Anda di halaman 1dari 21

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR TOPIK 5

TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DALAM KHSR
Norizah Taib dan Zanariah Mahyun

PENGENALAN

Sumber: Intell Teach to the Future Program

Gambar-gambar di atas menunjukkan murid-murid begitu gembira, berminat, bermotivasi


dan tekun dalam pembelajaran. Apakah pendekatan yang harus anda pilih untuk
memastikan murid-murid anda juga begitu?

OUM
98
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. memahami konsep pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan Pembelajaran


Berasaskan Projek;

2. membanding bezakan pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan


Pembelajaran Berasaskan Projek; dan

3. mengaplikasi pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan Pembelajaran


Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

OUM
99
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR TOPIK 5

5.1 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

5.1.1 Definisi

Konstruktivisme boleh diertikan sebagai kedudukan psikologi yang berpegang kepada


sebarang kebenaran yang kebanyakannya terjadi serta merta dan konkrit. Ini
bermakna bahawa ilmu pengetahuan dibina oleh individu-individu melalui pengamatan
kepada fenomena alam.
Watzlawick (1984), mentakrifkan konstruktivisme sebagai kedudukan psikologikal yang
percaya apa saja kebenaran adalah paling serta merta dan makna yang konkrit;
pembinaan mental yang percaya mereka sudah menemui dan menyiasat. Dengan lain
perkataan, dapatan adalah rekaan di mana pereka tidak sedar tentang rekaannya dan
beranggapan sesuatu wujud bersendirian daripadanya, rekaan itu kemudian menjadi
asas pandangan sejagat dan tindakan.

5.1.2 Konsep Pendekatan Konstruktivisme

Konstrukitvisme memberi penekanan kepada proses pelajar membina pengetahuan


melalui proses psikologi yang aktif. Ilmu pengetahuan dibina ke dalam struktur kognitif
kanak-kanak tersebut hasil pengalaman mereka dengan alam. Struktur pengetahuan ini
kadang-kadang menjadi penghalang yang kuat kepada pembelajaran dan perubahan
konseptual murid-murid.

Dari perspektif konstruktivis, pembelajaran bermakna pengetahuan dibina di dalam diri


pelajar hasil daripada pengalaman pancainderanya dengan alam. Murid-murid akan
bertindak kepada pengalaman-pengalaman pancaindera dengan cara membina di dalam
minda mereka skema atau struktur kognitif yang mana akan membentuk makna dan
kefahaman mereka. Individu-individu akan memberi makna kepada situasi atau fenomena
dan mengakibatkan pembentukan proses yang mengambil tempat dalam minda individu
tersebut.

Ahli pendidikan masa kini mempercayai dan berkeyakinan bahawa murid-murid yang
datang ke dalam suasana pembelajaran membawa bersama mereka segala pengalaman
terdahulu yang disusun ke dalam skemata atau teori-teori kecil (Claxton, 1990).
Pengalaman terdahulu ini dimiliki oleh murid-murid hasil dari interaksi mereka dengan
alam sekeliling. Pengalaman-pengalaman ini terdiri daripada campuran pemikiran,
perasaan dan kemahiran yang mungkin menjadi penghalang kepada pengalaman
pembelajaran yang bakal mereka lalui.

Pengalaman pembelajaran bermula dengan pertembungan perkara baru di mana murid-


murid menterjemah dan memberi erti kepada apa yang telah wujud dalam struktur kognitif
mereka. Pengalaman pembelajaran mereka di bilik darjah akan mempengaruhi skemata
struktur kognitif pelajar yang digunakan untuk menterjemahkan pengalaman bagi
membina makna kepada pengalaman tersebut (Osborne & Wittrock, 1983). Dengan lain
perkataan, murid-murid perlu menstruktur semula idea mereka supaya sesuai dan selari
dengan fakta dan dapatan yang sebenarnya .

OUM
100
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

Penstrukturan semula idea adalah satu peringkat yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar
untuk mengasingkan atau mengukuhkan pengalaman lalu dengan pengalaman sekarang.
Pengalaman lalu yang berbeza dengan fakta dan teori sebenar perlu ditinggalkan
manakala pengalaman lalu yang betul seperti fakta dan teori sebenar wajar dikukuhkan
dengan pengalaman baru murid. Ini kerana salah satu daripada matlamat utama
pendidikan ialah untuk membantu pelajar membina skemata baru yang bertenaga
berhubung dengan dunia nyata.

Sesuatu ilmu yang hendak disampaikan tidak mungkin dapat disampaikan oleh
seseorang kepada seseorang yang lain dalam bentuk yang sempurna. Setiap individu
akan membina ilmu pengetahuannya sendiri melalui pengalaman yang dilalui dan
dialaminya. Kita tidak boleh belajar untuk orang lain, begitulah juga guru tidak boleh
belajar bagi pihak muridnya. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea, dan
pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Seseorang guru perlulah mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada pelajar iaitu
pengalaman yang sedia ada untuk membantu mereka membina konsep atau
pengetahuan baru. Apabila maklumat dan idea baru dapat disesuaikan dan diserap untuk
dijadikan sebahagian dari pegangan mereka, maka satu kerangka baru tentang sesuatu
ilmu itu akan dapat dibina. Proses inilah yang dikatakan sebagai proses konstruktivisme.

Perspektif Konstruktivisme akan mengubah kaedah pengajaran guru yang biasa kepada
kaedah yang menumpu kepada kejayaan murid membina dan menyusun skema
pengkonsepan berdasarkan pengalaman yang aktif dari kacamata murid itu sendiri.

5.1.3 Premis Pendekatan Konstruktivisme

Dua corak pemikiran utama dalam konstuktivisme ialah konstruktivisme peribadi dan
konstruktivisme sosial.

Konstruktivisme peribadi melibatkan seorang individu yang membina konstruktivisme itu


sendiri iaitu memproses struktur kognitif dan ingatan (teoris utama dalam kategori ini ialah
Von Glaserfeld dan Piaget).

Konstruktivisme sosial pula melibatkan kumpulan yang membina proses tersebut. (Teoris
utama dalam kategori ini ialah Vygotsky dan Bandura).

OUM
101
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR TOPIK 5

Teori lain:

Jean Piaget Membangunkan skemata, akomodasi dan asimilasi, 4 tahap


perkembangan intelektual dan pemuliharaan.

Max Wertheimer Psikologi Gestalt, menekankan pandangan dalaman, hukum


terdekat dan pengakhiran (proximity & closure).

Lev Vygotsky Pembangunan sosial.

Jerome Bruner Teori Konstruktivisme.

Teori pembelajaran sosial, peniruan, pemodelan, efikasi


Albert Bandura
kendiri.

Ernst Von Glaserfeld Konstruktivisme radikal.

J Lave Pembelajaran situasi.

J Bransford Pembelajaran berteraju (anchored learning).

C Rogers Pembelajaran ekperiensial (berasas pengalaman).

John Dewey Pembelajaran berasaskan keputusan ketidakseimbangan


(a result of disequilibrium).

R Spiro Teori Kebolehlenturan kognitif.

C Reigeluth Teori huraian (Elaboration).

T Sticht Konteks Fungsian.

5.1.4 Konstruktivisme Dalam KHSR

Hasrat yang hendak dicapai dalam KBSR dinyatakan secara jelas dalam Falsafah
Pendidikan Sekolah Rendah yang berbunyi:

“Murid-murid di peringkat sekolah rendah harus mendapat kemahiran dan


pengetahuan melalui pengalaman secara langsung. Pengalaman ini meliputi
aspek intelek, rohani dan jasmani. Pengalaman yang patut dilalui oleh murid
hendaklah sesuai dan relevan dengan matlamat yang hendak dicapai melalui
aktiviti-aktiviti yang menarik. Perkara penting di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah penglibatan setiap murid yang aktif”
(KPM, 1981).

OUM
102
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

Daripada penyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran hendaklah berlaku melalui


penglibatan murid-murid secara aktif dengan melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
menarik. Ini menunjukan bahawa proses pendidikan peringkat rendah menekankan
kepada membina kemahiran dan menggunakannya.

Dalam mata pelajaran KHSR, murid-murid mesti menguasai dua kemahiran iaitu
kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Kemahiran-kemahiran ini akan dapat
dikuasai oleh murid-murid melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran secara “hands-on” dan
“minds-on”. Pengalaman sedia ada murid digunakan untuk murid-murid mempelajari dan
memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru. Murid-murid tidak lagi dianggap sebagai
bekas kosong yang perlu diisi tetapi adalah individu-individu yang mempunyai kefahaman
dan konsepnya sendiri mengenai alam dan fenomena-fenomenanya. Oleh itu, suasana
pembelajaran bilik darjah semestinya menyediakan ruang untuk murid-murid menguji,
menganalisis, menghipotesis dan menstruktur semula idea mereka dengan fakta sebenar.

