Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan

Penulisan kolonial dihasilkan oleh tokoh-tokoh seperti R. O. Winstedt, R. J.


Wilkinson dan J.M. Gullick. Manakala penulis tempatan dihasilkan oleh tokoh-tokoh
seperti Nik Anuar Mahmud, Khoo Kay Kim, Syed Muhammad Naquib al- Attas dan
sebagainya.

2.0 Perbandingan Hasil Karya Penulis Kolonial dan Tempatan

2.1 Genre Penulisan

Genre penulisan merupakan satu aspek perbandingan antara satu hasil penulis
kolonial dengan tempatan. Pensejarahan tempatan mementingkan elemen-
elemen kesusasteraan seperti surat-surat lama. Contohnya, dalam buku Sejarah
Perjuangan Melayu, terdapat surat rayuan daripada Tengku abdul Jalil Bin Tengku
Abdul Muttalib kepada Presiden Soekarno, Republik Indonesia pada 23 September
1963. Menurut Muhd. Yusof Ibrahim (2013), pensejarahan Barat menitikberatkan
aspek penulisan naratif iaitu bersifat deskriptif dan ilmiah. Contohnya, dalam buku A
History of Johore telah menceritakan tentang sejarah Johor secara umum semenjak
kejatuhan Melaka ke tangan Portugis sehingga zaman Temenggung Daing Ibrahim.
Dalam buku ini juga menceritakan sejarah Sultan Abu Bakar, bermula dengan tarikh
kelahiran baginda, peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan
baginda sehinggalah kemangkatan baginda dii London serta pengurusan,
penghantaran pulang dan upacara pemakaman jenazah baginda di Johor Bahru.

2.2 Tema Penulisan

Selain itu, tema penulisan juga merupakan salah satu aspek yang digunakan dalam
perbandingan antara penulisan kolonial dan tempatan. Penulisan pensejarahan
tempatan menerangkan tentang salasilah keturunan raja-raja, kejatuhan dan
kegemilangan kesultanan Melayu Melaka dan sistem pentadbiran sesebuah
kerajaan. Contohnya, dalam buku Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954
telah mengisahkan pejuang-pejuang Melayu Patani, khususnya almarhun Tengku
Mahmood Mahyideen dan Tuan Guru Haji sulung yang telah berusaha bersungguh-
sungguh untuk mempertahankan agama bangsa dan tanah air ini. Sebaliknya,
penulisan pensejarahan kolonial mengisahkan tentang sejarah pentadbiran British di
Tanah Melayu, sejarah yang berkaitan dengan budaya, masyarakat dan bahasa.
Contohnya, dalam buku A History of Johore menceritakan pertikaian antara orang
Melayu dan Bugis. Hal ini menyebabkan Kesultanan Johor-Riau dipecah pada tahun
1819 dengan tanah besar Kesultanan Johor berada di bawah kawalan Temenggong
Daeng Ibrahim manakala Kesultanan Riau-Lingga berada di bawah kendali Bugis.
Temenggong bertujuan untuk mewujudkan sebuah pusat pentadbiran baru untuk
Kesultanan Johor untuk mewujudkan dinasti di bawah entiti Temenggong. Oleh
kerana Temenggong sudah mempunyai hubungan erat dengan British dan British
yang bertujuan untuk mengawal aktiviti perdagangan di Singapura, perjanjian
ditandatangani antara Sultan Ali dan Temenggong Ibrahim di Singapura pada 10
Mac 1855.

2.3 Penggunaan Tarikh dan Kronologi

Di samping itu, perbandingan antara penulisan kolonial dengan penulisan tempatan


dapat dibandingbezakan dalam aspek penggunaan tarikh dan kronologi.
Penggunaan tarikh amat penting dalam sejarah. Hal ini kerana tarikh merupakan
satu cara untuk membuktikan kesahihan fakta. Penggunaan tarikh dianggap kurang
penting dalam penulisan pensejarahan tradisional. Contohnya, dalam buku Sejarah
Perjuangan Melayu Patani. Sejarah awal Kerajaan Melayu Patani masih lagi
diselimuti kekaburan. Dalam catatan sejarah tidak dapat dipastikan asal usul atau
tarikh sebenar kerajaan Melayu Patani didirikan.

Penggunaan tarikh dianggap amat mustahak dalam penulisan sejarah


kolonial. Hal ini bertujuan untuk menentukan ketulenan dan mengelakkan wujudnya
unsur anakronistik. Contohnya, dalam buku History of Johore karya R.O Winstedt
amat mementingkan penggunaan tarikh. Hal ini demikian kerana tajuk buku
mempunyai jangka masa iaitu dari 1365 hingga 1941.

