Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Mengikut Kamus Dewan, 2000, agama bermaksud kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-
sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Agama berperanan untuk
mencorak kehidupan seseorang manusia. Kehidupan seseorang yang tidak berpegang kepada agama
tidak akan mempunyai hala tuju yang betul. Justeru, prinsip ‘Kepercayaan kepada tuhan’ menjadi
prinsip utama Negara Malaysia dalam Rukun Negara yang merupakan ideologi Negara. Negara
Malaysia terdiri pelbagai kaum yang menganuti agama yang berbeza. Antara agama-agama utama
adalah agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian.

i. Agama Islam adalah sebuah agama yang dibawa oleh N abi Muhammad s .a.w
iaitu seorang rasul yang mendapat wahyu dari Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibril.
Terdapat lima Rukun Islam yang wajib diketahui dan dipatuhi oleh setiap umat Islam iaitu
mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan
dan menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu. Selain itu, Kalimah syahadat yang terbahagi
kepada dua iaitu “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah” dan “aku bersaksi bahawa
Muhammad adalah pesuruh Allah”. Dua kalimah syahadah mestilah diikrar sekaligus bukan
separuh sahaja. Jika seseorang itu menerima separuh sahaja maka tidak sah dia menjadi seorang
islam. Susunan kalimah ini dimulai dengan perkataan “tidak” yang bertujuan untuk menafikan
segala rupa bentuk tuhan, kepercayaan, keyakinan dan akidah yang bertentangan dengan ajaran
islam. Ia bererti seorang islam itu mestilah bersuci hati dari segala bentuk fahaman terhadap benda
lain dan yakin terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah yang Maha Esa. Jika seseorang islam itu
memahami, mengerti dan mengetahui konsep syahadah dengan kuat dan teguhlah kesedaran dan
keimanan untuk menunaikan tuntutan-tuntutan dua kalimah syahadah itu. Kepercayaan dan
keyakinan agama Islam dapat membangunkan tamadun orang Islam dari pelbagai aspek.

Sejak zaman Veda, Agama Hindu dipelihara dengan kepercayaan bahawa Tuhan adalah
Brahman yang wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran.
Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula bergantung dengan
amalan-amalan yang disebut karma. Karma seseorang Hinduism akan menentukan kehidupan
seterusnya di alam yang lain. Terdapat juga Yoga yang disebut penyatuan bermaksud amalan
rohaniah untuk mencapai penyatuan antara roh diri dengan Brahman yang dikenali sebagai Roh
Agung. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama iaitu Shaivisme, Vaishnavisme dan
Shaktisme. Shaivisme adalah pemujaan Shiva yang digelar dewa paling hebat. Beliau seorang
pemusnah dan pencipta semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa.Kuasa
ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam. Vaishnavisme adalah pemujaan dewa Vishnu.
Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa
ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup
semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran itu, dua kelahiran yang paling utama adalah
ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna. Shaktisme bermaksud
pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu
Dewa Parvati dan Uma. Kepercayaan terhadap ketuhanan dapat menbangunkan tamadun agama
Hindu.

Amalan kerohanian agama Buddha juga menjunjung tinggi nilai-nilai kemoralan. Nilai-
nilai kemoralan yang diharuskan untuk umat Buddha biasanya dikenal dengan Pancasila. Kelima-
lima nilai-nilai kemoralan untuk Buddha adalah:

 aku bertekad akan melatih diri menghindari pembunuhan makhluk hidup.


 aku bertekad akan melatih diri menghindari pencurian atau mengambil barang yang
tidak diberikan.
 aku bertekad akan melatih diri menghindari melakukan perbuatan melanggar
tatasusila.
 aku bertekad akan melatih diri menghindari melakukan perkataan dusta atau bohong.
 aku bertekad akan melatih diri menghindari makanan atau minuman yang dapat
menyebabkan lemahnya kesedaran.

Selain nilai-nilai moral di atas, agama Buddha juga amat menjunjung tinggi karma
sebagai sesuatu yang berpegang pada prinsip sebab akibat. Karma bererti perbuatan atau aksi.
Contohnya, semua jenis kehendak, perbuatan yang baik mahupun buruk atau jahat, yang dilakukan
oleh jasmani, perkataan dan fikiran, yang baik mahupun yang jahat. Hukum Karma merupakan
salah satu hukum alam yang bekerja berdasarkan prinsip sebab akibat. Selama suatu makhluk
berkehendak, melakukan karma (perbuatan) sebagai sebab maka akan menimbulkan akibat atau
hasil.

