Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan

Menurut satu petikan dipetik dari Akhbar Berita Harian, bertarikh 10 Februari 2016 yang
bertajuk Peningkatan Kos Sara Diri, ia menyatakan bahawa berlakunya peningkatan kos sara
hidup adalah akibat peningkatan pendapatan seseorang individu untuk suatu jangka masa tidak
dapat menampung peningkatan harga barangan atau perkhidmatan yang sama untuk jangka
masa terbabit. Di dalam hal ini, kita seharusnya melihat dari pelbagai aspek dan faktor yang
menyebabkan kos sara diri ini meningkat.

Antara faktor peningkatan kos sara diri tersebut adalah apabila pendapatan seseorang
itu meningkat, maka keinginan mereka untuk mendapatkan sesuatu barangan akan berubah
daripada standard barangan asal yang dibeli mereka. Selain itu, peningkatan harga barang pula
menjadi factor yang memberi impak yang besar kepada pengguna apabila harga barangan
keperluan mereka telah melebihi daripada kemampuan jumlah pendapatan mereka yang
perolehi. Di samping itu, factor yang menyebabkan kos sara diri meningkat adalah apabila
citarasa seseorang individu itu meningkat disebabkan oleh pembangunan negara yang semakin
pesat.

Oleh yang demikian, tajuk kajian yang telah saya kaji pada kali ini, iaitu ‘’ Kos Sara Diri
Pelajar PISMP IPG Kampus Bahasa Melayu” amatlah berkait rapat dengan hal yang
dibincangkan di atas. Sebagaimana yang telah sedia maklum, setiap seorang daripada pelajar
IPG akan menerima alaun bulanan sebanyak RM430 sebulan sepanjang perkhidmatan mereka
sebagai seorang guru pelatih. Oleh itu, duit alaun tersebut digunakan oleh mereka untuk
menampung keperluan hidup seperti makan dan minum, alat tulis, ubat-ubatan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa setiap daripada pelajar yang menuntut
tersebut bukanlah hadir dari latar belakang yang sama kerana ada segelintir daripada mereka
berasal dari golongan keluarga yang miskin dan sederhana. Pada golongan ini mungkin
mereka tidak mampun untuk menanggung kos sara hidup di IPGKBM yang terletak di tengah
bandaraya Kuala Lumpur dan kos sara dirinya amat tinggi. Oleh itu, di akhir kajian yang telah
saya lakukan ini, kita dapat mengatahui dan mengenal pasti sejauh mana Kos Sara diri pelajar-
pelajar di IPGKBM dan adakah mereka mampu menampungnya secara individu.

1
2.0 Hasil Dapatan Kajian Soal Selidik Kos Sara Diri Dalam Kalangan Pelajar PISMP

2.1 Sumber pendapatan tambahan pelajar PISMP IPGKBM.

Bil Sumber Pendapatan Kekerapan


Tambahan
1 Keluarga 9
2 Kerja Sambilan 2
3 Simpanan Terdahulu 2
4 Tiada 2

Jadual 2.1 menunjukkan kekerapan sumber pendapatan tambahan pelajar PISMP IPGKBM

Sumber Pendapatan Tambahan Pelajar PISMP IPGKBM

2
Rajah 2.1
menunjukkan
carta pai
2 sumber
pendapatan
tambahan
pelajar
9 PISMP
2 IPGKBM

2.1.1 Pengiraan Min, Median, Mod bagi data sumber pendapatan tambahan pelajar PISMP
IPGKBM

i)

2
Min = 9+2+2+2
4

ii) Median = 6,2,2,2


= 2,2,2,6
= 2+2
2

=1

iii) Mod = Mod bagi data ini adalah 2

2.2 Jumlah kos makan dan minum pelajar PISMP IPGKBM dalam masa sebulan

Skala Jumlah Kos Makan dan Minum dalam Sebulan Kekerapan Responden
(RM)
50-100 0
100-150 2
150-200 10
200-250 3
3
Jadual 2.2 menunjukkan kekerapan kos makan dan minum pelajar PISMP IPGKBM dalam
masa sebulan.

12
Jumlah Kos Makan dan Minum Pelajar PISMP Dalam Masa Sebulan
10
10
Kekerapan Responden

6
Kekerapan Responden
4
3
2
2

0
0
Skala Kos (RM)

Rajah 2.2 menunjukkan kekerapan kos makan dan minum pelajar PISMP IPGKBM dalam masa
sebulan.

2.2.1 Pengiraan Min, Median, Mod bagi data kos makan dan minum pelajar PISMP IPGKBM
dalam masa sebulan.

i)

4
Min = 0+2=10+3
4

=
ii) Median = 0,2,10,3
= 0,2,3,10
= 2+3
2

= 2.5
iii) Mod = set data ini tidak mempunyai mod kerana setiap nombor
mempunyai kekerapan yang sama.

2.3 Jenis-Jenis Kenderaan Yang Di Bawa Pelajar PISMP Ke IPGKBM

Jenis Kenderaan Kekerapan Responden


Kereta 5
Motosikal 6
tiada 4

5
Jadual 2.3 menunjukkan jenis kenderaan yang dibawa oleh pelajar PISMP ke IPGKBM

Jenis Kenderaan Yang Di Bawa Oleh Pelajar IPGKBM


7
6
6
5
Bilangan Kekerapan

5
4
4

0
Kereta Motosikal tiada
Jenis Kenderaan

Rajah 2.3 menunjukkan jenis kenderaan yang dibawa oleh pelajar PISMP ke IPGKBM

2.3.1 Pengiraan Min, Median, Mod bagi data kos jenis kenderaan yang dibawa oleh pelajar ke
IPGKBM

i)

6
Min = 5+6+4
3

=3
ii) Median = 5+6+4
= 4,5,6
= n+1
2

= 3+1
2

=4
2

=2
= cerapan ke-2
=5

iii) Mod = set data ini tidak mempunyai mod kerana setiap nombor
mempunyai kekerapan yang sama.

3.0 Interpretasi Dan Kesimpulan

Di dalam era globalisasi yang serba membangun ini, wang menjadi satu item yang utama dan
amat penting. Setiap aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan seharian kita sekarang

7
memerlukan kepada penggunaan wang. Wang telah menjadi salah satu item yang amat bernilai
bagi meneruskan keberlangsungan hidup seseorang individu. Namun yang demikian,
kegawatan ekonomi yang menghantui dan melanda negara telah menambahkan lagi bebanan
masyarakat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah. Masalah juga ini telah
menyebabkan mata wang negara telah jatuh secara mendadak berbanding mata wang luar dan
secara tidak langsung menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di negara juga menaik.
Golongan yang paling terjejas dalam hal ini ialah pelajar dan mahasiswa yang menuntut di IPTA
dan IPTS di negara kita sehinggakan ada yang membuat pinjaman sehingga beribu-ribu hanya
untuk membayar kos pembelajaran dan menampung kos sara diri sepanjang mereka di sana.

Oleh yang demikian, pelajar-pelajar yang menuntut di Institut Pendidikan Guru juga tidak
terlepas dari terkena kesan masalah tersebut. Berdasarkan kajian soal selidik yang telah saya
lakukan, terdapat banyak dapatan yang amat berguna telah saya perolehi daripada kerjasama
seramai 15 orang responden yang terdiri daripada pelajar PISMP di IPG Kampus Bahasa
Melayu. Menurut soal selidik tersebut, kajian telah mendapati bahawa 86.67% daripada
bilangan responden memerlukan pendapatan tambahan sebagai membantu jumlah alaun yang
diperolehi setiap bulan dan seterusnya menampung kos sara diri mereka selama sebulan.
Antara jumlah pendapatan tambahan yang paling besar yang diperolehi dan digunakan oleh
responden tersebut adalah sebanyak RM 200.00. Jika dilihat secara kasarnya, jumlah tersebut
adalahbesar dan hampir mencecah satu per dua daripada jumlah alaun yang diperolehi oleh
seseorang pelajar IPGKBM.

Di dalam kajian ini juaga, soal selidik mengenai sumber pendapatan tambahan juga
telah disertakan bersama. Oleh itu, secara tidak langsung, kajian dapat mengenal pasti dari
manakah jumlah wang yang diperolehi oleh para pelajar ataupun responden tersebut dan
dijadikan sebagai pendapatan tambahan mereka. Di samping itu, rajah 2.1 telah menunjukkan
carta pai hasil analisis daripada kajian soal selidik dilakukan tersebut. Peratus jumlah sumber
pendapatan tambahan pelajar tersebut adalah daripada keluarga sebanyak 60% dan simpanan
tambahan, kerja sambilan dan tiada masing-masing sebanyak 13.33 %. Berdasarkan hasil
kajian ini, kebanyakan pelajar masih bergantung kepada wang daripada ibu dan bapa mereka.
Hal ini sepatutnya perlu dikurangkan kerana jika berterusan, ia akan menjadi beban kepada
para ibu bapa. Sebagai mana yang dimaklumkan, para pelajar yang menuntut di IPGKBM
bukanlah kesemuanya berlatar belakangkan golongan yang mewah. Namun yang demikian,
ada juga pelajar yang bijak berdikari kerana ada di antara mereka yang membuat kerja

8
sambilan yang tidak melanggar peraturan maktab dan ada juga yang merancang perbelanjaan
mereka dari awal dengan membuat simpanan wang yang mencukupi.

