Anda di halaman 1dari 2

COVID-19: Puteri Aishah disahkan positif

Oleh Farihad Shalla Mahmud

farihad@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Aishah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan
di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, di sini, petang semalam.

Berita itu dimaklumkan pengurus pelakon itu, Iman Tang melalui entri di Instagram, sebentar tadi.

Ketika dihubungi BH Online, Iman berkata, artis jagaannya itu masih berada di rumah sementara
menanti tindakan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Semalam, Puteri Aishah menjalani ujian saringan COVID-19. Petang tadi, dia menelefon saya
memaklumkan keputusannya positif. Walaupun dalam perbualan, suaranya kedengaran agak
tenang, tetapi saya tahu dia cuba menahan perasaan sedih.

"Selepas mengambil dokumen hasil ujian, Puteri Aishah sekarang berada di rumah untuk berkemas
sementara menunggu panggilan KKM untuk membawanya ke hospital,” katanya.

Puteri Aishah atau nama penuh, Puteri Aishah Sulaiman adalah antara 18 tenaga kerja produksi
drama yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland, bulan lalu, yang melakukan ujian
saringan COVID-19 di sebuah hospital swasta di sini, semalam.

Iman berkata, buat masa ini, belum dapat dipastikan hospital yang bakal dituju Puteri Aishah untuk
rawatan susulan.

“Saya mohon peminat mendoakan pelakon filem Pulang itu segera sembuh.
"Sebelum memuat naik perkongsian ini, saya sudah meminta keizinan beliau. Entri itu bukan untuk
mengaibkan Puteri Aishah.

“Sebaliknya, jika peminat tahu, secara tidak langsung, mereka akan mendoakan kesihatannya pulih
seperti sedia kala,” katanya.

Anda mungkin juga menyukai