Anda di halaman 1dari 19

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK


Norizah Taib

PENGENALAN

Kehidupan sepatutnya mengembirakan


Pekerjaan sepatutnya mendapat imbuhan
PEMBELAJARAN sepatutnya MENYERONOKKAN!!!

Bagaimana menjadikan pembelajaran menyeronokkan? Amalan pengajaran pembelajaran


dalam bilik darjah amat penting! Kaedah-kaedah alternatif yang selari dan bersesuaian
dengan kehendak kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh guru. Pemilihan strategi,
kaedah dan teknik serta perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu
diselaraskan untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Guru-guru perlu menukarkan paradigma daripada amalan pengajaran berpusatkan guru


kepada pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Murid-murid disediakan
dengan aktivti-aktiviti pembelajaran yang boleh memperkembangkan daya intelek mereka
di samping menggalakkan berfikir secara kritis dan kreatif. Guru-guru perlu menyediakan
alat bantu mengajar yang sesuai dengan pelajaran yang diajar supaya suasana
pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan.

OUM
119
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK TOPIK 6

OBJEKTIF

1. memahami makna strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan


pembelajaran;

2. mengenalpasti klasifikasi strategi pengajaran dan pembelajaran;

3. membanding beza ciri-ciri bagi setiap klasifikasi strategi pengajaran dan


pembelajaran;

4. mengklasifikasikan kaedah dan teknik mengikut strategi yang betul; dan

5. gambaran keseluruhan topik.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

BERPUSATKAN BERPUSATKAN BERPUSATKAN


MURID GURU BAHAN

Kaedah dan Kaedah dan Kaedah dan


Teknik Teknik Teknik
x Syarahan x Pembelajaran
x Simulasi x Kuliah Bermodul
x Lakonan x Penerangan x Tayangan Video
x Permainan x Demonstrasi/ x Tayangan slaid
x Lawatan tunjuk cara
x Projek x Bercerita
x Inkuiri
penemuan
x Perbincangan
x Sumbangsaran
x Pembelajaran
melalui
pengalaman

OUM
120
TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

6.1 DEFINISI

6.1.2 Pendekatan

Pendekatan merujuk kepada cara sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan kepada
objektif jangka panjang.

6.1.3 Strategi

Strategi merupakan kaedah dan teknik yang dirancangkan dan digunakan dalam satu-satu
pengajaran. Dengan itu, strategi pengajaran-pembelajaran merangkumi semua kaedah
dan teknik yang digunakan oleh guru. Perkaitan di antara pendekatan, strategi, kaedah
dan teknik dapat digambarkan seperti pada Rajah 6.1.

6.1.4 Kaedah

Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang bersistematik serta berurutan dan bertujuan
mencapai objektif yang spesifik.

6.1.5 Teknik

Teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung didalam sesuatu kaedah.
Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam
pengajaran.

Pendekatan

Strategi

Kaedah

Teknik

Rajah 6.1: Perkaitan di antara pendekatan, strategi, teknik dan kaedah


Sumber: Ee Ah Meng, 1989

OUM
121
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK TOPIK 6

Gabungan semua kaedah dan teknik akan membentuk strategi pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan oleh seseorang guru untuk mencapai objektif jangka
panjang bagi sesuatu pendekatan.

6.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sebagai seorang guru, anda perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan dengan mempelbagaikan strategi. Mata pelajaran Kemahiran Hidup merangkumi
aspek teori dan amali yang tidak boleh diabaikan. Penyepaduan aspek teori dan amali
amat penting untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani seperti hasrat FPK di samping penerapan nilai murni.

Pada amnya tiga komponen utama dalam proses pendidikan terdiri daripada guru, murid
dan pengetahuan. Ketiga-tiga komponen ini saling bergantung antara satu sama lain.
Peranan utama guru ialah menyediakan satu persekitaran pembelajaran atau iklim
pembelajaran yang dapat menyalurkan ilmu secara optimum. Ini memerlukan usaha dan
pengurusan yang efektif sama ada dari segi fizikal bilik darjah mahupun strategi untuk
menyampaikan pengetahuan itu sendiri. Beberapa kriteria perlu diambil kira semasa
memilih strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kriteria-kriteria tersebut ialah:

