Anda di halaman 1dari 1

Soalan 1

Dasar dan ciri-ciri asa ekonomi islam pertamanya haruslah bercirikan ketaqwaan kepada
Allah yakni pemilik segala kekayaan di dunia. Seterusnya menggunakan harta sebagai alat
untuk mendekatkan diri kepada Allah. Seterusnya berlaku adil sesama manusia. Selain itu,
tidak melakukan sebarang kerosakan dan kemungkaran di muka bumi. Sistem Ekonomi
Islam merupakan salah satu sistem ekonomi dimana dalam pelaksanaannya berlandaskan
syariat Islam dengan berpedoman kepada Al-quran dan Al Hadis. Sistem ekonomi islam
melarang sama sekali bentuk penindasan dan riba dalam ekonomi. Islam mengutamakan
keadilan dan keseimbangan dalam berekonomi. Prinsip utam ekonomi islam adalah
kesatuan,keseimbangan,kebebasan dan tanggungjawab.

Soalan 2
Kepentingan ekonomi islam terhadap umat manusia yang utama adalah bertujuan bagi
memakmurkan alam ciptaan Allah ini. Manusia perlu memenuhi tanggungjawab mereka
sebagai khalifah, maka tuhan yang menciptakan manusia memberikan garis panduan dalam
berekonomi di dunia. Seterusnya sistem ekonomi islam bagi memenuhi keperluan hidup
manusia. Selain itu ia bertujuan bagi meningkatkan maslahah kehidupan manusia.
Dalam pengurusan harta mengikut syarak, perkara yang paling menjadi keutamaan adalah
mengenai asal usul atau sumber pemerolehan sesuatu harta tersebut sama ada ia melalui
cara yang dibenarkan syarak ataupun tidak. Dalam hal ini, Islam menegaskan bahawa
sumber harta harus berasal daripada sumber yang halal, sama ada melalui hasil
pendapatan, simpanan mahupun warisan. Sementara itu, hasil sumber harta yang tidak
halal mempunyai elemen-elemen haram seperti faedah (riba), urus niaga spekulatif (gharar),
rasuah, perjudian (maysir) dan penyelewengan (ghulul).

Soalan 3
Institusi ekonomi Islam adalah merujuk kepada Baitulmal, yang merupakan institusi yang
menyelenggara sumber-sumber pendapatan negara serta tempat menyimpan barangan
berharga dan harta amanah. Baitulmal berperanan penting dalam sistem ekonomi islam
seperti membasmi kemiskinan umat, menyediakan keperluan asas kepada asnaf,
meningkatkan taraf hidup masyarakat, serta sebagai sumber kewangan bagi membayar gaji
penjawat awam, tentera dan sebagainya. Selain itu, baitulmal berfungsi sebagai institusi
yang menjaga harta negara dan harta wakaf umat islam.

Anda mungkin juga menyukai