Anda di halaman 1dari 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

KUCHING, SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


(PDPP AMBILAN NOVEMBER 2018)

MPU2062

TUGASAN 8: LAPORAN REFLEKTIF

NAMA NO KAD PENGENALAN NO ANGKA GILIRAN


DENIE MAXWELL ANAK 930927136351 2018042370166
SEKEP

KUMPULAN / PROGRAM : SEJARAH KUMPULAN TIGA


KUMPULAN : PDPP AMBILAN NOVEMBER 2018
SEMESTER : TIGA
NAMA PENSYARAH : IPOT ANAK ANGKI
TARIKH HANTAR : 17 MAC 2020
1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu usaha bagi membina guru yang
berakhlak mulia, bersemangat juang tinggi, mempunyai ketahanan yang tinggi, mempunyai
ketahanan fizikal dan mental, serta bermanfaat kepada keluarga,masyarakat serta negara
selaras dengan nilai-nilai keguruan. Program Bina Insan Guru (BIG) PDPP Ambilan
November 2018 anjuran Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang telah dibahagikan kepada
tiga siri. Program BIG Siri 3 telah diadakan pada 9 Mac 2020 hingga 13 Mac 2020 bertempat
di Kem Alapong, Lundu. Kursus ini memberi penekanan kepada pembentukan diri guru,
holistik dan kontekstual. Peserta, selaku bakal guru juga akan diterapkan dengan pelbagai
ciri-ciri, potensi, citra diri seorang guru, keyakinan diri, membina daya saing yang tinggi dan
mampu melakukan refleksi diri dalam menghadapi pelbagai cabaran yang akan dihadapi
dalam menempuh alam profesion perguruan pada masa akan dating.

2.0 LAPORAN SEPANJANG AKTIVITI PERKHEMAHAN

Sebelum aktiviti perkhemahan bermula, sebuah taklimat telah diadakan oleh pensyarah,
En.Ipot di IPG Kampus Batu Lintang. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat menghadiri
taklimat tersebut kerana pada tarikh tersebut, iaitu 8 Mac 2020, saya masih berada dalam
perjalanan dari Miri menuju ke Kuching. Namun begitu, pengerusi Salleh bin Raduan telah
memaklumkan dalam media “Whatsapp” agar semua peserta wajib berkumpul di IPG Kampus
Batu Lintang sebelum jam 06:30 a.m. pada hari kejadian.

Semua peserta telah berkumpul di hadapan stor barangan IPGK Batu Lintang sebelum
jam 06:30 a.m. Sebelum bertolak, semua peserta bekerjasama mengangkat dan memunggah
semua perkakas serta peralatan yang diperlukan sepanjang program BIG berlangsung.
Peralatan dan perkakas tersebut telah disediakan oleh AJK Peralatan sehari sebelum hari
kami bertolak. Setelah memunggah semua peralatan dan perkakas ke dalam bas, taklimat
ringkas oleh En. Mohd. Mahdi@Nibi bin Abdullah diadakan bagi menjelaskan aktiviti dan
perjalanan ke Kem Alapong, Lundu. Peserta mula bertolak ke Kem Alapong pada jam 08:00
a.m. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit dan para peserta tiba di Kem
Alapong pada jam 10:15 a.m. Setibanya di lokasi, semua peserta memunggah keluar
peralatan dan perkakas dari bas dan diletakkan di dapur yang telah disediakan. Kemudian,
semua peserta dikehendaki berkumpul di dewan Kem Alapong untuk mendengar taklimat
keselamatan daripada En. Mohd. Mahdi@Nibi bin Abdullah dan Pengerusi Eksekutif Kem
Alapong, Tuan Haji Reduan bin Tuah. Semua peserta akan bergilir-gilir menjadi ketua
kumpulan, penolong ketua, tukang masak, kawalan keselamatan pada waktu malam, AJK
Kebersihan dan sebagainya. Setiap peserta akan bergilir-gilir menyandang jawatan tersebut
setiap 12 jam untuk memberi peluang kepada semua peserta menggalas tanggungjawab

