Anda di halaman 1dari 33

SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201

FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES

SEMESTER JANUARY 2018

SBFS 1103

THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING

NO. MATRIKULASI : 800112125015001


NO. KAD PENGNEALAN : 800112125015
NO. TELEFON : 012-8945339
E-MEL : wan_sha8078@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SARAWAK LEARNING CENTRE

1|Page
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN
1.1 OVERVIEW KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN
KREATIF…..…………………..……………………………………...4
1.2 DEFINISI PEMIKIRAN……………………………………..………..7
1.3 PENYELESAIAN MASALAH……………………………………….9

2. KENAL PASTI MASALAH


2.1 PENYATAAN MASALAH………………………...……................10
2.2 PENJELASAN MASALAH…………….……………………………13
2.3 MEMBERI SEBAB TENTANG MASALAH……………………….15
2.4 LETAKKAN MASALAH DALAM KONTEKS……………………18

3. ANALISIS

3.1 PENGHURAIAN MASALAH DAN SUBMASALAH……………..21

4. APLIKASI

4.1 GAMBARAJAH SEBAB DAN KESAN……………………………25

5. SENARAI RUJUKAN………………………………………………………..29

6. OPTIMUM SUMBER………………………………………………………..30

7. KESIMPULAN……………………………………………………………….32

2|Page
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8

1. PENGENALAN

Setiap hari kita berfikir. Proses berfikir atau juga disebut sebagai operasi mental
ini tidak pernah berhenti dalam kehidupan kita seharian. Otak akan berhenti bekerja
apabila kita mati. Namun demikian, kita juga sering mendengar istilah “mati otak” yang
bermaksud otak tidak mampu digunakan untuk menghasilkan arahan-arahan yang
disampaikan melalui urat saraf dalam tubuh badan manusia yang seterusnya
mengarahkan otot untuk bertindak. Manakala “otak beku” pula sering dikaitkan dengan
keadaan seseorang yang tidak dapat menghasilkan idea atau juga dikenali sebagai buah
fikiran disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti sakit kepala, tiada pengalaman, tidak
cukup maklumat dan sebagainya.

Otak yang dianugerahkan oleh tuhan merupakan satu organ yang sangat kompleks
dan canggih. Otak digunakan untuk membina konsepsi tentang sesuatu dan mencetuskan
arahan kepada saraf manusia sehingga otot melakukan pergerakan fizikal. Namun
demikian, peranan otak yang paling penting ialah sebagai tempat memproses segala
maklumat yang sering diibaratkan sebagai CPU (Central Processing Unit) bagi sebuah
komputer.

Bagi menjalankan peranannya sebagai CPU, otak sering dikaitkan dengan


kemahiran berfikir aras tinggi. Berfikir seperti ini bermaksud melakukan proses
pencerapan, pencernaan dan pentaakulan. Melalui proses ini, manusia akan dapat
merumus dan membuat pertimbangan yang paling wajar baginya dalam menangani
sesuatu isu atau perkara. Individu yang terlibat perlu memanfaatkan otak mereka sebagai
alat yang paling penting sebagai perakam maklumat atau ilmu, penganalisis sesuatu isu
atau masalah, alat yang membuat pertimbangan kepada pelbagai pilihan dan pemutus
atau penyelesai kepada sesuatu masalah. Bagi melaksanakan peranan tersebut, individu
perlu berfikir secara kritis dan kreatif. Melalui kedua-dua kemahiran berfikir tersebut,
pertimbangan dan keputusan yang dibuat oleh individu tersebut akan lebih efektif dan
efisien. Walaupun kedua-dua kemahiran tersebut dimiliki secara semula jadi, namun

3|Page
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
perlu diasah dan dipertajam supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh individu
terbabit.

1.1 Overview kemahiran berfikir kritis dan kreatif

1.1.1 Kemahiran berfikir kritis

Didefinisikan sebagai proses pemikiran yang bermula dengan proses menyoal


kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. Ia melibatkan tiga
jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis menggalakkan
individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta
kukuh sebelum membuat kesimpulan.

Pemikiran kritis boleh juga sebagai proses pemikiran secara teliti demi
menjelaskan dan memperbaiki kefahaman, dengan erti kata lain pemikiran kritis
mendorong individu menguji kebenaran sesuatu perkara. Seseorang pemikiran kritis tidak
hanya cekap menggunakan kemahiran dalaman (mikro) tetapi mempunyai sikap tertentu.

Pemikiran kritis mendorong individu bersifat rasional seperti menaakul secara


kritis, malah dapat meneliti pengalamannya, menilai dan menimbang pelbagai pendapat
dan idea sebelum membuat keputusan. Pemikiran kritis juga mempunyai kemahiran
pengadilan, iaitu dapat mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan pernyataan yang
dikemukaan oleh pihak tertentu.

Terdapat beberapa teori mengenai pemikiran kritis yang dikemukakan oleh ahli
pengkaji dan ahli fikir.Antaranya adalah:

1. Beyer (1985) berpendapat, pemikiran kritis adalah kebolehan manusia untuk


membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.

2. Pascarella dan Terenzini(1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritis sebagai


kebolehan individu untuk mengenalpasti isu-isu dan membuat andaian untuk dibahaskan
serta mengenal pasti hubungan penting untuk mendapatkan rumusan yang tepat daripada
maklumat yang sedia ada.

4|Page
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
3. Menurut Dewey (1993), pemikiran kritis adalah berfikir secara serius dan mendalam
serta membuat pertimbangan daripadanya,

4. Manakala Marlina dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikir kritis


sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan
dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah
dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah.

Kesimpulannya, pemikiran kritis dapat dikaitkan dengan proses menggunakan


minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Ia melibatkan satu proses
intelektual yang melibatkan pembentukan konsep,aplikasi,analisis dan menilai maklumat
yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan dan pengalaman sebagai suatu
landasan ke arah keyakinan.

