Anda di halaman 1dari 21

GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

1.0. PENGENALAN

Permuafakatan antara sekolah dengan komuniti dalam pendidikan telah berlaku


sebelum penjajahan dan berkesinambungan hingga ke hari ini. Perkara ini dinyatakan mula-
mula dalam Penyata Razak (1956) sehinggalah dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Permuafakatan dalam pendidikan ialah proses perbincangan
dua hala, berkongsi tanggungjawab, membuat keputusan bersama, sukarela membantu
sekolah, berkongsi idea, merancang dan menilai aktiviti yang dilaksanakan melibatkan pihak
sekolah dengan komuniti.

Permuafakatan itu adalah selari dengan teras strategik ketiga Rancangan Malaysia
Kesebelas 2016-2020 iaitu menambah baik hasil pelajar dan mempertingkat tadbir urus
sistem persekolahan melalui peningkatan tadbir urus dan permuafakatan pihak
berkepentingan untuk sokongan sekolah yang lebih baik (Unit Perancangan Ekonomi,
2015). Permuafakatan dalam pendidikan adalah sangat penting dalam mengharungi
cabaran Kaedah Pembelajaran Abad ke-21 dan memberi pelbagai kesan kepada
peningkatan taraf pendidikan sekolah.

Oleh itu, penulisan ini membincangkan definisi dan konsep permuafakatan, ibu bapa
serta komuniti. Selain itu, penulisan ini juga disertakan dengan kepentingan permuafakatan
guru, ibu bapa dan komuniti, strategi pemerkasaan permuafakatan guru, ibu bapa dan
komuniti , dan akhir sekali, bukti keberkesanan permuafakatan guru, ibu bapa dan komuniti.

AINNUN IZZAH RUSLAN 1


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

2.0. DEFINISI KONSEP

2.1. PERMUAFAKATAN

Kamus Dewan, 2017 telah mendefinisikan permuafakatan sebagai


perundingan antara dua orang atau lebih dan dibuat untuk mencapai persetujuan
bersama. Winner dan Ray (1994) telah menyatakan bahawa permuafakatan
berlaku apabila manusia kerja bersama-sama pada bilabial masa untuk mencapai
matlamat yang dikongsi bersama. Friend dan Cook (1990) pula menakrifkan
permuafakatan sebagai interaksi sekurang-kurangnya antara dua kumpulan,
secara sukarela dan membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama.

Gulson (2013) telah menyimpulkan definisi permuafakatan iaitu satu proses


kerjasama pada tahap tertinggi dengan melibatkan kesungguhan, pengetahuan
dan kemahiran yang digambarkan melalui gaya komunikasi dan mampu menarik
minat penglibatan komuniti, secara rela mengamalkan kerjasama, saling
menghormati dan bersepakat dalam membuat keputusan untuk mencapai
matlamat yang sama. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa permuafakatan adalah
interaksi antara dua pihak atau lebih secara sukarela untuk mencapai satu
matlamat yang sama.

AINNUN IZZAH RUSLAN 2


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

2.2. IBU BAPA

Istilah ibu bapa merujuk kepada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap


kebajikan anak dan terlibat secara aktif dengan pendidikannya. Ibu bapa juga
merupakan guru pertama para pelajar. Ibu bapa yang melaksanakan permuafakatan
dengan sekolah merujuk kepada individu yang mempunyai kesedaran untuk
membantu anak-anak mereka dan pelajar lain untuk menuntuk ilmu. Hal ini dilakukan
melalui meningkatkan prasarana sekolah, menyumbangkan ilmu pengetahuan secara
percuma kepada para pelajar sekiranya mampu serta menjaga kebajikan pelajar dari
segi kewangan dan sebagainya.

Oleh itu, Penglibatan ibu bapa(IB) dalam pembelajaran anak sangatlah penting.
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa penglibatan IB dan komuniti dalam
pendidikan anak membawa perubahan yang ketarakepada kejayaannya. Berbanding
52% masa yang dihabiskan di rumah dan di dalam komuniti hanya 15% masa
seseorang anak dihabiskan di sekolah. Istilah ibu bapa yang digunakan dalam konteks
ini merujuk kepada sesiapa sahaja yang bertanggung jawab terhadap kebajikan anak
dan terlibat secara aktif dengan pendidikannya.

