Anda di halaman 1dari 2

COVID-19: Pemimpin dunia doakan

kesembuhan Boris Johnson


KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

LONDON: Berikutan keadaan Perdana Menteri Britain, Boris


Johnson dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat
COVID-19, ramai pemimpin dunia menzahirkan rasa sedih
dan mendoakannya kembali sembuh.

Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen,


mendoakan Johnson agar kembali sembuh.

“Ingatan dan doa saya untuk Johnson dan keluarganya


kembali sembuh, tulisnya dalam ciapan Twitter.

Berkongsi reaksi sama, perunding Kesatuan Eropah (EU)


Brexit, Michel Barnier, yang menjalani kuarantin diri dan
disahkan positif virus itu.

“Doa saya agar anda sekeluarga sembuh, katanya dalam


membalas retweet Ursula.

Ucapan dua daripada pemimpin tertinggi Kesatuan Eropah


itu diterima biarpun wujud ketegangan politik selepas
Johnson mengumumkan Britain keluar dari blok itu, pada
Januari lalu.

Sementara itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron


memberikan semangat untuk Johnson dan keluarganya
tabah mengharungi detik sukar itu.

“Saya berdoa anda cepat sembuh. Saya yakin beliau tidak


mudah mengalah, mempunyai ketrampilan. Beliau adalah
simbolik ke arah seorang yang serius menangani krisis,
keadaan dirinya yang positif COVID-19 memberi kesan
kepada sesiapapun,” katanya.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte, berkata seluruh


rakyatnya dan United Kingdom bersama-sama dalam
mengharungi pandemik sukar ini.

“Kita adalah saling sokong menyokong antara satu sama


lain. Cepat sembuh Boris Johnson!”

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),


Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata beliau sentiasa
memikirkan keadaan Johnson sejak malam tadi.

“Saya dan WHO mendoakan yang terbaik untuk beliau dan


berharap cepat sembuh,” katanya.

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, berkata kabinetnya


mendoakan Johnson dan keluarganya kuat menghadapi
keadaan sukar itu.

Ketua Setiausaha Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara


(NATO), Jens Stoltenberg turut mendoakan kesembuhan
rakannya itu.

Presiden Serbia, Aleksandar Vucic mengharapkan


sahabatnya cepat sembuh dengan mendoakan kesihatan
Johnson pulih di laman Instagramnya.

Perdana Menteri Albania, Edi Rama mendoakan pemimpin


Britain kembali memimpin dengan semangat dan penuh
kekuatan. - AFP

Anda mungkin juga menyukai