1
yang sedia ada. Kami juga masing-masing diberikan tanda nama dan juga wisel keselamatan.
Sebelum beredar, semua peserta dikehendaki menyerahkan telefon bimbit dan barang
berharga masing-masing untuk disimpan di dalam peti keselamatan. Selain mengelakkan
kecurian atau kehilangan barang berharga, para pensyarah juga berhasrat untuk kami
menikmati program kami tanpa gangguan luar selain ingin kami berkenalan dengan lebih
akrab antara satu sama lain. Apabila taklimat tamat, kami diberi masa untuk mendirikan
khemah, membuat gajet, menyediakan makanan tengah hari dan solat bagi peserta
beragama Islam.

2.1.1 Membina Rakit

Setelah tamat makan tengah hari dan solat, kami berkumpul di hadapan dewan
terbuka Kem Alapong untuk sesi membina rakit. Kami telah menerima panduan dan tunjuk
ajar daripada En. Mohd. Mahdi@Nibi bin Abdullah berkenaan cara-cara untuk membina rakit
dengan menggunakan ikatan lilit balak. Setiap rakit yang dibina memerlukan empat orang
peserta. Aktiviti ini bukan sahaja memberikan pengetahuan tentang membina rakit yang betul
dan mampu terapung, malah ia juga mengajar nilai Kerjasama antara ahli kumpulan. Jika
tiada Kerjasama, maka rakit yang dibina mungkin tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang
telah ditetapkan. Ia juga mungkin tenggelam atau terbuka semasa diapungkan di laut.
Misalnya, kami terpaksa membuka lilitan rakit kami walaupun hampir siap kerana salah
seorang ahli kumpulan kami, Jessica memberikan teguran kerana lilitan yang dilakukan salah.

2.1.2 Water Confident.

Setelah selesai membina rakit, kami turun ke laut untuk aktiviti Water Confident.
Sebelum turun ke laut, kami dikehendaki untuk menggunakan jaket keselamatan. Untuk
aktiviti ini para peserta didedahkan dengan alatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti
di air seperti wisel dan Bouyancy Aid. Penerangan tentang cara penggunaan diterangkan oleh
En. Mohd. Mahdi@Nibi bin Abdullah. Beliau juga menerangkan cara mengapungkan diri
ketika berada di atas air. Perkara ini adalah perlu dititikberatkan terutama ketika berlaku
kecamasan di air dan kita boleh menyelamatkan diri. Kemudian kami dikehendaki untuk saling
berpegangan tangan dalam kumpulan 5 hingga 6 orang ahli dan pergi ke kawasan laut yang
dalam. Dalam kumpulan, semua peserta perlu mengapungkan diri sambal berpegangan
tangan. Pengalaman yang saya peroleh daripada aktiviti ini adalah selain kerjasama, saya
perlu yakin terhadap diri sendiri dan juga rakan sepasukan. Jika tidak, mungkin kumpulan
kami tidak dapat mengapungkan diri dan tenggelam di lautan. Begitu juga semasa dalam alam
pekerjaan sebenar, nilai kerjasama berpasukan perlu ada dalam sesebuah organisasi agar
semua urusan atau program dapat berjalan dengan lancar.

2.1.3 Latihan Dalam Kumpulan: (Ice-Breaking) dan Taklimat Abseiling.

2
Selepas membersihkan diri dan makan malam, kami berkumpul semula di dewan
terbuka Kem Alapong untuk sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh
kaunselor Pn. Aniza binti Adil. Antara aktiviti yang dilakukan adalah para peserta dipecahkan
mengikut tahun kelahiran, bahagian tempat tinggal dan mengikut kenalan. Dalam LDK, kami
diberikan sehelai kain putih, kertas sebak dan marker. Kami dikehendaki mencipta nama
kumpulan, motto dan sorakan. Kemudian, setiap kumpulan diamanahkan dengan sebiji bola
pingpong, sebuah cawan plastik dan gelang getah. Setiap kumpulan perlu memikirkan cara
untuk memasukkan bola tersebut menggunakan bahan yang disediakan tanpa menyentuh
atau memegang bola tersebut menggunakan tangan. Dalam aktiviti ini, kumpulan kami
merupakan kumpulan terakhir yang memasukkan bola tersebut ke dalam baldi. Hasil daripada
aktiviti ini, saya mendapati kelemahan yang ada dalam kumpulan kami adalah kurangnya
komunikasi antara ahli kumpulan. Hal ini menyebabkan kerjasama antara kami sangat lemah.
Nilai kepimpinan juga kurang dalam kumpulan kami kerana tiada seorang pun yang bertindak
untuk mengetuai kumpulan kami dan memberikan arahan menyebabkan banyak arahan dan
cara yang dikemukakan bercampur-baur. Semasa memberikan refleksi berkenaan dengan
kejayaan dan kegagalan setiap ahli kumpulan, kami juga ditegur oleh En. Mahdi supaya
memberikan komen atau refleksi dengan jujur dan merujuk kepada diri sendiri, bukan
menyalahkan orang lain mahupun keadaan sekeliling. Akhirnya, kegagalan untuk merancang
dan berkomunikasi dizahirkan melalui kegagalan kami dalam aktiviti tersebut. Walaupun
gagal, kami banyak belajar daripada kesilapan kami.

Selepas sesi LDK tamat, kami diberikan taklimat berkenaan dengan aktiviti abseiling
yang akan diadakan pada esok hari. Peserta diajar tentang teknik memasang peralatan
seperti figure of eight, iron lock, karabiner, abah-abah (harness), tali kernmantle, ascender
dan juga alat keselamatan seperti topi keselamatan dan sarung tangan kulit. Peserta juga
diberi peluang untuk melakukan simulasi.

2.1.4 Moral / Roll call Pagi / Nyanyian Lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku / Malaysia Cergas.

Sebelum Malaysia Cergas dan roll call pagi dimulakan, peserta beragama Islam akan
berada di surau untuk Solat Subuh manakala bagi peserta yang bukan beragama Islam, kami
akan mengikuti sesi Moral yang dipimpin oleh En. James Siba. Malaysia cergas pada pagi ini
dimulakan dengan laporan kekuatan bilangan peserta dan diikuti dengan nyanyian lagu
Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Selepas itu Guru pembimbing memberikan taklimat tentang
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang hari ini terutama langkah-langkah keselamatan
yang perlu diambil kira oleh para peserta. Malaysia cergas pada hari kedua memerlukan kami
untuk berjoging sejauh 2km yang dipimpin oleh pensyarah sendiri. Larian kami berakhir di
pantai pandan (berdekatan Kem Alapong). Pada hari ketiga pula kami dikehendaki berlari

3
sejauh 5km. Manakala pada hari terakhir, aktiviti Zumba dikendalikan oleh beberapa orang
peserta wanita.

2.1.5 Abseiling

Pada hari kedua, selesai sarapan pagi, kami diberikan taklimat oleh pensyarah tentang
aktiviti yang akan dilakukan. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 hingga 4
akan menjalankan aktiviti kayak manakala kumpulan 5 hingga 8 akan menjalankan aktiviti
abseiling. Rasionalnya adalah untuk menjimatkan masa dan mengelakkan air pasang
terutamanya untuk aktiviti berakit. Oleh kerana kumpulan saya merupakan kumpulan 7, maka
kami dipertanggungjawabkan untuk membawa peralatan abseiling seperti figure of eight, iron
lock, karabiner, abah-abah (harness), tali kernmantle, ascender dan juga alat keselamatan
seperti topi keselamatan dan sarung tangan kulit. Kami juga dikehendaki membawa bahan
mentah seperti ikan, beras, air bersih dan peralatan memasak yang lain. Setibanya kami di
lokasi kejadian, kami diberikan taklimat sekali lagi oleh En.Kamarudzaman Hj. Mohd. Ali.
Semua ketua kumpulan perlu berbincang untuk membahagikan tugas masing-masing.
Setelah berbincang, selaku ketua kumpulan 7, saya dan ketua kumpulan 5, 6 dan 8 sepakat
untuk membahagikan kami kepada dua kumpulan. Kumpulan 5 dan 6 akan menjalani
abseiling terlebih dahulu, manakala kumpulan 7 dan 8 akan memasak untuk semua kumpulan.
Setelah dua kumpulan pertama selesai, mereka akan menggantikan dua lagi kumpulan untuk
memasak sementara kumpulan 5 dan 6 melakukan abseiling. Aktiviti abseiling telah dipantau
dan dikendalikan oleh para pensyarah dan petugas di Kem Alapong. Dalam aktiviti ini, banyak
perkara baru yang saya pelajari. Selain kerjasama dan ilmu abseiling, saya juga mempelajari
bahawa pentingnya musyawarah atau tolak ansur dalam sesebuah organisasi. Ia mampu
melancarkan program atau rancangan sesebuah organisasi di samping membantu guru untuk
meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat bersama serta
bertanggungjawab kepada pasukan.

2.1.6 Berakit

Kumpulan yang selesai melaksanakan aktiviti abseiling (kumpulan 5 hingga 8) mula


turun ke laut untuk aktiviti berakit. Semua peserta dipadankan dengan pasangan masing-
masing. Dalam aktiviti ini, saya berpasangan dengan Nurul Akma binti Tio dari kumpulan 6.
Kami dikehendaki berkayak sehingga ke pinggir pantai berdekatan dengan kem Alapong.
Sepanjang berkayak ke lokasi yang telah ditetapkan, kumpulan kami berjaya berkayak tanpa
jatuh ke dalam air. Setelah tiba ke pinggir pantai, semua kumpulan mengangkat dan
mengumpulkan kayak yang telah digunakan di hadapan dewan terbuka Kem Alapong. Kayak-
kayak tersebut kemudiannya dibuka ikatannya dan dicuci satu-persatu pvc yang digunakan
untuk membina rakit. Setelah selesai mengemas dan mengeringkan jaket keselamatan,

4
kumpulan kami dibenarkan untuk membersihkan diri, berehat dan minum petang sementara
menunggu kumpulan 1 hingga 4 melengkapkan aktiviti abseiling.

2.1.7 Latihan Dalam Kumpulan: Pembentangan

Pada sebelah malam, pembentangan LDK pada kali ini peserta dikehendaki untuk
membentangkan nama kumpulan, misi dan logo kumpulan. Dalam LDK kali ini, kumpulan 7
memilih nama TOP (Transform Our People). Selesai pembentangan, ulasan diberikan oleh
En. Mahdi dan juga kaunselor Pn. Aniza tentang logo dan juga maksud logo. Peserta harus
berhati-hati dalam merangka logo agar tidak menjadi sebuah jata atau lukisan. Logo yang
dicipta juga tidak boleh mengandungi unsur-unsur keganasan.

2.1.8 Kembara Hutan dan Pendidikan Konservasi (Flora & Fauna)

Aktiviti ini telah dijalankan padahari ketiga (11.03.2020) dan dikendalikan oleh En.
Kamarudzaman Hj. Mohd. Ali dan dipantau oleh semua pensyarah yang terlibat. Sehari
sebelum aktiviti ini dijalankan, En. Kamarudzaman telah memberi taklimat dan simulasi
penggunaan kompas dalam usaha mencari arah menggunakan bearing yang diberikan
kepada semua ketua dan penolong kumpulan. