Anda di halaman 1dari 4

Lampiran 3

Langkah 2 : Aktiviti 1

Dialog perbincangan tentang kepentingan semangat cintakan negara.

Pencerita : Syamila, Muthu dan Bong sedang berbual di kantin sekolah ketika
waktu rehat. Mereka berbincang tentang betapa pentingnya
semangat cinta akan negara.
Syamila : Kita sudah berada di bulan kemerdekaan. Mesti banyak program-
program yang bakal dianjurkan oleh sekolah ini untuk memeriahkan
lagi sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.
Muthu : Betul tu Syamila. Saya sudah merancang untuk menyertai
pertandingan melukis poster kemerdekaan dan kuiz kemerdekaan.
Bong : Saya pula sudah merancang untuk menyertai pertandingan
mendeklamasikan sajak.
Syamila : Nampaknya kita sangat bersemangat untuk menyambut bulan
kemerdekaan. Namun begitu, saya tertanya-tanya adakah kita ini
benar-benar mencintai negara kita ini.
Bong : Semestinya saya sangat mencintai negara kita Malaysia.
Sebenarnya, banyak kepentingan yang boleh kita dapati sekiranya
kita menanam semangat cinta akan negara.
Muthu : Saya bersetuju dengan kamu Bong. Semangat cinta akan negara ini
akan membolehkan negara terus aman dan damai. Sesungguhnya
anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia
tidak mempunyai semangat cinta akan negara.

Syamila : Selain itu, semangat cinta akan negara juga akan menjadi pendorong
kepada kemajuan negara. Rakyat Malaysia akan bekerja kuat untuk
memajukan negara. Selain itu, rakyat Malaysia akan bekerja
bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah
pembangunan negara.
Bong : Wahh! Saya sangat berbangga dengan kamu berdua kerana kamu
berdua mendalami betapa pentingnya mempunyai semangat cinta
akan negara. Dengan adanya Malaysia yang aman dan damai juga
pelabur asing dapat membuka perniagaan di Malaysia.
Muthu : Sesungguhnya kedatangan pelabur asing ke negara kita akan
membuka peluang pekerjaan, menaikkan taraf hidup rakyat dan
seterusnya negara kita akan terus maju.
Syamila : Semangat cinta akan negara juga membolehkan perpaduan kaum
wujud di Malaysia. Hal ini sekaligus membolehkan pihak kerajaan
melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk memudahkan
rakyat.
Bong : Saya sangat bersetuju dengan kamu Syamila. Saya ambil sahaja
contoh kita bertiga. Kita adalah dari kalangan bangsa yang berbeza
namun dapat bersatu dan tiada ada perselisihan faham antara kita.
Kamu berdua tahu apakah faktornya?
Syamila,Muthu : Kerana semangat cintakan akan negara!
, Bong
Bong : Marilah kita masuk ke kelas, masa rehat sudahpun tamat. Jangan
lupa daftarkan diri dalam pertandingan yang kamu hendak sertai.
Pencerita : Mereka bertiga pun berlalu pergi ke kelas masing-masing. Oleh
kerana semangat cinta akan negara yang sangat mendalam di dalam
jiwa dan raga mereka, tidak ada perselisihan faham walaupun
mereka adalah dari kalangan kaum yang berbeza.

Lampiran 3
Langkah 2 : Aktiviti 2

Jawab soalan dibawah berdasarkan dialog yang telah dibaca.


1. Apakah pertandingan yang ingin disertai oleh Muthu?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

2. Apakah faktor yang membolehkan negara kita berada dalam terus aman dan damai?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

3. Mengapakah rakyat Malaysia perlu bekerja bersungguh-sungguh?


________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

4. Apakah kebaikan kedatangan pelabur asing ke Malaysia?


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

5. Apakah faktor yang membolehkan kerajaan mengadakan program-program


pembangunan?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Lampiran 4
Langkah 3
Isi tempat kosong berdasarkan jawapan yang telah disediakan seterusnya lakonkan dialog
dibawah.
Affendi : Wah! Sungguh bermakna lirik lagu ___________ yang dinyanyikan oleh

Faizal Tahir ini.


Radwan : Lagu tersebut menceritakan tentang cinta terhadap negara dengan

sepenuh ___________ dan ___________.


Roslan : Selain itu, lagu ini juga mengajak kita untuk ___________ maruah negara.
Affendi : Lirik lagu ini juga mengajak kita sebagai seorang rakyat Malaysia untuk

_________ mempertahankan negara.


Radwan : Akhir sekali, lagu ini juga mengajak kita untuk menjadi yang __________ di

mata dunia.

Roslan : Sungguh bermakna lagu yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir ini. Marilah

kita bersama-sama menyanyikan lagu ini bagi meningkatkan semangat

cinta akan negara.


Affendi, : Mari!

Radwan

Malaysia jiwa..raga Mempertahankan

Setia Luar biasa