Anda di halaman 1dari 1

Kabinet batalkan kebenaran operasi kilang arak

Oleh Farah Marsita Abdul Patah

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah membatalkan kebenaran operasi sebuah kilang minuman keras
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengesahkan perkara itu
berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, hari ini.

“Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengeluarkan
surat pembatalan kepada kilang berkenaan dengan serta-merta,” katanya pada sidang media hari
ini.

Semalam tular di media sosial sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi kebenaran kepada kilang terbabit
beroperasi ketika PKP.

Bagaimanapun keputusan itu menimbulkan kontroversi dalam kalangan pengguna media sosial
kerana menganggap minuman keras bukan makanan penting dalam tempoh PKP ini.

Anda mungkin juga menyukai