1.1.2 Kemahiran berfikir kreatif

Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering
kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini
adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh
akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan
pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut
kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah sesuatu yang memperlihatkan kreativiti
serta kebolehan seseorang dalam mewujudkan sesuatu yang baru. Apabila direnung dan
difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah
mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’. Definisi
ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat,
dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun,
manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah.

5|Page
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan
kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.

Menurut John (2002), tidak mungkin seseorang itu dapat menghasilkan sesuatu
yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia memperlihatkan kemampuan manusia
mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini
seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia
yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli.

Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa
disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud
berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan seperti berikut (Hassan,
1989) dan (Nik Azis, 1994); Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin
‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’. Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’
yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam
bahasa Melayu.

Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid berdasarkan
ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh dilihat dalam pelbagai sudut
berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor,
pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000),
istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang
dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep
pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:

1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.

2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama.

3. Berfikir di luar kotak.

4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.

5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.

6|Page
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.

7. Mencabar andaian.

8. Mencipta sesuatu yang baru.

9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.

10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.

11. Berfikir secara fleksibel.

12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).

13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.

Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan


dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang
diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran
kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia
ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan
berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi
mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

1.2 Definisi Pemikiran

Pemikiran (thinking) telah mula dikaji sejak zaman Plato dan Aristotle.
Sebagaimana Aristotle mengatakan bahawa manusia mempunyai banyak persamaan
dengan haiwan. Ciri yang membezakan manusia daripada haiwan lain ialah rasionaliti,
iaitu keupayaan berfikir. Pada abad kesembilan belas, pemikiran difinisikan sebagai satu
rangkaian idea yang berasosiasi. Difinisi ini dapat menerangkan beberapa jenis
pemikiran, tapitidak semua. Dewey, 1921, mengemukakan tesis bahawa aktiviti berfikir

7|Page
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
ialah daya usaha reorganisasi pengalaman dan tingkah laku yangdilaksanakan secara
sengaja.

Menurut John Dewey, berfikir ialah satu operasi yang menggunakan fakta-fakta
yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta dapat dipercayai
berdasarkan fakta yang sedia ada. Selain itu, menurut Beyer pula, beliau mendefinisikan
berfikir sebagai memanipulasi input deria dan persepsi yang diingat kembali secara
mental untuk membentuk pemikiran, sebab, atau keputusan.

Definisi pemikiran yang paling berpengaruh hingga hari ini ialah oleh Dewey,
1933, dimana beliau melihat pemikiran sebagai perilakumenyelesaikan masalah. Konsep
Dewey tentang pemikiran menekankan kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya
usaha untuk menyesuaikan diri kepada persekitaan yang sukar.

Menurut Mayer pula, pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental


tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorangyang bertujuan untuk
menyelesai masalah. Fraenkel pula berkata, pemikiran adalah pembentukan idea,
pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat-maklumat dalam bentuk
tertentu.

Menurut Chaffee pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan
dalammembuat keputusan dan menyelesai maalah. Pemikiran manusia telah berkembang
sebagai alat untuk mengawal dan menguasai persekitaranyang sukar. Konsep beliau itu
menyebabkan pakar-pakar psikologi memberi tekanan yang berlebihan kepada pemikiran
adaptif dan praktikal.Eksperimen-eksperimen yang mereka buat sentiasa melibatkan para
subjek yang berfikir dengan berhempas pulas.

Tujuan berfikir adalah untuk mengumpul maklumat dan mengunakannya sebaik


mungkin. Oleh sebab cara minda bekerja untuk menghasilkancorak-corak konsep yang
ditetapkan kita tidak dapat menggunakan sepenuhnya maklumat baru, melainkan dengan
mengubahsuai corak- corak pemikiran lama dan mengemaskinikannya. Proses pemikiran
berlaku ketika penumpuan daya usaha untuk mencapai sesuatu kesimpulan

8|Page
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
ataumenyelesaikan masalah berkenaan perkara-perkara tertentu untuk mendapat
kesimpulan, usaha itu mengguna fakulti kognitif untuk melaksanakannya tanpa
dipengaruhi oleh emosi.

1.3 Penyelesaian Masalah

1.3.1 Tujuan

Tujuan tugasan adalah untuk mempromosikan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
kepada pelajar. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai cara penyelesaian masalah yang
boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Selain itu, pelajar juga akan belajar
bagaimana untuk menyokong idea dan pandangan mereka dengan sumber yang berkaitan.

1.3.2 Latar belakang Kajian

Helen, seorang pelajar kolej berusia 19 tahun sangat cintakan dengan Johnny yang
berusia lebih 10 tahun daripadanya. Johnny bekerja sebagai juruteknik IT di kolej yang
sama. Mereka merancang untuk berkahwin tahun depan. Walau bagaimanapun, ibu bapa
Helen tidak meluluskan hubungan ini kerana mereka merasakan dia terlalu muda untuk
berkahwin. Selain itu, sebagai anak sulung dalam 7 orang adik beradik, ibu bapa Helen
mengharapkan dia yang membantu keluarga ketika dia sudah mula bekerja nanti.
Bagaimana anda menasihati Helen mengenai apa yang patut dilakukannya?

1.3.3 Masalah Kes

1. Ibu bapa Helen tidak meluluskan hubungannya dengan Jonny

2. Ibu bapa Helen merasakan dia terlalu muda untuk berkahwin

3. Helen merupakan anak sulung dalam keluarga dan menjadi harapan keluarga bila
bekerja nanti.

9|Page
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
1.3.3 Objektif Kajian

1. Mempromosikan kemahiran berfikir kritis dan kreatif kepada para pelajar

2. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai cara penyelesaian masalah yang dapat
digunakan dalam kehidupan seharian kelak.