Di dunia ini, Agama Kristian adalah agama terbesar yang merangkumi kira-kiranya 2.1
bilion penganut. Agama Kristian kenali sebagai agama monotheis. Agama ini berdasarkan
kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para
pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab- kitab dalam kitab
Ibrani dengan agama Yahudi. Oleh sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Ajaran
Yesus Kristus diikuti oleh Penganut Kristian atau Nasrani. Yesus yang di anggap bahawa anak
Yahwe dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'. Agama Kristian mewujudkan tradisi agamawi,
kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu. Beliau
dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal di Indonesia dan Mahasuci di Singapura.
Tritunggal bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang
membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe
sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Mariam (yang merupakan seorang
perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan"
Yahwe.

Dengan ini dapat dinyatakan dengan jelas, bahawa semua agama ada ketuhanan dan
kepercayaan masing-masing. Dengan kepercayaan dan pengaplikasian ini, setiap agama dapat
membangunkan tamadun manusia yang unggul.

ii. Pada masa kini, Negara Malaysia amat terkenal dengan kehidupan 1 Malaysia.
Kehidupan ini merangkumi pelbagai kaum. Program ini berjaya kerana setiap kaum
mengaplikasikan nilai moral dalam kehidupan sehariannya. Kaum yang terbesar di Malaysia adalah
kaum Islam yang terkenal dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa. Jati diri Melayu merupakan
membina peribadi Melayu yang baik dengan pembentukan sahsiah diri, beragama, berakhlak dan
berbudi perkerti mulia yang diaplikasikannya sejak dari abad ke-13 lagi. Menurut Dr Sidiq Fadhil,
agama dan budaya adalah asas utama jati diri Melayu dalam pentakrifan konseptual. Banyak bentuk
agen yang membentuk struktur kemasyarakatan dalam masyrakat umat Islam dan orang Melayu.
Bagi orang Islam, Keluarga merupakan agen sosialisasi utama dalam masyarakat untuk menjalankan
tanggungjawab yang amat dikasihi ini.  Keluarga adalah tunggak utama bagi seseorang untuk
mendidik dan mengajar nilai-nilai murni. Pada masa kini, ramai remaja terlibat dengan gejala
penyalahgunaan dadah, merompakdan lain-lain aktiviti yang tidak sihat. Oleh itu, keluarga Islam
melahirkan anak-anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai dirinya bersuci dan
mengelakkan diri dari gejala-gejala yang tidak sihat. Ia bukan tanggungjawab diri seorang keluarga
malah, masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial.
Contoh aktiviti kawalan sosial sama adalah berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyrakat
dan lain-lain. Terdapat juga bentuk sekunder seperti undang-undang, tindakan badan-badan formal
seperti mahkamah, polis dan sebagainya. Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur
agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi
dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam prosessosialisasi
tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan
adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah.

Kaum yang kedua terbesar di Malaysia adalah masyarakat cina. Masyarakat cina juga
mempunyai kepercayaan dan pandangan tersendiri dalam keagamaannya. Sejak zaman silam,
masyarakat cina percaya atas nenek moyang dan langitnya. Ia dapat dinamakan sebagai primitif
yang bermaksud animisme atau pemujaan tanaman, binatang dan alam semula jadi. Kekayaan,
kesejahteraan hidup, kemakmuran dan kebahagian adalah asas utama bagi masyarakat cina dan
percaya atas aspek kepercayaan tersebut. Tambahan pula, masyarakat cina penuh taat setia kepada
ibubapa mereka menurut ajaran Konfusius. Selain itu, semasa mengunjungi rumah orang-orang
Cina, mereka mengaplikasikan sistem tetamu duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda
penghormatan kepada tuan rumah. Manakala minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu
secepat mungkin. Pada masa itu tetamu tidak harus segera minum kecuali perlu menunggu
sementara dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Seterusnya, masyarakat cina mempunyai
kepercayaan bahawa makan malam bersama ahli keluarga pada hari sebelum tahun baru cina.
Sewaktu itu, dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina melainkan kunjungan itu
dibuat oleh sebab-sebab yang sangat penting. Ini adalah pengaplikasian amalan budi pekerti dan
saling menghormati di Malaysia oleh masyarakat cina.

Masyarakat India pula merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia yang beragama


Hindu. Kaum ini salah satu kaum yang menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat
majmuk di negara Malaysia. Masyarakat India sangat kukuh dengan ciri-ciri kebudayaan serta
kepercayaan mereka. Mereka masih mengekalkan kebudayaan tersebut walaupun wujud zaman
moden. Adat resam dan prinsip agama yang di amalkan oleh masyarakat India dalam aspek kelahiran
dan perkahwinan adalah sama dengan masyarakat melayu. Mereka sentiasa menghormati antara
satusama lain dan masyarakat India adalah keluarga dan pengamalan sistem keluarga bersama
sangat diterapkan dalam diri mereka. Tujuan utama sistem ini diamalkan adalah membentuk
masyarakat india yang berkeperibadian agar mereka bertindak mengikut ajaran agamanya. Anggota
keluarga bersama terdiri daripada semua anggota lelaki yang sama keturunan, isteri dan anak-anak
perempuan yang belum berkahwin. Jika anak perempuan berkahwin mereka akan menjadi anggota
keluarga suaminya. Tujuan berkeluarga adalah untuk mendapatkan waris sebagai penyambung
keturunan dan wujudkan perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan
memberi perhatian kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan
diperturunkan kepada generasi muda. 

iii. Agama adalah sebuah pegangan hidup bagi setiap manusia. Setiap agama berkonsepkan
ketuhanan dan kepercayaan yang memberikan nilai-nilai murni yang mampu membentuk
keperibadian seseorang. Konsep ketuhanan dan kepercayaan dapat membentuk pembangunan rohani
dan jasmani yang seimbang dan sempurna dalam diri seseorang. Individu yang percaya kepada
Tuhan sentiasa mempunyai pemikiran dan tingkah laku yang positif serta tidak akan mengingkari
ajaran agama.

Kini, dalam dunia moden ini ketuhanan dan kepercayaan agama dipandang remeh dan
mula longgar dalam kalangan masyarakat. Ini menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral di dalam
pendirian seseorang individu. Punca utama masalah ini adalah keluarga kerana sejak kecil seseorang
itu tidak diberi ajaran agama. Ibu bapa lebih mementingkan pekerjaan berbanding anak mereka.
Akibat tiada ajaran agama, seorang individu tidak boleh berfikir yang mana baik dan buruk. Maka,
ini yang mengundang kepada berlakunya kes-kes jenayah seperti kes pecah amanah, rasuah,
sumbang mahram, pembuangan bayi, rogol, pembunuhan, pemerdagangan manusia dan penderaan
kanak-kanak yang sering kita lihat di muka depan akhbar, televisyen dan media sosial.

Ketiadaan pegangan agama juga boleh menggugat keutuhan sesebuah keluarga.


Seseorang individu yang tidak percaya kepada Tuhan tidak akan mempunyai nilai-nilai yang
menjaga keutuhan keluarga seperti kesetiaan, kepatuhan, kasih-sayang dan rasa hormat. Ini boleh
menyebabkan perselisihan faham di antara ahli keluarga dan boleh menyebabkan pergaduhan. Maka
ia boleh menyebabkan keruntuhan perkembangan sesebuah masyarakat. Tindakan bunuh diri pun
disebabkan oleh ketiadaan agama. Orang yang bertindak untuk bunuh diri tidak mengetahui bahawa
mengikut keagamaan tindakannya sama dengan melakukan pembunuhan. Individu yang percaya
kepada Tuhan, sentiasa saling sayang-menyayangi diri sendiri dan juga orang lain. Individu tersebut
tidak akan mengambil tindakan yang boleh meragut nyawa orang lain mahupun diri sendiri.

Konsep kepercayaan kepada Tuhan meletakkan Tuhan sebagai kuasa tertinggi dan akan
membalas setiap amalan baik dan buruk penganutnya. Hal ini menjadi panduan hidup dan juga dapat
mengawal tingkah laku manusia. Setiap larangan dalam agama bertujuan untuk menjaga kepentingan
masyarakat. Pematuhan kepada larangan dan panduan agama dapat mengelakkan pelbagai masalah
dalam negara kita. Selain itu, kepercayaan itu juga mendorong seseorang individu membuat
pertimbangan dalam dalam setiap tindakannya dan memilih cara yang betul dan jujur dalam
mencapai impiannya. Misalnya, individu yang percaya kepada Tuhan akan berusaha sedaya-upaya
dan mengikut ajaran agama dalam soal mencari rezeki atau mencapai kejayaan. Sebaliknya, individu
yang tidak kuat pegangan agama akan melakukan sebarang tindakan dan menindas orang lain untuk
mencapai matlamatnya.

Individu yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan akan berusaha mendapatkan


kesenangan di alam akhirat mereka. Mereka tidak mempedulikan kemesraan sementara di dunia
yang bersifat sementara ini. Justeru, individu tersebut akan berusaha melakukan pelbagai kegiatan
atau amalan kebaikan di dunia seperti membantu insan yang susah, bersedakah, menjaga maruah diri
dan keluarga, berkata benar, tidak mengeji insan lain dan sebagainya. Kegiatan sebegini dapat
melahirkan masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain. Apabila berkelakuan
sebegini, seseorang individu akan mendapat kesenangan di alam akhiratnya. Ini yang dinyatakan
daam kepercayaan agama hindhu dan Buddha mengenai karma. Karma bererti perbuatan atau aksi
yang mengikut kehendak, perbuatan yang baik mahupun buruk atau jahat, yang dilakukan oleh
jasmani, perkataan dan fikiran, yang baik mahupun yang jahat.

