Anda di halaman 1dari 1

1. Jelaskan takrifan perkataan "tamadun" mengikut perspektif barat dan timur.

(tokoh, bahasa dan


istilah)

Menurut sarjana Barat, Arnold Toynbee (1937) mendefinisikan tamadun dalam bukunya A
Study Of History sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang dalam kota dan satu
kumpulan pemikirandaripada berbagai-bagai ,manifestasi, orientasi yang berterusann, satu
gaya kebudayaan dengan obligasi yang membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama
dan moral. Menurut Will Deorand (dalam Mustafa, 1991) mendefinisikan tamadun sebagai
sistem sosial yang menolong manusia mempertingkatkan taraf kedudukan kebudayaan.

Menurut sarjana Timur, Ibn Khaldun (2001), tamadun bermaksud kemuncak


pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahann, keindahan suasan dan minat
kepada pelbagai aspek industri. Selain itu, menurut Said Hawa (1982), membahagikan
konsep tamadun kepada dua iaitu Islam dan Jahiliyah. Masyarakat yang bertamadun ialah
masyarakat yang tiddak dibelenggu dengan unsur-unsur jahiliah tetapi mengamalkan hidup
cara Islam sepenuhnya.

Pengertian tamadun dalam bahasa Inggeris, civilize bererti memperbaiki tingkah


laku, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar
dari kehidupan barbarian (primitif) kepada kehidupan yang baik yakni mempunyai
kehalusan akal budi dan kesopanan.
Pengertian tamadun dalam bahasa Cina. Dalam bahasa Cina, perkataan tamadun
membawa maksud Wen Ming, Ming bererti carah atau bercahaya. Juga merujuk kepada
unsur-unsur material dan spiritual yang muncul daripada pencapaian sejarah perkembangan
manusia. Pengertian tamadun dalam bahasa Arab. Tamadun berasal daripada perkataan
Arab maddana, yamuddunu, madinatan. Madini adalah sifat nama yang membawa erti sifat
pembangunan, atau perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji.

2. Konsep "menjaga nyawa" salah satu daripada Matlamat Tamadun Islam (MTI).Peranan yang
dimainkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekarang ini untuk memutuskan rantaian
Covid19 sekaligus dapat mengurangkan dan mencegah kematian akibat penularan virus adalah
selaras dengan (MTI) itu sendiri. Berikan justifikasi anda dalam kes ini.

Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia selaras dengan Matlamat Tamadun Islam


(MTI). Hal ini kerana agama Islam menyarankan umatnya haruslah diberi kudrat untuk berikhtiar
dalam mengharungi iaitu covid-19. Setiap musibah seperti covid-19 pasti ada jalan penyelesaian.
Kesabaran mengharungi musibah seperti covid-19 akan diberi ganjaran yang hebat sama ada di
dunia mahupun di akhirat. Selain itu, para ulama Islam juga menganggap musibah sebagai satu
nikmat dalam kehidupan.

Agama Islam juga menyarankan umatnya perlu menjaga nyawa daripada terdedak kepada
bahaya seperti covid-19. Sesuatu yang boleh menyebabkan kematian perlulah dielakkan. Allah
SWT sahaja yang akan menentukan apabila tiba masanya untuk setiap manusia kembali kepada-
Nya.