Pembelajaran dalam KHSR dicapai melalui pengalaman praktikal dan mencari


penerangan mengenainya. Murid-murid belajar secara pembinaan sendiri ilmu
pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disediakan oleh guru mereka.
Mereka akan menggunakan pengalaman sedia ada mereka untuk membina pengalaman
dan pengetahuan baru.

Perspektif konstruktivisme menjadi suatu paradigma yang dominan dalam bidang psikologi
kognitif. Menurut Wittrock (1985), dalam dekad ini terjadi anjakan kepada pengkaji
pembelajaran manusia daripada mengkaji aspek-aspek luaran kepada aspek-aspek
dalaman. Mereka lebih berminat untuk mengkaji aspek-aspek dalaman diri murid-murid
seperti pengetahuan sedia ada, muatan ingatan, motivasi dan kognitif mereka.

5.1.4.1 Ciri-ciri Bilik Darjah

Keberkesanan pembelajaran dalam bilik darjah banyak bergantung kepada amalan


pengajaran guru. Oleh itu, supaya pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya,
amalan pembelajaran guru-guru dalam bilik darjah perlu berorientasikan kepada
pembelajaran melalui pengalaman sedia ada murid berasaskan kepada aktiviti yang
menyeronokan. Guru-guru yang mengamalkan pembelajaran konstruktivisme dalam
pengajaran mereka mempunyai ciri-ciri tertentu.

Menurut Ken Appleton dan Hilary Asoko (1996), guru-guru yang mengamalkan
pembelajaran secara konstruktivisme mempunyai bilik darjah yang mengandungi kriteria-
kriteria seperti berikut:

1. Guru tersebut mempunyai kesedaran bahawa murid-murid yang datang ke situasi


pembelajaran membawa bersama idea terdahulu yang mereka miliki dan mereka
mencuba untuk mengeluarkan idea tersebut.

2. Semasa mengajar guru-guru mempunyai matlamat konseptual yang jelas untuk


murid-murid dan mempunyai kefahaman bagaimana mereka mesti bergerak ke arah
mencapainya.

OUM
103
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR TOPIK 5

3. Guru juga menggunakan strategi-strategi pengajaran yang mencabar pengetahuan


sedia ada murid-murid atau memperkembangkan idea awal mereka dan
menyediakan cara supaya idea baru senang diterima oleh mereka.

4. Menyediakan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan dengan sebaik-


baiknya idea baru yang mereka perolehi.

5. Guru juga menyediakan suasana bilik darjah yang menggalakkan murid-murid


mengeluarkan pendapat dan membincangkan idea mereka.

5.1.4.2 Aplikasi Konstuktivisme dalam KHSR

Teori Konstruktivisme amat sesuai diaplikasikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran


Kemahiran Hidup. Model pengajaran konstruktivisme 5 fasa yang telah dicadangkan
dalam ‘Children’s Learning in Science Project’ (Needham, 1987) juga sesuai digunakan.

Model Konsruktivisme 5 fasa Needham :

Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah

1 Orientasi Menimbulkan minat dan Amali dan


menyediakan suasana. penyelesaian
masalah sebenar,
tunjukcara oleh
guru, tayangan
video dan keratan
akhbar.

2 Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar Amali,


tentang idea terdahulu. perbincangan
dalam kumpulan
kecil, pemetaan
konsep dan
laporan.

3 Penstrukturan
Semula Perbincangan
dalam kumpulan
i) Penjelasan dan Mewujudkan kesedaran kecil dan buat
Pertukaran tentang idea alternatif yang laporan
berbentuk saintifik. Perbincangan,
pembacaan, input
ii) Pendedahan Menyedari bahawa idea-idea
guru.
kepada situasi sedia ada perlu diubahsuai,
Amali, kerja projek,
konflik diperkembangkan atau diganti
eksperimen, tunjuk
dengan idea yang lebih
cara guru
saintifik.

OUM
104
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

iii) Pembinaan idea Mengenal pasti idea-idea


baru alternatif dan memeriksa
secara kritis idea-idea sedia
ada sendiri.
iv) Penilaian Menguji kesahan idea-idea
sedia ada.
Pengubahsuaian,
pengembangan atau
penukaran idea
Menguji kesahan untuk idea-
idea baru yang dibina.

4 Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea Penulisan sendiri


yang telah dibina dalam kerja projek.
situasi baru dan biasa.