(i) Faktor kesediaan dan gaya pembelajaran


murid-murid.
(ii) Strategi yang menggalakkan pemindahan
pembelajaran
(iii) Strategi yang mewujudkan motivasi
(iv) Strategi yang mengekalkan ingatan
(v) Strategi yang meningkatkan pengamatan
dan penanggapan
(vi) Strategi yang berdaya fikir
(vii) Strategi yang memupuk nilai dan sikap

OUM
122
TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

6.2.1 Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

STRATEGI P&P

Berpusatkan Berpusatkan Berpusatkan


Guru Murid Guru

(i) Strategi Pemusatan Guru


Strategi pemusatan guru hanya menekankan pada penyampaian guru dan tidak
melibatkan penyertaan murid. Di dalam bilik darjah, guru mengusai dan mengawal
segala aktiviti pembelajaran dan murid hanya duduk mendengar. Kaedah
syarahan/kuliah merupakan contoh bagi melaksanakan strategi ini.

(ii) Strategi Pemusatan Murid


Di bawah strategi ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Guru merupakan fasilitator yang membimbing murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. Di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukan
kepada aktiviti pembelajaran murid.

(iii) Strategi Pemusatan Bahan


Strategi pemusatan bahan pula menekankan pada penggunaan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran seperti slaid, carta, modul, pita rakaman dan
sebagainya. Strategi yang digunakan dalam kursus yang diikuti oleh anda ini ialah
strategi pemusatan bahan. Anda menggunakan modul sebagai bahan pembelajaran
yang terancang.

Gambarkan diri anda ketika di bangku sekolah. Cuba ingat kembali cara
guru anda mengajar. Pernahkah guru anda bercerita atau menyanyi di
dalam kelas? Adakah ia menyeronokkan? Bolehkah anda menggunakan
teknik menyanyi atau bercerita dalam kelas Kemahiran Hidup? Mari kita
lihat seterusnya!

Mari kita lihat apakah perbezaan antara strategi pemusatan guru dan pemusatan murid
terlebih dahulu.

OUM
123
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK TOPIK 6

(a) Perbezaan Ciri-ciri Strategi Pemusatan Guru dan Pemusatan Murid

Ciri-ciri Strategi Pemusatan Guru Ciri-ciri Strategi Pemusatan Murid

1. Guru memainkan peranan utama 1. Guru dan murid bersama-sama


dalam proses pengajaran dan memainkan peranan dalam proses
pembelajaran. pengajaran dan pembelalajaran.

2. Komunikasi sehala. Guru bercakap 2. Komunikasi berbentuk dua hala. Guru


murid mendengar. sebagai pemudahcara, murid
melakukan aktiviti pembelajaran.

3. Guru mengarah dan mengawal 3. Menekankan pembelajaran kendiri,


pembelajaran. pengarahan kendiri dan kaedah
dapatan dan inkuiri penemuan.

4. Lebih mengutamakan pencapaian 4. Lebih mengutamakan objektif


objektif pengajaran guru. pembelajaran murid.

5. Perkembangan intelek sahaja 5. Menekankan perkembangan murid dari


berlaku. Aspek jasmani, emosi, aspek jasmani, emosi, jasmani dan
rohani kurang berkembang. intelek.

6. Menekankan ujian sumatif untuk 6. Menekankan ujian formatif.


menggredkan murid. Menggunakan hasil ujian untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan
murid.

7. Murid mudah bosan. 7. Murid lebih berminat terhadap


pelajaran yang dipenuhi aktiviti.

8. Murid kurang berupaya membuat 8. Murid lebih berupaya menggunakan


generalisasi kerana pembelajaran segala yang telah dipelajari serta
menekankan ingatan dan hafalan. memindahkan kepada situasi-situasi
yang baru.

9. Murid cepat berasa puas hati dengan 9. Naluri ingin tahu murid dapat
fakta-fakta yang diberikan oleh guru. diperkembangkan lagi.

10. Sifat-sifat sosial murid kurang 10. Sifat-sifat sosial murid yang positif
dipupuk. dapat diperkembangkan seperti
bekerjasama, bertimbang rasa, tolong
menolong dan sebagainya.

11. Murid kurang kreatif dan tidak 11. Murid lebih kreatif dan inovatif.
berimaginatif

OUM
124
TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Cuba anda teliti perbezaan strategi pemusatan guru dan strategi


pemusatan murid. Bincang dengan rakan anda strategi yang manakah
menepati hasrat FPK?

6.2.2.2 Strategi Pembelajaran Bestari

Berikut adalah jenis-jenis strategi pembelajaran yang boleh anda gunakan didalam bilik
darjah, iaitu:

1. Strategi Direktif
Strategi ini berperanan untuk membantu murid memperolehi maklumat, pengetahuan
dan kemahiran. Murid diarah untuk mematuhi langkah-langkah tentang sesuatu
kemahiran atau pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Murid menerima
maklumat dan pengetahuan melalui penerangan terhadap sesuatu
kemahiran/konsep daripada guru melalui tunjuk cara, bimbingan dan latihan diikuti
dengan ujian menilai kefahaman. Contoh: demontrasi, kuliah dan latih tubi.

Strategi ini berpusatkan guru dan pembelajaran adalah secara tradisional. Prinsip
asas pada strategi ini ialah:

(a) Penstrukturan informasi


(b) Penentuan matlamat dan kaedah yang dipakai
(c) Penyediaan rancangan
(d) Penyemakan terhadap pengetahuan dan ingatan
(e) Membuat peneguhan

2. Strategi Koperatif
Murid bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi
maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi di antara satu sama lain secara
berstruktur

3. Strategi Pemerhatian
Murid membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau penerangan
tantang sesuatu kemahiran.

4. Strategi Metakognitif
Murid melalui proses berfikir semasa proses pembelajaran, rancangan
pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri.

5. Strategi Generatif
Murid digalakkan menjana idea secara kritis dan kreatif. Murid berhadapan dengan
proses pembelajaran yang menjurus ke arah pemikiran yang menggunakan metafora
dan analogi. Pemikiran murid diasuh untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara
kritis dan kreatif serta dapat melahirkan seorang individu yang bersifat intutif dan
celik akal dalam melihat sesuatu situasi.

OUM
125
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK TOPIK 6

6. Strategi Mediatif
Pelajar berupaya mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, mengenal pasti andaian, membuat inferens dan
hipotesis. Strategi ini memberi peluang untuk menentukan secara sistematik konsep
dengan mengaplikasikan dan membuat kategori. Pembelajaran adalah satu proses
aktif di mana pelajar membina idea dan konsep berlandaskan pengetahuan lepas
dan sekarang. Pelajar membuat kategori ciri utama dan membina konsep mengikut
kefahaman mereka.

7. Strategi Konteks Luar


Murid belajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu masa seperti
menghadiri seminar, bengkel, mengendalikan projek serta melalui proses latih amal.

8. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan


Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik
yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai
cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan
yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab.

Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, BPG, 2002.

Strategi-strategi pembelajaran yang dinyatakan di atas merupakan strategi


yang diaplikasikan dalam pedagogi bestari. Pedagogi bestari harus
menggabungkan pelbagai strategi pembelajaran. Penggabungan ini untuk
membolehkan pelajar mencapai tahap kompetensi ‘mastery’ dan
perkembangan diri yang menyeluruh. Strategi pembelajaran bestari
mengambil kira perbezaan individu, gaya pembelajaran, minat dan
kebolehan pelajar untuk menggalakkan kreaviti dan keseronokan belajar.
Strategi ini membantu individu belajar tanpa kawalan secara beransur dan
dapat menggalakkan pembelajaran seumur hidup.

Refleks perkara-perkara berikut dan bincang dengan rakan anda!

OUM
126
TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Adakah manusia sama 10 tahun yang lalu,


50 tahun yang lalu ataupun 100 tahun yang lalu?

Adakah murid sekarang penat dengan aktiviti?

Adakah murid sekarang lebih bijak berbanding kita


pada umur mereka dahulu?

Apakah strategi pembelajaran yang sesuai untuk


murid-murid sekarang?

6.3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Anda telah mempelajari strategi pengajaran pada unit 6.2. Apakah pula kaedah yang
boleh digunakan dalam setiap strategi itu dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup?

