Anda di halaman 1dari 1

TEMU BUAL DENGAN MURID

NAMA : HANG JOE EE


TARIKH : 19 MAC 2019
MASA : 10.15 pagi

Dialog
A - Tan Jia Hui
B – Hang Joe Ee

A Selamat pagi Joe Ee, bolehkah saya menanya anda beberapa soalan yang
ringkas?
B Ya, boleh.
A Adakah belajar merupakan perkara yang seronok?
B Ya
A Mengapa anda berasa belajar adalah seronok?
B Hal ini kerana apabila berada di sekolah, saya dapat berkenalan dengan
banyak rakan. Selain itu, saya juga berasa seronok kerana dapat bermain-main
dan berbual-bual dengan rakan saya. Yang terpenting sekali, saya dapat
menimba ilmu di sekolah.
A Baiklah. Soalan saya yang kedua, adakah anda faham tentang semua perkara
yang diajar oleh guru dalam kelas?
B Ya, biasanya saya faham. Cuba kadangkala saya akan mengalami sedikir
masalah dalam pemahaman subjek yang tidak dapat saya fahami iaitu bahasa
Melayu.
A Apakah sebab anda tidak faham dalam kelas?
B Hal ini kerana saya tidak suka akan subjek tersebut. Saya berasa benda yang
disampaikan oleh guru adalah susah kerana saya tidak faham tentang maksud
perkataan bahasa Melayu yang digunakan oleh guru.
A Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah ini?
B Saya akan menyimpan soalan saya dan bertanya ibu saya apabila balik ke
rumah. Kadangkala saya juga akan berbincang soalan yang saya tidak faham
dengan rakan-rakan saya.
A Baiklah. Setakat ini sahaja. Terima kasih kerana sudi menerima temu bual
saya.