2.5 Kandungan Penulisan

Aspek yang telah digunakan untuk membanding beza karya penulis kolonial dan
tempatan alah aspek kandungan penulisan. Penghasilan karya-karya pensejarah
Melayu tradisional dibuat atas menceritakan pejuang-pejuang Melayu Patani,
khususnya almarhun Tengku Mahmood Mahyideen dan Tuan Guru Haji sulung yang
telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan agama bangsa dan
tanah air ini. Contohnya, Bab satu menerangkan tentang kerajaan Melayu Patani,
bab dua menerangkan tentang berakhirnya pemerintahan beraja Melayu Patani,
Bab tiga menerangkan tentang pemerintahan Siam terhadap Patani, bab empat
mengisahkan tentang perjuangan untuk kemerdekaan dan percantuman, bab lima
ialah tuntutan autonomi dan reaksi kerajaan Siam, bab enam menerangkan tentang
sikap british terhadap pergolakkan di Patani, bab tujuh menceritakan tentang darurat
dan kesannya ke atas orang Melayu Patani, bab lapan menerangkan tentang
persidangan songkhla dan implikasinya ke atas pergerakan Melayu dan bab terakhir
diakhiri dengan rumusan iaitu Patani adalah Tanah Melayu.

Manakala, kandungan A History of Johore karya R. O Winstedt berbeza


dengan karya Perjuangan Melayu Patani. Bab satu menceritakan Johor purba, bab
dua menceritakan nenek moyang Hindu dan Melaka, bab tiga menceritakan
penubuhan Johor, bab empat menceritakan Johor, Portugal, Holland dan Acheh, bab
lima mengisahkan Johor, Holland, Jambi, Pahang, bab enam mengisahkan Raja
Kechil dan Bugis, bab tujuh menerangkan tentang Riau dan Bugis, bab lapan
berkaitan dengan di Riau di bawah Belanda, bab seterusnya berkaitan dengan fasa
terakhir kerajaan bersejarah, bab 10 mengisahkan tentang Sultan Hussain dan
Temenggung, bab 11 menceritakan tentang Temenggung Daing Ibrahim, bab 12
menceritakan tentang Sultan Abu Bakar dan bab terakhir ialah pemerintahan Sultan
Ibrahim.

2.6 Fakta atau Mitos-Lagenda

Pensejarahan tempatan lebih menekankan mitos dan lagenda manakala


pensejarahan Barat lebih mementingkan fakta. Akan tetapi, pensejarahan tradisional
Melayu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama merangkumi isu-
isu yang berkaitan dengan mitos-lagenda manakala bahagian kedua pula bahagian
yang lebih bersifat sejarah. Pensejarahan kolonial mementingkan fakta dan bukti
yang dikemukakan. Melalui ulasan R.O. Winstedt terhadap A History of Johore ,
Sultan Mahmud mangkat dijulang maka terputuslah nasab keturunan Sultan Johor.
Selepas kemangkatannya, kerajaan Johor diperintah oleh golongan Bendahara
dengan dilantik putera Tun Habib Dato Bendahara Sri Maharaja Padang Saujana
Johor sebagai sultan dengan gerlaran Sultan Abdul Jalil. Namun mengikut buku
Salasilah Melayu dan Bugis, keturunan Raja dan Bendahara Johor adalah berasal
daripada satu keturunan. Jadi pemerintah Johor selepas tahun 1699 adalah daripada
keturunan Bendahara Melaka. Buku ini juga mengisahkan sejarah sultan di Teluk
Ketapang , peperangan antara Raja Haji dengan Belanda yang berakhir dengan
kematian Raja Haji. Banyak diceritakan tentang pengembaraan, peperangan dan
hubungan raja-raja lain di kepulauan Melayu. Bahagian akhir buku ini ialah peristiwa
yang berlaku di Selangor , apabila Riau telah ditawan, Raja-raja Bugis masih
mengekalkan pengaruh mereka di Riau.

3.0 Kesimpulan

Perbandingan antara penulis kolonial iaitu A History of Johore karya R. O. Winstedt


dengan penulis tempatan iaitu Sejarah Perjuangan Melayu Patani karya Nik Anuar
Nik Mahmud telah menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi tema penulisan,
penggunaan tarikh dan kronologi, kandungan penulisan, fakta tau mitos legenda,
tema penulisan dan genre penulisan.
Rujukan

Haron Daud. (1989). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hooker, V.M. (1991). Tuhfat al-Nafis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad & Noriah Mohamed. (19970. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur:Yayasan
Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yusof Hashim. (1992). Pensejarahan Melayu: Kajian tentanf Tradisi Sejarah
Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim. (2013). Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.