Anda di halaman 1dari 6

Tutorial 16/3/2020 (Isnin)

Tanda dan gejala keracunan makanan

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

 Keracunan tersebut

 Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan

 Umur seseorang

 Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

 Rasa loya

 Cirit-birit

 Muntah-muntah

 Sakit perut

 Berpeluh/demam

 Sakit kepala

Tutorial 19/3/2020 (Khamis)

Pencegahan dan kawalan penyakit

 Penyakit berlaku akibat transmisi agen penyakit atau produk toksin yang dihasilkan.
 Merebak melalui manusia, haiwan, takungan yang bersifat infektif

Pencegahan & kawalan memerlukan:

 Epidemiologi- kajian berkaitan penyakit dan cara pencegahan


 Putuskan rangkaian jangkitan
 Kaedah spesifik terhadap sesuatu penyakit

Berlaku secara ::

 Sporadik (berbagai tempat)


 Endemik (setempat)
 Epidemik (wabak)
 Pandemik (melangkau sempadan)

Antara cara pencegahan

 Tingkatkan tahap kesihatan


 Pegesahan dan rawatan awal
 Imunisasi
 Pengambilan makanan sihat dan bernutrisi
 Putuskan trasmisi jangkitan
 Pengawalan vector
 Kuanrantin
 Jaga kebersihan diri

Tutorial 23/3/2020 (Isnin) & 26/3/2020 (Khamis)

Keracunan makanan oleh stafilokokus dan botulisme

1. Keracunan makanan oleh stafilokokus

Agen penyebab

Bakteria staphylococcus aureus. Bakteria ini mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu
panas.

Punca

Manusia. Biasanya ditemui di :

 Hidung dan cairan dari hidung (hingus)

 Telinga

 Kulit

 Rambut

 Luka yang dijangkiti bakteria staphylococci

Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini

 Makanan yang disediakan secara tidak bersih

 Daging dan hasil daging


 Daging unggas seperti ayam dan itik

 Sambal udang

 Nasi lemak

 Bihun goreng

 Susu dan hasil tenusu

 Pulut kuning

Cara rebakkan

 Pengendalian makanan yang tidak bersih

 Makanan yang ditinggalkan terlalu lama pada suhu bilik

Tanda-tanda

 Sakit perut yang memulas

 Muntah-muntah yang teruk

 Pitam

 Loya

Tempoh jangkitan

Antara satu ke lapan jam (biasanya 2 – 4 jam)

Pencegahan

Orang yang mengalami keracunan makanan atau gejala dan tanda keracunan makanan
(cirit-birit) atau luka yang dijangkiti kuman tidak sepatutnya mengendalikan makanan.

Amalkan cara pengendalian makanan yang bersih.

2. Keracunan makanan oleh botulisme

Apa itu Botulisme?

Botulisme adalah penyakit yang disebabkan oleh toksin yang dipanggil Clostridium
Botulinum. Clostridium Botulinum menghasilkan tujuh jenis toksin (berdasarkan nama saintis
dari A ke G). Walau bagaimanapun hanya toksin A, B, E, dan F mempunyai keupayaan
untuk menyebabkan penyakit pada manusia.
Terdapat tiga bentuk botulisme termasuk keracunan makanan, botulisme luka dan botulisme
dalam bayi.

Apakah simptom-simptom Botulisme?

Kebanyakan simptom botulisme mula muncul dari 12 hingga 36 jam selepas makan. Kira-
kira 5 hingga 10% daripada kes botulisme adalah maut. Gejala pertama penyakit ini
termasuk:

 Pedesis;

 Penglihatan kabur;

 Penglihatan berganda;

 Mulut kering;

 Gagap;

 Kesukaran menelan;

 Kelemahan otot.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sila berjumpa doktor dengan segera jika anda mempunyai gejala botulisme. Kerana jika
penyakit ini tidak didiagnosis dan dirawat pada masanya, anda boleh lumpuh di tangan, kaki,
atau lumpuh dan otot pernafasan. Mungkin anda perlu menggunakan alat bantuan
pernafasan untuk membantu pernafasan.

Apakah Punca Botulisme?

Anda akan mendapat botulisme jika makanan yang dimakan mengandungi toksin. Punca
biasa adalah kerana makanan yang tidak dijaga dengan baik.

Di samping itu, penyakit ini boleh berlaku disebabkan oleh bakteria yang memasuki dari luka
kecil yang anda tidak perasan. Bakteria akan membangun dan menghasilkan toksin. Ini
kebanyakannya berlaku pada orang yang telah menggunakan dadah.

Selain itu, bayi boleh diracuni dengan memakan spora di dalam tanah apabila bermain di
luar, spora boleh berkembang di dalam usus dan menghasilkan toksin.
Bagaimana pesakit Botulisme dirawat?

Ada rawatan yang berbeza untuk botulisme. Selalunya, doktor anda akan memeriksa tanda-
tanda dan simptom dan memberikan anda pil antitoxins untuk memperlahankan lumpuh dan
membuat simptom kurang teruk.

Tutorial 30/3/2020 (Isnin)

Keracunan makanan oleh clostridium perfingers

 Clostridium perfringens merupakan bakteria berbentuk batang, anaerobik (tidak


dapat tumbuh dalam lingkungan yang mengandungi oksigen bebas), Gram-positif,
dan membentuk spora. Bakteria ini tersebar luas di lingkungan dan sering terdapat di
dalam usus manusia, haiwan peliharaan dan haiwan liar. Spora organisma ini dapat
bertahan di tanah, endapan, dan tempat-tempat yang tercemar kotoran manusia atau
heiwan.

Gejala penyakit

 Keracunan makanan ´perfringens´ merupakan istilah yang digunakan


untuk keracunan makanan yang disebabkan oleh C. perfringens  .
Penyakit yang lebih serius, tetapi sangat jarang, juga disebabkan
oleh pengambilan makanan yang yang mengandungi strain Type C.
Penyakit yang ditimbulkan strain type C ini dikenal
sebagai enteritis necroticans  atau penyakit pig-bel  .

 Keracunan perfringens secara umum dicirikan dengan sakit perut


dan diare yang terjadi 8-22 jam setelah pengambilan makanan yang
mengandung banyak C. perfringens  penghasil toxin penyebab
keracunan makanan. Penyakit ini biasanya sembuh dalam masa 24
jam, namun pada beberapa individu, gejala ringan dapat berlanjutan
sehingga 1 hingga 2 minggu. Beberapa kes kematian dilaporkan
akibat terjadi dehidrasi dan komplikasi-komplikasi lain.

Anda mungkin juga menyukai