3. Belajar bagaimana untuk menyokong idea dan pandangan melalui sumber yang
berkaitan.

2. KENAL PASTI MASALAH

Terdapat 6 langkah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah


dengan lebih berkesan dan seterusnya dapat membuat satu keputusan yang tepat,
antaranya adalah meneroka masalah terlebih dulu, kemudian membina matlamat yang
ingin di capai, seterusnya hasilkan idea atau pendapat, keempat memilih idea yang betul-
betul sesuai, laksanakan rancangan tindakan yang di inginkan dan terakhir adalah menilai
semula tindakan dan buat susulan tindakan. Setiap langkah-langkah ini dapat dipecahkan
kepada langkah yang lebih kecil supaya kita boleh melakukan proses penyelesaian
masalah dengan lebih teratur. Kita akan melihat dengan lebih lanjut setiap langkah dalam
bahagian berikutnya.

2.1 Penyataan Masalah

i) Apakah masalah itu?

Berdasarkan kajian kes yang telah dilakukan terhadap setiap masalah yang di hadapai
oleh Helen, pemerhatian yang telah di lakukan mendapati;

1. Ibu bapa Helen tidak meluluskan hubungannya dengan Jonny

2. Ibu bapa Helen merasakan dia terlalu muda untuk berkahwin

10 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
3. Helen merupakan anak sulung dalam keluarga dan menjadi harapan keluarga bila
bekerja nanti.

ii) Menyatakan semula secara berbeza

1. Tidak Mendapat Restu Ibu Bapa

Ibu bapa mana yang tidak mahu perkara terbaik buat anak-anak mereka. Pasti mereka
akan terkejut dan menolak cadangan anda untuk berkahwin pada usia muda, tambahan
jika anak itu masih sedang belajar, akan ditolak mentah-mentah permintaan tersebut. Jika
situasi ini berlaku, Helen perlu menjelaskan kepada ibu bapanya dahulu apa sebabnya
mahu berkahwin. Helen perlu jelaskan dan yakinkan ibu bapanya yang dia akan terus
komited dengan pekerjaan atau pembelajaran semasa sudah berkahwin nanti.

2. Masa

Daripada segi masa, mungkin Helen akan terikat dengan kehidupan sebagai seorang
isteri. Pelajaran mungkin akan sedikit terganggu kerana masa untuk belajar telah
digunakan untuk memasak, mengemas rumah dan membasuh baju.

3. Anak

Mungkin sewaktu anak dilahirkan Helen masih belum berjaya menamatkan pengajian.
Perhatian pula akan lebih tertumpu kepada anaknya yang dambakan perhatian seorang
ibu.

4. Persediaan

Persediaan yang rapi amatlah perlu untuk memastikan Helen dapat melayari bahtera
perkahwinan bersama Jonny demi menjaga keharmonian rumah tangga.

5. Pengalaman

Jika berkahwin awal iaitu pada usia muda Helen dan Jonny mungkin dapat menimba
pengalaman dalam menjadi pasangan suami isteri. Helen boleh merancang kehidupan

11 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
berkeluarga dengan Jonny supaya tidak mengganggu pembelajaran sehingga Helen dapat
menamatkan pengajian.

6. Seks bebas

Bagi golongan remaja yang sudah melepasi 18 tahun, kebiasaannya nafsu mereka mudah
teransang dan membuak-buak. Apabila berlaku pergaulan antara lelaki dan wanita,
perasaan sayang dan nafsu akan mula timbul. Mereka akan keluar berjalan beriringan
jalan bersama, menonton wayang, berbalas mesej hingga lewat malam yang boleh
menjerumus ke arah maksiat. Jika mereka sudah tertarik antara satu sama lain, seelok-
eloknya eloklah dilangsungkan perkahwinan supaya tidak berlaku perkara yang tidak di
undang, antaranya anak luar nikah, pembuangan bayi dan kahwin lari.

iii) Lakukan satu penyataan meluas tentang masalah

Perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Ibarat syurga di dunia jika bijak
melayarinya. Tetapi ada yang kekal dalam perkahwinan dan ada yang bercerai. Malah
yang paling mengejutkan ada yang baru berkahwin juga sudah bercerai. Apabila berlaku
perkahwinan singkat atau berkahwin untuk beberapa hari, maka ramai yang menuding
jari ke arah mereka yang berkahwin di usia muda. Ini kerana pada mereka golongan yang
berkahwin pada usia muda tiada ilmu rumah tangga, tidak mempunyai kewangan yang
kukuh, tidak sabar dan seumpanya. Bila bertengkar pasti bercerai. Benarkah situasi ini
berlaku kepada semua pasangan yang berkahwin pada usia muda?

Buktinya, perangkaan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


mencatatkan kes perceraian sebanyak 80,564 dari tahun 2005 hingga 2008 berbanding
491,470 perkahwinan yang didaftarkan. Malah setiap tahun graf perceraian menunjukkan
peningkatan iaitu daripada 17,749 pada 2005 kepada 19,475 (2006); 21,051 (2007); dan
22,289 (2008). Aliran yang sama juga diperlihatkan pada 2009 apabila mencatatkan
27,116 perceraian berbanding 135,136 perkahwinan yang didaftarkan. Perkembangan ini
sememangnya cukup membimbangkan kerana ia mencerminkan keadaan institusi

12 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
keluarga di negara ini yang semakin rapuh. Lebih membimbangkan apabila kumpulan
usia terbesar pasangan yang bercerai dari hari ke hari terdiri daripada golongan muda.

2.2 Penjelasan Masalah

i) Apakah istilah utama masalah?