5 Renungan kembali Menyedari tentang perubahan Penulisan kendiri,


idea murid. Murid dapat perbincangan
membuat refleksi sejauh kumpulan, catatan
manakah idea asal mereka peribadi dan lain-
telah berubah. lain.

Cuba anda bayangkan, sebagai seorang guru KHSR, anda sedang mengajar topik
Penyambungan Bahan. Bagaimana anda memperkenalkan topik ini dan menyampaikan
kandungannya? Mengikut pendekatan konstruktivisme, sesuatu pembelajaran perlu
dikaitkan dengan pengalaman sedia ada murid.

Anda mungkin boleh memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memberi
murid-murid contoh bahan (kayu, fabrik, kertas). Berdasarkan bahan yang diberi anda
boleh meminta mereka berbincang dalam kumpulan bagaimanakah bahan-bahan tadi
boleh disambungkan.

Kemungkinan-kemungkinan jawapan murid-murid ialah:

Jenis bahan: Fabrik


Cara penyambungan:
1. Jahitan
2. Gam
3. Staple
4. Pin
5. Zip
6. Valcro

Berdasarkan jawapan murid, anda perlu membetulkan bagi fakta-fakta yang salah dan
meneguhkan bagi fakta-fakta yang benar. Anda perlu menerangkan tujuan fabrik
disambung ialah untuk menghasilkan sehelai pakaian.

OUM
105
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR TOPIK 5

Fakta-fakta yang Betul

Jenis bahan: Fabrik


Cara penyambungan:
1. Jahitan
2. Zip
3. Valcro

Fakta-fakta yang Salah

Jenis bahan: Fabrik


Cara penyambungan:
1. Gam
2. Pin
3. Staple

Situasi di atas membolehkan pelajar mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia


ada dan membina sendiri ilmu pengetahuan baru melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan
oleh guru.

5.1.4.3 Adakah Anda Telah Mempraktikkan Pendekatan Konstruktivisme?

Anda telah mempraktikkan pendekatan kontruktivisme sekiranya:

x Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.

x Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.

x Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.

x Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah.

x Pelajaran berpusatkan murid.

x Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.

x Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

x Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan
kefahaman idea tersebut.

x Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.

x Murid menghubungkaitkan idea asal dan idea yang baru dibina.

x Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai.

x Murid digalakkan mengemukakan hipotesis.

x Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsang murid memberi jawapan.

x Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid.

x Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru.

OUM
106
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

x Guru prihatin terhadap kebolahan, keperluan dan minat murid-murid.

x Murid-murid bekerja dalam kumpulan.

Aktiviti 5.1

Apakah topik yang sesuai diajar dengan pendekatan kontruktivisme?


Jelaskan bagaimana anda boleh menyediakan situasi pembelajaran
dengan menggunakan pendekatan tersebut?

5.2 PENDEKATAN KONTEKSTUAL

5.2.1 Definisi

Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin
con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks
pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual
membawa pengertian:

1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.

2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

Oleh itu, pendekatan kontekstual iaitu pendekatan yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran
isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna
dalam kehidupan seharian mereka.

5.2.2 Konsep Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi


kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah
ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan
minds-on.

Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila


pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna
kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan
membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori
Pembelajaran kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran
pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan seharian.
Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal
atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

OUM
107
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR TOPIK 5

Mengapakah pendekatan kontekstual perlu dalam pengajaran dan pembelajaran?


Pendekatan kontekstual penting kerana:

x Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan


peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri.
x Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan
yang tidak asing kepada murid.
x Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal,
belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas
yang positif.
x Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu
kemahiran yang perlu dipelajari.

Pendekatan ini bersesuaian dengan ciri-ciri kejayaan dalam pembelajaran yang


disarankan oleh William Glaser, iaitu 80% pelajaran yang mereka pelajari akan kekal
dalam ingatan daripada apa yang kita alami sendiri.

Kebanyakan murid di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka
pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab
cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk murid tidak tersentuh
melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak),
namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka
mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di
mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila
berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa
pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau atau
melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi, rangsangan serta tindak balas.

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar


memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia
membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri
(dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).

Pendekatan ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara
semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan
cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Ia terbentuk
daripada pemahaman, persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam
makmal, dalam makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia
menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang
menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial,
fizikal dan psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara


idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Pengajaran-
pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang
membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar
dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan

OUM
108
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan
pekerja.

Pembelajaran kontekstual berlaku apabila terdapat hubungan yang rapat antara ilmu yang
dipelajari dengan pengalaman sebenar. Sesuatu yang membolehkan seseorang
mengaplikasikan teori-teori akademiknya dalam situasi yang sebenarnya. Melalui
pembelajaran kontekstual jugalah seseorang itu terutamanya pelajar digalakkan untuk
menghubungkaitkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan seharian sebagai
seorang ahli keluarga, warganegara dan pekerja.

Konsep pembelajaran konstekstual adalah seperti berikut:

x Berpusatkan pelajar, guru sebgai fasilitator


x Penerapan konsep ‘Competency Based Education’.
x Tayangan video yang berkaitan dengan topik dan situasi tempat kerja.
x Perbincangan sebelum dan selepas setiap unit melalui interaksi pelajar dengan
pelajar, pelajar dengan guru.
x Melalui pendekatan ‘cooperative learning’.
x Melaksanakan aktiviti kerja amali di makmal secara ‘hands-on’ dan berkaitan alam
pekerjaan/situasi tempat kerja.

Antara strategi dalam pengajaran dan pembelajaran kontekstual ialah:

x Menitikberatkan penyelesaian masalah


x Mengenal pasti keperluan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam
pelbagai keadaan seperti di tempat kediaman, komuniti dan tempat bekerja
x Mengajar pelajar memantau pembelajarannya sendiri supaya mereka menjadi
individu yang boleh mengawal pembelajaran kendiri
x Meneraju pengajaran bagi pelajar yang mempunyai konteks kehidupan yang
berlainan
x Menggalakkan pelajar belajar di antara satu sama lain atau antara kumpulan
x Menjalankan penilaian yang ‘authentic’

5.2.3 Kepentingan Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual mempunyai kepentingan kepada murid, guru dan industri


seperti berikut:

(a) Murid
x Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan
x Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian
x Boleh memindahkan kemahiran
x Boleh meneroka dan mendapatkan bukti
x Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit
x Dapat belajar secara kerjasama

OUM
109
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR TOPIK 5

(b) Guru
• Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.
• Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.
• Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau
industri.

(c) Industri
• Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara
berkesan pengikut keperluan
• Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

5.2.4 Bentuk Pembelajaran Kontekstual

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih
daripada bentuk pembelajaran yang berikut:

(a) E (Experiencing)
(Mengalami)
Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta

(b) R (Relating)
(Menghubung kait)
Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman
hidup

(c) A (Applying)
(Mengaplikasi)
Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan
dalam situasi lain.

(d) C (Cooperating)
(Bekerjasama)
Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi

(e) T (Transfering)
(Memindahkan)
Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina
daripada apa yang telah diketahui

5.2.5 Premis Pembelajaran Kontekstual

Bukan semua orang boleh belajar secara abstrak. Kebanyakannya orang belajar dengan
lebih baik secara informal iaitu melalui pengalaman kontekstual (Caine, dan Caine, 1991,
Gardner, 1983, Kolb,1984). Oleh itu, untuk memenuhi cara belajar yang pelbagai maka
perlulah digunakan pelbagai strategi pembelajaran, pelbagai cara menyusun kandungan
kurikulum dan pelbagai konteks bagi peluang-peluang pembelajaran.

OUM
110
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

Pembelajaran kontekstual memerlukan koordinasi akademik dan kemahiran


teknik yang piawai.

Pada masa kini para pendidik, pembuat dasar dan majikan telah menggunakan dan
menitikberatkan perhubungan antara akademik dengan pendidikan vokasional.
Contohnya, kebanyakan institusi pengajian menghantar pelajar-pelajarnya untuk menjalani
latihan industri atau praktikum di industri tertentu. Tenaga pengajar juga dihantar
menjalani ‘internship/externship’ di tempat-tempat yang dipilih. Latihan industri atau
praktikum ini memberi pengalaman kepada keadaan yang sebenar dan menyediakan
pelajar ke alam pekerjaan kelak.

Sebelum melaksanakan kaedah pembelajaran kontekstual, pelbagai perkara harus diambil


kira seperti meneliti apakah keadaan (nature) sesebuah tempat latihan itu dalam
memenuhi keperluan pelajar yang menjalani latihan, tanggungjawab yang akan dipikul dan
pengalaman yang bakal diperolehi, cara membuat penilaian, masa yang diperlukan dan
sebagainya.

Pembelajaran kontekstual memerlukan komunikasi yang berterusan di kalangan pihak-


pihak yang terlibat iaitu guru, majikan, pembimbing, pelajar dan juga ibu bapa. Ibu bapa
boleh dijemput ke dalam kelas untuk mempelajari bagaimanakah bentuk dan cara
pembelajaran kontekstual ini dilakukan, apakah matlamatnya dan hasil kemajuan pelajar.
Mereka perlu digalakkan menyumbang kepada perancangan dan pembangunan sistem
ini. Maklum balas daripada pelajar adalah amat penting sebagai komponen utama dalam
penilaian dan pemurnian sistem.

5.2.6 Aplikasi Pendekatan Kontekstual

Beberapa contoh boleh diambil dalam mengaplikasikan pembelajaran secara kontekstual


dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup seperti Hari Keushawanan di mana
pelajar-pelajar boleh dilibatkan dalam semua aktiviti seperti merancang aktiviti yang akan
dijalankan, penghasilan produk, promosi, membuat belanjawan dan simpankira dan
sebagainya. Sebagai tambahan seseorang pelajar bukan sahaja terlibat dengan satu mata
pelajaran sahaja malah mengaplikasikan mata pelajaran matematik, seni, sains, bahasa
dan lain-lain. Melalui cara sebegini pelajar-pelajar akan dapat mengaplikasikan apa yang
dipelajari di sekolah ke dunia pekerjaan kelak.

Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah merupakan suatu dokumen yang
menggabungjalinkan pengajaran dan pembelajaran pelbagai komponen mata pelajaran.
Ini juga merupakan suatu contoh di mana setiap komponen akan melibatkan aktiviti-aktiviti
kontekstual yang berupa aktiviti pembelajaran amali seperti menjahit, membina litar
elektrik, menanam pokok, merancang belanjawan dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan
menjadi pemangkin dan dapat diaplikasikan di rumah.

Terdapat pelbagai contoh yang menjelaskan bagaimana pembelajaran kontekstual ini


dijalankan. Namun apa yang penting ialah para pelajar dapat disediakan untuk
menghadapi situasi yang sebenar apabila mereka meninggalkan institusi pengajian
mereka.

OUM
111
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR TOPIK 5

Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan


dalam sesuatu pelajaran?

5.3 PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK


(PBP)

5.3.1 Definisi

PBP adalah satu kaedah pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa tertentu.
Ia biasanya melibatkan kutipan maklumat, analisis data dan persediaan laporan yang
betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali.
Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasilnya siap.
Mengintergrasikan pengetahuan dengan aktiviti, interaksi murid dengan guru yang
merupakan bimbingan dan perundingan merupakan ciri penting dalam mengendalikan
projek.

5.3.2 Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek

Kaedah ini merupakan satu kaedah di mana aktiviti dijalankan oleh individu atau
sekumpulan pelajar untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan sesuatu masalah.
Projek biasanya mengambil masa yang panjang dan ianya boleh dilaksanakan di dalam
atau di luar waktu belajar yang biasa. Kaedah ini melibatkan pelajar memainkan peranan
aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan topik yang dikaji.

Kaedah ini mula disarankan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965). Hasil
pembelajaran murid adalah lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang dengan cara yang menarik. Kaedah
ini juga menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti seperti kerja amali,
permainan, kajian dan lawatan. Ianya dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan,
kebolehan berfikir secara reflektif dan ketrampilan terhadap sesuatu perkara mengikut
bidang masing-masing.

Apabila pelajar-pelajar telah menguasai beberapa kemahiran tertentu aktiviti berasaskan


projek akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Misalnya, pelajar-pelajar telah didedahkan
tentang bagaimana bahan buangan boleh dikitar semula, maka mereka boleh diberi suatu
projek penghasilan produk dengan menggunakan bahan-bahan buangan. Selain itu
sesuatu projek boleh diberikan kepada pelajar yang menggemari topik-topik tertentu
dalam pelajaran mereka.

OUM
112
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

5.3.2.1 Prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek

Berikut adalah prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek. Anda boleh


menggunakannya sebagai panduan merancang kaedah pembelajaran ini.

1. Aktiviti pembelajaran sepatutnya berfokus kepada penggunaan kemahiran


pemprosesan maklumat (information-processing skills) daripada pemerhatian
sehinggalah mensintesis. Aktiviti yang dirancang juga perlu mengaplikasikan
peraturan-peraturan asas dalam konteks konseptual.

