Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : 2/12

Minggu Praktikum : Minggu 2


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 17 Jun – 21 Jun 2019
Tajuk Jurnal : Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

1. Masalah / Peristiwa :

Pada minggu ini, satu program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan telah
dijalakan dalam bentuk Sambutan Hari Raya. Program ini bertujuan bagi menggalakkan
penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat
sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara
bersama. Selain itu, program ini adalah bagi menintegrasikan murid dari pelbagai kaum
seperti Melayu, Cina, dan India. Buat pengetahuan, terdapat suku daripada murid di
sekolah ini adalah dari Sabah dan masih megamalkan gaya hidup di Sabah. Dengan
adanya program ini, murid dapat mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. Selain itu,
ikatan silaturahim antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga dapat dikukuhkan. Hal ini
kerana, sambutan majlis hari raya ini dihadiri oleh ibubapa yang berkelapangan untuk
hadir bagi meraikannya.

2. Analisis :

Program ini bertujuan bagi mendekatkan lagi hubungan antara murid, guru dan pihak
PIBG. Namun masalah yang dihadapi adalah kawalan murid yang kurang ketat. Murid
terlalu teruja untuk makan makanan yang telah disediakan bagi Sambutan Hari Raya
peringkat sekolah.

3. Cadangan Tindakan Susulan :

Guru disiplin perlu memantau tingkah laku murid bagi mengelakkan kawalan murid
terjejas.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan :

1 Minggu
5. Rujukan :

Box, M. (1970, January 01). Contoh Penulisan Jurnal Praktikum. Retrieved from
http://mypraktikumbox.blogspot.com/2013/03/contoh-penulisan-jurnal-
praktikum_3955.html

Anda mungkin juga menyukai