1. Tidak meluluskan hubungan atau tidak membenarkan sesuatu hubungan itu berlanjutan
adalah salah satu istilah utama masalah yang terdapat pada laporan kajian kes yang
melibatkan Helen dan ibu bapanya. Kesnya mudah sahaja. Katakan ibu atau bapa Helen
memarahinya kerana masih berhubungan dengan Jonny. Kemarahan itu pula mendapat
jawapan balas daripada Helen. Apa fikiran dan pandangan ibu atau bapa kepada Helen
dan Jonny? Ibu bapa Helen pasti akan beranggapan yang anaknya telah berubah, tidak
lagi sayangkan atau hormatkan ibu bapa sendiri malah sanggup menentang mereka
semata-mata kerana anaknya mempunyai Jonny. Kalau belum menjadi pasangan yang
sah sudah mampu mempengaruhi keputusan Helen, bagaimana jika telah menjadi teman
hidup hingga ke akhir hayat? Bukan sahaja tentang sikap Helen malah ibu bapa akan
berpandangan bahawa bakal teman hidup Helen adalah seorang yang boleh merosakkan
hidup dan masa depannya. Bayangkanlah apa yang boleh dilakukan oleh seseorang yang
mampu mengeruhkan hubungan antara anak dengan ibu bapanya.
13 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
2. Masih belajar di kolej atau masih seorang pelajar di pengajian tinggi swasta adalah
istilah masalah yang kedua yang terdapat pada laporan kajian kes ini. Terdapat banyak
pandangan sinis terhadap mereka yang berkahwin ketika belajar seperti prestasi
pelajarannya akan merosot kerana tidak dapat menguruskan masa dengan bijak hingga
akhirnya tercicir dari universiti atau kolej.

3. Terlalu muda atau masih di bawah jagaan ibu bapa adalah istilah masalah laporan
kajian kes yang seterusnya yang melibatkan Helen. Helen yang baru berumur 19 tahun
dan masih di bawah jagaan ibu bapanya telah membuatkan kedua orang tuanya berasa
bimbang bila Helen menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan pasangannya
sedangkan Helen masih muda dan masih lagi belajar.

4. Anak sulung dalam keluarga atau anak yang tua dalam keluarga adalah istilah masalah
yang keempat kajian kes ini. Helen mempunyai seramai 7 orang adik beradik dan dia
merupakan anak yang paling sulung dalam keluarganya. Sudah menjadi tanggungjawab
Helen bila dia mula bekerja kelak akan membantu keluarganuya terutama ibu bapanya
dan adik beradiknya yang masih bersekolah.

ii) Apakah tanggapan yang dibuat tentang masalah? Dalam keadaan apa penyelesaian itu
memuaskan?

Langkah ini melibatkan penyenaraian secara sedar kesemua yang boleh dikenal pasti
antaranya:

1. Helen adalah seorang pelajar di pengajian/kolej swasta

2. Helen baru berumur 19 tahun dan masih di bawah jagaan ibu bapa

3. Anak yang sulung dalam 7 orang adik beradik kesemuanya

14 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
4. Menyatakan hasrat ingin berkahwin di usia muda dan masih sedang belajar

5. Mendapat tentangan dari kedua orang tuanya

6. Bercinta atas dasar nafsu semata-mata

iii) Dapatkan maklumat lanjut tentang masalah

Antara idea bagi menyelesaikan masalah yang sama dihadapi atau diselesaikan pada
masa dahulu adalah:

Terdapat banyak kebaikan yang terbentuk apabila pemuda masa kini berkahwin
pada usia yang muda. Perkara yang paling utama adalah ia dapat mengelakkan maksiat
yang semakin berleluasa pada zaman ini. Masyarakat di Timur pada hari ini semakin
terikut-ikut dengan budaya masyarakat Barat yang mengagung-agungkan maksiat. Kita
masyarakat timur, ada agamanya, ada adatnya. Oleh itu, bagi mengelakkan golongan ini
daripada terus melakukan maksiat dan kemungkaran, maka sebaiknya mereka berkahwin
mengikut tuntutan agama masing-masing. Selain daripada itu, berkahwin pada usia yang
muda dapat menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab jika dibandingkan dengan
remaja lain yang seusia dengan mereka. Rasa tanggungjawab terhadap pasangan dan
keluarga akan dipupuk secara tidak langsung. Hal ini kerana mereka akan memikirkan
tentang kebajikan dan keperluan pasangan masing-masing. Secara tidak langsung, ia akan
menjadikan remaja tersebut akan lebih cepat bertindak dalam menyelesaikan sesuatu
masalah yang dihadapi oleh mereka.

2.3 Memberi sebab tentang masalah

i) Jalankan aktiviti penyelesaian masalah dengan orang lain tentang isu di sekitar masalah
tersebut.

15 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
Cabaran utama kahwin muda adalah kekangan kewangan untuk menanggung
pengajian dan keperluan keluarga. Hal ini perlu kepada perancangan yang teliti dan rapi
kerana kegagalan dalam menyelesaikan masalah ini mungkin akan menyebabkan
pengajian terbantut. Kehadiran anak dalam situasi yang belum bersedia kadang-kala
memberi masalah dan cabaran kepada mereka. Justeru, perancangan yang rapi dan
matang adalah perlu untuk mengelakkan sebarang masalah timbul.

Perkahwinan dalam usia dan keadaan yang belum matang boleh menyebabkan
penceraian berlaku. Justeru itu, berkahwin semasa atau selepas belajar bukanlah
persoalannya, tetapi persediaan dari semua aspek terhadap ilmu dan cabaran alam rumah
tangga perlu dititik beratkan dan diutamakan. Selain itu, isu berkahwin semasa belajar ini
perlu diteliti dan dibincang secara terbuka dan matang oleh semua pihak. Keterbukaan
dalam menerima dan membincangkan isu ini dapat memberi momentum yang positif
kepada mahasiswa dalam memastikan mereka memperoleh kecemerlangan dalam
pelajaran mahupun rumah tangga. Setiap keputusan yang dibuat akan memberi impak
yang besar kepada mahasiswa, proses pembelajaran, keluarga juga kepada usaha
melahirkan graduan yang berkualiti. Cabaran-cabaran itu, jika berjaya dihadapi dengan
sebaiknya, maka rumah tangga tersebut mampu memberi impak positif kepada
mahasiswa, jika sebaliknya, maka ia pasti memberi masalah besar kepada mahasiswa
tersebut.

Mengikut kajian yang telah dijalankan, kadar perceraian antara pasangan yang
berumur bawah 25 tahun adalah lebih tinggi berbanding pasangan yang dewasa. Ini
berkemungkinan disebabkan atas faktor kematangan pasangan tersebut. Sebaiknya,
pasangan yang merancang untuk berkahwin muda harus mempersiapkan diri dari segi
mental mahupun fizikal terlebih dahulu.

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap mudah. Pastikan


pasangan muda tersebut telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab masing-
masing. Apabila mereka sudah bersedia untuk berkahwin, mereka perlu memahami
mengenai konsep perubahan psikologi yang perlu dilakukan. Ini juga merupakan masalah

16 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
utama untuk pasangan muda kerana mereka masih belum bersedia untuk melakukan
perubahan. Sekiranya mereka masih mengikut rentak kehidupan bujang yang dilalui
sebelum ini, sudah pasti ia akan membawa masalah terhadap keluarga yang ingin dibina.
Perkara ini seharusnya dielakkan dan memerlukan perancangan untuk anda
menghadapinya.

Komunikasi antara pasangan adalah jalan terbaik. Sekiranya orang muda telah
bersedia untuk menghadapi cabaran ini, tiada masalah untuk mereka berkahwin pada usia
yang muda. Ia amatlah digalakkan. Cubalah untuk melakukan yang terbaik untuk
keluarga masing-masing, sebagaimana ibubapa cuba memberikan yang terbaik kepada
mereka.

ii) Lihat masalah dari perspektif berbeza

1. Mengelak Dari Berlaku Seks Bebas

Bagi golongan remaja kebiasaannya nafsu mereka mudah teransang dan membuak-buak.
Apabila berlaku pergaulan antara lelaki dan wanita, perasaan sayang dan nafsu akan mula
timbul. Mereka akan keluar berjalan beriringan jalan bersama, menonton wayang,
berbalas mesej hingga lewat malam yang boleh menjerumus ke arah maksiat.

2. Berubah Menjadi Lebih Bertanggungjawab

Ianya boleh mendatangkan cabaran yang lebih besar kepada pasangan yang masih
belajar. Pada siang hari, mereka perlu pergi ke kuliah, kemudian kemungkinan pada
waktu malam si suami perlu pergi ke kerja sambilan dan masa yang sama meluangkan
masa bersama dengan isteri. Apabila pasangan sudah mempunyai anak sendiri juga

17 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
memerlukan kos yang tinggi, kerana barang-barang keperluan bayi tentu tinggi harganya.
Perkara yang baik ini jika tidak diterima secara positif, ia akan menjadi satu tekanan pada
remaja yang telah berkahwin.

3. Diri Berubah Ke Arah Kebaikan

Menjadi lumrah bagi pada sesiapa yang sudah berkahwin, pasti akan berubah menjadi
seorang yang lebih positif. Pasti tabiat lama yang berunsurkan negatif seperti merempit
dan melepak, lama kelamaan pasti akan terhakis sedikit demi sedikit.

4. Jangan Biarkan Dijodohkan Begitu Lama

Tidak perlu menunggu ekonomi betul-betul kukuh baru mahu berkahwin. Bagi
memastikan ekonomi betul-betul kukuh memerlukan pengorbanan masa yang lama,
bergantung kepada rezeki yang bakal dan telah ditentukan oleh Tuhan.

5. Bosan dengan Kehidupan Berumah Tangga

Rumah tangga yang hanya berlandaskan nafsu dan tanpa cinta atau kasih sayang seperti
buah yang tiada manisnya. Sebaik-baiknya berkahwinlah dengan pasangan benar-benar
anda cinta supaya kemanisan berumah tangga dapat dirasai.

iii) Menyoal satu siri penjelasan “mengapa”?

1. Mengapa ibu bapa Helen menghalang anaknya daripada terus berkawan dengan Jonny?

2. Mengapa Helen ingin berkahwin di usia muda dan masih belajar?

3. Mengapa ibu bapa Helen mengharapkan dia yang membantu keluarga ketika dia sudah
mula bekerja nanti?

2.4 Letakkan masalah dalam konteks

i) Apakah sejarah dan konteks sejarah masalah tersebut?

18 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
Latar belakang masalah ini adalah Helen mendapat tentangan daripada ibu
bapanya apabila Helen berhasrat untuk berkahwin di usia muda bersama dengan lelaki
pilihannya yang bekerja di tempat dia sedang belajar. Pasti mereka akan terkejut dan
menolak cadangan Helen untuk berkahwin pada usia muda, tambahan pula Helen masih
sedang belajar, akan ditolak mentah-mentah permintaannya oleh kedua orang tuanya.

Penyelesaiannya jika situasi ini berlaku, jelaskan kepada ibu bapa dahulu apa
sebabnya anda mahu berkahwin. Jelaskan dan yakinkan ibu bapa terlebih dahulu dan
yakinkan mereka yang anda akan terus komited dengan pembelajaran semasa sudah
berkahwin nanti. Mungkin mereka lembut hati nanti. Jika masih mendapat tentangan
daripada ibu bapa anda, sebaik-baiknya akurlah dengan permintaan mereka itu. Restu ibu
bapa amat penting untuk anda terus berbahagia dan senang di masa depan.

ii) Apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran masalah?

Faktor yang menyebabkan masalah dan menyebabkannya terus menjadi masalah. Setelah
kajian dijalankan didapati punca berlakunya perkahwinan di usia muda adalah
disebabkan beberapa faktor iaitu :

1) Terlanjur dan mengandung

2) Suka sama suka dan ingin menghindari maksiat

3) Terlanjur tetapi tidak mengandung

4) Mahu berkahwin segera

19 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
5) Kes rogol

iii) Apakah keadaan mempengaruhi masalah?

Berkahwin dalam usia yang muda ini mempunyai kebaikan dan keburukannya
mengikut keadaan yang tertentu. Terpulang kepada seseorang atau individu itu sendiri
untuk membuat keputusan samada ingin berkahwin di usia muda atau tangguhkan dahulu
sehingga mempunyai perkerjaan yang tetap.

