 di dalam majalah al-Imdm ini.

Setelah meninggalkan pimpinan al-Imam kerana menjawat jawatan Mufti Perak


atas permintaan Sultan, Syekh Tahir mengeluarkan fatwa-fatwa yang kontroversi dan
menimbulkan perselisihan dengan 'ulama setempat. Akhirnya kerana merasakan
jawatan tersebut mengongkongnya, beliau meletakkan jawatan dan tinggal di Johor,

140 Syaikh Tahir Jalaluddin dilahirkan pada 4 Ramadan 1286H., dari daerah Minangkabau
Sumatera. Belajar di Makkah dan Mesir. Bersahabat baik dengan Sayyid Rashid Rida dan turut
menyumbang dalam majallah al-Manar. Syaikh Tahir bersama Syaikh Muhammad Salim al-
Kalali menerbitkan majallah al-Imam (1906M.). Pernah berkhidmat di Madrasah al-Mashor,
Pulau Pinang bersama Syed Syaikh al-Hadi. Keterangan lanjut sila lihat: Abu Bakar HamzalvM-
Imam: Its Role in Malay Society 1906-1908, Universiti of Kent, 1981.
141 Syed Syaikh al-Hadi dilahirkan pada tahun 1862M. Menjadi anak angkat Raja Ali Kelana dan
mempunyai hubungan keluarga dengan keluarga Di Raja Riau. Belajar di Makkah dan Mesir.
Banyak melibatkan diri dalam pendidikan dan penulisan. Keterangan lanjut lihatJbid.
142 Abu Bakar al-Ash'ari dilahirkan pada tahun 1904M. di Pulau Pinang. Murid daripada Syed
Syaikh al-Hadi yang kemudiannya belajar ke Mesir di al-Azhar (1925M.). Menjadi guru dan
Imam di Perlis. Malah atas pengaruhnya di kanunkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis,
bahagian 2 di bawah tajuk Agama Rasmi (1) yang digubal pada 26 Mac 1959. Keterangan
lanjut lihat: Harisah binti Hasan, Sheikh Abu Bakar Ash 'ari: Tokoh Kawn Muda Perlis,ls.a.]iaa
ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1985/86.
143Zainal Abidin bin Ahmad, lebih dikenali dengan panggilan Za'ba, dilahirkan di daerah Kuala
Pilah, Negeri Sembilan pada 16 September 1895. Beliau berasal dari keturunan Bugis. Pernah
menjadi guru dan penterjemah, serta pensyarah Bahasa Melayu di The School of Oriental and
African Studies di University of London (1947) dan Universiti Malaya.
144 Ibid., him. 103-104.

145 Abu Bakar Hamzah, Al-Imam: Its Role in Malay Society 1906-1908, Thesis M.Phil. Univer
sity of Kent, 1981, him. 175-176.
146 Hamka, Ajahku, (Cet. m), Djakarta, Penerbit Djajamurni, 1963, him. 92-93.

109
Jurnal Usuluddin

menerbitkan pula majallah al-Munir, diterbitkan di Padang, Indonesia.147

Bersama Syed Syeikh al-Hadi, Syekh Tahir menerbit pula majalah Saudara
(1926-1941M.) yang diterbitkan di Pulau Pinang.143 Melalui Saudara ini Syed Syaikh
al-Hadi dan Syekh Tahir membawa pembaharuan kepada sistem pelajaran Islam di
Tanah Melayu dengan meminta matapelajaran bahasa Arab, Inggeris dan pelajaran
moden diajarkan. Melalui al-Imdm juga masyarakat diajak kembali kepada al-Qur'an
dan al-Sunnah, berijtihad dan membuang taklid.149

Selain daripada al-Imdm, beberapa majalah lain turut diterbitkan seperti al-
Ikhwan, Saudara (1928M.) dan al-Hikmah (1934M.). Di Mesir anak-anak Melayu
menerbitkan Seruan al-Azhar. Isi majalah-majalah ini adalah menyuarakan isu-isu
Islam, termasuk isu politik yang lebih bebas dibicarakan oleh Seruan-al-Azhar kerana
ia diterbitkan di luar negera.

Ketokohan Syed Syaikh al-Hadi lebih kepada ketajaman mata penanya. Beliau
juga muncul sebagai tokoh pembaharuan dalam pendidikan dengan menubuhkan
beberapa buah sekolah agama. Pada tahun 1908M., beliau menubuhkan sebuah
sekolah agama di Singapura iaitu Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah, kemudian
sekolah al-Hadi di Melaka tahun 1917M. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal
Madrasah al-Hadi kurang mendapat sambutan masyarakat.

