Anda di halaman 1dari 10

FAEDAH BERSUKAN

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh
badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri
dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita
peroleh.

            Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila
kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan
mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya,
badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam
kelas.

            Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan


menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira
umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman,
kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan
mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

            Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara
bermanfaat.Sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu
lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri
daripada terjebak dalam gejala sosial.

            Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama


sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili
pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi
mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama
sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

        Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita
bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia
masyarakat yang cerdas dan cergas.
CARA-CARA MENGGUNAKAN MASA DENGAN BERFAEDAH

 Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah
"Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan
masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak
dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak
membazir begitu sahaja.
          Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya
dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong,
berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa
dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita.
         Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi
sanak saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-
siar, kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
         Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang
ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan,
surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok
ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.
        Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang
dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham
situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu
mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara
tidak langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan.

       Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri


supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga.
Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.
FAEDAH KOMPUTER

Komputer merupakan alat elektronik yang menyimpan maklumat pada


cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat
selanjutnya apabila diperlukan. Penggunaan komputer semakin popular di
dunia dewasa ini. Terdapat pelbagai jenis komputer seperti komputer
peribadi, komputer meja, komputer mudah alih, komputer talapak dan
sebagainya. Murid-murid terdedah kepada dunia komputer sejak peringkat
sekolah rendah lagi. 

Pendedahan ini memberikan banyak faedah kepada mereka. Antaranya,


murid-murid boleh meluaskan pengetahuan dan minda mereka melalui
penggunaan internet. Murid-murid dapat mencari maklumat terkini dengan
cepat dan mudah. Oleh yang demikian, dapat membantu murid-murid dalam
proses pembelajaran. Secara tidak langsung ini akan membantu murid-murid
meningkatkan prestasi akademik mereka.
  
Di samping itu, komputer memudahkan tugas kita. Banyak kerja dan
tugasan kini dilakukan dengan bantuan komputer, seperti kerja-kerja
penaipan, pelukisan grafik, dan penyediaan laporan. Komputer
membolehkan kita menyiapkan kerja tersebut dengan mudah dan cepat.
Bagi murid-murid, penggunaan komputer dapat menjimatkan masa dalam
pembelajaran dan pengajaran sama ada di rumah mahupun di dalam kelas.

Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat


murid-murid mengikuti pelajaran. Teknik kapur dan papan hitam yang
digunakan pada hari ini mungkin akan membosankan para murid yang
dibesarkan dalam zaman teknologi maklumat ini. Komputer, dengan konsep
multimedia, iaitu gambar, bunyi dan warna, mampu menarik minat para
pelajar. Sudah pastinya, setiap murid akan berasa seronok dan ingin
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Justeru, akan
memudahkan murid memahami sesuatu pelajaran kerana mereka mendapat
gambaran yang tepat tentang sesuatu topik yang dipelajari.

Komputer juga mempunyai program untuk memperkembang bahasa,


contohnya tesaurus. Murid-murid boleh belajar makna perkataan dan
penggunaannya. Justeru, murid-murid akan bijak menyampaikan idea.
Penulisan karangan juga akan menjadi lebih mantap dengan penggunaan
kosa kata yang lebih meluas.

Kesimpulannya, komputer sangat berguna dalam kehidupan pada hari ini.


Guru-guru dan juga murid-murid perlu menjadikan komputer sebagai alat
teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Ibu bapa wajar menggalakkan
anak-anak menggunakan komputer sejak dari kecil lagi.
FAEDAH PERPUSTAKAAN

Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku


yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-
lain lagi. Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja
untuk kemudahan orang ramai membaca. Ini kerana dengan membaca,
pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-
murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak memberi faedah kepada kita.

             Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan


memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan
dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara
tidak langsung akan terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak
sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid
akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah. 

            Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri.


Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti
larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun
semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat
berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi
amalan dalam kehidupan mereka. 

            Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga


dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu
membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di
perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli buku-
buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung. atau membeli barang
keperluan yang lain.

            Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh


itu, kita perlu memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi kemajuan
kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan
rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di
perpustakaan seperti komik, majalah dan sebagainya.
FAEDAH KELAS TAMBAHAN

Kelas tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran


yang dijalankan di luar waktu persekolahan atau ketima musim cuti
sekolah.Ketika ini, kelas tambahan seakan-akan menjadi suatu
kewajipan bagi mana-mana sekolah. Pihak ibu bapa pula
beranggapan kelas tambahan ini perlu bagi meningkatkan prestasi
pelajaran anak-anak. 
              Kelas tambahan ini biasanya menjadi pilihan utama ibu
bapa kerana kelas ini boleh diikuti oleh murid-murid secara
percuma. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos
perbelanjaan ibu bapa. Tambahan pula, tenaga pengajarnya pula
terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri. 
             Selain itu, kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh
memberikan banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan
keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga
dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman
kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya.
Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan
berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam
menghadapi peperiksaan pula. 
             Di samping itu, kelas tambahan yang dijalankan biasanya
memberikan lebih kefahaman kepada murid-murid. Murid-murid
yang lemah akan diberikan lebih tumpuan kerana kelas ini tidak
menekankan silibus. Oleh itu, kelas tambahan banyak membantu
murid-murid sederhana dan lemah untuk menguasai kemahiran
dalam sesuatu mata pelajaran.
             Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid
memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas
tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa menyukarkan
murid-murid untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang
hantu. Ini dapat menghalang mereka terbabit dalam gejala yang
tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton
televisyen.
             Kesimpulannya, Kelas tambahan banyak memberikan
manfaat. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan anak-anak
mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka
cerah.
KEPENTINGAN HUTAN

Hutan merupakan anugerah daripada Tuhan. Anugerah ini memang tidak


ternilai kepada kita. Oleh sebab itu, alam ini wajar dipelihara sebelum
terlambat kerana “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.

Hutan sangat penting kepada kehidupan kita. Antaranya, hutan dapat


dijadikan kawasan tadahan air hujan. Kita semua menggunakan air dalam
pelbagai aspek kehidupan harian seperti mencuci, memasak dan lain-lain.
Oleh sebab itu, hutan menjadi nadi kehidupan kepada penduduk bumi.

Selain itu, Hutan berfungsi sebagai habitat kepada pelbagai flora dan
fauna.Hutan dapat menyelamatkan flora dan fauna kerana kepupusan flora
dan fauna berkait rapat dengan hutan. Ini secara tidak langsung
mengekalkan kesimbangan ekosistem.

Sementara itu, hutan juga memainkan peranan sebagai pengawal


pemanasan global. Pemanasan global berlaku kerana pencemaran dan sikap
manusia yang tidak cinta akan alam sekitar. Oleh hal yang demikian, tahap
kepanasan di muka bumi ini dapat dikurangkan agar kita tidak berpanas.

Hutan merupakan sumber rezeki, terutamanya Orang Asli. Oleh itu,


hasil hutan seperti herba, rotan, kayu balak dan ubat-ubatan dapat terus
dicari dengan kewujudan hutan. Amalan perubatan tradisional juga dapat
diperkembangkan jika hutan dijaga dengan baik.

Kesimpulannya, hutan wajib dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh


setiap penduduk bumi. Hutan dapat memberi ketenangan jiwa kepada kita
dengan hutan yang malar hijau. Oleh itu, kawasan hutan mestilah diperluas
dan dipulihara demi masa depan semua.
CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI

Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan
yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan
seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri.
Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan
sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan
oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang
berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti
yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik.
Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu
memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan
penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala.
Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat
awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang


harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja
menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang
penuh ceria kepada diri dan keluarga.
FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis
kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar
digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah.

     Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang.


Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan
budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat
menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika
kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu,
kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

     Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi


pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi,
setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar
memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan
menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-
kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

     Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita


dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai
kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita
akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan
sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.

     Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan.


Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang
dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-
tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan
ini akan mengeratkan hubungan sesamakita.

     Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan


kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik
untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah
menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh
itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.
CARA-CARA MENGHARGAI GURU

Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi insan
yang berguna kepada bangsa dan negara. Guru juga ibarat ibu bapa kedua kepada
pelajar kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Oleh itu, sebagai murid
kita sewajarnya menghargai guru. Terdapat banyak cara untuk menghargai guru kita. 

     Antara cara untuk menghargai jasa guru ialah dengan menghormati


mereka. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. 
Mereka mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna. Contohnya, kita
boleh mengucapkan salam apabila berjumpa dengan  guru. Kita juga tidak
boleh sombong terhadap guru.

     Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja


sekolah mereka. Guru memberikan kerja sekolah bukannya untuk
membebankan pelajar, sebaliknya sebagai latihan tambahan atau
pengukuhan di rumah. Oleh itu, kita mesti menghantar kerja sekolah 
mengikut masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan, guru
akan membetulkannya. Ini pastinya dapat membantu pelajar untuk membuat
pembetulan.

     Kita juga boleh menghargai guru dengan cara  berdisiplin semasa di


sekolah. Disiplin sangat penting untuk menjadi pelajar yang berjaya dalam
pelajaran. Contohnya, kita perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat
dalam kes-kes buli, gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, dan lain-
lain. 

     Pelajar  boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Pelajar boleh


membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Mereka
juga boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan hari guru pada
16 Mei.

     Pelajar boleh  menghargai guru dengan mengenang jasa  guru.  Hal ini
disebabkan guru telah banyak berjasa. Contohnya, kita boleh memberikan
hadiah kepada guru semasa sambutan Hari Guru pada 16 Mei.Kita juga perlu
menunjukkan kasih sayang kepada guru. Kita bolehlah menziarahi guru ketika
mereka sakit. Dengan ini guru akan berasa gembira dan bangga terhadap
pelajarnya.

     Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup menerangi orang lain. Oleh
itu, setiap pelajar perlu menghargai guru. Ini kerana, jasa guru tidak ternilai
harganya dalam melahirkan insan-insan yang berjaya, cemerlang dan
gemilang.  
FAEDAH MENABUNG

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan.


Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak
faedah kepada kita.

     Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-


cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita
hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit
saku yang diberi oleh  ibu bapa dapat disimpan ke dalam tabung.

     Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan


ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk
melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga
membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa
pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan
berdikari itu.

     Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika


kita sakit, wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan.
Contohnya, wang itu digunakan untuk membeli ubat-ubatan atau bil hospital.
Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika  ahli keluarga kita sakit atau
ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang
lain. 

     Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita


menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan
atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan
masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak
menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak


kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu ,
mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Anda mungkin juga menyukai