Anda di halaman 1dari 8

PINDAAN SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2020

BAGI GOLONGAN B40 & M40


PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT

1. Apakah Bantuan Prihatin Nasional?

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada
golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data
Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

2. Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak
pada permohonan BSH 2020; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

ii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan
maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan
ke atas); dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

iii. Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang
berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:

i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang
Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

1
ii. Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata
Cukai Pendapatan (BNCP).

iii. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

3. Berapakah bayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima bagi golongan B40 &
M40?

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:

Peringkat Bayaran

Kategori Pendapatan Bayaran Bayaran Jumlah


Pertama Kedua
(April 2020) (Mei 2020)

RM0 – RM4,000 RM1,000 RM600 RM1,600


Isi Rumah
RM4,001 – RM8,000 RM500 RM500 RM1,000

RM0 – RM2,000 RM500 RM300 RM800


Bujang
RM2,001 – RM4,000 RM250 RM250 RM500

4. Bilakah tarikh pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan
dibuat?

Pembayaran fasa pertama akan dibuat secara berperingkat seperti berikut:-

i. Kaedah pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima B40 dan M40
adalah seperti jadual di bawah:

Kategori Pendapatan Tarikh Pembayaran

Bujang / Isi 6 April 2020 hingga 12 April 2020


RM0- RM4,000
Rumah

RM4,001 –
Isi Rumah 13 April 2020 hingga 15 April 2020
RM8,000

Kaedah Pembayaran secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah


data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data percukaian LHDNM

ii. Bagi penerima BPN di bawah kategori B40 yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal
kredit ke akaun yang didaftarkan, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat
Perintah Kawalan Pergerakan
2
5. Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 ini dilaksanakan?

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40

Pembayaran sekiranya:
i. Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
ii. Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan
Nasional
iii. Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40

i. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah
dikemukakan.
ii. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
iii. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan
dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

6. Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?

Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40

Sekiranya status pengkreditan adalah gagal kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui
Bank Simpanan Nasional (BSN). Penerima boleh membuat penunaian di Kaunter BSN setelah
Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN. Penunaian boleh dilakukan setelah tamat Perintah
Kawalan Pergerakan

Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40

Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini


(https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank
adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.

7. Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40
boleh dibuat?

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat
semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
i. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
ii. Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN
yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:


i. Bantuan Prihatin Nasional (BPN), https://bpn.hasil.gov.my
ii. Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

3
8. Adakah permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima
Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin
Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 sehingga 30 April 2020 secara
dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional, https://bpn.hasil.gov.my. Sebarang
perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

9. Adakah permohonan rayuan boleh dibuat sekiranya tidak layak/tidak lulus sebagai
penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak layak/tidak lulus, permohonan rayuan Bantuan Prihatin
Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 3 April 2020 sehingga 30 April 2020 secara
dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional, https://bpn.hasil.gov.my. Sebarang
perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

10. Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan baharu atau rayuan
Bantuan Prihatin Nasional?

Pemohon tidak perlu mengemukakan bukti pendapatan. Kesemua permohonan akan disemak
berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

11. Jika pemohon Bujang berstatus Pelajar Sepenuh Masa, adakah layak menerima Bantuan
Prihatin Nasional B40 & M40?

Tidak. Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima
Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40.

12. Adakah pemohon Bujang berstatus Pelajar Separuh Masa layak menerima Bantuan
Prihatin Nasional B40 & M40?

Pemohon Bujang yang berstatus pelajar separuh masa adalah layak memohon Bantuan
Prihatin Nasional B40 & M40. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada
Kementerian Kewangan Malaysia.

13. Adakah penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 yang berada di pedalaman Negeri
Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran pada April 2020?

Tidak. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah
dan Sarawak yang tidak mendaftarkan akaun akan dibuat secara sekaligus bersekali dengan
bayaran Bantuan Sara Hidup 2020.

14. Bagaimanakah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi penerima


pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan?

Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman


Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah
dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan
kemudian.

4
15. Adakah pendapatan isi rumah yang diambil kira termasuk elaun yang dikenakan cukai
dan bonus?

Ya, semua pendapatan yang diterima diambil kira sebagai pendapatan.

16. Siapakah yang akan menerima bayaran bantuan sekiranya suami dan isteri kedua-
duanya mengemukakan BNCP?

Sekiranya pembayar cukai memilih taksiran berasingan, bayaran akan dibuat ke akaun bank
ketua keluarga.

Jika pembayar cukai memilih taksiran bersama, bayaran akan dibuat ke akaun bank pembayar
cukai berkenaan.

17. Adakah warga emas sebatang kara akan menerima bantuan sebagai isi rumah?

Tidak, warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas akan menerima bantuan sebagai
bujang.

18. Adakah permohonan boleh dibuat secara borang kertas (manual) sekiranya pemohon
tidak mempunyai kemudahan internet?

Tidak. Semua permohonan adalah secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my.

19. Bolehkah saya membuat kemaskini maklumat diri seperti akaun bank yang telah tidak
aktif atau status perkahwinan?

Bagi penerima yang lulus Bantuan Prihatin Nasional B40 berdasarkan rekod BSH, maklumat
diri tidak boleh dikemaskini.

Bagi penerima yang lulus Bantuan Prihatin Nasional M40 berdasarkan rekod percukaian,
pembayar cukai boleh membuat kemaskini maklumat diri melalui aplikasi ezHASiL iaitu e-
Kemaskini.

