Anda di halaman 1dari 2

NAMA: THARSINI DEVI A/P RAJAGOPAL

TARIKH : 30 MARCH 2020

NILAIKAN TINDAKAN DAN USAHA KPM DALAM PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN KUALITI GURU
AGAR MEMENUHI ASPIRASI YANG DIHASRATKAN.

Profesion keguruan merupakan profesion tertua di dunia dan kini memasuki satu
lagi era baharu, Di dalam sistem pendidikan, guru lebih banyak berperanan sebagai
pemudah cara pengetahuan jika dibandingkan dengan sistem pendidikan dahulu yang
hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Selaras dengan pendidikan terkini , guru harus
lebih inovatif, kreatif, dan efektif dalam penyampaiannya dan sentiasa memikirkan
pendekatan baharu di dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru pada masa kini
seharusnya professional dan profesionalismenye ialah kunci kepada peningkatan kualiti
( Jemaah Nazir, 2001). Peningkatkan kualiti ini merujuk kepada kualiti proses dan yang
paling penting kualiti produk yang banggakan Negara. Dengan ini, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah merancang pelbagai aktiviti untuk pembinaan guru yang berkualiti.

Antara usaha yang dilakukan olek KPM adalah memperkenalkan Standard Guru
Malaysia (SGM) selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan untuk
memartabatkan profesionalisme keguruan. Dalam Standard Guru Malaysia terdapat 6
standard. Standard – standard berikut merupakan usaha kpm untuk melonjakkan
kecemerlangan Institusi Pendidikan Keguruan. Misalnya, Standard kedua iaitu pengetahuan
dan kefahaman. KPM memastikan guru pelatih harus mempunyai pengetahuan dalam
teknologi maklumat dan komunikasi , media dan sumber. Dalam PIPP juga terdapat aspirasi
yang penting iaitu kecekapan . Dari segi kecekapan, guru dapat mempunyai kemahiran
yang tinggi dan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sehingga mencapai
tahap luar Negara.

Seterusnya, KPM juga mengadakan Program Transformasi Minda khas untuk guru
pelatih yang akan menjadi profesionalisme guru. Tujuan Program tersebut adalah
memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam
perkhidmatan awam. Melalui program ini, guru pelatih dapat memperkembangkan kualiti diri
sebagai guru berprofesional selanjutnya. Dengan ini, Program Transformasi Minda yang
diadakan oleh KPM dapat membina guru berkualiti dan memperkembangan minda mereke
sebagai guru berprofesional.
Tambahan pula, KPM juga merancang bengkel google classroom khas untuk guru-
guru sekolah supaya semua guru dapat mempunyai pengetahuan dan amalkan di dalam
bilik darjah. Hal ini dapat menunjukkkan bahawa, semua guru pada masa kini cekap dalam
teknologi terkini dan membina generasi yang pengetahuan teknologi yang tinggi. Bengkel
google classroom juga mempertingkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran dengan
efektif mengikuti aspirasi hasrat tersebut.Teknologi ini dapat memastikan semua pelajar
dapat pendidikan dengan sama rata.

Justeru, KPM juga merancang praktikum kepada guru pelatih selama tiga bulan di
bawah Standard guru Malaysia (SGM). Semua guru pelatih yang mengikuti latihan
perguruan ditempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik
darjah . Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikan teori dalam
amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan
pembelajaran yang tersendiri. Dengan ini, Guru pelatih tersebut keluar daripada ipg sebagai
guru yang mempunyai pengetahuan tentang pengurusan kelas dan murid dalam pdp.

Kesimpulannya, KPM mengambil pelbagai usaha untuk membina guru yang


berkualiti untuk pada masa hadapan. Setiap langkah yang diambil oleh KPM dapat
mencontohi untuk membentuk warga pendidik yang berkualiti. Sebagai Pendidik, saya
berharap KPM akan perlu mengambil inisiatif dalam membentuk guru berkualiti dan
membina Negara bangsa mengikuti aspirasi yang dihasratkan.

Anda mungkin juga menyukai