6.3.1 Kaedah dan Teknik bagi Strategi Pemusatan Murid

Berikut ialah kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam P&P. Walaubagai manapun,
bahagian ini akan menerangkan beberapa kaedah dan teknik yang sesuai digunakan bagi
mata pelajaran Kemahiran Hidup.

(a) Simulasi: Main Peranan dan Lakonan


Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan
sebenar. Dengan kaedah ini, murid-murid melakukan sesuatu perkara secara olok-
olok dalam satu keadaan yang teratur. Simulasi merupakan satu kaedah pengajaran
yang sangat menarik, menggalakkan serta menyeronokkan. Simulasi boleh
digunakan untuk menguasai kemahiran membina pemikiran kritis dan dapat
mengaitkan simulasi tersebut dengan isi pelajaran supaya lebih mudah difahami
serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.

OUM
127
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK TOPIK 6

Prinsip-prinsip Simulasi

x Satu situasi bermasalah secara bertulis atau lisan diberikan.


x Penerangan diberi tentang:
- masalah yang hendak di selesaikan
- peranan diagihkan kepada watak-watak berlainan
- arahan yang perlu diberikan
- tempoh masa sesi simulasi ditetapkan
x Ketika simulasi sedang berjalan guru hanya memerhati.
x Selepas simulasi, murid diminta memberi pandangan tentang cara-cara
penyelesaian masalah melalui simulasi.
x Perbincangan di antara guru dan murid diadakan di peringkat akhir untuk mencapai
satu rumusan.

Langkah-langkah Menjalankan Simulasi

Simulasi boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah mengajar dalam sesuatu waktu


pelajaran seperti berikut:

1. Guru mewujudkan situasi yang bermasalah.


2. Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah, peranan watak-watak
dan tempoh lakonan.
3. Guru memilih murid untuk memainkan peranan.
4. Murid-murid memainkan peranan sambil menyelesaikan masalah dalam situasi itu.
5. Guru berbincang dengan murid-murid cara penyelesaian masalah yang telah dibuat.
6. Satu kesimpulan atau rumusan dibuat tentang simulasi yang dijalankan.

OUM
128
TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Tujuan-Tujuan Simulasi

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik simulasi mempunyai


tujuan seperti berikut:

Murid dapat membina


pemikiran secara analitis
dan kritis

Murid dapat menguasai Membawa situasi sebenar


kemahiran ke dalam bilik darjah

Tujuan
Simulasi

Untuk mengaitkan isi Membina sikap


pelajaran dengan aspek positif
efektif

Mempelbagaikan aktiviti
pengajaran

Kelebihan Simulasi

1. Membenarkan murid mempraktikkan kemahiran dalam keadaan yang selamat.


2. Pembelajaran adalah berkesan kerana murid boleh bersedia dengan rapi.
3. Peluang untuk mencuba sesuatu dalam keadaan yang selesa.
4. Maklum balas tentang prestasi murid dalam satu-satu situasi dapat dikesan dengan
cepat.
5. Murid-murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru.
6. Suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
7. Sikap dan perasaan murid dapat dilihat semasa simulasi.
8. Ia dapat memupuk daya cipta murid.
9. Murid-murid didedahkan dengan pengalaman yang menyerupai situasi sebenar.
10. Menggalakkan interaksi antara murid-murid.

OUM
129
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK TOPIK 6

Kaedah pengajaran yang berfokuskan aktiviti pembelajaran mestilah


berpusatkan murid, merentas pelbagai cabang disiplin dan menyepadukan
isu-isu dunia kehidupan sebenar.

(b) Lawatan

Lawatan merupakan satu kaedah pembelajaran yang menepati pendekatan pembelajaran


kontekstual.

Pelajar biasanya dibawa ke tempat-tempat seperti kilang-kilang, muzium atau organisasi


yang ada kaitan dengan topik pelajaran.

Kejayaan sesuatu lawatan bergantung kepada persediaan sebelum lawatan dan kerja-
kerja susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada
murid-murid. Di samping itu, anda boleh menyediakan soalan-soalan berkaitan tentang
aspek-aspek penting tempat yang dilawati. Cara ini dapat membantu murid-murid
memberi perhatian kepada perkara-perkara penting yang harus diperhatikan semasa
lawatan itu.

Prinsip-prinsip Lawatan

1. Tempat lawatan hendaklah sesuai dengan topik pelajaran dan murid-murid


2. Guru perlu merancang dengan teliti pengisian semasa lawatan
3. Sediakan soalan yang berkaitan untuk dijawab oleh murid semasa lawatan
4. Perbincangan dan refleksi hendaklah dibuat selepas lawatan.

Kebaikan-kebaikan Lawatan

1. Lawatan memberikan murid-murid dengan pengalaman secara langsung dan


menarik.
2. Kesedaran murid-murid tentang alam sekitar akan bertambah.
3. Lawatan membawa kesan yang besar disebabkan penggunaan pelbagai deria.
4. Kaedah lawatan sesuai untuk semua mata pelajaran
5. Lawatan mendatangkan satu variasi kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah.

Kelemahan-kelemahan Lawatan

1. Tanggungjawab membawa murid-murid adalah berat.


2. Masalah disiplin murid-murid mungkin wujud
3. Banyak prosedur yang perlu dipatuhi

OUM
130
TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Langkah-langkah melaksanakan lawatan:

(i) Sebelum lawatan


x Memilih tempat yang sesuai
x Dapatkan kebenaran pihak berkaitan seperti Pengetua, ibubapa, pihak polis
dan tempat yang hendak dilawati.
x Menyediakan kenderaan yang akan membawa murid-murid ke tampat lawatan
x Sediakan jadual lawatan
x Sediakan panduan yang harus dipatuhi oleh murid-murid
x Sediakan soalan berkaitan untuk dijawab oleh murid-murid

(ii) Semasa lawatan


x Berikan keterangan mengenai tempat, tempoh dan perkara yang perlu diberi
perhatian kepada murid-murid.
x Memastikan murid-murid melibatkan diri secara aktif
x Kawalan ke atas murid-murid perlu untuk mengelakkan kemalangan atau
kesalahan disiplin

(iii) Selepas lawatan


x Perbincangan dan refleksi diadakan bersama murid-murid
x Aktiviti susulan boleh diberikan kepada murid-murid

(c) Projek

Kaedah projek adalah suatu kaedah yang mana murid-murid melakukan kegiatan dalam
situasi sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil. Melalui kaedah ini, murid-murid boleh
belajar melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Kaedah ini biasa dijalankan
dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Murid-murid menanam sayur-sayuran, membina
landskap dan membina rak serba guna sebagai projek dalam mata pelajaran ini.

Langkah-langkah Pelaksanaan Kaedah Projek

1. Pastikan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan disediakan atau mudah


diperolehi oleh murid-murid.

2. Murid-murid dibimbing dalam memilih dan melaksanakan projek mereka.

3. Objektif-objektif sesuatu projek dijelaskan.

4. Penyeliaan perlu untuk memastikan projek berjaya dilaksanakan.

5. Penilaian projek dibuat oleh guru dan murid-murid turut diberi peluang untuk menilai.

Kebaikan-kebaikan Kaedah Projek

1. Kaedah ini melibatkan domain afektif, kognitif dan psikomotor.

2. Penyertaan murid-murid dalam perancangan digalakkan, ini menambahkan lagi


minat dan motivasi mereka.

OUM
131
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK TOPIK 6

3. Projek dapat mengembangkan sikap tanggungjawab, nilai kepimpinan dan inisiatif


murid-murid.

4. Murid-murid belajar melalui pengalaman mereka semasa menjalankan projek.

5. Menyediakan peluang murid-murid bekerja di dalam kumpulan. Kolaborasi antara


murid-murid akan memupuk semangat berpasukan dan seterusnya membiasakan
mereka hidup bermasyarakat.

Kelemahan-kelemahan Kaedah Projek

1. Projek biasanya mengambil masa yang panjang.

2. Bahan dan sumber terhad.

3. Murid mungkin melakukan kesilapan kerana kekurangan pengetahuan.

4. Masalah disiplin mungkin timbul sekiranya guru kurang cekap kawalannya.

6.3.2 Kaedah dan Teknik dalam Strategi Pemusatan Guru

(a) Kaedah Syarahan/Kuliah

Syarahan adalah kaedah pengajaran yang tradisional atau konvensional. Guru


menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang autokratik kepada murid-murid. Guru
memainkan peranan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi
adalah sehala di mana guru bercakap dan murid mendengar.

Guru lebih mementingkan pencapaian objektif pembelajaran (intelek) bukan kepada


perkembangan aspek jasmani, emosi, rohani murid-murid. Kesan daripada itu murid:

x Mudah bosan
x Kurang berupaya membuat generalisasi kerana pembelajaran menekankan
ingatan dan hafalan
x Murid cepat berasa puas hati dengan fakta-fakta yang diberikan oleh guru.
x Sifat-sifat sosial murid kurang dipupuk.
x Murid kurang kreatif dan tidak berimaginatif

Kaedah ini adalah tidak sesuai digunakan di sekolah. Kaedah ini tidak menggalakkan
perkembangan insan yang seimbang seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Kaedah pengajaran seperti ini biasa dilakukan di universiti dan lain-
lain institut pengajian tinggi. Ini adalah kerana kaedah ini lebih sesuai untuk
menyampaikan isi pelajaran dalam kelompok yang mengandungi bilangan pelajar yang
ramai. Pelajar di peringkat pengajian tinggi pula lazimnya mampu mencatatkan sendiri
nota-nota penting hasil daripada syarahan yang disampaikan.

OUM
132
TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

(b) Demonstrasi/Tunjuk Cara

Tunjuk cara atau demonstrasi merupakan suatu kaedah pengajaran di mana sesorang
guru menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan, proses atau cara di hadapan murid-
murid. Kaedah ini amat berkesan dalam pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran
Hidup.

Beberapa prinsip perlu diberi perhatian dalam kaedah ini, iaitu:

x Tujuan demontrasi dan hasil-hasil yang diharapkan dijelaskan kepada pelajar


x Perancangan dan persiapan awal hendaklah dibuat terlebih dahulu.
x Bahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan supaya setiap pelajar dapat
mendengar dan melihat dengan jelas.
x Ulang semula demontrasi jika terdapat pelajar yang menunjukkan kekeliruan.
x Galakkan penyertaan murid dengan meminta mereka pula melakukan aktiviti seperti
demontrasi tersebut.
x Pada akhir demontrasi, adakan perbincangan atau rumusan tentang langkah-
langkah yang terlibat.

Dalam kaedah demontrasi, terdapat pelbagai jenis model yang boleh digunakan. Model-
model tersebut ialah:

x Model Hidup
x Model Simbolik
x Model Persepsi

Kebaikan-kebaikan demontrasi/tunjukcara ialah:

1. Melibatkan pelbagai deria iaitu murid-murid dapat melihat, mendengar dan merasa
apa yang ditunjukkan oleh guru.

2. Dapat mengekalkan tumpuan murid-murid.

3. Lebih mudah untuk murid memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru.

4. Tunjuk cara amat berkesan dalam mata pelajaran teknikal di mana guru dapat
menunjukkan langkah-langkah yang sistematik terutamanya dalam menghasilkan
sesuatu.

OUM
133
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK TOPIK 6

(c) Bercerita

Teknik bercerita mudah menarik perhatian murid-murid. Pembelajaran berlaku dalam


situasi yang menyeronokkan. Anda perlu mengikuti beberapa prinsip untuk menggunakan
teknik ini. Prinsip-prinsip tersebut ialah:

x Pilih cerita yang sesuai dengan minat, pengalaman, kebolehan dan umur murid.
x Semasa bercerita, guru mewujudkan suasana yang selaras dengan cerita. Suara
dan gerak-geri guru hendaklah sesuai.
x Frasa-frasa yang menarik perlu dihafal untuk dinyatakan semasa bercerita.
x Alat bantu mengajar seperti kad gambar, patung dan sebagainya boleh digunakan
untuk lebih menarik perhatian murid.
x Pandang ke arah murid secara bergilir-gilir semasa bercerita.
x Wujudkan peluang untuk penyertaan murid.

Antara objektif teknik bercerita ialah:

x Memotivasikan murid-murid untuk belajar


x Dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang hendak disampaikan.
x Boleh memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid-murid.
x Murid-murid dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

Kesan Teknik Bercerita

x Pembelajaran menjadi satu proses yang menarik dan bermakna.


x Keberkesanan pembelajaran akan meningkat kerana penglibatan murid-murid dapat
dikekalkan dalam P&P.
x Perhatian dan tumpuan murid dapat dikekalkan dalam P&P.
x Pembelajaran adalah lebih berkesan apabila suasana sosio-emosi adalah sihat,
selesa dan menyeronokkan.
x Pengukuhan pembelajaran berlaku kerana minat murid-murid terhadap satu-satu
cerita.
x Tahap motivasi murid-murid terhadap pembelajaran adalah tinggi. Ini menggalakkan
pemikiran imaginatif dan kreativiti murid-murid.
x Objektif P&P mudah tercapai kerana motivasi yang tinggi di kalangan murid-murid.

OUM
134
TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Contoh Teknik Bercerita bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup


Topik : Reka bentuk
Tahun : 5
Amali : Membuat frame gambar
ABM : Frame gambar mempunyai motif arnab dan kura-kura
Topik cerita : Arnab dan Kura-kura

Langkah :

1. Sebelum bercerita guru bertanya soalan berkaitan arnab


dan kura-kura kepada murid-murid.
2. Dengan menggunakan frame gambar dan motif yang
terdapat pada frame, guru bercerita dengan cerita yang
bertopik ‘arnab dan kura-kura’.
3. Guru mengaitkan cerita dengan motif yang terdapat pada
frame dan meminta murid-murid memikirkan ciri-ciri (motif)
yang sesuai untuk frame yang akan mereka buat nanti.
Murid-murid digalakkan menggunakan cerita-cerita yang
pernah didengar untuk menghasilkan motif pada frame
tersebut.
4. Guru menggunakan carta “Langkah Membuat Frame’ untuk
menerangkan cara-cara membuat frame kepada murid-
murid.

Children need to be motivated to learn


Children need practical answers to their questions
Children need to relate “the” answers to the real world
Children need support for their own decisions
Children need to work and compliment one another
Children need to be employer ready

Aktiviti 6.1

Melalui definisi yang diberi, pilih mana-mana topik dalam Huraian Sukatan
Pelajaran, cuba anda fikirkan strategi, kaedah dan teknik yang boleh
digunakan untuk melaksanakan P&P bagi topik yang telah anda pilih itu.

OUM
135
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK TOPIK 6

RUMUSAN
1. Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang bersistematik serta berurutan dan
bertujuan mencapai objektif yang spesifik. Teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil
yang terkandung didalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan
dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran.

2. Strategi diklasifikasikan kepada tiga iaitu strategi berpusatkan guru, strategi


berpusatkan murid dan strategi berpusatkan bahan.

3. Kaedah dan teknik berpusatkan guru terdiri daripada syarahan, kuliah, penerangan,
demonstrasi/ tunjuk cara dan bercerita

4. Kaedah dan teknik berpusatkan murid terdiri daripada s imulasi, lakonan, permainan,
lawatan, projek, inkuiri penemuan, perbincangan, sumbangsaran, pembelajaran
melalui pengalaman

5. Kaedah dan teknik berpusatkan bahan terdiri daripada tayangan slaid, tayangan
video dan pembelajaran bermodul.

GLOSARI
Bersifat intutif

Celik akal

UJIAN 1
1. Terangkan maksud strategi, kaedah dan teknik.

2. Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih sesuatu strategi


pengajaran dan pembelajaran?

3. Berikan empat perbezaan ciri strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan
murid.

4. Penyerapan unsur pembelajaran bestari sangat diberi tumpuan pada ketika ini,
berikan strategi-strategi yang digunakan dalam pembelajaran bestari.

OUM
136
TOPIK 6 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

UJIAN 2
1. Senaraikan kaedah dan teknik yang digunakan dalam strategi berpusatkan guru.

2. Senaraikan kaedah dan teknik yang digunakan dalam strategi berpusatkan murid.

3. Apakah kelebihan demontrasi dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup?

4. Kaedah lawatan merupakan satu kaedah yang sangat efektif. Melalui kaedah ini,
murid-murid dapat belajar melalui pengalaman sebenar. Berikan dua topik yang
sesuai diaplikasikan melalui kaedah ini dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

OUM
137