Anda di halaman 1dari 1

Serangan AS bunuh pemimpin Al-

Shabaab
KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

WASHINGTON: Serangan udara oleh tentera Amerika


Syarikat (AS) di Somalia pada minggu lalu membunuh
seorang ‘pemimpin kanan’ kumpulan militan Al-Shabaab,
kata Jabatan Pertahanan AS, pada Selasa.

Serangan itu menyebabkan kematian tiga militan Shabaab,


termasuk Yusuf Jiis, pemimpin ‘penting’ dalam organisasi
jihad, yang sudah melakukan serangan maut menyasarkan
kerajaan dan orang awam di Somalia beberapa tahun lalu.

Pusat Kawalan Afrika (AS), Jeneral Stephen Townsend,


berkata Jiis ialah ‘pemimpin utama’ Al-Shabaab.

"Dia ganas, kejam, dan bertanggungjawab terhadap


kehilangan banyak nyawa," kata Townsend dalam satu
kenyataan.

Townsend berkata, serangan berlaku di sekitar Bush


Madina, 135 batu (217 kilometer) ke barat Mogadishu dan
dilakukan dengan kerjasama kerajaan Somalia. - AFP

Anda mungkin juga menyukai