Anda di halaman 1dari 16

FACULTY BUSINESS AND MANAGEMENT

JANUARY 2020 SEMESTER


MPU3122
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

MATRICULATION NO : 950501136352001

IDENTITY CARD NO. : 950501136352

TELEPHONE NO. : 0198635179

E-MAIL : nurulatiqahsady@oum.edu.my

LEARNING CENTRE : SRI RAMPAI LEARNING CENTRE


Isi Kandungan
Tugasan 1

Pendahuluan 2

Nilai jati diri dalam filem Nujum Pak Belalang 3

Analisis sumbangan tamadun Melayu pada zaman tersebut........................................................5

Pengajaran berasaskan nilai-nilai positif dan negatif daripada Nujum Pak Belalang 7

SmartArt Filem Nujum Pak


Belalang ...........................................................................................9

Kesimpulan 11

Tugasan 2

Jurnal Reflektif 12

Rujukan 14

1|Page
Pendahuluan

Tamadun adalah sesuatu peradaban masyarakat yang mempunyai penyusunan


stratifikasi masyakat yang kompleks mengikut pengkhususan pekerjaan dan tahap sosial yang
berbeza yang tinggal menetap di sesebuah perbandaran. Memartabatkan sesebuah tamadun
bukan satu usaha yang mudah; ia memerlukan kepakaran dan minat yang mendalam. Zaman
moden adalah era globalisasi dan ianya juga cabaran baru abad ke-21 di mana jurang antara
tamadun Islam dan Barat semakin meluas dan tentunya memberi pengaruh serta kesannya
terhadap tamadun Melayu. Orang Islam di Malaysia berteraskan budaya Melayu tidak boleh
dipisahkan dengan agama Islam. Tamadun Melayu perlu diteruskan kerana sumbangan
besarnya terhadap tamadun manusia sejagat yang akan membantu mengangkat tamadun
Islam sedunia.

Dalam tugasan ini, akan membincangkan nilai-nilai jati diri dan menjelaskan
pengajaran berasaskan nilai posif dan negatif dalam filem Nujum Pak Belalang dan
membandingkannya dengan zaman kini. Selain itu, saya akan menganalisis sumbangan
tamadun Melayu pada zaman Nujum Pak Belalang. Objektif tugasan ini ialah untuk menilai
kebolehan pelajar membincangkan sumbangan dan hasil pencapaian tamadun Melayu
terhadap nilai dan pandangan semesta masyarakatnya.

2|Page
Nilai jati diri dalam filem Nujum Pak Belalang

Bagi negara Malaysia, isu jati diri merupakan isu yang agak kompleks untuk
dibincangkan memandangkan ia terdiri daripada negara yang memiliki rakyat yang berbilang
kaum, agama, budaya dan bahasa. Menurut Ismail (2010), Malaysia tidak mengamalkan
dasar asimilasi yang meleburkan keturunan bangsa, bahasa dan budaya kaum pendatang.
Namun, kepelbagaian bangsa, budaya dan bahasa ini tidak menjadi sesuatu yang melebarkan
jurang dalam kalangan masyarakatnya. Malaysia mengamalkan dasar hidup bersama secara
aman dan damai dalam kepelbagaian kaum dan bangsa dan bersatu dalam kepelbagaian.
Manifestasi dari nilai-nilai tersebut membentuk watak dan sifat peribadi, cara berfikir, cara
hidup dan penampilan diri yang melambangkan tradisi bangsa dan jati diri kaumnya.

Berdasarkan filem Nujum Pak Belalang, terdapat beberapa nilai jati diri yang boleh
diambil ikhtibar, antara nya ialah kasih sayang sesama ahli keluarga. Kasih sayang
merupakan sesuatu perkara yang indah dan amat diperlukan dalam sesuatu hubungan,
terutaman antara ahli keluarga. Hal ini dapat dibuktikan Belalang bekerja keras untuk
menyara kehidupan mereka sekeluarga walaupun masih kecil lagi. Walaupun memiliki
seorang bapa yang pemalas dan tidak mahu bekerja, Belalang tidak pernah merungut malah
berusaha untuk mencari kerja di kampung tersebut demi sesuap nasi.

Pada era yang penuh dengan persaingan yang sangat sengit ini, masyakat bertambah
sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini
disebabkan kos sara hidup masa kini yang kian meningkat. Ibu bapa terpaksa bekerja keras
untuk memberikan yang terbaik untuk anak mereka yang masih kecil. Pada zaman sekarang,
kita boleh melihat pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekeliling melalui media
sosial seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi. Kebanyakan yang kita boleh lihat ialah
seorang anak kecil yang terpaksa bekerja demi menyara keluarga nya apabila kedua ibu bapa
nya sudah meninggal dunia atau tidak sihat. Hal ini juga menunjukkan bahawa kasih sayang
seorang anak terhadap ibu bapa dan keluarganya. Demi kelangsungan hidup, mereka terpaks
bekerja keras demi sesuap nasi.

Selain itu juga, nilai keberanian yang ada diri Belalang menyebabkan kehidupannya
dan Pak Belalang berubah dalam sekelip mata walaupun dengan cara berisiko. Hal ini dapat

3|Page
dibuktikan apabila Belalang berani mengambil risiko dengan mencuri kain-kain milik gundik
raja dan mencuri burung kesayangan raja. Kesemua barang yang telah dicurinya
disembunyikan di dalam hutan dan untuk mendapatkan habuan daripada hasil dari
perbuatannya itu. Risiko yang diambil menjadikan bapanya sebagai ahli nujum diraja dan
yang terkenal di seluruh negeri itu. Keberanian bukan hanya dapat dilihat di medan
peperangan semata malah penggunaan akal yang pintar dengan mengambil risiko yang tinggi
boleh disifatkan sebagai satu keberanian.

Pemimpin terkenal Britain, Sir Winston Churchill pernah berkata bahawa keberanian
adalah kemampuan untuk berdiri dan menyuarakan pendapat bahkan keberanian juga dituntut
untuk duduk diam dan mendengar. Hal ini memberikan saya berfikiran bahawa nilai
keberanian berkait rapat dengan etika dan integriti mna-mana insan atau sesebuah organisasi.
Hal ini dapat dikaitkan keberanian pada tahun 2014 apabila Timbalan Perdana Menteri yang
juga Menteri Pendidikan ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada rakyat
Malaysia ekoran kebocoran kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang
disifatkan sebagai aib nasional. Tindakan beliau memaparkan keperibadian pemimpin yang
hebat iaitu apabila masalah timbul, beliau akan menghadapi kesukaran realiti itu dan
mengambil tanggungjawab ke atasnya. Memohon maaf, terutama kepada seluruh negara,
bukannya sesuatu yang mudah dan hanyalah pemimpin hebat berupaya sedemikian.
Memohon maaf bukan sekadar rendah hati atau kesopanan, tetapi juga memerlukan
keberanian, tekad dan ketabalan tinggi untuk membuat apa saja yang perlu untuk
meningkatan kredibiliti kepada sistem.

4|Page
Analisis sumbangan tamadun Melayu pada zaman tersebut

Tamadun Melayu kaya dengan pelbagai sumber sejarah yang berkesinambungan


melalui pelbagai sumber dari penulisan dengan penemuan berbentuk arkeologi. Menurut
Zainal Abidin (2001), dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau negara
bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politik atau kerajaan Melayu sebelumnya. Sistem
berkerajaan dan pemerintahan Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa
buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu lama seperti Srivijaya, Temasik,melaka, Johor-
Riau dan Lingga yang lain-lain.

Tamadun Melayu pada zaman filem Nujum Pak Belalang yang dipaparkan, sama ada
secara sedar atau tidak, sebenarnya mengajar kita pelbagai erti rencah kehidupan yang
sememangnya kita hadapi pada zaman sekarang ini. Antara sumbangan tamadun Melayu
pada zaman tersebut ialah menggunakan bahasa istana apabila melibatkan golongan istana,
penggunaan perkataan beta, kekanda, adinda serta bahasa istana yang lain akan digunakan.
Filem ini sememangnya tidak meminggirkan bahasa istana, tambahan lagi filem ini
melibatkan golongan istana dan rakyat biasa. Sebagai contoh apabila Pak Belalang dipanggil
oleh sultan untuk berjumpanya. Sebagai rakyat biasa, Pak Belalang menggunakan bahasa
istana apabila berkomunikasi dengan sultan yang merupakan ketua untuk negeri tersebut
sebagai tanda hormat sebagai rakyat jelata terhadap pemimpin yang memerintah negeri
tersebut.

Sumbangan tamadun yang kedua ialah sikap hormat dan taat kepada raja. Hal ini
dapat dibuktikan apabila Pak Belalang, para menteri diraja dan juga rakyat di negeri tersebut
sangat taat dan hormat terhadap pemimpin mereka. Walaupun Pak Belalang menyamar
sebagai ahli nujum namun Pak Belalang dan Belalang berusaha untuk menyelesaikan
masalah yang diberikan oleh raja disebabkan oleh rasa hormat dan taat pada raja. Selain
rakyat di negeri tersebut, Juragan yang datang ke negeri tersebut menghormati peraturang
negeri yang ditetapkan oleh raja tersebut walaupun Juragan tersebut merupakan orang luar.

5|Page
Hal ini menunjukkan bahawa raja merupakan seorang pemimpin yang harus taat dan
dihormati.

Selain itu, dalam filem Nujum Pak Belalang menunjukkan hubungan sesama
pemimpin dan para penasihat iaitu muafakat atau musyawarah. Hal ini dapat dibuktikan
apabila raja negeri tersebut mendapat aduan daripada saudagar yang kehilangan tujuh peti
hartanya. Setelah mendengar aduan tersebut, raja mengarahkan para menterinya untuk
berhimpun dan membincangkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah saudagar itu. Hal
ini membuktikan bahawa permuakafatan adalah sangat penting dalam menyelesaikan sesuatu
masalah terutamanya hidup bermasyarakat tanpa mengira darjat dan pangkat. Permuafakatan
akan membawa keberkatan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia. Bak
kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

6|Page
Pengajaran berasaskan nilai-nilai positif dan negatif daripada Nujum Pak Belalang

Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala
tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dalam masyarakat. Berdasarkan filem Nujum Pak Belalang, terdapat beberapa
pengajaran berasaskan nilai positif dan negatif. Antaranya ialah rajin. Dalam cerita Nujum
Pak Belalang, Pak Belalang bukan sahaja miskin, malah seorang yang sangat pemalas. Pak
Belalang mempunyai seorang anak yang bernama Belalang dan Belalang seorang anak yang
rajin dan cerdik. Belalang terpaksa bekerja mencari nafkah untuk sesuap nasi walaupun
masih kecil lagi dengan membantu orang kampung untuk menyara hidup mereka sekeluarga.
Jika dibandingkan dengan zaman sekarang, anak muda yang lepasan graduan terlalu memilih
kerja dengan alasan gaji dan jawatan yang ditawarkan tidak layak dengan ijazah yang mereka
miliki. Apabila tiada kekosongan dalam jawatan yang diinginkan, maka mereka rela menjadi
penganggur daripada melakukan kerja yang tidak setaraf dengan ijazah yang dimiliki. Jika di
bandingkan dengan zaman dahulu, anak muda zaman sekarang boleh disifatkan terlalu manja
sehingga tidak pandai berdikari dan tidak mahu mula dari bawah.

Selain daripada itu penipuan. Berdasarkan filem Nujum Pak Belalang, dapat dilihat
dengan jelas tentang wujudnya unsur penipuan yang di lakukan oleh Pak Belalang. Pak
Belalang menipu bahawa dia mengetahui di mana keberadaan binatang-binatang yang hilang
dicuri oleh perompak sedangkan anaknya, Belalang telah menjumpai terlebih dahulu
binatang-binatang yang dicuri itu. Dengan kebijaksanaan anaknya, dia telah berpura-pura
menjadi ahli nujum. Pada zaman era yang serba canggih ini, menjadi mangsa penipuan
terutamanya penipuan internet bukanlah sesuatu yang baru malah ia boleh menjadi
pengalaman yang sangat buruk. Antara contoh penipuan yang terjadi di Malaysia ialah

7|Page
penipuan jual beli online, penipuan pekerjaan dalam talian, penipuan pelaburan Forex dan
akhir sekali penipuan email atau Phishing (satu usaha penipuan untuk mencuri maklumat
peribadi seperti nama pengguna dan kata laluan akaun bank). Kes sebegini semakin
berleluasa di seluruh Malaysia dan kerajaan sentiasa menasihati semua rakyat agar berhati-
hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang diberikan.

Akhir sekali ialah sikap pemalas. Seperti yang kita sedia maklum, Pak Belalang
adalah seorang yang sangat pemalas. Hidupnya hanya bergantung kepada anaknya untuk
makan dan minum. Pendiriannya iaitu ‘ulat didalam batu pun boleh makan’ menunjukan sifat
malasnya yang tidak mahu berusaha dan terlalu bergantung dengan anaknya untuk mencari
makan untuk mereka. Memasuki era tahun 2020, rasa malas membaca bukanlah masalah
sbaru bagi masyarakat Melayu hari ini.Walaupun ramai cerdik pandai cuba mencari
penyelesaian untuk mengatasi rasa malas membaca tetapi penyelesaian yang diterapkan tidak
pernah memberikan manfaat yang besar untuk kehidupan mereka. Rasa malas itu sudah
sebati di dalam darah masyarakat sekarang. Akhirnya mereka hanya menikmati prestasi kecil
dalam kehidupannya. Masyarakat harus sedar, kalau ingin berjaya sudah semestinya
mempunyai sikap disiplin yang tinggi. Di mana tidak ada sedikit pun sifat malas dalam diri
demi pembangunan diri.

8|Page
Nilai-nilai
jati diri Kasih sayang sesama ahli
dalam filem keluarga
Nujum Pak Keberanian dalam diri
Belalang

Sumbangan
Tamadun Menggunakan bahasa istana
Melayu
Kebijaksanaan
dalam filem
Nujum Pak Muafakat / Musyawarah
Belalang

Nilai Positif Kita hendaklah mempunyai


dan Nilai sifat rajin dalam diri
Negatif
dalam filem Kita hendaklah mengelakkan
Nujum Pak sifat malas dan mengelakkan
Belalang diri dari penipuan

9|Page
Nilai Jati Diri dalam Filem Nujum Pak Belalang

a) Kasih sayang sesama ahli keluarga


- Belalang bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga yang ibarat 'kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang'. Walaupun mempunyai bapa yang pemalas, tetapi dia
tidak pernah merungut malah berusaha untuk mengubah nasib keluarga mereka.

b) Keberanian dalam diri


- Keberanian yang dimiliki oleh Belalang, mampu mengubah kehidupan mereka sekeluarga.
Belalang mengambil risiko mencuri kain gundik dan burung kesayangan raja dan
menyembunyikan di dalam hutan. Hal ini membuatkan Pak Belalang menjadi ahli nujum diraja
apabila beliau berjaya mencari barang-barang yang hilang itu.

