Anda di halaman 1dari 2

Harimau Malaya kekal di Piala AFF

2020
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

KUALA LUMPUR: Adakah Piala AFF 2020 akan menjadi


'korban' kepada penularan COVID-19?

Persoalan itu timbul selepas Thailand dilaporkan sedang


mempertimbangkan untuk menarik diri daripada kejohanan
dwitahunan bola sepak Asia Tenggara yang akan
berlangsung pada hujung tahun ini.

Thailand dikatakan membuat pertimbangan itu atas


beberapa faktor termasuk mungkin terpaksa memilih untuk
memberikan fokus kepada kelayakan Piala Dunia 2022 yang
akan berlangsung dalam tempoh hampir sama dengan Piala
AFF.

Selain itu, mereka mengambil kira kemungkinan bergelut


dengan penundaan jadual liga mereka akibat COVID-19.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagaimanapun enggan


membuat keputusan terburu-buru dalam perkara itu,
sebaliknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat
terutama bila isu COVID-19 akan berakhir.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan


belum ada apa-apa keperluan untuk badan induk itu
memikirkan soal menarik diri dari saingan Piala AFF tahun
ini.

"Jadual Piala AFF tidak bertembung dengan jadual


perlawanan dalam kalendar FIFA (Persekutuan Bolasepak
Antarabangsa). Kalau FIFA bergerak (menganjak) jadual
perlawanan kelayakan Piala Dunia, baru kita kena
pertimbangkan.

"Tapi buat masa ini, mengikut kalendar yang ada sekarang,


belum masa FAM buat keputusan sama ada tarik diri atau
tidak. Mungkin Thailand buat keputusan itu memandangkan
memerlukan tarikh berkenaan untuk liga mereka.

"Tapi untuk kami, mengikut perancangan liga akan habis


pada November. Jadi kita kena tengok dulu dan akan tahu
selepas COVID-19 berakhir," katanya kepada BH Sukan,
semalam.

Anda mungkin juga menyukai