Anda di halaman 1dari 2

Apa itu autism?

Ia merupakan penyakit gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal.


Nama autisma itu sendiri berasal dari perkataan Greek autos yang membawa
maksud ‘sendiri’ dan menurut Bleuler, autisma membawa maksud ‘melarikan diri
dari realiti’.

Bagaimana hendak mengenali pelajar Autism?

Penampilan
S

Apakah simptom-simptom Autisme?

Kanak-kanak yang mengalami Autisme mempunyai rupa bentuk fizikal yang sama
seperti kanak-knak normal yang lain. Hal ini menyukarkn masalah ini dikenal pasti
kecuali ibu bapa peka akan simptom-simptom yang ditunjukkan secara konsisten
oleh mereka. Setiap daripada penghidap Autisme memiliki simptom yang berbeza
antara satu sama lain. Antara simptom-simptom Autisme ialah:

1) Tidak menunjukkan eye contact


2) Tidak bertindak balas terhadap senyuman
3) Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti
menghantukkan kepala ke dinding
4) Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak
lain, malah selesa bermain sendiri
5) Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap
melentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk.
6) Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti
cahaya, bunyi atau pergerakan
7) Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti
permainan tertentu sahaja.
8) Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat. Malah kanak-
kanak 18 bulan ke atas, mereka lebih suka menggunakan isyarat berbanding
perkataan.
Apa tindakan ibu-bapa jika mengesan anak menghidap Autisme?

Sebagai ibu bapa, anda perlulah mengesan tanda-tanda awal anak yang
menghidapi autistik ini dengan cara memerhatikan perkembangan normal kanak-
kanak tetapi tidak juga sewenang-wenangnya menyatakan si manja anda Autisme.
Kita seharusnya jangan mudah melabelkan si manja mengalami Autisme dengan
hanya kerana anak-anak menunjukkan beberapa tanda autistik. Seharusnya ibu
bapa perlu membawa anak anda mendapatkan pemeriksaan dengan pakar
pendengaran untuk memeriksa pendengarannya, kerana ada kemungkinan kanak-
kanak tidak boleh bertutur walau pun usia menjangkau tiga tahun.

Setelah doktor mengenal pasti anak anda tidak pekak, biasanya pakar pendengaran
akan merujuk kepada pakar psikologi klinikal atau pakar psikiatri untuk membuat
ujian dan pemantauan sama ada si manja benar-benar menghidapi Autisme
sebelum diberikan rawatan sewajarnya.