Selain itu, berdasarkan rajah 2.2, kajian juga telah membuat soal selidik mengenai
jumlah kos makan dan minum pelajar IPGKBM dalam masa sebulan. Jika dilihat pada masa
kini, kebanyakan harga makanan telah melonjak naik terutamanya di bandaraya Kuala Lumpur.
Anggaran kos yang diperlukan oleh seseorang pelajar adalah sebanyak RM10.00 bagi sekali
mereka makan di kedai makan. Berikutnya, kajian telah mendapat satu dapatan di mana
majoriti sebanyak 66.67 % pelajar menghabiskan wang sebanyak RM150-RM200 untuk mereka
menampung kos makan dan minum mereka selama sebulan. Namun yang demikian, sebanyak
20% daripada reponden tersebut memerlukan sebanyak RM200-RM250 untuk mereka
menampung makan dan minum selama sebulan. Oleh itu, kajian dapat merumuskan bahawa,
wang yang digunakan oleh pelajar setiap bulan banyak dihabiskan dan digunakan untuk
menampung kos ini. Maka kos makan dan minum merupakan satu kos yang perlu dititik
beratkan dan dipandang serius bagi setiap pelajar. Jika mereka gagal untuk merancang
kewangan mereka, maka mereka terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan
seharian mereka.

Seterusnya, memandangkan IPG Kampus Bahasa Melayu terletak di tengah pusat


bandar, tidak hairanlah jika pelajar-pelajarnya membawa kenderaan sendiri ke maktab.
Kenderaan in merupakan satu keperluan kepada pelajar kerana ia digunakan untuk
memudahkan pergerakan mereka. Berdasarkan Rajah 2.3, kajian yang telah dilakukan
mendapati sebanyak 40% daripada responden membawa kenderaan jenis motorsikal ke
maktab. Jumlah peratus ini lebih banyak daripada jumlah pelajar yang membawa kereta dan
tiada membawa apa-apa kenderaan ke maktab. Dengan ini, jelaslah kebanyakkan pelajar lebih
suka menunggang motosikal di kawasan Kuala Lumpur. Hal ini boleh juga dikaitkan dengan
kemungkinan mereka tidak mahu berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang amat teruk pada
waktu puncak. Di samping itu, kajian juga telah membuat satu soal selidik di mana sebanyak
33.34 % responden memerlukan sebanyak RM150-RM200 sebagai jumlah wang yang
diperlukan untuk menampung kos barangan tambahan termasuklah minyak petrol bagi
kenderaan. Oleh itu, jelaslah pelajar lebih suka memilih motosikal kerana kos harga minyaknya
jauh lebih murah berbanding kereta. Dengan ini mereka dapat mengurangkan sedikit jumlah
wang yang diperlukan untuk menampung kos barangan tambahan mereka setiap bulan.

Akhir sekali, daripada keseluruhan soal selidik kos dara diri yang silakukan, kajian telah
mendapati bahawa hampir 73.34 % daripada responden berpendapat bahawa jumlah wang

9
alaun dan wang pendapatan tambahan mereka tidak mencukupi sama sekali. Oleh itu, sebagai
seorang pelajar yang kretif dan berfikiran rasional, kita seharusnya berfikir bagi mendapatkan
jalan penyelesaian untuk keluar daripada masalah ini. Antara usaha yang dapat dilakukan untuk
menyelesaikan masalah ini adalah dengan membuat pendapatan tambahan seperti
menyusahakan jualan Online ataupun menggunakan kepakaran untuk menghasilkan pulangan
yang menguntunngkan diri sendiri. Dengan ini, serba sedikit dapat meringankan beban
seseorang pelajar untuk meneruskan pembelajaran tanpa perlu memikirkan lagi mengenai
kekurangan wang ringgit dan secara tidak langsung dapat menunpukan target untuk menjadi
seorang graduan kelas pertama dalam bidang masing-masing.

4.0 Rumusan

Melalui kerja kursus ini saya dapat mengatahui banyak benda baharu mengenai statistik.
Berdasarkan tugasan yang diperolehi, saya boleh rumuskan bahawa statistik amatlah penting

10
dalam sesuatu penyelidikan ataupun kajian yang ingin dilaksanakan. Dengan ini, statistik
amatlah penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Oleh itu jika sesuatu data yang
diperolehi itu bermutu, maka penyampaiannya akan disampaikan dengan baik dan teratur

Selain itu, saya juga telah dapat mempelajari cara penggunaan perisian excel. Excel
adalah sebuah perisian yang digunakan untuk pelbagai perkara. setiap fungsi di dalam perisian
tersebut mempunyai kepentingan dan kelebihannya tersendiri. Sebagai contoh, saya telah
menggunakan perisian excel tersebut untuk membina jadual kekerapan yang tersusun dan
kemas daripada hasil dapatan kajian di samping ia juga memudakan saya untuk menghasilkan
bentuk perwakilan visual yang amat menarik.

Akhir sekali, saya dapat menganalisis dapatan kajian saya dengan membuat pengiraan
secara manual sukatan kecenderungan memusat. Dengan ini saya memperolehi satu jumlah
hasil kiraan yang dapat membantu saya dalam menyokong hasil dapatan yang diperolehi
berdasarkan soalan soal selidik Kesimpulannya, berdasarkan tugasan dan tajuk yang dikaji
terdapat banyak perkara yang perlu difokuskan berkaitan para pelajar di IPGKBM supaya
mereka dapat belajar dengan suasana yang aman dan kondusif.

5.0 Bibliografi

11
12
6.0 Lampiran

13

Anda mungkin juga menyukai