Anda di halaman 1dari 2

ARAHAN PEPERIKSAAN

1. ARAHAN AM KEPADA CALON

1.1 Calon wajib menduduki semua kertas soalan.


1.2 Calon yang tidak dapat menduduki sesuatu kertas soalan dikehendaki mengemukakan
alasan yang kukuh dan dibuktikan dengan dokumen sokongan.
1.3 Calon hendaklah menyemak butiran diri pada Label Meja sebelum ujian. Calon hendaklah
memaklumkan kepada Pengawas Peperiksaan jika terdapat kesilapan maklumat.

2. ARAHAN DI PUSAT PEPERIKSAAN

2.1 Calon hendaklah berada di pusat peperiksaan 30 minit sebelum ujian dimulakan.
2.2 Calon hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan diri seperti Sijil Lahir atau
Mykid atau Mykad bagi tujuan pengesahan. Calon dilarang menduduki ujian tanpa
dokumen tersebut.
2.3 Calon dibenarkan menduduki ujian atas budi bicara Ketua Pengawas
Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas ujian dimulakan. Calon mesti
mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

3. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN

Calon hendaklah:
3.1 menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa ujian dan arahan pada muka hadapan
kertas soalan bagi memastikan calon mendapat kertas soalan yang betul.
3.2 memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima
kertas soalan yang salah atau tidak lengkap.
3.3 membaca dan mematuhi semua arahan pada halaman hadapan kertas soalan sebelum
ujian dimulakan.
3.4 menulis Nama, No. Indeks dan Tarikh dengan jelas dan betul di muka surat hadapan kertas
soalan.

4. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS JAWAPAN PEPERIKSAAN

Calon hendaklah:
4.1 menulis Nama, No. Indeks, Mata Pelajaran dan Tarikh dengan jelas di ruangan
yang disediakan pada kertas jawapan objektif dan kertas jawapan bertulis.
4.2 membaca dan mematuhi semua arahan pada kertas jawapan objektif sebelum ujian
dimulakan.
4.3 menulis jawapan dengan menggunakan pensel 2B SAHAJA.
4.4 menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk memadamkan hingga bersih
tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon dilarang menggunakan pemadam jenis
cecair, kimia, pelekat atau seumpamanya.
4.5 berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan ujian atau kertas soalan
dipungut dan dikumpul semula oleh Pengawas Peperiksaan.
5. AMARAN KEPADA CALON DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Calon TIDAK dibenarkan:


5.1 melipat atau merenyuk kertas jawapan bertulis sama ada yang belum atau pun yang
telah digunakan.
5.2 membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki pada kertas jawapan
objektif.
5.3 keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama ujian dimulakan dan 10 minit
terakhir sebelum ujian ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas
Peperiksaan.
5.4 mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan
semasa ujian.
5.5 memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.

6. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Calon dilarang:
6.1 membawa masuk sebarang catatan dan nota sama ada pakaian atau anggota badan; nota,
dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, jadual waktu ujian, telefon
bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam
dewan/bilik peperiksaan.
6.2 menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik
peperiksaan.
6.3 mendedahkan kertas ujian atau/dan jawapan ujian sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
6.4 memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di
dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh
disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam ujian.
6.5 menukar kertas ujian atau/dan jawapan ujian dengan calon lain.
6.6 menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua
Pengawas Peperiksaan.
6.7 menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
6.8 membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa ujian.
6.9 membawa kertas soalan ujian keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa atau selepas
ujian.
6.10 membawa kertas/skrip jawapan ujian sama ada yang belum atau pun yang telah
digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

7. PERINGATAN KEPADA CALON

7.1 Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku dan
calon boleh dikenakan tindakan.
7.2 Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan
berikut:-

7.2.1 keputusan ujian digantung sementara menunggu siasatan selesai;


7.2.2 keputusan ujian mana-mana kertas ujian dibatalkan;
7.2.3 keputusan ujian yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan
terbatal.