Oleh kerana kurang sambutan daripada masyarakat setempat, beliau ke Pulau


Pinang menubuhkan Madrasah al-Masyhur al-Islamiyyah (1918 M.).150 Di sini Syed
Syaikh al-Hadi mengemukakan idea-idea pembaharuannya secara lebih lancar,
terutama setelah kedatangan Syekh Tahir Jalaluddin.151

Antara murid Syaikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syaikh al-Hadi yang mewarisi
idea pembaharuan mereka ialah Abu Bakar al-Asy'ari. Abu Bakar bersama seorang
penuntut Indonesia Abdul Kahar Muzakkir dalam tahun 1930M., telah menubuhkan
al-Jam'iyyah al-Qahirah al-Melayuwiyyah di Mesir.

Setelah pulang ke tanahair idea-idea yang dinamik dan radikal yang dibawa
oleh Abu Bakar al-Asy'ari mendapat tentangan hebat. Walau bagaimanapun,

147 Hamka, Pengaruh Muhamad 'Abduh di Indonesia, Djakarta (Tintamas), 1961, him. 18-19.
148 William R. Roff, Nadionalisme Melayu, terj. Ahmad Boestamam, Kuala Lumpur; Penerbit
Universiti Malaya, 1975, Mm. 78.
149 Ibid, Mm. 72-74.
150 Rahim bin Osman, "Madrasah Masyhor al-Islamiyyah"dalam Islam di Malaysia, Persatuan
Sejarah Malaysia, t.t. Mm. 75-85.
151 Abu Bakar Hamzah, op.cit., Mm. 202-203.

110
'Ulama dan Perubahan Sosial Dalam Islam

akhimya kegigihan beliau membuahkan hasil di mana ajaran beliau diterima menjadi
perkara yang dikanunkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis, bahagian 2, di
bawah tajuk Agama Rasmi (1) yang digubal pada 26hb. Mei, 1959.152

KESIMPULAN

Bab ini merumuskan pengertian 'ulama sebagai ilmuan yang menunaikan kewajipan
ilmiah yang menjadikan ilmu sebagai satu cara beribadat kepada Tuhan. Ilmu
dikaitkan dengan amal (praktis). Ini bererti bahawa 'ulama adalah pembawa
perubahan melalui ilmu dan amal. Malah 'ulama menyesuaikan ilmu dan amal
dengan perkembangan semasa. Justeru ilmu adalah untuk menyelesaikan persoalan
masyarakat bukannya terasing dari masyarakat.

Perubahan sosial yang dibawa 'ulama pada zaman kegemilangannya bukan


terbatas kepada menyebar luas ilmu Syariah, tetapi ilmu sains dan kemahiran seperti
dicontohi oleh Imam Shafi'i. Namun, sumbangan para 'ulama kurang berkesan
apabila kebebasan intelektual telah dipolitikkan seperti berlaku ke atas Imam Ahmad
Ibn Hanbal.

Dinamika akidah para 'ulama menjadi malap apabila kemurnian ilmu Islam
dinodai oleh unsur-unsur asing samada Greek, Hindu atau lainnya. Ini terbukti dalam
'Ilm al-Kalam, Falsafah, Tasawwuf yang memaksa ia dimurnikan kembali oleh
tokoh-tokoh besar seperti al-Ghazali, Ibn Taymiyyah, Shah Waliyullah al-Dihlawi,
Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab dan Iain-lain.

Di samping itu, kekejaman Tartar, kebengisan tentera Salib, dan kelemahan


pemerintahan Islam seperti 'Uthmaniyyah turut melemahkan peranan 'ulama dalam
perubahan sosial dan akhir sekali dominasi pengaruh Barat. Ertinya, kekuatan
intelektualisme para 'ulama berhubung rapat dengan kekuatan politik umat Islam.
Kelemahan politik yang menimpa umat Islam turut melemahkan peranan 'ulama
dalam merubah masyarakat. Ini banyak kali terjadi dalam sejarah.

Pada zaman awal Islam, masjid Madinah dan masjid al-Azhar memancarkan
pelan-pelan perubahan sosial. Apabila masjid tidak lagi berfungsi sewajarnya,
suasana perubahan menjadi lesu. Satu lagi kesimpulan yang dapat dibuat, masjid
yang berfungsi dengan baik bagaikan jantung yang segar kepada sebuah badan.
Apabila jantung lemah, badan turut lemah, dan masjid sebagai jantung yang lemah
menjadikan masyarakat terus lemah.

152Haron Din, "Al-Syekh Abu Bakar al-Asy'ari: Ulama Tegas dan Berani", Utusan Qiblat,
tahun 6, bil 72, Utusan Melayu, Kuala Lumpur, 1976, him. 65.

Ill
Jurnal Usuluddin

Perubahan sosial yang amat ketara pada zaman moden ini ialah dengan
kehadiran Jamal al-Din al-Afghani dan muridnya Muhammad 'Abduh. Pengaruh
mereka tersebar di Asia Barat dan membawa hingga ke Nusantara dan Semenanjung
Tanah Melayu tidak terkecuali.

112

Anda mungkin juga menyukai