Anda di halaman 1dari 2

Hari: Isnin Tarikh: 06.04.

2020
Ragam Ayat
1. Ayat penyata ialah ayat yang menerangkan sesuatu cerita, benda, kejadian dan
sebagainya.
Contoh : Ayah sedang tidur.
2. Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat,
manusia, benda dan sebagainya. Ayat ini diakhiri dengan tanda tanya (?).
Contoh : Bagaimanakah cara untuk membuat layang-layang?

· 3. Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan atau meminta
seseorang melakukan sesuatu.
Contoh : Tolong belikan saya sebatang pen.
· 4. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut,
marah, hairan dan sebagainya. Ayat ini diakhiri dengan tanda seru (!).

Contoh : Amboi, cantiknya kasut awak!


KesalahanUmumTatabahasa

Salah Betul

Berita tentang penculikan itu benarkah? Benarkah berita tentang penculikan itu?

Silalah masuk, Puan Atikah! Silalah masuk, Puan Atikah.

Pertandingan itu diadakan di dewan ini! Pertandingan itu diadakan di dewan ini.

Amboi, cantiknya baju awak. Amboi, cantiknya baju awak!

Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah ini:

1. Ayat Tanya 2) Ayat seru 3) Ayat perintah 4) Ayat penyata

1. Aduh, sakit kepalaku ini! ____________________________.

2. Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia. ____________________________

3. Harap hadirin bersabar seketika. ______________________


4. Bilakah tarikh perkahwinan Badrul? ___________________

5. Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa. _____________________

6. Kampung saya bernama Kampung Aman. _________________________________

7. Biarkan sahaja mereka bermain di situ . _________________________

8. Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali ? ______________________

9. Murid yang miskin itu sudah diberi biasiswa. _________________________________

10. Jangan memuji saya berlebih-lebihan._____________________________________

Razion75-06042020

Anda mungkin juga menyukai