AINNUN IZZAH RUSLAN 3


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

2.3. KOMUNITI

Komuniti yang melaksanakan permuafakatan dengan sekolah merujuk kepada


individu dan institusi yang memberi kesan kepada pembelajaran dan pembangunan
pelajar (Epstein, 1995; Hogue; 2012), tidak dibataskan oleh sempadan geografi atau
kejiranan, tetapi merujuk kepada interaksi sosial yang berlaku dalam atau di luar
mengatasi sempadan tempatan (Inkeles, 1985; Nettles, 1991 dalam Sanders, 2002)

Komuniti tersebut merujuk kepada keluarga, kejiranan, sektor kerajaan, institusi


pendidikan, syarikat perniagaan, institusi kebudayaan dan rekreasi, organisasi agama,
organisasi kesihatan, organisasi sukan, organisasi media, organisasi sukarela,
organisasi komuniti setempat dan individu dalam komuniti yang berminat dalam
pelaksanaan sistem pendidikan. (Epstein, 2016; Hogue, 2012; Mohammed Sani dan
Jamalul Lail, 2012; Sanders, 2002; 2015).

AINNUN IZZAH RUSLAN 4


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

3.0. KEPENTINGAN PERMUAFAKATAN GURU, IBU BAPA DAN KOMUNITI

kebajikan
pelajar

sahsiah prasarana

kepentingan

ilmu sokongan
pengetahuan emosi

Rajah 1.0

3.1. Menjaga kebajikan pelajar

Salah satu kepentingan permuafakatan antara guru, ibu bapa dan komuniti
adalah untuk menjaga kebajikan pelajar. Kebajikan yang perlu dijaga bukan sahaja
dari segi fizikal malah dari segi rohani, emosi dan sosial. Dari segi fizikal, kebajikan
pelajar boleh dibantu melalui menyumbangkan pakaian kepada pelajar agar tidak malu
atau tidak semangat untuk pergi ke sekolah. Selain itu, dana juga perlu dicari untuk
membantu para pelajar yang tidak berkemampuan untuk pergi ke sekolah serta
memberi bantuan kepada ibu bapa yang tidak mampu menyediakan keperluan asas
kepada anak-anak mereka.

Bagi menjaga kebajikan rohani dan emosi pelajar juga, permuafakatan antara ibu
bapa, guru dan komuniti sangat diperlukan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti untuk
menjaga rohani dan emosi pelajar. Contohnya, menjemput penceramah motivasi
datang ke sekolah bagi memotivasikan pelajar. Selain itu, idea-idea untuk menjaga
kebajikan rohani pelajar juga haruslah dikembangkan melalui permuafakatan antara
tiga pihak ini. Contohnya, bagi pelajar muslim, boleh memasukkan aktiviti solat sunat

AINNUN IZZAH RUSLAN 5


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

Dhuha secara berjemaah di dalam jadual PdP bagi meningkatkan kebergantungan


pelajar dengan Allah.

Melalui cara ini, para pelajar akan lebih seronok untuk menghadiri ke sekolah
untuk menuntut ilmu. Contohnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah
Menengah Sains Tuanku Munawir (Saser) bertindak untuk menyediakan snek dan
minuman percuma kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepanjang sembilan
hari peperiksaan itu berlangsung. Pengetuanya, Sabuddin Sani berkata menerusi
program ‘Coffee Break’ tahun ketiga itu, pihak PIBG menyediakan minuman seperti air
zam-zam, kopi serta makanan ringan termasuk roti, kek dan vitamin untuk mengelak
pelajar lapar semasa peperiksaan.

Rajah 2.0 : Ibu Bapa menjaga keperluan pelajar dengan menyediakan snek
kepada pelajar SPM ketika peperiksaan sedang berlangsung.

AINNUN IZZAH RUSLAN 6


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

Rajah 3.0. : Pelancaran sewaan kiosk 11 pintu Sekolah Kebangsaan Tok Jiring,
Terengganu

Koperasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok
Jiring Terengganu Berhad yang baharu ditubuhkan beberapa bulan lalu kini memiliki
kiosk 11 pintu untuk disewakan kepada peniaga sekitar. Kiosk yang dibina berdekatan
pintu masuk utama sekolah itu dibuat bertujuan untuk menampung kewangan dalam
mentadbir persatuan itu di samping memastikan aktiviti yang dirancang untuk
kecemerlangan murid berjalan lancar nanti.

