Anda di halaman 1dari 2

PKP: Polis tutup lapan jalan di Kajang

KONGSI ARTIKEL
f/b: Penutupan laluan ke Pekan Kajang bertujuan
mengehadkan perjalanan orang ramai agar mematuhi PKP
fasa dua

KUALA LUMPUR: Polis Daerah Kajang akan melaksanakan


penutupan lapan jalan di beberapa lokasi dan penambahan
sekatan jalan raya bermula esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad


Dzaffir Mohd Yussoff, berkata penutupan jalan itu
membabitkan laluan ke Pekan Kajang yang bertujuan
mengehadkan perjalanan orang ramai agar mematuhi arahan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua bagi
membendung penularan wabak COVID-19.

“Laluan itu membabitkan Jalan Sungai Chua-Susur


Terowong KTM; Jalan Reko-MRT; Jalan Cheras- Jalan Timur
(depan Masjid Jamek Kajang); Jalan Semenyih- Jalan Low Ti
Kok; dan susur turun ke Jalan TTDI Grove 2/1 dari arah
Persiaran Saujana Impian dan penutupan Jalan TTDI Grove
1/1.

“Laluan lain yang ditutup adalah Persiaran Saujana Impian-


Jalan Melor 1; Jalan Sungai Kantan dari arah Desa Jenaris
dan dari arah Persiaran Saujana Impian; serta sempadan
Bandar Seri Putra- Nilai 3,” katanya dalam kenyataan di sini,
semalam.

Jelasnya, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif


iaitu dari arah Persiaran Saujana Impian dan Lebuhraya
Grand Saga adalah melalui Jalan Cheras ke Kajang, dari
arah Sungai Chua melalui Lebuhraya SILK ke Lebuhraya
Grand Saga ke Jalan Cheras Kajang.

Beliau berkata laluan alternatif lain adalah dari Jalan Reko


melalui Lebuhraya SILK; Jalan Bukit ke Pekan Kajang; Jalan
Low Ti Kok; Jalan Timur melalui Jalan Cempaka Kuning;
Cempaka Putih; Pekan Kajang dan laluan ke Ibu Pejabat
Polis Daerah Kajang; Mahkamah Kajang; MPKJ; dan Kajang
Plaza Medical Centre adalah melalui Jalan Timur dan
Cempaka Kuning.

Sementara itu, Ahmad Dzaffir berkata, setakat ini sebanyak


tujuh sekatan jalan raya dilaksanakan di daerah berkenaan
iaitu di Lebuhraya Grand Saga (hala ke Kuala Lumpur); Plaza
Tol Kajang; Plaza Tol Bangi; Plaza Tol Bandar Sri Putra;
Plaza Tol Kajang Selatan (LEKAS); Batu 21 Sungai Lui, Hulu
Langat; dan SJR Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat.

Menurutnya, pihaknya akan menambah tiga sekatan jalan


raya di tiga lokasi iaitu Km1 Lebuhraya Besraya (hala ke
UPM); Sungai Ramal Dalam (hala ke Putrajaya); dan Jalan
Cheras Batu 14 (depan KPJ Kajang–hala ke Kajang) bermula
tengah malam 8 April. - BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai