Anda di halaman 1dari 6

Amanah

Artinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya,


nescaya akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh karena itulah Nabi
Muhammad SAW digelar oleh penduduk Mekkah dengan “Al Amin” yang bermaksud
amanah ,sebelum beliau diangkat jadi Nabi. Apa pun yang beliau ucapkan,
penduduk Mekkah mempercayainya karena beliau bukanlah orang yang
pembohong.
 
“Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi
nasehat yang terpercaya bagimu.” [Al A'raaf 68]
Mustahil Nabi itu khianat terhadap orang yang memberinya amanah.
 
Ketika Nabi Muhammad SAW ditawari kerajaan, harta, wanita oleh kaum Quraisy
agar beliau meninggalkan tugas ilahinya menyiarkan agama Islam, beliau
menjawab:
”Demi Allah…wahai paman, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di
tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci ku,
maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau
aku hancur karena-Nya”……
Meski kaum kafir Quraisy mengancam membunuh Nabi, namun Nabi tidak gentar
dan tetap menjalankan amanah yang dia terima. Seorang Muslim harusnya bersikap
amanah seperti Nabi.
Manis Muka

Imam al-Tirmizi dalam bukunya Syamail Muhammad SAW, menulis dalam Syamail
35: Cara Rasulullah Tertawa, di muka surat 140 melalui hadis yang diriwayatkan
oleh Abdullah bin Harits bin Jaza’ r.a yang bermaksud :
“Saya tidak pernah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum daripada
Rasulullah SAW.” – Riwayat Tirmidzi dan Ahmad.
Jika Rasulullah saw senyum, baginda tidak akan melanjutkan senyumannya dengan
ketawa terbahak-bahak. Tidak seperti sesetengah orang yang kerjanya membuat
orang lain ketawa. Baginda tidak pula kaku dan keras sikapnya. Senyum dan ketawa
Baginda saw hanya dengan menampakkan gigi-giginya. Ini dijelaskan oleh Jabir bin
Samurah r.a dan Abdullah bin Haris r.a bahawa :
“Tawa Rasulullah SAW, hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
Hadis ini jelas menunjukkan nabi bukan seorang yang selalu serius dalam
muamalat.Nabi juga kadang-kadang berhibur dengan sahabat dan juga berhibur
dengan keluarga. Hal ini kerana Nabi adalah manusia yang paling baik dengan
keluarga baginda.Baginda juga ada seorang sahabat yang selalu membuat nabi
ketawa iaitu, An- Nuayman bin Amr.Kisah yang sangat popular apabila di sebut
tentang Nuayman ialah,

Pada suatu ketika Abu Bakar dan beberapa sahabat pergi pada berdagangan ke
Busra. Pelbagai orang dalam perjalanan tersebut yang telah diberikan tugas tetap.
Suwaybit ibn Harmalah telah dipertanggungjawabkan untuk makanan dan
peruntukan. An-Nuayman adalah salah satu ahli kumpulan itu dan dalam perjalanan
tersebut, beliau berasa lapar dan meminta Suwaybit untuk makanan. Suwaybit
enggan dan an-Nuayman berkata kepadanya, "Adakah anda tahu apa yang saya
akan lakukan lagi dengan kamu?" dan seterusnya memberi amaran dan
mengancamnya tetapi masih Suwaybit menolak.

An-Nuayman kemudian pergi kepada sekumpulan orang-orang Arab di Suq (pasar)


dan berkata kepada mereka, "Adakah anda ingin mempunyai hamba yang kuat dan
tegap yang saya boleh jual kepada anda".
Mereka bersetuju dan an-Nuayman meneruskan, "Dia itu pandai bercakap dan
sangat petah. Dia akan menentang anda dan berkata, 'Saya orang yang bebas' tapi
janganlah dengar cakapnya itu."

Orang tersebut membayar harga hamba - sepuluh qala'is (keping emas) dan an-
Nuayman menerimanya dan transaksi berjalan dengan lancar sekali seperti tiada
muslihat di sebaliknya. Pembeli mengiringi beliau untuk mengambil 'hamba'nya.
Nuayman terus menunjuk ke Suwaybit dan berkata: "Inilah hamba yang saya jual
kepada anda."

