Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Seni Dalam Pendidikan penting kerana dapat membantu meningkatkan
kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang, meningkatkan perkembangan insan dan minda
secara holistik. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan
sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni
Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang
matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak
menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam
pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam
proses tersebut terutama di sekolah rendah.
Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner
sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini jelas
menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada. Oleh itu, guru
perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri
mereka. Selain itu, guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan
bersepadu untuk memenuhikeperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza,
keinginan mencuba ideaserta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan persekitaran
yang memberikaninspirasi.
Elemen seni pergerakan ini merupakan elemen yang pentingkhususnya dalam kalangan
kanak-kanak. Menurut Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa
terdapat tujuh jenis kecergasan yang didalamnya juga terkandung ‘Body Smart’ yang
menjelaskan kebolehan pembelajaran secara kinestatik tetapi kebanyakkan sekolah
memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin
akan hilang. Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum,
ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga
melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik
dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan
strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti
pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni.
Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan
Elemen yang kedua ialah elemen seni visual, elemen ini melibatkan pengenalan kepada
Asas Seni Reka, Unsur seni dan prinsip rekaan serta pengenalan kepada empat bidang seni
visual. Empat bidang yang dimaksudkan ialah menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Berdasarkan aktiviti yang
dijalankan, guru tersebut menggunakan pendekatan dengan menggunakan gambar yang
bervariasi untuk menunjukkan jenis-jenis haiwan yang berbeza pada setiap peringkat. Murid
perlu meneliti gambar yang disediakan dan menyatakan jenis haiwan yang terdapat dalam
gambar tersebut sebeum dibenarkan untuk melakukan percubaan. Dengan cara ini, murid
akan menggunakan daya imaginasi mereka bagi mengenalpasti setiap jenis haiwan bagi
membolehkan mereka membuat lambungan dalam pada masa yang sama murid dapat
mengukuhkan lagi pengetahuan dan pemahaman setiap jenis haiwan berdasarkan ciri-ciri
tertentu dalam ingatan mereka.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, akan memotivasikan kita untuk
menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian
atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui
aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan
diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan
murid-murid tersebut. Adalah sangat penting bagi seorang guru mempunyai penghayatan
yang sangat tinggi bagi melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang
berketrampilan dan professional.
Elemen yang terakhir ialah elemen seni muzik, elemen ini meliputi pengenalan kepada
pengetahuan asas konsep muzik serta pengenalan kepada kemahiran muzik asas melalui
aktiviti nyanyian dan ciptaan lirik, alat perkusi dan alat improvisasi melalui irama, melodi,
ekspresi. Seperti yang dapat dilihat, guru tersebut mengarahkan setiap muridnya untuk
membantu rakannya dengan menanyakan soalan dalam nada dan irama yang tertentu
contohnya “Sarah, sarah what do you see?”. Selain memberi motivasi kepada murid yang
diuji, kaedah ini juga dapat memastikan murid-murid lain mengikuti proses pembelajaran
yang dijalankan dalam erti kata lain, memelibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.
Kaedah ini juga dapat mengelakkan daripada kebosanan dan juga ketidakfokusan murid lain
yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika murid lain sedang melakukan tugasan.
Selain itu, penggunaan irama dan nada yang seragam dalam nyanyian tersebut dilihat dapat
menarik minat semua murid tentang aktiviti yang sedang berlansung menjadikan suasana
pembelajaran lebih meriah dan berkesan.
Berdasarkan Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri
dan kanan, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif
seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan
seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.
KESIMPULAN
Kesimpulnnya, Seni Dalam Pendidikan merangkumi 3 jenis seni, iaitu Seni Visual, Seni
Muzik dan Seni Pergerakan. Ketiga-tiga jenis seni ini perlu dipraktikkan kepada murid
apabila mengajar disekolah kelak. Ini kerana kanak-kanak amat sukakan sesi pengajaran
dan pembelajaran yang berunsur ini.Kanak-kanak sekolah ceria apabila melakukan aktiviti
seni ini. Mereka juga cepat dan mudah memahami sesuatu perkara apabila guru
menggunakan Seni Muzik dalam pengajaran dan pembelajarannya. Selain itu, berdasarkan
seni juga dapat mengetahui ataupun merasai jiwa seseorangkanak-kanak itu. Kadang kala
sesuatu emosi atau sifat tersebut dapat dicerap apabila kanak-kanak meluahkannya di
dalam aktiviti melukis. Perkara yang dirasai itu telah digambarkan melalui lukisan. Misalnya
sama ada kanak-kanak tersebut gembira, riang, sedih, marah dan sebagainya. Seni
pergerakan pula, dapat membantu menjana idea-idea kreatif untuk mengajar padahari
muka. Dalam konteks ini, Seni Pergerakan dapat bergabung dengan Seni Muzik di mana
apabila muzik didendangkan secara automatiknya kanak-kanak akan bergerak atau
menggoyangkan badan terutamanya apabila mendengar muzik yang rancak. Situasi yang
sama juga dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik bercerita, drama, tarian dan
sebagainya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, seni
dalam pendidikan membantu guru-guru untuk memberi bimbingan dan panduan kepada
kanak-kanak yang berminat dalam bidang seni. Harapan saya agar mata pelajaran ini
diamati oleh setiap orang guru bukan sahaja guru-guru yang mengikuti kursus ini, malahan
juga perlu diperluaskan kepada guru-guru lain yang masih berada di sekolah kerana impak
yang menyeluruh dapat dihasilkan sekiranya mata pelajaran ini diperluaskan sejajar dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin membentuk manusia secara holistik dari
segi Jasmani, Estetika, Rohani, Intelektual dan Sosial.
RUJUKAN
Herrmann, N. (1996). The whole brain business book. New York: McGraw-Hill.
Howard Gardner. (2001). Education for All: Gardner's Multiple Intelligences Theory.
Madrid :Revista de Psicología
Leonardo, da Vinci, 1452-1519. (1970). The notebooks of Leonardo da Vinci. New York
:Dover Publications,
Theo JD Bothma. (1982) Thinking styles and their role in teaching and learning. South Africa
:University of Pretoria