Sumbangan Tamadun
Melayu dalam Filem
Nujum Pak Belalang

a) Menggunakan bahasa b) Kebijaksanaan


istana - Kesukaran hidup yang dihadapi c) Muafakat / Musyawarah
- Pada zaman tersebut, oleh Belalang memberikan dia - Hal ini dapat dilihat oleh
rakyat menggunakan bahasa idea bagaimana hendak mengubah raja dan para menteri
istana apabila melibatkan nasib mereka sekeluarga Melihat mengadakan perhimpunan
golongan istana seperti Raja kepercayaan rakyat zaman untuk menyelesaikan
dan Para Pembesar. tersebut, memberikan Belalang masalah saudagar yang
Contohnya; Pak Belalang idea untuk menjadikan Pak kehilangan tujuh peti
menggunakan bahasa istana Belalang sebagai ahli nujum di hartanya.
bila bercakap dengan raja kampung tersebut

10 | P a g e
b) Penipuan
- Hal ini dapat dilihat
apabila Pak Belalang
menipu orang kampung
tentang keberadaan haiwan c) Pemalas
peliharaan yang hilang
sedangkan Belalang telah - Hal ini dapat dibuktikan
menjumpainya dahulu dan dalam watak Pak Belalang
a) Rajin yang sangat pemalas
menyembunyikan.
- Belalang terpaksa keluar menyebabkan anaknya
mencari pekerjaan dengan terpaksa bekerja untuk
membantu orang kampung menyara kehidupan
walaupun beliau masih mereka sekeluarga.
kecil lagi dan mempunyai Walaupun orang kampung
bapa yang sangat malas mengajaknya bekerja
untuk bekerja. tetapi Pak Belalang
menolak dengan alasan
beliau sudah tua dan tidak
Nilai Positif & larat bekerja
Nilai Negatif
dalam Filem
Nujum Pak
Belalang

11 | P a g e
Kesimpulan

Kesimpulannya, filem Nujum Pak Belalang ini banyak memberi nilai-nilai positif dan
negatif terhadap semua orang yang menontonnya. Antaranya ialah sikap kebijaksaan dan
kerajinan yang dimiliki oleh Belalang hendaklah diambil sebagai contoh teladan zaman masa
kini. Walaupun diusia yang begitu muda, Belalang sangat rajin dan berkerja keras untuk
menyara kehidupan mereka sekeluarga walaupun masih kecil lagi. Nilai negatif iaitu sikap
pemalas dan menipu hendaklah dihindari oleh semua orang kerana nilai tersebut memberikan
impak yang buruk kepada semua orang. Pada zaman filem Nujum Pak Belalang, terdapat tiga
sumbangan tamadun yang dapat dilihati iaitu menggunakan bahasa istana antara rakyat dan
raja, hormat dan taat kepada pemimpin dan akhir sekali sikap muafakat dan musyawarah
dalam kalangan raja dan para menterinya untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Kepelbagaian kaum dan etnik yang ada, Malaysia diharapkan terus gagah melangkah
ke hadapan untuk mencapai status negara maju dengan acuan sendiri menjelang tahun yang
akan datang. Kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh negara hari ini merupakan
proses pengukuhan dan pemantapan kepada perkembangan sejarah yang berkesinambungan
daripada peradaban Tamandun Melayu yang mampu berasimilasi dengan kepelbagaian unsur
dipersekitarannya. Namun tidah dapat dinafikan, usaha yang berterusan untuk memupuk dan
mengekalkan persefahaman dan perpaduan melalui sikap positif dan terbuka dalam kalangan
seluruh warga Malaysia perlu menjadi misi kebangsaan. Menjadi keutamaan setiap rakyat
Malaysia untuk mengenali budaya bangsa dan sejarah ketamadunan mereka.

12 | P a g e
Jurnal Refleksi

MPU 3122 merupakan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia ataupun dikenali
sebagai TITAS adalah salah satu kursus yang saya ambil pada semester ini dan juga kursus
wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar program pengajian peringkat ijazah di Open
University Malaysia (OUM). Bagi melengkapkan kursus ini, saya telah mengulangkaji secara
individu dan kadangkala secara berkumpulan. Selain itu juga, saya mengambil bahagian
dalam aktiviti dalam talian dan menghadiri kelas tutorial yang diadakan di pusat pengajian.

Sepanjang pembelajaran kursus ini, saya mendapati setiap tamadun mempunyai


keistimewaan dan ciri-ciri yang tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan
perkembangan tamadun itu sendiri. Kemunculan dan kejatuhan tamadun itu juga mempunyai
kronologi dan sebab-sebab yang tersendiri yang dibukukan untuk pengetahuan umum untuk
semua pelajar yang mengambil kursus ini tidak kira pelajar OUM mahupun pelajar universiti
lain. Sebagai seorang pelajar, saya telah mendapat pengetahuan dan kesedaran mengenai
sejarah tamadun umat manusia khususnya di bahagian Asia.

Pelbagai ilmu yang saya perolehi dalam kursus ini dan salah satu nya ialah zaman
kegemilangan kerajaan Melayu Melaka. Nikmat yang kita hadapi sekarang adalah disebabkan
penat lelah orang zaman dahulu yang bertungkus lumus untuk mempertahankan kerajaan
mereka daripada penjajah luar. Hal ini juga membuktikan bahawa walaupun hidup dalam
serba kekurangan tetapi sikap mereka yang bijak dalam mencari rezeki melalui perdagangan
dan fasih dengan selok-belok perairan tidak dapat disangkalkan lagi. Pelbagai interaksi yang
berlaku menunjukkan betapa orang zaman dahulu suka meneroka dan mencuba perkara baru
dan membina sebuah tamadun yang hebat. Revolusi yang berlaku pada zaman dahulu
membuatkan kita berasa selesa dengan apa yang ada dan menjadikan negara kita hidup dalam
berbilang kaum.

Dalam kursus ini, kita dapat lebih memahami perbezaan agama, kebudayaan dan
bangsa antara tamadun Islam, tamadun Cina, tamadun India dan tamadun Asia. Kini saya

13 | P a g e
sedar dengan memahami tentant latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan agama dan
kepelbagaian budaya pada tamadun silam menyedarkan saya untuk menyumbang ke arah
kebaikan untuk semua tanpa mengira agama ataupun banga. Melalui kaedah pembelajaran
dalam talian, ianya memberikan peluang untuk saya berinteraksi dengan para pelajar yang
terdiri daripada pelbagai disiplin serta latar belakang budaya, kaum mahupun agama.
Keadaan ini dapat memupuk semangat harmoni serta sikap toleransi dan bekerjasana antara
kaum.

Selain daripada itu juga, saya mendapati tamadun-tamadun ini telah memberi
sumbangan besar dalam bidang sosial, ekonomi, perubatan, matematik, astronomi, seni
muzik, politik dan pelbagai bidang lagi. Sumbangan ini telah memperlihatkan kehebatan hasil
ciptaan manusia dalam pelbagai aspek kebendaan di samping pengamalan kerohanian untuk
membina dunia moden yang dinikmati sejagat pada hari ini.

Sejarah atau ketamadun merupakan minat saya sejak dari dulu lagi kerana dari catatan
sejarah, kita akan belajar banyak perkara yang tidak mengretahuinya sebelum ini. Selain
daripada pembelajaran melaui kelas, saya berharap pengajian ini juga dilakukan di luar kelas
dengan melawat tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah bagi mengambil iktibar dari
masa silam dan melahirkan mahasiswa mahasiswa yang berfikiran luas dan berpandangan
jauh.

(2580 words)

14 | P a g e
Rujukan

1. Zainal Abidin Borhan. (2001). Peranan tamadun Melayu dalam membina tamadun
Malaysia. Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu. Kuala
Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.
2. Ching, M. Y. K. (2014, October 30). Memupuk keberanian sebagai prinsip kehidupan.
Retrieved March 11, 2020, from https://www.bharian.com.my/node/14535
3. Admin. (2015, May 13). Filem sebagai wadah kritikan sosial. Retrieved March 5,
2020, from https://www.roketkini.com/2015/05/13/filem-sebagai-wadah-kritikan-
sosial/
4. Dr Ghazali Darusalam (April 2014). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor
Darul Ehsan: Open University Malaysia (OUM)

15 | P a g e