Anda di halaman 1dari 2

Nama Pelajar : AHMAD FAUZAN BIN ABU TALIB

  No Kad Pengenalan : 980614065279


  Program : PISMP
Pengkhususan / : 2017 / 06 - MATEMATIK : PISMP
 
Opsyen
  Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAMBUN
  Minggu Praktikum :5
  Tarikh : 12-07-2019
  Tajuk : KURANG KEYAKINAN DIRI
  Kategori : Interpersonal dan Intrapersonal
  Pensyarah Penyelia : KOAY CHEN YONG
  Guru Pembimbing : FATHI BIN MUSTAFA
   
 
1. Isu Yang Difokuskan :

Masih terdapat murid yang kurang berkeyakinan dalam membuat pembentangan ataupun menjawab
sebarang persoalan yang dikemukakan oleh guru jika dihadapan kelas. Hanya murid yang sama
sahaja akan menonjol dalam membuat pembentangan. Murid-murid yang lain hanya sebagai
sampingan dan kaku dihadapan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Aktiviti membuat pembentangan ini kerapkali saya jalankan dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan, lebih-lebih lagi untuk subjek MatemaTik darjah 4 Cemerlang. Namun begitu, saya
menyedari satu perkara bahawa hanya murid yang sama sahaja akan menonjol dan menawarkan diri
secara sukarela dalam membuat persembahan dan pembentangan tersebut. Malahan terdapat murid
yang enggan langsung tampil ke hadapan walaupun secara berkumpulan. Hal ini amat
membimbangkan kerana saya mahukan semua murid melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang
dan mendapat input serta kemahiran yang saya cuba sampaikan. Kurangnya keyakinan dalam diri
murid didapati menjadi faktor utama masalah ini timbul dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan. 

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Kurangnya keyakinan dalam diri murid akan menyebabkan penglibatan murid dalam aktiviti
pengajaran dan pemudahcaraan menjadi minimum dan murid yang kurang menonjol akan terus
memencilkan diri .

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Bagi membantu meningkatkan keyakinan dalam diri murid untuk membuat persembahan dan
pembentangan untuk tampil dihadapan kelas termasuklah :
• Melaksanakan pdpc yang melibatkan persembahan dan pembentangan di hadapan kelas untuk
meningkatkan keyakinan murid dengan lebih kerap.
• Membimbing murid dari segi pengucapan dan gaya tertentu ketika membuat didik hibur agar murid
tersebut lebih bersedia sekaligus meningkatkan keyakinan mereka untuk membuat persembahan dan
pembentangan dihadapan kelas.
• Menegaskan prinsip bahawa semua murid akan melakukan persembahan dan pembentangan.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 MINGGU

6. Tindakan Susulan :

Selepas membuat penilaian, guru perlu membuat tindakan susulan kepada murid berkenaan untuk
memastikan kesinambungan aktiviti ini untuk mencungkil bakat. Sekiranya murid belum menguasai
kemahiran yang disasarkan, guru perlu sentiasa membimbing murid dan memberi peluang kepada
mereka untuk membentang

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

20-07-2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

murid tersebut sedikit sebanyak memberanikan diri untuk menjawab soalan apabila ditanyakan.
kemudian murid tersebut sering kali menawarkan diri untuk memberikan jawapan. hal ini
menunjukkan murid tersebut telah membina satu keyakinan diri untuk menonjol walaupun didalam
kelas.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

murid akan semakin berani kerana mempunyai keyakinan diri yyang tinggi. murid tersebut
berkemungkinan boleh mewakili sekolah dalam apa-apa pertandingan.

Rujukan :

pengalaman diri

Anda mungkin juga menyukai