AINNUN IZZAH RUSLAN 7


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

3.2. Menyumbang ilmu pengetahuan

Menyumbang ilmu pengetahuan juga salah satu kepentingan permuafakatan


dalam pendidikan. Para pelajar di sekolah bukan sahaja memerlukan ilmu akademik
malah memerlukan ilmu-ilmu tambahan seperti ilmu kemahiran untuk menukang dan
memasak. Melalui permuafakatan pihak sekolah bolehlah menjemput ibu bapa dan
komuniti yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai ilmu untuk memberikan sedikit
perkongsian tentang ilmu tersebut.

Hal ini akan menarik minat para pelajar yang tidak mempunyai peluang dalam
akademik. Pelajar ini boleh mengasah kemahiran mereka melalui aktiviti ini. Aktiviti ini
juga, menyedarkan para pelajar untuk menuntut ilmu yang pelbagai bukan hanya
mengikut sukatan pelajaran di sekolah sahaja. Hal ini akhirnya, akan menyebabkan
para pelajar semangat untuk datang ke sekolah kerana sudah mengetahui bakat
dalam diri masing-masing iaitu bukan bijak dalam menuntuk akademik sahaja, bahkan
dalam kemahira.

3.3. Prasarana

Ibu bapa dan komuniti juga berperanan untuk bekerjasama dengan guru bagi
menigkatkan prasarana sekolah. Prasana sekolah yang baik memberikan aura yang
baik untuk sekolah. Prasarana di sekolah haruslah dipertingkatkan dari semasa ke
semasa agar pelajar tidak jemu untuk hadir ke sekolah. Persekitaran yang bersih,
aman dan selesa akan memberi kesan yang baik kepada pembelajaran para pelajar.

Sebagai contoh, ketiga-tiga pihak ini haruslah bermuafakat untuk melancarkan


pengutipan dana bagi meningkatkan prasarana di sekolah selaras dengan kehendak
Kaedah Pembelajaran Abad ke-21 yang maju dengan teknologi dan ceria dengan
susun atur kelas yang sesuai.

AINNUN IZZAH RUSLAN 8


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

Rajah 4.0. : Kelas abad ke-21 di Sekolah   Kebangsaan (SK) Bandar Tun
Hussein Onn, Cheras.
Guru Besar sekolah ini, Azimah Ibrahim berkata ibu bapa di sekolah
ini bukan sahaja memberikan sumbangan kewangan malah turut
memberi sumbangan tenaga sehingga sanggup turun padang untuk
berkampung di sekolah bersama para pelajar dan guru untuk
menghasilkan kelas yang ceria dan mengikut apa yang diselaraskan
dalam Pembelajaran Abad ke-21.

3.4. Meningkatkan kesedaran

Menigkatkan kesedaran pembelajaran dalam kalangan ibu bapa dan komuniti


merupakan perkara yang paling penting untuk mewujudkan kerjasama antara sekolah
ibu bapa dan komuniti. Hanya ibu bapa dan komuniti yang mempunyai kefahaman dan
kesedaran dalam pendidikan sahaja yang mampu memberi kerjasama dalam
permuafakatan antara tiga pihak ini.

Sekiranya tiada kefahaman dan kesedaran tentang pendidikan dalam kalangan


ibu bapa dan komuniti, mereka tidak akan mempunyai rasa tanggungjawab untuk
memberi sekongan kepada para pelajar dan guru. Oleh itu, pihak sekolah haruslah

AINNUN IZZAH RUSLAN 9


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

memberikan satu penerangan khas untuk ibu bapa dan komuniti tentang pendidikan
untuk memberi kesedaran kepada mereka seterusnya berjaya menarik minat mereka
untuk bermuafakat dalam pendidikan.

3.5. Pembentukan sahsiah pelajar

Pembentukan sahsiah pelajar tidak cukup sekiranya hanya guru sahaja yang
bertungkus lumus dengan melakukan pelbagai inisiatif. Pembentukan sahsiah di
rumah juga haruslah dititik beratkan. Dengan kerjasama ibu bapa, pembentukan
sahsiah para pelajar di rumah akan turut dijanlankan oleh para ibu bapa. Hal ini akan
menjadikan para pelajar sentiasa menjaga tingkah laku dan memperbaikinya.

