Anda di halaman 1dari 13

Nur Nabilah Fitri Bt Norazad 051105140166

Sinopsis

Babak 1
Perbualan Yahya, Mariah, Firdaus,Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi
pada masa sekarang iaitu cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran. Kemunduran berpunca
daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan bersikap negatif . Zainal dianggap
mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit apabila Zainal tidak mahu menerima
pendapat orang lain.

Babak 2
Perbualan berlangsung antara Yahya dan Mariah tentang sikap masyarakat yang suka
bertekak dan  berbual kosong. Mariah  mengatakan masyarakat kita  miskin namun bercita-
cita tinggi. Yahya mencadangkan agar masyarakat mencari jalan untuk mengumpul wang dan
kemudiannya berniaga agar boleh menubuhkan yayasan. Hal ini dapat membantu anak-anak
ke universiti.  Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan.Pertubuhan tersebut telah
mengadakan  kelas pemimpin dan  berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama.

Babak 3
Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak.Firdaus
menjelaskan masyarakat sendiri yang bersikap lemah dan beku. Hani mempersoalkan sikap
pemuda yang tidak berubah ke  arah kebaikan. Firdaus pula menegaskan sikap kerjasama
amat penting dalam masyarakat kampung yang kekurangan modal.

Babak 4
Babak ini mengimbas kembali sikap Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur
janji ketika berkempen bagi meraih undi.

Babak 5
Yahya berpendapat orang Melayu mesti  melibatkan diri dalam bidang perusahaan jika ingin
maju. Pendapatnya disanggah oleh Zainal yang menjadikan penutupan Syarikat Kilang Padi
sebagai bukti  orang Melayu belum layak melibatkan diri dalam bidang tersebut. Firdaus
memaklumkan sebab sebenar penutupan kilang tersebut yang berpunca daripada orang kita
yang gelap mata. Zainal menyindir rakan-rakannya yang bercita-cita besar. Namun Firdaus
menegaskan orang Melayu tidak boleh lagi merendah diri jika tidak mahu ditindas suatu hari
nanti. Dia mengajak masyarakat Melayu menjadi generasi yang progresif dan dinamis. Husin
juga bersetuju dengan pandangan dan ajakan Firdaus bersandarkan contoh kepimpinan Nabi
Muhammad.
Nur Nabilah Fitri Bt Norazad 051105140166

Babak 6
Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan
permuafakatan.
Nur Nabilah Fitri Bt Norazad 051105140166

Tema
Perubahan sikap dan pemikiran generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus dan Yahya
mempunyai gagasan fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara perubahan
yang cuba diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dengan
harapan dapat membela masyarakat.
Nur Nabilah Fitri Bt Norazad 051105140166

Persoalan
 Penentangan arus perubahan. Persoalan ini dapat dilihat daripada watak Zainal yang
sentiasa tidak mahu mengikut arus perkembangan.

         Kepentingan berpegang pada janji. Perkara ini dapat dilihat dalam watak Yang
Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji semasa berkempen untuk pilihan
raya.

         Kepentingan kejujuran dalam memegang amanah. Hal ini dapat dilihat melalui
sikap orang-orang yang menggelapkan keuntungan syarikat sehingga kilang padi
terpaksa ditutup.

         Keperluan perubahan sikap dalam masyarakat. Perkara ini dapat dilihat dalam
watak-watak seperti Yahya dan Firdaus yang mahukan perubahan dalam
masyarakatnya. Contohnya Yahya telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat untuk
membantu rakyat desa.
Nur Nabilah Fitri Bt Norazad 051105140166

Watak dan Perwatakan


Yahya
         Ketua Pemuda Parti dan suami Mariah.

         Pemuda kampung bersemangat tinggi.

Contoh: Yahya mahu masyarakat Melayu berani mengkritik diri sendiri demi mencapai
kemajuan.

         Berpandangan jauh dan berpendirian tegas.

Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran


masyarakat Melayu.

         Gigih berusaha.

Contoh: Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa.

Firdaus

         Berfikiran positif.

Contoh:  Firdaus yakin masyarakat Melayu sanggup bertungkus lumus.

         Pemuda yang tetap pendirian.

Contoh: Firdaus percaya masyarakat Melayu layak menjalankan perusahaan walaupun


disanggah oleh Zainal.

         Bijak berhujah. Contoh: Firdaus mematahkan setiap sindiran Zainal.

Zainal
         Berfikiran negatif.

Contoh: Zainal tidak yakin masyarakat Melayu boleh terlibat dalam bidang perusahaan.

         Mementingkan diri sendiri.

Contoh: Zainal menganggap setiap individu hanya perlu berusaha untuk diri sendiri.
Nur Nabilah Fitri Bt Norazad 051105140166

Osman
         Ahli parlimen.

         Pandai berkata-kata.

 Contoh: Osman dapat mempengaruhi pengundi sewaktu berkempen.

Mariah

 Isteri Yahya yang menyokong pendapat suaminya.

Husin

 Belia yang sering memperlekeh kebolehan orang kampungnya.

Hani

 Adik Firdaus

 Penyokong pendapat Yahya


Nur Nabilah Fitri Bt Norazad 051105140166

Latar Masa

1.            Malam :

Contoh: Beberapa orang pemuda iaitu Yahya, Mariah, Firdaus, Hani. Zainal dan Husin
berbual-bual tentang kemajuan masyarakat mereka di rumah Yahya.

2. Petang :

Contoh: Yahya, Zainal, Firdaus dan Husin berbual-bual tentang berita yang tersiar di dada
akhbar tentang kerugian Syarikat Kilang Padi di balai raya

Latar Tempat

1.            Rumah Yahya

Contoh: Beberapa anak muda berbual-bual selepas makan malam mengenai pemikiran


masyarakat yang tidak mahu menerima perubahan.

