Anda di halaman 1dari 16

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SCCA 2083
UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

TUGASAN KUMPULAN

“AKTA ANTI BERITA TIDAK BENAR 2018”

DISEDIAKAN UNTUK:

ENCIK MOHD NUR NAJMI BIN NUJI

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK
YUSOF BIN MAN 243544
HAMID BIN YAHAYA 243565
KHAIRUL IZWAN BIN TURMIZI 243442
MOHD NIZAM BIN GHAZALI 243587
NOOR SAIFUL BIN MUHAMED SAZLI 243652
MUHAMAD AZIZI BIN ZAINAL ABIDIN 243485
PUSAT : KUALA LUMPUR

Tarikh Akhir
Pertemuan IV Tarikh Penerimaan
Serahan
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 1

2 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 4

3 TUJUAN AKTA ANTI BERITA TIDAK BENAR 2018 7

4 PENILAIAN 9

5 KRITIKAN 11

6 KESIMPULAN 13

7 RUJUKAN 14
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

1. PENGENALAN

Akta 803 atau Akta Anti-Berita Tidak Benar (AATB) 2018, merupakan undang-undang yang
digubalkan oleh kerajaan bagi menangani isu yang berkaitan dengan penyebaran sesuatu berita
tidak benar yang mampu mengancam keharmonian masyarakat. Akta Anti-Berita Tidak Benar
2018 dibentangkan di Parlimen pada 27 Mac 2018, sebelum diluluskan pada 2 April 2018 dan
telah diwartakan pada 11 April 2018 dan merupakan undang-undang terakhir yang digubalkan
oleh kerajaan sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke 14. Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 ini
telah dimansuhkan selepas PRU ke 14 berikutan kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan
Harapan.

Akta Anti-Berita Tidak Benar (AATB) 2018, mengandungi 14 seksyen bertujuan untuk
memperkatakan tentang berita tidak benar dan perkara berkaitan. Mengikut huraian kepada akta
ini, perkembangan pesat teknologi telah menjadi kebimbangan global dan semakin serius
sehingga menyentuh orang awam sehingga memerlukan kawal selia yang lebih tegas. Akta ini
telah mendapat liputan yang meluas kerana kesan sabitan terhadap kesalahan menerbitkan atau
menawarkan berita tidak benar adalah sangat berat iaitu boleh didenda tidak melebihi RM500
ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun. Selain itu, jika kesalahan itu
dibuat secara berterusan denda tidak lebih RM3000 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan
itu dilakukan selepas sabitan.

Berita tidak benar telah ditafsirkan sebagai apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang
sebahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau
rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.
Manakala “Penerbitan” pula ditafsirkan sebagai termasuk apa-apa penerbitan bertulis atau yang
serupa dengan penerbitan bertulis atau salinan atau penghasilan semula secara substansial
penerbitan itu dan apa-apa penerbitan yang dihasilkan secara digital, elektronik, magnetik atau
mekanikal atau replikasi substansial penerbitan itu. Ini bermakna apa-apa penerbitan melalui
media sosial seperti Facebook dan aplikasi Whatsapp juga boleh dikenakan pendakwaan.

1
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

Melalui Akta Anti-Berita Tidak Benar (AATB) 2018, telah memperuntukkan bahawa sesiapa
yang mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan atau
menyebarkan apa-apa berita tidak benar atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar
boleh disabitkan atas kesalahan tersebut. Mahkamah juga diberikan kuasa untuk memaksa
pesalah itu untuk memohon maaf terhadap orang yang disentuh itu dan jika enggan maka boleh
dikenakan hukuman menghina Mahkamah.

Selain itu, akta ini juga memperuntukkan kesalahan bagi orang yang bersubahat dalam membuat
penerbitan itu dengan memberikan bantuan kewangan sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Akta ini juga meletakkan kewajipan kepada mana-mana orang yang mempunyai
milikan, jagaan atau kawalan terhadap penerbitan tidak benar itu untuk menghapuskan
penerbitan itu secara serta-merta dan sesiapa yang tidak melaksanakannya boleh dikenakan
denda tidak melebihi RM100 ribu dan denda tidak lebih RM3000 sehari selepas sabitan selama
kesalahan itu berterusan.

Menariknya, akta ini membenarkan mana-mana orang yang disentuh dengan penerbitan tidak
benar itu boleh memohon di Mahkamah untuk penghapusan penerbitan itu. Pesalah di bawah
akta ini bukan sahaja boleh didakwa kerana penerbitan berita tidak benar itu disiarkan di
Malaysia. Pesalah itu boleh juga didakwa jika ianya diterbitkan di luar Malaysia dan tindakan
pendakwaan boleh dikenakan tanpa mengira apa jua kerakyatan pesalah itu asalkan berita tidak
benar itu adalah mengenai Malaysia atau orang yang disentuh itu adalah warganegara Malaysia.

Secara umumnya Akta Anti-Berita Tidak Benar (AATB) 2018, ini adalah baik untuk rakyat
Malaysia khasnya bagi mengekang penyebaran berita palsu. Ini kerana dengan adanya Akta
Anti-Berita Tidak Benar (AATB) 2018, ini rakyat Malaysia mempunyai tempat untuk mengadu
sekiranya mereka menjadi mangsa berita tidak benar.

Namun, kerisauan rakyat Malaysia keseluruhannya adalah peruntukan dalam akta ini adalah
terlalu umum dan mudah untuk disalahgunakan. Jika dilihat kepada takrifan „berita tidak benar‟
itu ianya adalah terlalu longgar. Jika dibandingkan dengan Anti-Fake News Act of 2017
(Philipphines), definisi berita tidak benar itu adalah lebih ketat kerana berita tidak benar itu
mestilah telah menyebabkan atau mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan perasaan

2
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

panik, pecah belah, huru-hara, keganasan, kebencian atau menjadikannya sebagai satu
propaganda untuk menjatuhkan reputasi seseorang.

Manakala undang-undang yang hampir sama di Jerman iaitu (Netzwerkdurchsetzungsgeset) telah


diberikan definisi yang lebih spesifik iaitu berita tidak benar itu hendaklah berkaitan dengan
seksyen yang khusus dalam undang-undang jenayah seperti menyebarkan propaganda Nazi,
aktiviti terorisme, fitnah terhadap Presiden atau negara, penderhakaan, penipuan, keganasan dan
pornografi.

Akta Anti-Berita Tidak Benar (AATB) 2018, ini juga gagal untuk menentukan siapakah yang
boleh mengatakan sesuatu berita itu adalah „berita tidak benar‟. Dalam hal ini, undang-undang
Malaysia memberikan kuasa kepada pihak polis selaku pihak yang bertanggungjawab untuk
membuat siasatan dan kepada Peguam Negara untuk membuat pendakwaan. Ini bermakna kuasa
untuk memutuskan sesuatu berita itu tidak benar adalah terletak kepada kedua-dua badan ini dan
ini boleh menyebabkan keadilan terjejas.

Walaupun kemudiannya Mahkamah yang akan membuat penentuan tetapi pada peringkat awal
ianya diputuskan oleh PDRM dan Peguam Negara untuk tujuan pendakwaan. Sehubungan itu,
berkemungkinan wujud kekhuatiran orang ramai mengenai ketelusan sesuatu penyiasatan dan
pendakwaan. Selain itu, kekuatiran orang ramai juga adalah bahawa Akta Anti-Berita Tidak
Benar (AATB) 2018, akan mengekang kebebasan bercakap dan mengeluarkan fikiran seperti
mana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Rajah 1 : penjelasan kepada wartawan oleh bekas perdana menteri berkaitan dengan akta anti-
berita tidak benar
3
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

2. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu


dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu
iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia
merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-
undang. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan
dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah
Negara. Kini, Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 183 Perkara yang tergolong dalam
15 Bahagian. Antara kandungannya menyebut mengenai kuasa kerajaan persekutuan dan
kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Kabinet.

Perlembagaan Persekutuan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah Negara


sebelum dan selepas penjajahan. Hal ini diambil kira bagi merealisasikan cita-cita mewujudkan
sesebuah Negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak. Beberapa perkara telah diletakkan
sebagai peruntukan utama dalam perlembagaan seperti kewarganegaraan, agama, bahasa,
kedudukan istimewa orang Melayu dan termasuklah kebebasan hak asasi.

Hak untuk bersuara, berekspresi atau mengutarakan pandangan sememangnya telah terpelihara
Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa setiap warganegara berhak ke atas
kebebasan bercakap dan bersuara. Kebebasan ini banyak membantu dalam melindungi hak
masyarakat awam dalam mengekspresikan pandangan masing-masing dalam konteks peradaban
masa kini

Perkara 10 perlembagaan persekutuan telah memberikan hak kebebasan bercakap, bersuara dan
mengekspresikan pandangan bagi setiap rakyat Malaysia yang nama ia telah memperuntukan :

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);

a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan


fikiran;
b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan
tidak bersenjata;
c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;

4
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:

a) Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan
yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan
dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi
keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau
untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan
mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;
b) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;
c) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan
(c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh
atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan


atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a),
Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-
apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan
yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153
dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan
pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Namun, terdapat segelintir masyarakat yang terlalu taksub menggunakan hak ini tanpa
mengetahui natijah penggunaan hak tersebut sewenang-wenangnya tanpa batas sehingga
mengakibatkan kesan yang buruk terhadap individu, komuniti, institusi berkepentingan malah
kesannya terhadap negara.

5
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

Ketaksuban segelintir masyarakat terhadap kebebasan bersuara yang diberikan di bawah Perkara
10(1)(a) melahirkan lambakan kes saman fitnah dan pendakwaan jenayah di mahkamah, lebih-
lebih lagi kes yang dihadapkan ke mahkamah berpunca daripada kenyataan atau berita tidak
benar yang disebarkan melalui pelbagai saluran komunikasi termasuklah media sosial.

Oleh itu, perlu ditekankan bahawa kebebasan bersuara tidaklah memberikan jaminan mutlak
kepada warganegara untuk menggunakan hak tersebut secara semberono kerana kebebasan itu
juga mempunyai had atau sekatan yang diperuntukkan di bawah Perkara 10(2). Parlimen boleh
mengadakan undang-undang bagi mewujudkan sekatan yang didapati perlu dan mustahak demi
kepentingan keselamatan Persekutuan, perhubungan persahabatan dengan negara luar,
ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan badan legislatif atau untuk mengelakkan
penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan menghasut untuk melakukan sesuatu
kesalahan.

6
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

3. TUJUAN AKTA ANTI BERITA TIDAK BENAR 2018

Setiap rang undang-undang yang digubalkan oleh kerajaan adalah berdasarkan kepentingan
awam yang mana kerajaan ingin menentukan hala tuju Negara berada pada landasan yang tepat.
Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan mahupun keselamatan dan
kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 juga digubalkan
untuk tujuan menjaga kepentingan awam dan melindungi rakyat daripada menjadi mangsa
penyebaran berita palsu.

Antara sebab-sebab utama kerajaan memperkenalkan Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 adalah
seperti berikut :

Menangani masalah penyebaran berita tidak benar

Isu penyebaran berita tidak benar merupakan masalah yang dihadapi secara global ekoran
revolusi teknologi komunikasi yang berkembang dengan pesat dan terlalu pantas. Sejak
kebelakangan ini, Malaysia sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran kesan daripada
penyebaran berita tidak benar yang bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah boleh
memberi ancaman terhadap keselamatan, ekonomi, kemakmuran dan kesejahteraan
rakyat dan negara. Sehubungan dengan itu, Akta Anti-Berita Tidak Benar telah
digubalkan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut.