Kerjasama daripada komuniti juga sangat penting, terutamanya badan-bagan


kerajaan dan bukan kerajaan. Contohnya, dengan menjemput ketua polis di daerah
berdekatan untuk memberika ceramah tentang gejala sosial yang memberikan
pelbagai kesan buruk kepada diri. Badan bukan kerajaan juga hendaklah memantau
sahsiah pelajar di luar kawasan rumah dan sekolah.

Memandangkan gejala sosial dalam kalangan pelajar semakin meningkat,


permuafakatan ibu bapa, guru dan komuniti haruslah dipertingkatkan bagi
mengurangkan gejala sosial ini. Contohnya, gejala ponteng sekolah, ia boleh
dibendung melalui permuafakatan dalam pendidikan ini.

AINNUN IZZAH RUSLAN 10


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

Rajah 5.0. : Majlis permuafakatan bersama ketua kampung di Sekolah Menengah


Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir, Perak.

Kesannya, dengan kerjasama ketua kampung untuk menjalankan kempen “Jom ke


Sekolah”, sekolah ini telah menjadi penerima anugerah bagi Anugerah Kehadiran
Pelajar 92% ke atas Peringkat Daerah Kerian setiap tahun.

AINNUN IZZAH RUSLAN 11


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

4.0. STRATEGI PEMERKASAAN PERMUAFAKATAN GURU, IBU BAPA DAN KOMUNITI

GURU DAN GURU DAN


KOMUNITI IBU BAPA
PROGRAM
SEKOLAH PIBG
ANGKAT

SARANA SARANA IBU


SEKOLAH BAPA
Rajah 6.0. : Stategi pemerkasaan permuafakatan guru, ibu bapa dan komuniti

4.1. Guru dan komuniti


4.1.1. Sarana Sekolah

Sarana Sekolah Suatu merupaka satu inisiatif kebangsaan bagi


meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi
kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta. Malaysia berhasrat
untuk mempunyai sistem pembelajaran yang dapat meningkatkan
kejayaan murid. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak
termasuk sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan menyokong
satu matlamat iaitu untuk membantu murid berjaya.

Sarana Penglibatan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Komuniti


bertujuan memperkenalkan sekolah kepada enam (6) elemen yang akan
menyokong Sistem Pembelajaran. Elemen-elemen tersebut, apabila
dilaksanakan dengan sempurna, akan meningkatkan penglibatan ibu
bapa dengan pembelajaran anak mereka dan juga penglibatan ibu bapa
dan komuniti dengan sekolah.

AINNUN IZZAH RUSLAN 12


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

Dalam merangka program bagi melaksanakan elemen-elemen yang


menyokong pembelajaran, sekolah perlu bergabung dengan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru/Lembaga Pengelola Sekolah, alumni serta ahli
komuniti setempat kerana semuanya merupakan rakan kongsi dalam
mencemerlangkan murid.

Rajah 7.0 : Perjumpaan semula semua Alumni Kolej Islam Sultan


Alam Shah (KISAS)

Program dalam Rajah 6.0 merupakan program yang dirangka oleh


alumni sekolah sendiri untuk mengadakan perjumpaan semula alumni
serta menjalankan kempen berbakti kepada sekolah dengan menjalankan
program motivasi serta inspirasi kepada para pelajar. Kesannya, KISAS
telah berjaya mengeluarkan para pelajar yang sangat berkualiti dan
seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.

AINNUN IZZAH RUSLAN 13


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

4.1.2. Program Sekolah Angkat


Program Sekolah Angkat (PSA) telah diperkenalkan pada bulan April
1997.  Program sekolah angkat merupakan sebuah program yang membuka
peluang perhubungan komuniti dengan sekolah iaitu badan-badan kerajaan
seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penerangan dan sebagainya. Tidak
lupa juga badan-badan bukan kerajaan seperti Yayasan Bina Upaya,
PINTAR dan lain-lain lagi.

Setiap agensi dan sekolah yang menawarkan atau ditawakan tarawan


untuk menjadikan sebuah sekolah sebagai sekolah angkat mempunyai
matlamat yang tersendiri. Contohnya, sebuah sekolah di Negeri Selangor
telah menawarkan tawaran untuk menjadi sekolah angkat kepada polis
untuk mengurangkan gejala gengsterisme di negeri tersebut.