Lelaki tersebut memegang Suwaybit dan terus dia berseru sekuat hati untuk
dibebaskan. "Saya orang bebas. Saya Suwaybit ibn Harmalah..." Tetapi mereka
tidak menghiraukannya dan mengheretnya di leher seperti yang biasa dilakukan
dengan mana-mana hamba.
Selama kejadian itu, an-Nuayman tidak ketawa atau mengelipkan kelopak mata pun.
Beliau kekal tenang dan benar-benar serius manakala Suwaybit terus berkeras.
Rakan dagangan sekumpulan dengan Suwaybit menyedari apa yang berlaku,
bergegas mencari Abu Bakar, pemimpin kafilah itu, yang datang berlari sepantas
yang boleh. Beliau menjelaskan kepada pembeli apa yang telah berlaku dan supaya
mereka mebebaskan Suwaybit dan mempunyai wang mereka kembali. Abu Bakar
kemudian ketawa terbahak-bahak dan begitu juga Suwaybit dan an-Nuayman.
Kembali di Madinah, kisah itu diceritakan kepada Nabi dan para sahabat, mereka
semua turut ketawa termasuk rasullah.
Sifat Pemaaf

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tetapi orang yang bersabar dan
memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal yang
diutamakan.” (Surah as-Syuraa, ayat 43).

Begitulah karektor pemaaf yang dimiliki Rasulullah SAW yang patut diteladani setiap
manusia. Jika seseorang datang untuk meminta maaf, maka baginda terus
memaafkan orang itu. Untuk menjadi seorang yang mampu memaafkan orang yang
melakukan kesalahan kepada kita memerlukan jiwa yang besar. Orang yang
memaafkan sedangkan dia berada di pihak yang benar adalah kemuliaan buat
dirinya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Jadilah engkau pemaaf dan
suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang
jahil.” (Surah al-A’raf, ayat 199) . Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sifat
pemaaf adalah iman yang paling utama sepertimana dijelaskan bermaksud: “Iman
yang paling utama adalah sabar dan memaafkan.” (Hadis riwayat Bukhari).Sifat
Pemaaf ini terbukti dengan kisah pembunuhan Saidina Hamzah. Hamzah dibunuh
oleh Wahsyi bin Harb ketika Perang Uhud. Beberapa tahun selepas itu, Rasulullah
SAW berjaya menguasai Kota Makkah, Wahsyi melarikan diri ke Thaif.Wahsyi
berasa bimbang sehingga dia merancang untuk pergi ke Syam, Yaman dan negeri
lain.Bagaimanapun, belum sempat dia berbuat demikian, ada orang menyatakan
Rasulullah SAW tidak akan membunuh orang yang memeluk Islam. Mendengar
perkara itu, Wahsyi merasa tenang dan mengambil keputusan menghadap
Rasulullah di Madinah. Wahsyi mengucap syahadah di hadapan Rasulullah SAW.
Baginda kemudian memintanya menceritakan bagaimana dia membunuh Hamzah.
Selepas selesai menceritakan semuanya, Baginda menyuruh Wahsyi pergi. Dalam
sirah menyatakan, Wahsyi selalu bersembunyi supaya Baginda tidak melihatnya.
Jelas kepada kita keistimewaan yang ada pada diri Rasulullah SAW walaupun
Wahsyi membunuh bapa saudaranya dengan begitu kejam sekali.Namun Rasul
tetap memaafkanya dan menerima keislamanya.
Amar makruf dan Nahi mungkar

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, merekalah
orang-orang yang beruntung." (Ali Imran:3:104)

Di dalam ayat ini Allah telah menetapkan bahawa tugas menegakkan yang makruf
dan mencegah kemungkaran adalah fardhu kifayah yang wajib kepada umat Islam.
Apabila hukum ini dicuaikan maka akan berdosalah seluruh umat itu.
Ibnu Abbas r.a bertanya kepada Rasulullah ‫ﷺ‬:

"Adakah binasa sesebuah kampung itu walaupun di dalamnya terdapat orang-orang


soleh? 

Rasulullah ‫ ﷺ‬mengatakan bahawa, disebabkan mereka memandang


mudah dan berdiam diri tanpa melarang perbuatan menderhakai Allah, maka Allah
perintahkan malaikat supaya menterbalikkan kota itu ke atas penduduknya. Begitu
sekali kepentingan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar ini atas orang-orang
Islam.

Sabda Rasulullah ‫ﷺ‬:


"Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah
dia mengubah dengan tangannya (kekuasaan), jikalau tidak berkuasa hendaklah
dicegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah dicegah dengan
hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman."
(Muslim:0079)
Hal ini bukan sahaja merujuk kepada rakyat atau masyarakat, ia juga merujuk
kepada institusi keluarga. Wajib bagi kita menjaga ahli keluarga jauh dari
kemungkaran dan sentiasa dekat dengan kebaikan
Firman Allah bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu
dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka
tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada
mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. ." (At
Tahrim:66:6)

Anda mungkin juga menyukai