Anda di halaman 1dari 4

DARI MEJA PENGARAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

Salam Damai,
Segala puji dan syukur kepada tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, sekali lagi
Seminar Penyelidikan Kali Ke-9 Peringkat IPG Kampus Gaya yang bertema “Sinergi
Penyelidikan Pemacu Inovasi dan Transformasi Pendidikan” berjaya dilaksanakan. Seminar
ini sememangnya memberi peluang kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) Bahasa Melayu, Pendidikan Teaching English As Second Language
(TESL), Pendidikan Islam, Sejarah, dan Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2016 untuk
membentangkan hasil kajian mereka memandangkan ini merupakan salah satu syarat wajib
untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Terlebih dahulu, saya merakamkan
ucapan penghargaan dan sekalung tahniah kepada ahli jawatankuasa pengelola kerana
berjaya menganjurkan seminar ini. Tahun ini merupakan tahun yang julung kalinya pelajar-
pelajar semester akhir Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya mempamerkan pelbagai jenis
hasil kajian seperti kajian tindakan, kajian etnografi, kajian lapangan serta kajian kuasai
eksperimental.

Penyelidikan merupakan salah satu inisiatif mentransformasikan pendidikan ke arah


satu bentuk wadah yang lebih baik dalam aspek kreativiti dan inovasi. Hal ini amat
bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menggalakkan
amalan kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga pendidikan di samping sebagai satu
persediaan bagi siswa pendidikan untuk sentiasa melakukan penerokaan setelah
berkhidmat nanti. Hal ini bertepatan dengan perkembangan pendidikan masa kini yang perlu
selari dengan pendidikan revolusi industri 5.0 mengerah masyarakat untuk menganalisa
maklumat menggunakan “Kecerdasan Buatan” atau Artificial Intelligent (AI), dan hasil
tersebut dikembalikan kepada manusia di ruang nyata dalam berbagai-bagai bentuk yang
mengatasi kemampuan manusia. Kreativiti dan semangat berdaya saing sepatutnya wujud
dalam diri setiap bakal guru untuk mendepani cabaran pedagogi alaf baharu. Kita
sememangnya tidak dapat menghalang teknologi tetapi kita harus bergerak seiring dengan
kecanggihan teknologi yang ada di sekeliling kita.

Pada zaman dan persekitaran yang serba kompetitif ini, perubahan yang sedang kita
hadapi akan menjadi lebih dramatik pada masa akan datang. Oleh itu, pendidikan di
Malaysia sekarang memerlukan guru-guru yang mampu bersaing pada alaf baharu Revolusi
Perindustrian 5.0 memerlukan sebuah masyarakat yang dapat menguasai kehidupan di
alam maya dan alam fizikal. Semasa pelaksanaan kajian ini, kreativiti, inovasi dan
penggunaan teknologi pasti wujud apabila pelbagai kaedah , teknik dan strategi
dilaksanakan dalam usaha untuk membuat penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
secara berterusan. Selain itu, pengalaman dan proses yang ditempuhi oleh semua pelajar
dalam melaksanakan kajian ini menjadi satu medium penting dalam meningkatkan kualiti
akademik, kokurikulum, serta kemenjadian bakal guru. Proses pembelajaran murid pula
perlu diambil kira dalam memastikan kejayaan murid. Kajian pelajar juga harus
menampilkan kesediaan guru untuk terus belajar daripada pengalaman mereka justeru,
saya amat berharap agar semua bakal guru yang menghadiri seminar ini tidak jemu untuk
menjalankan kajian dengan mencari idea- idea baharu serta berinovasi untuk menambah
baik proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana dan para pensyarah serta semua pihak
yang mengelola dan menjayakan Seminar Penyelidikan ini.
Sekian, terima kasih.
DARI MEJA KETUA JABATAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN KESIHATAN

Terima kasih Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dapat bersama pada hari ini
untuk menyertai Seminar Penyelidikan anjuran para pelajar yang mengikuti Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016, Institut Pendidikan Guru Kampus
Gaya.
 
Penyelidikan merupakan salah satu cara bagi membolehkan amalan refleksi secara
sistematik yang berasaskan data dilakukan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Penyelidikan yang dilakukan perlu dinamik selaras dengan perubahan akibat
modenisasi dan globalisasi agar terus relevan dengan kehendak dunia pendidikan
berasaskan pedagogi alaf baharu era Revolusi Perindustrian 5.0 yang menekankan
masyarakat yang dapat menyelesaikan dengan menggunakan teknologi pintar dan manusia
secara maksimum. Hal ini berikutan pendidikan dalam era Revolusi Perindustrian
merupakan transformasi dalam dunia pendidikan. Sebagai pendidik yang mempunyai
tanggungjawab dan amanah besar, guru juga mestilah mempersiapkan diri dengan pelbagai
ilmu kemahiran serta berfikiran jauh ke hadapan. Perkembangan teknologi yang pesat hari
ini memerlukan guru untuk memiliki kefahaman menyeluruh mengenai teknologi dan tahu
arah tujunya, seterusnya membantu melaksanakan sesuatu perancangan.
 
Selain itu, amalan refleksi juga membolehkan pelajar selaku bakal guru membuat
inovasi pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Apabila proses
membuat refleksi secara kitaran dikongsi bersama dalam majlis ilmu seperti seminar ini,
para pelajar dapat membuat penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran
masing- masing. Pembentangan hasil kajian tindakan pelajar dalam bentuk seminar ini
mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam melaksanakan tugas- tugas pengurusan,
pentadbiran, komunikasi dan kepimpinan guru selaras dengan aspirasi dan transformasi
pendidikan negara. Lantaran itu, saya berharap agar semua pelajar PISMP dapat
mendalami ilmu penyelidikan sepanjang menjadi guru dan terus melibatkan diri secara aktif
setelah berada di sekolah kelak.
 
Akhir kata, tahniah dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerja yang
telah membolehkan Seminar Penyelidikan bagi Tahun 2020 ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Ucapan terima kasih kepada Pengarah, barisan panel penilai, para penyelia, para
pensyarah dan semua warga Gaya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
melaksanakan seminar ini.
 
 Sekian, terima kasih.
 
DARI MEJA PENGERUSI
 
Assalamualaikum, Salam Damai dan Salam Sejahtera.
 
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat-Nya kita dapat bersama- sama
menyertai Seminar Penyelidikan Kali Ke-9 Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
2020 yang bertema “Sinergi Penyelidikan Pemacu Inovasi Transformasi Pendidikan”
anjuran pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016.
 
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Puan Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya atas sokongan
yang diberikan kepada kami untuk mengadakan Seminar Penyelidikan dan seterusnya
membentangkan hasil kajian kami. Pada tahun ini, kami bukan sahaja menjalankan kajian
tindakan malahan pelbagai kajian telah dilaksanakan seperti kajian lapangan, kajian
etnografi serta kajian kuasai eksperimental. Penghasilan kajian ini merupakan salah satu
syarat wajib untuk penganugerahan ijazah kepada kami. Saya juga ingin menzahirkan rasa
syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada seluruh pihak yang telah
menjayakan seminar ini.
 
Pengalaman menjadi pelajar dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini
merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna. Tempoh masa selama 5 tahun belajar
di IPGK Gaya telah banyak memberikan kami pengalaman, pengetahuan, kemahiran serta
kenangan yang tidak mungkin dapat kami peroleh di tempat lain. Sesungguhnya, segala
ilmu yang diperoleh telah banyak membantu kami dalam pelaksanaan kajian yang
dijalankan.
 
Penyelidikan yang telah dijalankan merupakan pengalaman pertama kepada kami.
Namun, itu bukanlah satu masalah sebaliknya merupakan perkembangan kepada pelbagai
kemahiran seperti meneroka, menganalisis serta mencipta. Kemahiran-kemahiran ini sangat
penting untuk dikuasai oleh semua pelatih guru supaya dapat meningkatkan kualiti
profesionalisme keguruan di samping menyokong penuh usaha kerajaan dalam
melaksanakan pendidikan revolusi industri 5.0.
 
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada puan
pengarah, timbalan pengarah, para pensyarah daripada Jabatan Penyelidikan dan Inovasi,
barisan panel penilai, para penyelia serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung sepanjang menjayakan seminar ini. Tanpa komitmen, kerjasama dan
dedikasi anda, seminar ini akan sukar untuk dilaksanakan dengan lancar.
 
 
Sekian, terima kasih.