Lain pula dengan Bank Negara Malaysia yang menawarkan tawaran


kepada sekolah-sekolah untuk dijadikan sebagai sekolah angkat dengan
matlamat untuk mendekatkan perhubungan pelajar dengan bank dan Ia juga
bertujuan untuk memupuk amalan mengurus kewangan yang positif dalam
kalangan pelajar.

Rajah 8.0 : Projek Sekolah Angkat Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan

AINNUN IZZAH RUSLAN 14


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

4.2. Guru dan Ibu bapa


4.2.1. Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KISB)

Apa itu Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)? KSIB adalah saluran
kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu
bapa, murid dan sekolah. Melalui KSIB lebih banyak interaksi,
perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan
hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda.

Salah satu KSIB yang telah dijalankan di Malaysia adalah Persatuan


Ibu Bapa dan Guru (PIBG). PIBG adalah satu penubuhan yang diceburi
secara sukarela. AJK yang dipilih perlu menitikberatkan ciri-ciri
keikhlasan, pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga. Fungsi PIBG
ialah membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti demi kebaikan anak-anak
yang belajar di sekolah tersebut. Selain dari itu juga PIBG juga
berperanan mencari sumbangan dari ahli dan orang ramai samada
berbentuk wang, material mahupun tenaga bagi faedah para pelajar.

PIBG yang ditubuhkan adalah bertujuan untuk mewujudkan


permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.
Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman
tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk
meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di
sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara
pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat.

Namun begitu, pada hari ini kita dapat lihat bahawa peranan PIBG
terhad kepada meningkatkan prasarana sekolah dan juga kempen
mengutip dana bagi tujuan pembinaan di sekolah. Oleh itu, peranan PIBG
haruslah diperluaskan agar tidak terhad kepada pemungutan dana sahaja
tetapi terlibat dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti kekeluargaan dan
sebagainya.

AINNUN IZZAH RUSLAN 15


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

Rajah 9.0 : Aktiviti-Aktiviti yang Digalakkan Penglibatan PIBG

4.2.2. Sarana Ibu Bapa

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi


meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di
dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang
tercinta. Sarana ini ditujukan khas kepada Ibu Bapa dan boleh dikongsikan
bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk
membantu Ibu Bapa melaksanakan tugas pertama dan paling
penting,mendidik anak-anak mereka.

Sarana ini mengandungi soal selidik untuk Ibu Bapa dan boleh dianalisis
sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak.
Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada Ibu
Bapa menambahbaik dalam bidang-bidang tertentu. Sebenarnya Ibu Bapa
telah melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masing-masing
supaya anak-anak berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika dipertingkatkan,
akan memberi kesan yang lebih besar.

AINNUN IZZAH RUSLAN 16


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

Amalan-amalan terbaik daripada Ibu Bapa, PIBG dan sekolah dalam dan
luar negara dipaparkan untuk memberi gambaran bagaimana mereka
mengatasi cabaran yang dihadapi. Adalah diharapkan amalan-amalan ini
akan dapat menokok tambah kepada usaha-usaha yang telah dilaksanakan
oleh Ibu Bapa.

Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini bukanlah satu


senarai lengkap kerana setiap Ibu Bapa mempunyai persekitaran,
kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza. Walaupun
demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh Ibu Bapa untuk terlibat lebih
mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah dialu-alukan.
Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat
mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi
dalam diri mereka.

Antara amalan terbaik adalah menyediakan suasana pembelajaran di


rumah. Contohnya, SK Ulu Lubai, Limbang, Sarawak telah mngatasi
cabaran murid tidak memanfaatkan masa untuk belajar dengan mengambil
tindakan menjalankan program belajar di rumah panjang bertujuan untuk
membolehkan murid menggunakan masa hujung minggu dengan mengulang
kaji dan menyiapkan kerja rumah.

Program belajar malam di rumah panjang diadakan setiap jumaat malam


dan sabtu malam dan juga sepanjang cuti sekolah. Ibu bapa dari rumah-
rumah panjang di empat kampung iaitu Kampung Rantau Panjai, Kampung
Mulong, Kampung Limau Manis dan Kampung Krangan Batu berperanan
memantau kehadiran anak-anak di ruang belajar rumah panjang masing-
masing. Kehadiran diambil oleh pengawas dan disemak oleh Guru Bertugas
Harian pada hari Isnin minggu sekolah berikutnya. Kesannya sekolah ini
telah berjaya meraih Kejayaan 100% dalam UPSR 2010, 2011

AINNUN IZZAH RUSLAN 17


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

5.0. KESIMPULAN

 
Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan memainkan peranan yang penting dalam
membentuk keperibadian mulia dalam kalangan pelajar. Ibu bapa juga adalah pendidik
pertama dan utama pelajar sebelum para pelajar berhadapan dengan guru-guru
pembimbing. Ibu bapa juga membantu meningkatkan kualiti sebuah program sekolah
dengan menyumbang tenaga, berkongsi bakat dalam program sekolah. Penglibatan ibu
bapa dan komuniti juga meningkatkan kendiri pelajar dan ibu bapa itu sendiri. Kefahaman
ibu bapa dapat meningkatkan tahap proses pembelajaran di sekolah dan ibu bapa
berpeluang melaksanakan peranan sebagai pendidik dengan menjadi rakan kongsi yang
baik.

Oleh itu, diharapkan penglibatan pihak ibu bapa dan komuniti setempat adalah sangat
digalakkan kerana ia adallah elemen terpenting dalam perlaksanaan kurikulum sekolah,
Permuafakatan antara guru, ibu bapa dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan
dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang celik akal
dan berwawasan .

AINNUN IZZAH RUSLAN 18


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

RUJUKAN

Hassan, W. N. (2016). TAMPUNG KEWANGAN PERSATUAN.. KIOSK 11 PINTU PIBG SK TOK JIRING SEDIA
DISEWA. Retrieved from GPSbestari: http://www.gpsbestari.com/berita/terengganu/tampung-
kewangan-persatuan-kiosk-11-pintu-pibg-sk-tok-jiring-sedia-disewa-1.800682

Kelantan, J. P. (2017, July 16). Retrieved Mac 25, 2018, from


http://www.penerangan.gov.my/kelantan/index.php/program/sekolah-angkat

lah, F. C. (2017, September 11). Kelas Abad ke-21. Retrieved Mac 25, 2018, from Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/bestari/2017/09/262332/kelas-abad-ke-21

Mamat, I. (2013, September 4). Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah. Retrieved Mac 10,
2018, from SlideShare: https://www.slideshare.net/ismailmamat16/penglibatan-ibu-bapa-dan-
komuniti-di-prasekolah

menon, I. (2012, September 12). Hubungan Permuafakatan Komuniti dan Sekolah. Retrieved Mac 12,
2018, from Prezi.com: https://prezi.com/wchyqteig1az/hubungan-permuafakatan-komuniti-
dan-sekolah/

Nazri, A. (2015, May 12). Isu dan Cabaran Pembelajaran Abad ke-21. Retrieved Mac 13, 2018, from
SlideShare: https://www.slideshare.net/hajimeTMasia/pendidikan-abadke21isudancabaran

Online, U. (1998, August 25). Program Sekolah Angkat Polis Berkesan. Retrieved Mac 2015, 2018, from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1998&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm

Salleh, R. M. (2012, May 22). Peranan PIBG. Retrieved Mac 10, 2018, from SlideShare.com:
https://rosehoney13.wordpress.com/2012/05/22/peranan-pibg/

Salleh, W. (2017, Jun 17). Permuafakatan sekolah dan komuniti. Retrieved Mac 12, 2018, from
SlideShare: https://www.slideshare.net/wansalleh1/permuafakatan-sekolah-dan-komuniti

Utusan. (2017, February 27). PIBG Perlu Cekap Bantu Sekolah. Retrieved from Utusan Online:
https://www.hmetro.com.my/bestari/2017/09/262332/kelas-abad-ke-21

Zakaria, S. (n.d.). Retrieved Mac 28, 2018, from


http://www.ipsah.edu.my/laman/index.php/en/pengurusan/perpustakaan-sultanah-
hamimah/679-collection

AINNUN IZZAH RUSLAN 19


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

LAMPIRAN

Aspirasi Murid

AINNUN IZZAH RUSLAN 20


GPP 1063 – PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

Sebelas Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan

Cabaran Pendidikan Abad ke 21

AINNUN IZZAH RUSLAN 21