2. Rumah Firdaus

Contoh: Hani meluahkan rasa kecewa setelah melihat anak-anak muda menghabiskan masa
dengan duduk di tepi jalan.

3. Balai raya

Contoh: Berlaku perbincangan hangat mengenai masyarakat kita perlu menerajui ekonomi


kerana perusahaan adalah punca kemajuan sebuah negara.

 Contoh: Perbincangan mengenai masyarakat kita perlu sedar dan bergerak seiring dengan
arus perubahan semasa.
Nur Nabilah Fitri Bt Norazad 051105140166

Latar Masyarakat

i.       Masyarakat kampung yang tidak mahu berubah.

Contoh: Yahya menyatakan bahawa penduduk kampung  hanya rajin menanam bunga, tetapi
tidak mahu menanam sayur-sayuran.

ii.        Masyarakat yang mahukan perubahan.

Contoh: Pemuda kampung seperti Yahya dan Firdaus mempunyai pandangan yang jauh
untuk mengubah kehidupan penduduk desa.

iii.        Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Contoh: Zainal berfikiran sempit dan tidak mahu menerima perubahan.

iv.        Masyarakat yang berusaha membela nasib bangsa sendiri.

Contoh: Yahya dan penduduk kampung telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dan
menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama.

v.        Masyarakat yang suka membazir masa.

Contoh: Ramai pemuda kampung bertenggek di tepi tembok batu dengan membuang masa. 

vi.        Masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama.

Contoh: Husin dan Firdaus mengaitkan agama dengan cara kehidupan masyarakat sekarang
dan mencontohi cara kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.
Nur Nabilah Fitri Bt Norazad 051105140166

Gaya Bahasa

 i.        Peribahasa

Contoh: Hangat-hangat tahi ayam., cakap besar dan tahi tersangkut di gelegar.

 ii.        Kata ganda

Contoh: Tuan-tuan, puan-puan

 iii.        Kata Pinjaman

Contoh: Flasback, transistor
Nur Nabilah Fitri Bt Norazad 051105140166

Plot

Pembinaan plot

 i.        Permulaan

Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang
dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan pelajaran.
Kemunduran masyarakat adalah disebabkan sikap masyarakat yang suka membuang masa.

ii.        Perkembangan

Perbualan antara Yahya dan Mariah  tentang sikap  anak-anak muda  mereka yang berbual
kosong. Yahya  mencadangkan pengumpulan dana agar dapat menubuhkan yayasan untuk
membantu anak-anak ke universiti.

 iii.       Konflik

 Barisan Pembela Rakyat  Desa ditubuhkan dan telah mengutip wang bagi tabung pelajaran
agar  dapat membela nasib rakyat desa. Mereka juga menyediakan kelas pemimpin dan
berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama. Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya
tentang sikap pemuda yang suka melepak. Mereka seharusnya sanggup berubah ke arah
kebaikan.Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju
serta berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. Yahya menyindir sikap pemimpin yang
mudah lupa akan orang bawahan. Yahya teringat kembali ucapan pemimpin yang berjanji
untuk menolong orang bumiputera jika mereka menyokongnya. Zainal berpandangan negatif
terhadap penglibatan masyarakat Melayu dalam bidang perniagaan.

iv.        Klimaks

Firdaus menegaskan masyarakat Melayu tidak boleh berlembut atau merendah diri lagi.
Baginya adat resam yang tidak sesuai harus ditinggalkan sebaliknya  masyarakat harus
mencipta generasi yang dinamis dan progresif.

 v.        Peleraian

Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan
permuafakatan.
Nur Nabilah Fitri Bt Norazad 051105140166

Teknik Penceritaan
i.        Imbas Kembali

Contoh: Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen menjelang
pilihan raya sedikit masa dahulu.

ii.        Dialog

Contoh: Firdaus : Salah kita juga Ani. Salah aku. Salah engkau.

             Hani      : Ani tak mengaku salah, Ani.

iii.        Monolog

Contoh: Yahya bercakap pada diri sendiri sambil menyindir Yang Berhormat mudah lupa
akan jasa yang dilakukan oleh orang-orang bawahan.
Nur Nabilah Fitri Bt Norazad 051105140166

Nilai

 i.        Nilai permuafakatan.

Contoh: Yahya dan rakan-rakan berjaya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa bagi
membantu masyarakat Melayu kampung mereka.

ii.        Nilai ketegasan.

Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran


masyarakat Melayu.

iii.        Nilai kegiigihan.

Contoh; Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan Barisan pembela Rakyat Desa.


Nur Nabilah Fitri Bt Norazad 051105140166

Pengajaran

i.        Kita hendaklah menerima perubahan mengikut kesesuaian zaman.

Contoh: Yahya ingin mengubah masyarakat yang tidak maju dalam bidang ekonomi kepada
masyarakat yang pandai berniaga.

 ii.        Kita mestilah menunaikan janji.

Contoh: Yang Berhormat Encik Osman seorang pemimpin yang berjanji kepada masyarakat
namun beliau hanya pandai berkata-kata.

iii.        Kita mestilah menjelaskan hutang apabila kita berhutang dengan seseorang.

Contoh: Masyarakat suka berhutang di kedai runcit tetapi tidak mahu membayarnya.

iv.        Kita hendaklah memanfaatkan masa lapang.

Contoh: Hani tidak suka melihat remaja kampungnya yang suka melepak.

 v.        Kita hendaklah bijak memilih.

Contoh: Penduduk kampung lebih suka menanam bunga daripada menanam sayur.

vi.        Kita hendaklah berpandangan jauh.

Contoh:  Firdaus matang dalam memberi pendapat tentang sikap masyarakat.