2. Pembelajaran Inkuiri meletakkan murid-murid dalam proses pembelajaran yang aktif.


Elemen seperti guru, sumber pembelajaran, teknologi dan sebagainya boleh
membantu murid-murid dalam proses pembelajaran.

3. Model yang disediakan oleh guru menjadi contoh dalam proses pembelajaran. Guru
juga adalah sebagai pemudah cara dalam proses murid-murid mencari maklumat
dan melaksanakan tugas-tugas projek.

4. Apa yang ditaksirkan itu adakah benar-benar bernilai? Oleh itu, penekanan perlu
diberikan kepada kemahiran memproses maklumat, tingkah laku semula jadi
pemikiran dan pemahaman tentang sesuatu konsep, berbanding dengan hanya
melihat kandungan dalam sesuatu bidang.

5.3.3 Premis Pembelajaran Berasaskan Projek

Terdapat tiga komponen penting dalam PBP seperti yang ditunjukkan di bawah

PEMBELAJARAN
BERASASKAN
PROJEK

PROSES HASIL SAHSIAH

x Pelaksanaan x Penggunaan x Sikap


Strategi produk x Kerjasama
implementasi x Kualiti Produk x Penglibatan
x Unsur Inovasi x Laporan kolaboratif
x Unsur Kreatif x Persembahan pelajar
x Mengikut Dapatan
tempoh masa
ditetapkan

OUM
113
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR TOPIK 5

Untuk memastikan supaya hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, terdapat
beberapa faktor yang perlu dititikberatkan seperti:

x Menyediakan perancangan yang baik untuk memastikan kelancaran projek yang


hendak dijalankan
x Tujuan dan aktiviti projek ditentukan berdasarkan kecenderungan pelajar
x Memastikan keperluan dan alatan disediakan
x Menentukan aktiviti manakah yang perlu bimbingan guru dan yang manakah perlu
dijalankan sendiri oleh pelajar
x Menentukan cara bagaimanakah sesuatu hasil projek dipersembahkan, dipamerkan,
disimpan dan sebagainya.

Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:

x Menggalakkan murid bekerjasama dan mengambil tanggungjawab.


x Memberi kebebasan kepada murid menunjukkan kreativiti dan inovasi
x Memberi peluang kepada murid menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar
bilik darjah.
x Memotivasikan murid
x Memberi peluang kepada murid memainkan peranan sebagai pemimpin
x Membenarkan murid menentukan peranan masing-masing.
x Membenarkan murid yang sama minat dan kebolehan bekerja pada kadar yang
setaraf dengan kemampuannya.
x Memberi satu suasana pembelajaran untuk murid yang kurang yakin dan mahu
menunjukkan kebolehan mereka sepenuhnya.

Garis panduan yang tepat dan terpenrinci harus diberi oleh guru untuk menggalakkan
pemikiran pelajar pada aras yang lebih tinggi (higher order thingking skill). Ini termasuk
semua kriteria yang akan dinilai dalam hasil kerja mereka.

5.3.4 Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Projek

Terdapat pelbagai projek yang sesuai diberikan kepada pelajar di peringkat sekolah
rendah. Sesuatu projek itu digalakkan dijalankan secara berkumpulan. Antaranya ialah
menjalankan kajian, menghasilkan kerja tangan dan lawatan.

Suatu kajian yang dapat dijalankan oleh pelajar misalnya ialah berkaitan dengan
pertumbuhan beberapa anak benih seperti jagung, kacang hijau dan sawi. Pelajar boleh
mengukur berapakah ketinggian anak benih berbanding masa pertumbuhannya.

OUM
114
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

Selain dari itu, bagi penghasilan objek pula projek yang sesuai diberikan adalah seperrti
meminta pelajar menghasilkan satu bingkai gambar dengan menggunakan bahan
buangan.

Bagi projek lawatan pula, pelajar mungkin dibawa melawat muzium atau kampung budaya
selepas mereka mempelajari sejarah atau budaya kehidupan sesebuah masyarakat.
Sebelum lawatan dibuat guru perlulah menentukan tempat lawatan yang berkaitan, aktiviti
yang perlu dibuat semasa lawatan seperti membuat pemerhatian dan catatan dan juga
perkara yang perlu dilakukan selepas lawatan seperti mengumpul objek-objek yang
diperolehi selepas lawatan, membuat buku skrap dan sebagainya.

5.3.5 Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek

Rangka Kerja

x Soalan
x Perancangan
x Jadual Pelaksanaan
x Mengawas
x Mentaksir
x Menilai

Sumber: George Lucas


Education Foundation

5.3.5.1 Soalan

x Mulakan dengan soalan essential.

x Pilih topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan mulakan dengan
penyiasatan.

x Pastikan relevan dengan murid-murid

OUM
115
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR TOPIK 5

5.3.5.2 Perancangan

x Rancang kandungan spesifik yang perlu dikaitkan apabila murid-murid menjawab


soalan.

x Libatkan murid-murid dalam proses merancang dan menjalankan projek.

x Guru dan murid-murid adakan sumbangsaran untuk aktiviti yang akan dijalankan
dalam projek yang dirancang.

5.3.5.3 Jadual Pelaksanaan

x Guru bersama pelajar mereka bentuk jadual pelaksanaan untuk setiap komponen
projek.

x Setkan benchmarks.

x Pastikan jadual anda mudah difahami dan sesuai dengan umur murid-murid.

5.3.5.4 Mengawas

x Guru sebagai pemudahcara

x Guru membimbing proses projek.

x Gunakan rubriks dalam proses membimbing

5.3.5.5 Mentaksir

x Pastikan pentaksiran adalah asli dan disediakan oleh guru

x Gunakan pelbagai jenis pentaksiran.

x Ambil masa untuk mentaksir secara indivudu dan kumpulan

5.3.5.6 Penilaian

x Murid-murid berkongsi pengalaman

x Bincang bagaimanakah projek itu dijalankan sehingga berjaya.

x Bincang apakah perubahan yang perlu dilakukan

x Berkongsi idea untuk pelaksanaan projek baru kelak.

OUM
116
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

Aktiviti 5.2

Pilih satu topik yang anda fikir sesuai untuk mengaplikasikan Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Projek. Jawab soalan-soalan berikut:

1. Apakah soalan essential (mustahak) yang anda akan ajukan kepada


murid-murid untuk meransang mereka memilih projek?

2. Apakah cadangan projek yang anda fikirkan boleh dilaksanakan oleh


murid-murid?

3. Tempoh masa pelaksanaan projek?

RUMUSAN
Teori pendekatan konstruktivisme, kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek
merupakan teori pembelajaran yang banyak digunakan masa kini. Terdapat pelbagai teori
pembelajaran lain yang digunakan. Namun, yang pastinya teori-teori ini dihasilkan dengan
tujuan untuk memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif yang ditentukan.

Fahaman konsruktivisme melihat cara bagaimana seseorang individu belajar dan


membina pengetahuan ke dalam kerangka mindanya dengan menggunakan pengalaman
dan pengetahuan terdahulu mereka. Amalan pengajaran konvensional dan tradisional
perlu bertukar kepada pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktiviti “hands-on” dan “minds-
on” bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan bermakna. Guru-guru
harus berupaya untuk mengubah kerangka konseptual murid-murid supaya berfikir selari
dengan fakta saintifik, dan di samping itu guru-guru juga perlu berubah paradigma dan
konseptual dalam menentukan strategi pembelajaran mereka. Pembelajaran berasaskan
projek pula lebih menggalakkan pelajar memproses maklumat untuk mencari
penyelesaian sesuatu persoalan.

OUM
117
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR TOPIK 5

GLOSARI
Akomodasi – Penyesuaian: pendekatan yang kerap dibincangkan.

Asimilasi – Pemaduan bermacam-macam unsur menjadi satu.

Authentic – Tulen.

Discovery Learning – Pembelajaran melalui penemuan-penemuan baru yang


diperolehi.

Internship – Menjalani latihan di lokasi sebenar bagi suatu jangka


masa tertentu.

UJIAN 1
Arahan: Sila jawab soalan berikut dalam masa 15 minit

1. Berikan definisi Konstruktivisme

2. Jelaskan dengan ringkas 2 corak pemikiran utama dalam konstruktivisme

3. Berikan 3 strategi pembelajaran kontekstual

4. Jelaskan 2 perkara yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan program


pembelajaran kontekstual

5. Jelaskan 2 faktor yang perlu diberi perhatian supaya hasil pengajaran dan
pembelajaran berasaskan projek berkesan.

UJIAN 2
Arahan: Sila jawab soalan berikut dalam masa 30 minit

1. Jelaskan dengan ringkas tentang pembelajaran berasaskan projek.

2. Terangkan perbezaan antara teori konstruktivisme dan kontekstual

3. Bincangkan bagaimanakah pembelajaran berasaskan projek dapat diaplikasikan


dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup dan berikan contoh yang bersesuaian.

OUM
118