Anda di halaman 1dari 2

Enam tenaga kerja produksi positif

COVID-19

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


rajamawar@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

KUALA LUMPUR: Enam tenaga kerja pasukan produksi


drama Demi yang menjalani penggambaran di Inverness,
Scotland, bulan lalu, disahkan positif COVID-19.

Pengarah drama, Rahila Ali mengesahkan, dirinya bersama


pelakon, Puteri Aishah dan empat anggota produksi lain
mendapat keputusan positif COVID-19, selepas menjalani
ujian saringan di sebuah hospital swasta, semalam.

“Ya, kami disahkan positif COVID-19. Saya menerima


keputusan ujian semalam, manakala beberapa kru lain
termasuk Puteri Aishah terima hari ini.

“Kami tidak mengalami simptom seperti demam, sakit tekak


atau sesak nafas. Bagaimanapun, kami tidak bernasib baik
apabila dijangkiti virus berbahaya itu.

“Saya bersama pelakon dan kru mematuhi arahan menjalani


tempoh kuarantin selama 14 hari, sejak tiba di Kuala Lumpur
pada 31 Mac lalu. Kami tidak bertemu sesiapa termasuk
keluarga apabila ditempatkan di kediaman lain yang
disediakan produser,” katanya kepada BH Online.

Rahila berkata, buat masa ini, dia, pelakon dan kru masih
menunggu keputusan laporan penuh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).
“Saya diberitahu wad hospital penuh, jadi masih menunggu
panggilan KKM untuk membawa kami ke hospital.

“Sekarang, kami masih berada di rumah. Kami akan


menjalani ujian saringan kedua sebaik dibawa ke hospital,”
katanya.

Pengarah filem Aku Ada Kau Ada itu berkata, terlalu banyak
cerita yang salah digembar-gemburkan hingga
mendatangkan tekanan buat mereka.

“Saya mengharapkan doa baik-baik. Doakan kami kuat


menempuh ujian ini,” katanya.

Kumpulan produksi drama Demi berlepas ke Scotland pada 9


Mac lalu, sebelum kes penularan COVID-19 ketara dan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum dikuat kuasa.

Seramai 18 tenaga kerja termasuk pengarah, pelakon dan


kru yang menjalani penggambaran drama 26 episod siaran
RTM itu tiba di Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Drama Demi, diadaptasi daripada novel dibintangi Ashraf


Muslim, Puteri Aishah, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri
Rayyana Rayqa. Bagaimanapun, Ben pulang beberapa hari
lebih awal daripada kumpulan produksi terbabit.

Anda mungkin juga menyukai