Mencegah budaya penyebaran berita tidak benar

Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 ini juga berunsur pencegahan (deterrence) bagi
memberi mesej yang jelas bahawa setiap individu hendaklah bertanggungjawab terhadap
perkongsian maklumat yang benar dan sihat. Pihak yang didapati bersalah dalam
menyebarkan berita tidak benar boleh dikenakan denda serta penjara atau kedua-duanya
sekali. Selain itu, Mahkamah juga boleh memerintahkan mereka yang didapati bersalah
untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak yang terjejas.

Pada masa yang sama, Akta ini juga akan memberikan mesej yang jelas bahawa Kerajaan
tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita tidak benar yang boleh memudaratkan
ketenteraman awam atau keselamatan Negara malah akan terus memastikan keselamatan
Negara terus terpelihara. Justeru, sememangnya hukuman yang lebih tinggi

7
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

diperuntukkan berdasarkan degree sesuatu kesalahan termasuk pengenaan denda dan


hukuman penjara.

Memastikan hak kebebasan bercakap dan bersuara diamalkan dengan penuh


tanggungjawab

Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 ini digubal selaras dengan punca kuasa sebagaimana
yang diperuntukkan dalam perenggan (a) Fasal 2 Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Akta ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada lambakan berita tidak benar
dan pada masa yang sama bertujuan untuk memastikan hak kebebasan bercakap dan
bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan dihormati.

8
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

4. PENILAIAN

Terdapat banyak pihak yang membuat penilaian terhadap Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018.
Ini termasuklah golongan profesional yang memberi pandangan terhadap akta tersebut. Pelbagai
reaksi masyarakat berhubung kewujudan Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018.

Menurut Penganalisis politik yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod (2018) berkata, mungkin terdapat
pihak yang terlepas pandang akan kebebasan bersuara dan berekspresi yang termaktub dalam
perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, yang sebenarnya memang mempunyai had tertentu.
“Kebebasan bersuara boleh disekat atas faktor kepentingan keselamatan negara, hubungan baik
dengan negara lain, menjaga ketenteraman awam dan kepentingan moral, melindungi
keistimewaan Parlimen, menentang penghinaan mahkamah, fitnah dan perlakuan jenayah.
Justeru, apa jua undang-undang Parlimen yang selaras dengan yang termaktub dalam
Perlembagaan dianggap sah walaupun menyekat hak kebebasan bersuara,”

Pandangan yang dikemukakan oleh beliau jelas menyatakan bahawa walaupun Perlembagaan
Persekutuan menjamin hak kebebasan bercakap dan bersuara kepada semua warga Malaysia
seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak tersebut perlulah diamalkan
dengan penuh perasaan tanggungjawab dan menghormati hak-hak individu lain serta hak awam
dengan tidak menyebarkan suatu berita tidak benar yang boleh mengaibkan pihak lain.
Pandangan beliau semada dengan pandangan pakar komunikasi dan media Dr Mohd Khairie
Ahmad (2018) dimana beliau berkata Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 sekiranya mempunyai
kelebihan yang tidak ada pada mana-mana akta yang berkaitan dalam menangani berita palsu
sebelum ini, maka ia merupakan anjakan proaktif, wajar dan seiring dengan transformasi negara.

Selain itu, tokoh politik Negara tidak terlepas dari memberikan pandangan terhadap Akta Anti-
Berita Tidak Benar 2018. Sebagai contoh Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) YB Dato‟ Seri
Abdul Hadi Awang berkata “ia sebagai melihat kepada situasi hari ini yang banyak sangat
perkara yang bohong dan fitnah disebarkan media massa khasnya media sosial. Walaupun Ada
kemungkinan berlaku salah guna pada akta ini, namun PAS melihat dari sudut pandang kesan
positif bagi mendidik rakyat….”

9
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

Pada masa yang sama Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Datuk Seri Dr. Salleh
Said Keruak telah memberi penjelasan terhadap langkah kerajaan untuk mengubal Akta Anti-
Berita Tidak Benar 2018 yang mana beliau berkata “Apabila pembohongan diulang terlalu
banyak, orang boleh percaya ia benar. Ini adalah penyakit berita palsu yang menjejaskan dunia
secara global, bukan hanya di Malaysia. Kebenarannya tidak subjektif. Ia perlu tepat dan
disokong dengan bukti yang disahkan benar. Jika tidak, ia akan menjadi tuntutan dan tuduhan
semata-mata, dengan tiada bukti. Setiap orang harus memahami konsep ini, supaya mereka tidak
mudah disesatkan oleh berita palsu” oleh sebab yang demikian kerajaan telah membuat
keputusan untuk mengadakan suatu undang-undang baru bagi menangani isu berita tidak benar.

Rajah 2 : YB Dato‟ Seri Abdul Hadi Awang (Presiden parti PAS) menyokong Akta Anti-Berita
Tidak Benar 2018 ketika perbahasan di Parlimen

10
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

5. KRITIKAN

Meskipun ramai yang menyokong, namun ada yang kurang senang malahan membuat kritikan
secara terbuka terhadap Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018. Antara isu yang menjadi polemik
ialah kebimbangan bahawa akta ini semata-mata berpihak kepada golongan tertentu selain akan
membataskan kebebasan rakyat untuk bersuara dan memberi pendapat.

Menurut Mukhriz Mat Rus (2018) Bekas Timbalan Pendakwa Raya dan kini berkhidmat di Pusat
Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, Akta Anti-Berita Tidak
Benar 2018 mendefinisikan 'berita tidak benar' dengan merangkumkan apa-apa berita, maklumat,
data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhannya palsu, sama ada dalam bentuk
rencana, visual, atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan
perkataan atau idea. Skop definisi ini cukup besar dan samar. Prinsip kedaulatan undang-undang
(rule of law) menuntut kepada peruntukan undang-undang yang jelas dan difahami oleh
masyarakat. Bahkan amat sulit untuk mahkamah merumuskan sama ada sesuatu maklumat atau
kenyataan sebagai palsu secara muktamad.

Bagainamapun, Hafiz Marzukhi (2018) wartawan penyiaran berkata dari segi perundangan akta
itu perlu dalam Era Media Sosial, namun ia menjadi kebimbangan bagi pihak media kerana di
Malaysia terdapat banyak dakwaan yang dibuat pelbagai pihak. “Sebagai media, tugas kami
adalah melaporkan tetapi adakalanya sukar untuk mendapatkan pengesahan daripada kedua-dua
pihak, tidak kiralah pihak yang mendakwa atau didakwa. Apa yang dipersoalkan ialah
bagaimana mekanisma penentuan sama ada berita benar atau tidak benar itu”

Pandangan kebimbangan ini semada dengan pandangan Yiswaree Palansamy (2018) wartawan
kanan Malay Mail yang berkata “risiko penarikan semula berita yang dikatakan tidak benar akan
berlaku apabila seseorang tidak suka dengan berita itu dan mahu ia diturunkan, maka dia boleh
ke mahkamah dan meminta hakim untuk mengeluarkan perintah penarikan semula berita secara
ex-parte tanpa dihadiri wartawan atau syarikat media yang menerbitkan berita itu.

Ini bermakna, hakim harus membuat keputusan bahawa berita itu benar atau tidak hanya
berdasarkan pandangan si pengadu tanpa mendengar pandangan wartawan atau syarikat media
berkenaan. “Selepas syarikat media menerima arahan mahkamah, maka berita itu perlu
diturunkan terlebih dahulu, sudah tentu ini menyebabkan kerugian besar kepada syarikat media

11
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

kerana mereka berpotensi kehilangan pendapatan pengiklanan dan lebih teruk kehilangan
pembaca yang mungkin mula sangsi kepada kredibiliti media itu. Adakah ini adil?

Selain itu, terdapat beberapa orang ahli politik yang telah mengkritik Akta Anti-Berita Tidak
Benar 2018 seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketua pembangkang pada ketika itu
menjelaskan bahawa “Ia akan menyebabkan pelbagai jenis berita mudah ditafsir oleh pihak
berkuasa sebagai berita tidak benar dan akhirnya ia akan menyebabkan rakyat mudah dikenakan
tindakan kerana terperangkap dengan tafsiran berita palsu yang tidak jelas” ia adalah
kebimbangan yang diutarakan oleh beliau dimana melalui akta ini pihak berkuasa ada
kemungkin menyalah gunakan kuasa.

Rajah 3 siaran television berkaitan dengan cadangan pemansuhan akta anti-berita tidak benar
selepas pakatan harapan memenang pilihan raya umum ke 14

12
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

6. KESIMPULAN

Sebagai sebuah Negara yang mempunyai potensi untuk menjadi maju seperti Malaysia sudah
pasti memerlukan satu undang-undang khas untuk membendung masalah penyebaran berita
palsu. Setakat ini, dianggarkan 43 juta rakyat Malaysia memiliki telefon bimbit manakala 18 juta
lagi memiliki akaun Facebook. Tanpa menafikan kepentingan telefon bimbit dan media sosial,
kesan penggunaannya mampu memberikan impak yang negatif kepada individu, masyarakat dan
negara

Dunia pada hari ini telah pun mengalami Revolusi Perindustrian 4.0 yang melibatkan pelbagai
bidang termasuk automasi, robotik, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan internet
untuk segala-galanya (IoT) serta kemajuan dalam bidang komunikasi dan digital didapati telah
banyak berita palsu yang tular di media sosial seakan-akan kebebasan bersuara yang termaktub
di dalam Perkara 10 Perlembagaan Malaysia adalah bersifat mutlak.

Penyebaran berita palsu ini mampu mengancam keselamatan dan merencatkan pertumbuhan
ekonomi negara. Sebagai contoh, terdapat pihak yang menyebarkan berita palsu kononnya
Malaysia di ambang muflis dan mengalami kemerosotan ekonomi yang begitu mencabar.
Mereka seakan akan menidakkan pengiktirafan yang diberikan oleh badan-badan antarabangsa
yang menggambarkan ekonomi negara ini berkembang lebih daripada lima peratus setiap tahun.

Sungguhnya, terdapat banyak undang-undang yang boleh digunakan untuk mengekang masalah
penyebaran berita palsu seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Fitnah 1957, Akta
Hasutan 1948 (disemak 1969), Kanun Keseksaan membabitkan fitnah jenayah serta Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan
Khas) (SOSMA) 2012 juga boleh digunakan untuk mencegah penyebaran berita palsu.

Namun, akta-akta ini perlu disemak semula, contohnya dari segi hukuman, selaras dengan
peredaran masa. Namun, akta yang baharu yang lebih khusus seperti Undang-Undang Anti-
Berita Tidak Benar adalah penting bagi mengekang kelestarian penyebaran berita dan maklumat
palsu di negara ini. Walaubagainamapun, pelaksanaan akta tersebut perlulah dilakukan dengan
sebaik-baiknya, adil dan telus agar maksud dan tujuan sebenar pembentukan akta tersebut
tercapai.

13
Undang-Undang Dalam Komunikasi SCCA2083

7. RUJUKAN

Hidir Reduan & Luqman Arif Abdul Karim (2018) "Akta Antiberita Tidak Benar diwartakan"
Publisher By New Straits Times Press (M) Bhd.

Rohaniza Idris (2018)"Akta Antiberita Tidak Benar 2018 mansuh" Publisher By New Straits
Times Press (M) Bhd

Penyata perbahasan parlimen “Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar dibentang”


Publisher By UTUSAN MELAYU (M) BERHAD

Harits Asyraf Hasnan (2018) "Pas sokong RUU Antiberita Tidak Benar" Publisher By Astro
Awani Network Sdn. Bhd

NADIAH ZAMLUS (2018) "Pengamal media gusar Akta Anti Berita Tidak Benar" Publisher
By Developed for the People of Selangor

14

Anda mungkin juga menyukai