20. Sekiranya bayaran dibuat ke akaun bank yang tidak aktif atau salah, apakah yang perlu
saya lakukan?

Bagi penerima yang lulus Bantuan Prihatin Nasional B40 berdasarkan rekod BSH, sekiranya
pembayaran berstatus gagal kredit, penerima boleh membuat penunaian di mana-mana
kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN.

Bagi penerima yang lulus Bantuan Prihatin Nasional M40 berdasarkan rekod percukaian,
semua pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan ke akaun bank. Sekiranya
pembayaran berstatus gagal kredit, penerima perlu membuat kemaskini maklumat akaun bank
melalui aplikasi ezHASiL iaitu e-Kemaskini.

5
21. Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2020.
Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun pada Mac 2020, adakah saya layak
memohon?

Individu yang memasuki umur 21 tahun dalam tahun 2020 adalah layak memohon.

22. Berapa lamakah permohonan baharu dan rayuan akan diproses?

Permohonan baharu dan rayuan akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup.

23. Adakah saya akan diaudit oleh LHDNM selepas permohonan dibuat atau permohonan
diterima dengan suci hati?

Pemohon adalah tertakluk kepada klausa akuan yang dinyatakan di dalam borang
permohonan.

24. Saya adalah bujang dan menanggung adik-beradik di bawah umur 21 tahun kerana
ketiadaan ibu dan bapa (telah meninggal dunia). Adakah saya layak memohon bantuan
sebagai isi rumah mempunyai tanggungan?

Tidak layak memohon sebagai isi rumah. Pemohon layak menerima bantuan kategori bujang
sahaja.

25. Sebelum ini saya telah memilih untuk menolak Bantuan Sara Hidup, adakah saya boleh
merayu Bantuan Prihatin Nasional?

Tuan boleh mengemukakan permohonan baharu dalam Portal BPN.

26. Sekiranya saya ingin menolak Bantuan Prihatin Nasional dan membuat bayaran semula,
apakah tindakan yang perlu saya ambil?

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

i. Anda dinasihatkan mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan


menyatakan nama penuh, nombor MyKad dan sebab pemulangan;

ii. Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah
pemulangan); dan

iii. Surat penjelasan dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian
Kewangan Malaysia di alamat berikut:

Pejabat Belanjawan Negara


Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya

6
27. Sekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun yang saya daftarkan sebelum ini telah
dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran Bantuan Prihatin Nasional?

Pemohon yang berstatus muflis perlu menandakan sebagai individu muflis di dalam borang
permohonan. Pemohon tidak diwajibkan mengisi maklumat akaun bank semasa permohonan..
Kaedah penunaian adalah berdasarkan prosedur sedia ada iaitu penunaian di BSN.

Bagi pemohon yang telah di bayar ke akaun yang dibekukan oleh Jabatan Insolvensi,
pemohon perlu merujuk kepada Jabatan Insolvensi bagi kelulusan pengeluaran BPN.

28. Saya baru berkahwin pada tahun 2019 / awal tahun 2020. Berdasarkan semakan, saya
telah lulus di bawah kategori bujang tetapi pasangan tidak mempunyai rekod / tidak
layak Bantuan Prihatin Nasional. Bolehkah saya membuat permohonan kemaskini
kepada kategori isi rumah? Adakah saya akan dikenakan tindakan perundangan
sekiranya memohon sebagai kategori bujang sedangkan saya telah berkahwin?

Permohonan kemaskini status perkahwinan adalah tidak dibenarkan. Pasangan tersebut


boleh membuat permohonan baharu di bawah kategori bujang. Anda tidak akan dikenakan
tindakan perundangan.

29. Saya telah bercerai dan berdasarkan semakan, saya telah lulus di bawah kategori isi
rumah. Bolehkah saya membuat permohonan kemaskini kepada kategori bujang?

Permohonan kemaskini status perkahwinan adalah tidak dibenarkan. Kelulusan yang


dipaparkan di Portal BPN adalah kekal kerana ia berdasarkan rekod terkini yang terdapat di
pangkalan data BSH dan percukaian.

30. Berdasarkan semakan, saya telah lulus sebagai penerima M40. Bolehkah saya merayu
untuk kelulusan tambahan sebagai penerima B40?

Kelulusan yang dipaparkan di Portal BPN adalah kekal.

31. Berdasarkan semakan, saya tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional kerana
jumlah pendapatan yang melebihi kelayakan. Walau bagaimanapun, saya telah tidak
bekerja pada tahun 2020. Bolehkah saya merayu mendapatkan bantuan ini?

Ya, permohonan rayuan boleh dibuat di Portal BPN.

32. Saya sedang mengisi permohonan baharu atau rayuan tetapi tidak dapat menghantar
permohonan kerana tidak mempunyai akaun bank. Adakah saya boleh memilih untuk
menerima bantuan secara tunai?

Maklumat akaun bank adalah wajib diisi semasa permohonan baharu atau rayuan kecuali
berstatus muflis dan disenarai hitam.

33. Saya status berkahwin dan mempunyai anak, adakah wajib saya melaporkan anak di
dalam borang permohonan?

Bagi status kahwin, ia tidak wajib melaporkan anak.

7
34. Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan baharu dan rayuan Bantuan
Prihatin Nasional akan dilakukan?

Sekiranya permohonan baharu atau rayuan Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran
akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

Dikemas kini pada 6 April 2020.

Anda mungkin juga menyukai