Anda di halaman 1dari 3

TUTORIAL 4

DDG 3173

1. Talita merupakan seorang wanita yang berumur 25 tahun yang kini berhutang dengan
pihak bank sebanyak RM 3000.00.Talita kini bekerja dengan syarikat Pembangunan Alien
di mana Jamea merupakan pemilik syarikat tersebut.Pada 3 September 2010 ,James telah
menyuruh Talita untuk membeli sebuah rumah dengannya dengan syarat bahawa jika Talita
tidak bersetuju maka James akan memecat Talita .
Pada 4 September 2010 , Talita telah menandatangani satu kontrak untuk membeli rumah
dengan James. Talita yang sememangnya tidak berkemampuan gagal untuk menjelaskan
bayaran kepada James.Kini James ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap
Talita dan mendakwanya untuk pecah kontrak.
Talita kini berjumpa dengan anda untuk mendapatkan nasihat untuk mengetahui sama ada
kontrak yang ditandatanganinya dengan James sah ataupun tidak.Talita juga ingin
mendapatkan nasihat anda mengenai kelayakan untuk membuat kontrak berdasarkan
undang-undang Kontrak di Malaysia.Sila nasihatkan Talita.
2. Nyatakan maksud:-

(a) Tawaran dalam kontrak


(b) Balasan dalam kontrak

3. Berikan 6 cara untuk penamatan tawaran

4. Jelaskan :

(a) Apakah maksud pengaruh tidak berpatutan menurut Akta Kontrak 1950.

(b) Apakah dua komponen yang perlu dibuktikan untuk pengaruh


tidak berpatutan.

5. Nyatakan tiga pengecualian untuk kanak-kanak atau remaja untuk membuat


kontrak.

6. Jelaskan perbezaan antara syarat dan waranti.


Jawapan Tutorial 4 DDG 3173

Soalan 1
• Menurut seksyen 11 Akta Kontrak, terdapat tiga syarat kelayakan memasuki kontrak:-
1. Dewasa-susian berumur 25 tahun maka adalah dewasa mengikut akta umur majoriti
2. Berakal sempurna- berakal sempurna kerana waras
3. Tidak hilang kelayakan mengikut undang-undang- hanya hutang RM3,000.00 dan
bukannya dikatakan bankrupt maka masih layak
-Oleh sedemikian, Talita merupakan orang yang layak berkontrak
-Talita telah memasuki kontrak dengan James yang merupakan pemilik syarikat di mana dia
bekerja. Maka sini wujud hubungan dominan antara James dan Talita di mana James lebih
berkuasa
-Dalam kes ini juga cara James adalah satu bentuk penggunaan kesempatan oleh seseorang
yang dominan ke atas orang yang lebih lemah yakni talita untuk mendapat keuntungan yang tidak
sah melalui kontrak
-Jadi mengikut seksyen 16 akta kontrak 1950, satu pengaruh melampau/tidak berpatutan wujud
di dalam kontrak antara Talita dan James
-Bagi membuktikan kewujudan pengaruh melampau terdapat dua komponen yang perlu dipenuhi
berasaskan seksyen 16(1) Akta Kontrak iaitu 'dalam kedudukan menguasai' dan 'menggunakan
kedudukan itu'. Kedua-dua komponen itu perlu dipenuhi bagi mewujudkan pengaruh melampau.
-Dalam kes ini, James telah mengugut Talita untuk membeli rumahnya dengan menggunakan
kedudukannya sebagai pemilik syarikat pembangunan alien di mana alien bekerja.
-Maka, dengan itu terdapat unsur pengaruh tidak berpatutan yang wujud dari James .
-Oleh yang demikian kontrak adalah boleh batal dan Susian tidak perlu membayar gantirugi.
Soalan 2

(a) -Tawaran -pernyataan kesediaan kepada pihak lain untuk melakukan atau menahan diri
dari melakukan sesuatu ,dengan tujuan mendapat persetujuan pihak itu untuk melakukan
sesuatu atau menahan diri dari melakukan sesuatu.
-Seksyen 2(a) Akta Kontrak
(b) -Balasan-perbuatan atau penahanan diri atau janji oleh penerima janji atau sesiapa
sahaja mengikut khendak pembuat janji.
-Seksyen 2(d) Akta Kontrak

Soalan 3
i. Penolakan cadangan
ii. cadangan balas atau tawaran balas
iii. penerimaan
iv. luput masa
v. kegagalan memenuhi syarat
vi. mati atau gila
vii. notis pembatalan tawaran
Soalan 4

(a) Menurut seksyen 16 Akta Kontrak,pengaruh tidak berpatutan adalah suatu bentuk
penggunaan kesempatan oleh seseorang yang lebih dominan ke atas orang yang yang lebih
lemah untuk mendapat keuntungan yang tidak sah melalui kontraknya.
(b) (i) dalam kedudukan menguasai
(ii) menggunakan kedudukan itu
Soalan 5

1. Kontrak keperluan menurut peruntukan seksyen 69 Akta Kontrak 1950.Seorang kanak-


kanak atau orang yang kurang akal adalah bertanggungan jika apa yang dibekalkan
kpadanya asalah keperluan.
2. Perjanjian biasiswa berdasarkan seksyen 4
3. Seksyen 153 Akta Insuran 1996 membenarkan kanak-kanak melebihi umur 10 tahun untuk
mengambil insuran,tetapi jika dia berumur kurang dari 16 tahun maka dia memerlukan
persetujuan bertulis daripada ibu bapa atau penjaganya.
* Jawapan yang munasabah adalah diterima

Soalan 6

Syarat
-ialah peraturan-peraturan penting kepada tujuan utama kontrak
-Jika dilanggari akan memberikan hak untuk menganggap kontrak sebagai tamat
Warranti
-Peraturan yang bersampingan dengan tujuan utama kontrak
-Jika dilanggari akan memberikan hak untuk menuntut ganti rugi tetapi tiada hak untuk
menamatkan kontrak

Anda mungkin juga menyukai