Mentaliti ibubapa sekarang kebanyakannya mahukan anak mereka belajar dulu.


Kuncilah perkahwinan ini sehingga habis belajar. Tetapi kalau masih atau sedang belajar,
lebih baiklah bertahan sehingga habis belajar sebab isu kewangan mungkin menjadi
penyebab menggugat rumahtangga melainkan mereka adalah dari keluarga yang berada.

iv) Apakah halangannya?

Halangan dan kekangan yang wujud antaranya;

1. Persediaan

Perkara pertama yang perlu anda lalui ialah meyakinkan ibu bapa dan keluarga. Tidak
cukup dengan memujuk melalui kata-kata, anda perlu membuktikan dengan perbuatan.
Selalunya, ibu bapa hanya akan merasakan kematangan anak-anak apabila melihat gaya
hidup dan perancangan masa depan mereka.

2. Kewangan

20 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
Realitinya ibu bapa takut untuk mengahwinkan anak di usia muda kerana bimbang akan
keadaan anak dari segi keperluan asas serta perbelanjaan masa hadapan.

3. Komitmen terhadap pembelajaran dan keluarga

Membahagikan masa dengan lebih teratur kerana takut prestasi pelajarannya akan
merosot kerana tidak dapat menguruskan masa dengan bijak hingga akhirnya kedua-dua
pasangan tercicir dari universiti

3. ANALISIS

Secara Umumnya kebanyakan pengkaji telah menjadikan konsep penyelesaian


masalah sebagai proses langkah demi langkah. Polya (1957) telah mengenalpasti 4
langkah penting dalam kaedah penyelesaian masalah yang sepatutnya di lakukan
antaranya memahami masalah yang dihadapi, membina perancangan atau
strategi,melaksanakan sperancangan tersebut dan terakhir adalah melihat kembali setiap
perancangan.

21 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
Pengkaji membuat penyelesaian masalah dengan melakukan perbandingan
terhadap segala data dan fakta yang diperolehi. Segala data yang diperolehi melalui
penghuraian masalah dan submasalah dan dibuat perbandingan dengan pengalaman
bagi mendapatkan kesimpulan dan hasil kajian. Pengkaji menggunakan metod ini
ketika membandingkan pendekatan yang digunakan kerana aplikasi tersebut telah
digunakan secara meluas dan proses penghuraiannya boleh dilakukan atau di pecahkan
pada beberapa tahap. Apabila masalah besar dipecahkan kepada kompenan-kompenan
yang lebih kecil, kedua-dua penentuan penyelesaian menjadi lebih mudah. Mari kita lihat
bagaimana konsep penghuraian masalah dan submasalah ini dapat menyusun dan
menganalisis data atau maklumat yang didapati, boleh mengenal pasti faktor yang
menyumbang kepada masalah atau isu dengan tepat dan boleh menerangkan punca
masalah dengan jelas.

3.1 Penghuraian Masalah atau Submasalah

3.1.1 Masalah

1. Ibu bapa Helen tidak meluluskan hubungannya dengan Jonny

2. Ibu bapa Helen merasakan dia terlalu muda untuk berkahwin

3. Helen merupakan anak sulung dalam keluarga dan menjadi harapan keluarga bila
bekerja nanti.

3.1.2 Submasalah

1. Tidak mendapat restu ibu bapa

2. Kurang pesediaan dari segi minda dan rohani

3. Hubungan percintaan yang penuh hawa nafsu semata-mata

4. Kurang berpengalaman

22 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
5. Tiada minat untuk meneruskan pengajian/pembelajaran

6. Masalah kewangan

7. Komitmen terhadap pelajaran dan keluarga

3.1.3 Sub-Submasalah

Faktor yang menyebabkan masalah dan menyebabkannya terus menjadi masalah


antaranya.

1. Terlanjur dan mengandung

2. Suka sama suka dan ingin menghindari maksiat

3. Terlanjur tetapi tidak mengandung

4. Mahu berkahwin segera

5. Kes rogol

3.1.4 Penyelesaian Masalah

1. Ibu bapa mungkin berkata ‘kahwin masa belajar itu susah, banyak masa mesti diguna
untuk keluarga’. Kualiti masa itu bukan pada pendek atau panjangnya masa, atau lapang
atau sibuk. Kualiti masa itu terletak pada bagaimana kita menguruskannya dan terletak
pada keberkatan pekerjaan yang dilakukan untuk mengisi masa. Berapa banyak orang
yang lapang masanya, tetapi hanya beberapa perkara sahaja yang dapat dibuat, ini kerana

23 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
pengurusan masanya yang lemah. Kita lihat orang-orang yang sibuk pula, banyak perkara
yang dia berjaya buat walaupun dia sibuk. Ini kerana pengurusan masanya sangat baik.
Yang penting ialah membahagikan masa sepatutnya antara kerja, keluarga dan pelajaran
akademik serta menggunakan masa yang diperuntukkan itu dengan seoptimumnya, bukan
menggunakannya sambil lewa atau sambil membazir-bazirkan masa.

2. Menangani isu mendapatkan izin ibu bapa untuk kahwin awal semasa belajar adalah
seperti satu seni. Ia mesti dibuat dengan halus, dan perlahan-lahan, tidak boleh dengan
kasar dan tergopoh-gapah. Kekasaran akan menyebabkan ibu bapa terguris hati, tidak
kira sama ada hasilnya dia mengizinkan kahwin awal atau tidak, tetapi menyakiti hati ibu
bapa adalah dosa. Perbincangan dengan ibu bapa secara baik adalah kewajipan. Kita tidak
boleh berbuat sesuka hati dan membelakangkan kata-kata ibu bapa kerana kebahagiaan
hidup kita adalah terletak kepada redha ibu bapa.

3. Perkara ini sama dengan ketakutan ibu bapa untuk melepaskan anak kecil bermain air
sungai atau memanjat pokok, kerana ianya berisiko. Ibu bapa takut melepaskan anak
untuk berkahwin awal semasa belajar kerana ianya berisiko. Tetapi, ibu bapa yang bijak
tidak dengan membuta tuli melarang anak mereka bermain air sungai atau memanjat
pokok sebaliknya mereka mengajar anak-anak bagaimana untuk berenang dan memanjat
pokok serta mengawal anak-anak yang masih baru kepada sungai dan pokok agar
bermain di air cetek sahaja dan memanjat pokok rendah sahaja. Apabila mereka sudah
pandai berenang dan memanjat dengan hebat, barulah dilepaskan ke air lebih dalam dan
pokok lebih tinggi. Jika sejak awal-awal lagi kanak-kanak dilarang bermain air atau
memanjat pokok, malah tidak pula diajar berenang dan memanjat, sampai bila-bila pun
mereka tidak akan pandai malah suatu hari mereka mungkin mencuri-curi untuk berenang
atau memanjat sendiri tanpa ajaran lalu menyebabkan perkara tidak diingini seperti lemas
atau cedera terjatuh dari pokok. Demikianlah perkahwinan. Ibu bapa yang bijak tidak
akan melarang perkahwinan dan berdiam diri. Ibu bapa yang bijak akan memandu anak-
anak, membantu menunjuk jalan, memberi ajaran, memberi sokongan dan bantuan
kepada anak-anak yang memilih untuk kahwin awal semasa belajar. Ibu bapa perlu
memberi lebih bantuan dan sokongan hanyalah pada peringkat awal perkahwinan sahaja.

24 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
Apabila perkahwinan anak-anak telah melalui satu tempoh kematangan, mereka telah
stabil dan telah menjumpai rentak kehidupan mereka, maka ibu bapa tak perlu bersusah
payah lagi malah boleh senyum gembira kerana anak mereka kini telah ‘selamat’.

4. APLIKASI

Terdapat pelbagai alat yang selalu digunakan dalam penyelesaian masalah. Alat
ini membantu dalam memahami situasi yang rumit dan sukar. Tanpa alat ini, sesetengah
masalah akan menjadi kompleks. Jika di gunakan dengan betul, alat ini boleh membantu

25 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
kita dalam memecahkan masalah kepada kompenan yang boleh dikendalikan dan
seterusnya dapat membantu dalam pembinaan penyelesaian. Pengkaji telah memilih alat
atau model gambarajah sebab dan kesan tulang ikan sebagai alat penyelesaian masalah
yang boleh digunakan terhadap proses kajian kes bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.

4.1 Gambarajah Sebab dan Kesan

Gambarajah sebab dan kesan (juga dipanggil Rajah Tulang Ikan) digunakan bagi
mewujudkan kesemua sebab yang mungkin terjadi daripada masalah yang dikenalpasti.
Tujuannya adalah untuk mengenalpasti sebab atau terdapat sesuatu permasalahan dan
mengenalpasti tempat-tempat yang boleh di ambil data. Teknik ini digunakan untuk
menganalisis masalah dengan mengenal pasti sebab-sebab yang menjadi punca masalah
melalui percambahan fikiran.

Analisis ini merupakan satu kaedah yang mudah untuk meringkas, mengatur dan
menerangkan dalam bentuk gambarajah semua sebab kepada sesuatu masalah yang telah
dikenal pasti. Pecahan utama kepada masalah boleh dibahagikan kepada lima kategori
yang juga dikenali sebagai teknik 4M 1E. Kategori-kategori tersebut adalah seperti
berikut:

a) Machine (Mesin)

b) Manpower (Manusia)

c) Material (Bahan)

d) Method (Kaedah)

e) Environment (Persekitaran)

4.1.1 Contoh analisis sebab dan kesan

SEBAB KESAN
Ingin berkahwin di usia muda - Mendapat tentangan dari ibu bapa

26 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
- Tidak merestui perhubungan
Masih dalam pengajian/ belajar - Pelajaran terganggu
- Tiada minat untuk belajar
- Tumpuan lebih kepada keluarga
Kahwin atas dasar suka atau cinta - Seks bebas
- Kahwin lari
- Terlanjur dan mengandung
Kurang persediaan - Pengalaman kurang
- Masalah kewangan
- Masa yang padat

Ini adalah beberapa contoh yang masalah yang terdapat pada kes kajian yang
melibatkan Helen, Jonny dan Keluarga Helen (Ibu bapa). Keterangan di atas telah
disusun mengikut kepentingannya dan akan di ringkaskan dan di masukkan ke dalam
rajah tulang ikan.

4.1.2 Rajah Tulang Ikan

27 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8

Rajah 1 : Rajah Tulang Ikan sebab dan kesan kajian kes.

Cadangan bagi meningkatkan pembangunan pelajar yang belum berkeinginan


atau sudah atau dan telah berkahwin semasa belajar

28 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
Cadangan buat pelajar:

1. Membuang mentaliti bahawa perkahwinan merupakan satu halangan dalam


pelajaran tetapi perlu menganggap sebagai satu proses kematangan terhadap
tanggungjawab.

2. Memilih hidup berkahwin yang berpahala daripada berpasangan tanpa


perkahwinan di IPT yang banyak dilingkari dengan dosa.

3. Terbukti dalam kajian bahawa perkahwinan semasa belajar merupakan satu


keseronokan yang fitrah terhadap naluri kemanusiaan. Oleh itu, pelajar perlu menimbang
untuk menjadikan perkahwinan satu budaya yang baik untuk diamalkan.

4. Mengubah pandangan bahawa kegagalan pelajaran sebenarnya lebih besar kerana


kerosakan sosial berbanding perkahwinan.

Cadangan buat ibu bapa:

1. Membuang mentaliti khususnya anak perempuan bahawa perkahwinan menghalang


mereka daripada mendapat hak pendidikan.

2. Memahami dan menerima dengan hati terbuka hikmah perkahwinan terhadap anak
yang masih belajar di IPT.

3. Melihat keperluan anak yang ingin berkahwin ketika masih belajar. Jika anak sudah
ada keinginan itu, ibu bapa perlu menggalak dan mengizinkan mereka. Jika mereka ada
calon, tetapi belum ada keinginan ke arah itu. Ibu bapa perlu melihat situasi anaknya
sama ada boleh menjaga batasan berkawan atau tidak. Jika ibu bapa mendapati bahawa
anak mereka tidak dapat menjaga batasan itu, mereka perlu menggalakkan
perkahwinan supaya dapat menghindarkan mereka daripada kerosakan moral dan
kancah penzinaan.

5. SENARAI RUJUKAN

29 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
Abd Rashid A. R. (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam.

Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abd Hadi, B. B. (2008). Gaya Berfikir Kreatif dan Kritis dalam Kalangan

Pelajar Diploma Kolej Komuniti . Fakulti Pendidikan Teknikal, UTHM.

Abd Hamid, M. A. (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai.

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Baker M. & Rudd C. (2001). Relationship between Critical and Creative Thingking.

Journal of Southern Agricultural Education Research. 51.

Chambers,S. et al.(1999). Predictors Of Success On Texas State Certification Tests

For Secondary Teaching. College Student Journal. 33(1): 10-16.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan

(Buku 1). Malaysia: Mc Graw Hill Education.

Dennis, W. (1996).Creativity productivity between 20 and 80 years. Journal of

Gerontology.21: 1-8.

Dewey, J. (1933).How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to the

educative process. Boston: Heath.

Farley, M. J., & Elmore, P. B. (1992). The relationship of reading comprehension to

critical thinking skills, cognitive ability, and vocabulary for a sample of

under achieving college freshmen. Educational & Psychological Measurement,

52, 921-931.

30 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
6. OPTIMUM SUMBER

Goldstein, F. C., & Levin, H. S. (1987). Disorders of reasoning and problem-solving

abilities. In A.L.Benton, M. R. Meier, & L.Diller (Eds.), Neuropsychological

rehabilitation (pp.327-344). New York: Guilford Press.

Graff, E. & Kolmos, A. (2003). Characteristics of problem-based learning.

International Journal of Engineering Education, 19(5), 657-662.

Harun, J., Aris, B. & Bilal A, M. (2005). Merekabentuk Pembelajaran Berasaskan

Masalah Menerusi Web Bagi Program Pendidikan Pengurusan. Department of

Educational Multimedia, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia.

Hassall, T., Lewis S., & Broadbent, J.M. (1998). The use and potential abuse of case

studies in accounting education, Accounting Education: an international

journal, 7, 37-47.

Hassim, M. H. (2004). Enhancing Learning Trough Cooperative Learning, UTM

Experience. Conforence on Engineering Education Kuala Lumpur.

Husin, K. (2003). Kemahiran berfikir dan berkomunikasi. Subang Jaya: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Idris, N. (2010a). Penyelidikan dalam Pendidikan. 1. Malaysia: Mc Graw Hill. Ms

94.Jabatan Pengurusan Institut Pengajian Tinggi Malaysia.

(2006). Modul Pembangunan Kemahiran Ihsahniah (Soft Skills) untuk

Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang, Selangor:Penerbit Universiti Putra

31 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
Malaysia.

Kassim M.Z.(2002). Penerapan KBKK Dalam Pengajaran Mata Pelajaran

Kejuruteraan Jentera Di SM Teknik Zon Perak Utara-Satu Kajian Kes.

Universiti Teknologi Malaysia.Tesis Sarjana Muda.

Kementerian Pengajian Tinggi, (KPT). (2006). Modul pembangunan kemahiran

insaniah (soft skills) untuk institusi pengajian tinggi Malaysia. Universiti

Putra Malaysia.

Kolb D. A. (1984). Experiential Learning. Experience as the Source of Learning and

Development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Lehman, H. C. (1953).Age and Achievement. Princeton, N. J., Princeton University

Press.

Lemke, J. L. (2001). Articulating communities: Sociocultural perspectives on science

education. Journal of Research in Science Teaching, 38(3), ms 296-316.

Malini (2005). A Comparative Study of Thingking Styles Among Malaysian and

British Students in Hingher Education. Jurnal Pendidikan 2005, 67-86.

Masrom, N. R. (2006).Problem solving skill in ICT and multimedia application.

Seminar perlaksanaan PBL di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn,14

February 2006, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

McBride, R.E. et al. (2002). An Analysis of Preservice Teachers Dispositions

Towards Critical Thinking: A Cross-Cultural Perspective. Asia-Pacific

32 | P a g e
SBFS1103-THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING 201
8
Journal of Teacher Education. 30(2): 131-140.

Osman, M.(2004).Kemahiran Berfikir.Kuala Lumpur.Institut Tadbiran Negara (INTAN).

7. KESIMPULAN

Kemahiran berfikir adalah sangat penting dalam membentuk atau membimbing


para pelajar supaya dapat melahirkan modal insan yang dapat berdaya saing dalam
menghadapi dunia era globalisasi sekarang. Justeru itu, kemahiran berfikir perlu dilihat
sebagai sesuatu yang serius oleh semua pihak bukan sahaja para pelajar, malah individu-
individu juga perlu mempraktikkan kemahiran berfikir agar dapat membuat sebarang
keputusan dengan tepat dan sempurna.

Dalam menyelesaikan masalah apapun, mengambil keputusan atau ingin mencari


idea-idea yang baru, perkara yang pertama harus dilakukan adalah berfikir. Dan berfikir
itulah yang akan membuat masalah kita selesai, akan tetapi tidak terbatas pada fikiran
sendiri, kita boleh meminta pendapat orang lain untuk mengembangkannya.

Kemampuan berfikir kritis dan kreatif sangat diperlukan mengingat bahawa


dewasa ini ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang sangat pesat dan memungkinkan
sesiapa sahaja dapat memperolahi informasi secara cepat dan mudah dengan begitu
banyak dari pelbagai sumber dan tempat di mana-mana di seluruh dunia.

33 | P a g e