Justeru, jelas bahawa konsep ketuhanan dan kepercayaan lebih bermanfaat bukan
sahaja kepada individu malah kepada masyarakat dan negara. Manakala kepercayaan agama yang
tidak kuat mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada masyarakat dan juga negara.

iv. Seseorang insan perlu dianuti dengan kepercayaan tuhan. Oleh itu, keluarga adalah tunggak
utama dalam memupuk kesedaran terhadap pihak keluarga. Kesedaran kepercayaan kepada Tuhan
perlu dipupuk dalam diri seseorang sejak kecil lagi. Ada juga agama telah mengajar penganutnya
agar melakukan amalan-amalan baik sejak dari bayi itu masih di dalam kandungan. Contohnya,
agama Islam menekankan kepada ibu yang mengandung untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran
dan sentiasa berdoa demi kesejahteraan ibu dan bayi yang dikandung. Tambahan pula, agama Hindu
juga menekankan pembacaan kitab-kitab hindhu untuk kesejahteraan bayi tersebut. Usaha-usaha
sebegini adalah didikan terawal yang membantu ibu bapa memperoleh anak berakhlak mulia dan
percayai kepada tuhan.

Tambahan pula setiap institusi kekeluargaan harus berusaha untuk memberi didikan
agama masing-masing. Bagi seorang insan yang lahir di dunia ini, didikan agama merupakan asas
penting yang perlu diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya. Sejak anak-anak lahir, ibu bapa
yang meluangkan sepenuh masa bersama mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu bertanggungjawab
mengajar dan mengamalkan perihal keagamaan dalam kehidupan seharian supaya dapat diikuti oleh
anak-anaknya. Jika seseorang ibu bapa bekerja dan sibuk dengan pekerjaan, ia bukan satu halangan
untuk memberikan pendedahan terhadap unsur keagamaan. Orang tua yang ada dirumah seperti
datuk, nenek juga dapat memberi pendedahan agama kepada cucunya kerana mereka lebih
mengetahui tentang agama. Selain itu, ibu bapa perlu menggandakan usaha untuk menghantar anak-
anak ke kelas-kelas agama supaya mereka mendapat pendidikan agama dari guru yang bertauliah.

Pihak yang perlu memainkan peranan penting dalam memupuk konsep kepercayaan
kepada Tuhan adalah kerajaan. Pihak kerajaan ada kuasa untuk melahirkan seoarang insaniah yang
bertauliah dan berakhlak mulia. Mereka boleh mewajibkan subjek agama mengikut kaum di setiap
sekolah bagi setiap pelajar. Pihak kerajaan juga harus menitikberatkan atas kehadiran setiap pelajar
ke kelas agama sebab ada kemungkinan pelajar ponteng kelas. Ini disebabkan pelajar zaman moden
ini, tidak mengambil berat atas kepercayaan agama. Mereka menumpukan perhatian dalam kegiatan
senario. Selain itu, kerajaan juga harus mengadakan kem motivasi dan kursus-kursus keagamaan
kepada rakyat Malaysia. Kerajaan perlu mengagihkan kem sebegini diperingkat kebangsaan, negeri,
daerah dan kawasan-kawasan Rukun Tetangga. Kem dan kursus sebegini dapat memupuk kesedaran
terhadap rakyat.

Sistem pendidikan juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk


kesedaran terhadap kepercayaan kepada Tuhan di kalangan masyarakat. Pihak sekolah dan Institut
Pengajian Tinggi harus menjalankan sistem pendidikan berdasarkan saranan yang ditetapkan oleh
kerajaan. Memperbanyakkan program-program keagamaan di sekolah dan IPT bagi meningkatkan
tahap kefahaman dan penghayatan terhadap aspek keagamaan. Program-program yang dijalankan
perlu diberi pengisian keagamaan yang lebih. Antara contoh-contoh program tersebut adalah seperti
Bacaan Yaasin, Solat Tasbih, ceramah agama dan lain-lain aktiviti yang boleh membangkitkan
semangat keagamaan di kalangan pelajar dan guru. Bacaan doa dan kata-kata agama juga harus
diselitkan di dalam kelas dan perhimpunan rasmi untuk menyemarakkan semangat keagamaan.
Azhar Hj.Mohd Aros dan Azharuddin Mohd Dali 2000: 164,

Anda mungkin juga menyukai