Anda di halaman 1dari 2

enggunakan Facebook, LinkedIn dan sebagainya.

Pemasaran digital juga bukan terletak


kepada kepandaian anda menulis status yang menarik di sosial media. Pemasaran
digital juga bukan terletak kepada kepandaian anda menyediakan video-video yang
viral semata-mata.

Ia lebih mendalam dari ini semua.

Ia sebenarnya adalah salah satu cara dari pelbagai cara anda memasarkan produk atau
perkhidmatan untuk membuatkan orang membeli. Cara yang digunakan ini ialah
berbentuk digital, iaitu dengan mengambil kesempatan ke atas kuasa internet.
Digital juga bukan satu-satunya cara anda patut memasarkan produk anda kerana
terdapat pelbagai cara lain lagi.

Tabiat membeli, kemahuan, kehendak dan permintaan para pengguna di Malaysia kini
telah sama sekali berubah berbanding 5 tahun dahulu dan sebelumnya. Begitu juga
pada platform digital, semuanya kini berlainan. Apa yang berbeza? Ini di antaranya
perkara-perkara yang perlu anda ambil kira untuk strategi pemasaran digital anda
bagi tahun 2019:

Kehendak pembeli yang tidak boleh dibeli. Kini kehendak pembeli tidak lagi boleh
�dibeli� dan �disogok� oleh iklan. Orang ramai kini menyampah dengan iklan. Kalau
mereka nampak sahaja iklan yang menyelinap masuk ke dalam bahan-bahan di internet
yang mereka ingin lihat, terus dan tanpa teragak-agak mereka akan menekan butang
Tutup. Tahukah anda sekiranya para pengguna di luar sana ingin membeli sesuatu
produk atau perkhidmatan yang mereka jumpa di internet, terang-terang ia bukan
disebabkan oleh iklan yang mereka lihat?

Kandungan. Semakin banyak jenama kecil dan besar kini menggunakan media sosial dan
kaedah pemasaran digital lain untuk membina autoriti mereka di pasaran. Mereka
ingin mewujudkan rasa kebolehpercayaan untuk mendapatkan keyakinan dari para
pengguna. Jadi mereka amat memerlukan bahan-bahan pemasaran bagi tujuan ini.
Penulisan artikel, penyediaan video, merekabentuk grafik seperti poster dan
infografik kini sangat diperlukan.

Kualiti produk and pengalaman manis. Pemasaran melalui buah mulut hanya akan
terjadi apabila seseorang itu merasa puashati dengan kualiti produk dan pengalaman
mereka dengan produk tadi. Dengan sendirinya mereka akan menceritakan kebaikan
produk tersebut dan juga apa yang mereka alami iaitu pengalaman manis mereka kepada
orang lain.

Tawaran nilai. Hanya jenama-jenama yang mempunyai nilai dari pandangan pengguna
sahaja yang bakal bertahan dan terus hidup. Ia satu formula yang mudah. Grab adalah
salah satu contoh yang terbaik. Perkhidmatannya sangat diperlukan dan bernilai pada
pandangan para pengguna. Lihat bagaimana perkembangan jenama ini sekarang.
Sekiranya jenama anda tidak dilihat bernilai, mungkin jenama anda akan menghitung
hari sahaja untuk hidup

Gajet, perkakasan mudah alih. Kini maklumat berada hanya di hujung jari sahaja.
Sekiranya bahan pemasaran anda tidak interaktif untuk mudah dilihat dengan
perkakasan mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, mungkin para pengguna
tidak dapat menemui bahan pemasaran anda. Dan apabila bahan anda tidak dijumpai,
mereka tidak akan membeli produk atau perkhidmatan yang anda sediakan.

Ekonomi freelancer. Kini, kemampuan golongan freelancer ini mungkin hampir sama
dengan kemampuan yang dimiliki oleh syarikat besar. Bezanya, harga yang ditawarkan
mungkin jauh lebih murah berbanding syarikat-syarikat besar yang menyediakan
perkhidmatan yang sama. Penjimatan sebegini amat menarik minat para pengguna untuk
menggunakan khidmat mereka. Ia berkembang dengan begitu pesat sehinggalah ia
dikenali sekarang sebagai ekonomi freelancer.
Iklan. Kepercayaan terhadap iklan kini semakin berkurangan. Lihat sahaja gambar
sesuatu produk itu melalui iklan yang jenama-jenama ini keluarkan berbanding dengan
melihat produk tersebut secara fizikal. Realitinya, ia amat berbeza. Kalau 5-10
tahun dahulu mungkin pengguna di luar sana masih lagi mudah �tertipu� tetapi kini
para pengguna lebih bijak untuk membuat penilaian dan homework sebelum mereka
membeli apa-apa produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Apa yang akan mereka
lakukan? Sudah semestinya mereka akan mencari review atau maklumbalas sesiapa yang
telah menggunakan produk yang ingin mereka beli terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai