Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
Semester 2 Tahun 2

KUIZ : 8 APRIL 2020

KAMPUS : IPG KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING

ANGKA GILIRAN : 2 0 1 8 0 4 2 3 4 0 0 4 9

KOD KURSUS : EDUP3063


KURSUS : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
MASA : 30 MINIT
JUMLAH MARKAH : 20

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian sahaja:


Bahagian A : 4 soalan struktur pendek
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A
3. Semua jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan
4. Buku soalan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas pada akhir kuiz

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Markah
No. Pemeriksa Pemeriksa Jumlah
Soalan 1 2

1
BAHAGIAN A

Jumlah

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


BAHAGIAN A
(20 markah)

1. Pentaksiran dalam pendidikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan


kompetensi pelajar.
Jelaskan kepentingan pentaksiran kepada pelajar.

Terdapat banyak kepentingan pentaksiran dalam Pendidikan. Pentaksiran bukan


sahaja penting keoada guru, namun pentaksiran juga penting bagi pelajar. Antara
kepentingan pentaksiran kepada pelajar ialah, murid dapat mengenal pasti punca
ataupun faktor kepada sesuatu kelemahan diri terhadap sesuatu aspek dalam
pembelajaran mereka. Hal ini membolehkan pelajar memperbaiki dan mengukuhkan
pembelajaran mereka terhadap aspek yang mereka lemah. Sebagai contoh, setelah
pentaksiran dijalankan terhadap ujian Bahasa Melayu misalnya, pelajar mendapati
aspek kemahiran membaca mereka agak kurang memuaskan dan perlu diperbaiki.
Maka, pelajar tersebut boleh menetapkan focus mereka dalam memperbaiki
kemahiran membaca. Selain itu, Pelajar juga dapat mengesan kelemahan mereka
dalam pelbagai aspek. Hal ini tidak tertumpu pada satu aspek sahaja. Misalnya,
aspek akademik dan kokurikulum. Kepentingan yang seterusnya pula ialah pelajar
dapat mengetahui keupayaan dan tahap pengetahuan asas mereka. Misalnya,
pengetahuan asas tentang aspek pembinaan ayat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, murid dapat mengenal pasti tahap penguasaan mereka sama ada mahir
dalam membina ayat yang majmuk atau hanya mampu membina ayat mudah. Maka,
pelajar dapat mengetahui tahap pengetahuan yang telah mereka kuasai untuk
diperkukuhkan lagi di PdP yang seterusnya. Dalam pada itu, pelajar juga dapat
mengetahui masalah lain yang berkaitan masalah tingkah laku atau masalah disiplin
mereka. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada mereka untuk memperbaiki
tingkah laku agar menjadi lebih berdisiplin. Di samping itu, pelajar dapat membuat
perbandingan tahap pengetahuan mereka terhadap rakan sekelas untuk sama-sama
memperbaiki kelemahan sendiri. Misalnya, pelajar dapat berbincang dengan rakan
yang lebih mahir dalam sesebuah aspek untuk memperbaiki diri dalam aspek
tersebut.

[5 markah]

2. Pentaksiran di Malaysia telah melalui transformasi mulai 2011 apabila pentaksiran


autentik diperkenalkan melalui Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS)
Terangkan maksud pentaksiran autentik.

2
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT
Pentaksiran autentik merupakan sebuah penilaian pengetahuan atau penglibatan
pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat
mungkin. Hal ini meliputi pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar,
pemahaman, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran
dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.

[5 markah]

3. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan blueprint yang menggambarkan suatu ujian
secara terperinci dari segi huraian objektif, jenis item, sasaran, aras kesukaran dan
jumlah item.
Nyatakan lima langkah dalam pembinaan JSU.

Dalam dunia pendidikan, pentaksiran merupakan bahagian utama dalam proses


pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran merangkumi penggubalan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU), pentadbiran ujian dan analisis skor murid. Langkah yang
pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang
menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu
dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara
aspek yang dikaji ialah skop pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah
diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk. Selain itu, kepentingan
perbandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diamabil kira. Sukatan
pelajaran perlu dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan
masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk tersebut.

Langkah kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini


dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu
diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga dapat menentukan tahap kesukaran mana
yang perlu diuji. Secara lazimnya, aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan
kepada pembahagian yang dibuat melalui Taksonomi Bloom. Maklumat-maklumat
tersebut adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan
ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina.
Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga
paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk,
paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran,
dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan
setiap tajuk dan bilangan soalan.

3
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT
Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin
diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai
berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang
bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.

Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan.
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain
objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah
soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan
sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi
markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan
pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan.
Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan
jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran
ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan
bahasa murid dan lain-lain.

Langkah yang kelima ialah menentukan domain kognitif soalan. JSU digubal
berdasarkan kepada domain kognitif dalam Taksonomi Bloom. Enam peringkat yang
terdapat dalam Taksonomi Bloom ialah mengingati, memahami, mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta. Maka, item yang digubal adalah terdiri daripada
enam peringkat yang terdapat dalam Taksonomi Bloom ini.

_____Kesimpulannya, penggubalan JSU menjadi panduan bagi membina ujian secara


terancang dan rapi. Setelah JSU digubal, pembinaan item ujian dapat dilaksanakan
dengan lancar dan teratur. Hal ini demikian, item ujian yang digubal adalah pada
aras kesukaran yang ditetapkan berdasarkan domain kognitif Taksonomi Bloom.

[5 markah]

2. Item aneka pilihan ialah jenis item yang paling sesuai untuk mengukur hasil
pembelajaran mudah dan kompleks.
Jelaskan empat perkara penting yang boleh dijadikan sebagai panduan semasa
menggubal item aneka pilihan.

Antara perkara yang penting dalam menggubal item aneka pilihan ialah rangsangan
atau stimulus. Stimulus adalah maklumat khusus dimana item itu didasarkan dan
berbentuk teks, grafik, jadual,perbualan dan lain-lain lagi.Hal ini merupakan
pengetahuan teks sepenuhnya atau secara berterusan. Selain itu, stem. Stem
4
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT
adalah bahagian yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap,
ayat tidak lengkap. Seterusnya ialah, pokok soalan perlulah bersifat positif.
Kemudian ialah Plihan jawapan. Pilihan jawapan perlulah bersifat homogen. Ini
merupakan tidak pilihan jawapan yang lain tidak sama dengan pilihan jawapan
sebenar. Akhir sekali ialah hanya empat atau lima pilihan jawapan sahaja yang boleh
digunakan.

[5 markah]

5
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT

Anda mungkin juga menyukai