Anda di halaman 1dari 1

Perniagaan adalah sumber rezeki yang sememangnya mudah untuk diperolehi oleh setiap

orang. Dengan teknik dan cara yang betul, anda mampu untuk memperolehi rezeki yang
banyak dan berkat, lebih-lebih lagi dengan berniaga.

Antara cara yang lebih baik adalah mengikut sunnah Rasulullah ketika berniaga
adalah:

1. Tidak pernah berdebat iaitu beliau tidak pernah menyakiti hati peniaga lain
ketika berniaga.
2. Gunakan teknik menjual yang unik iaitu menjual barangan dengan harga yang tidak
terlalu tinggi supaya pembeli tidak merasa seperti ditipu dan berpuas hati.
3. Sentiasa senyum ketika berniaga kerana ianya merupakan daya penarik. Walaupun
tutur kata tidak seberapa, namun pelanggan tetap menggemari peniaga yang berwajah
manis.
4. Selain itu, jujur juga adalah perlu. Kejujuran sangat ditekankan dalam
perniagaan kerana ianya merupakan elemen penting.
5. Berniaga bukan hanya mengejar harta semata-mata, malah untuk mencari penghidupan
yang halal. Selain itu, bagi mengukuhkan potensi untuk orang kaya tampil kehadapan
dan menghulur modal bagi tujuan perniagaan yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai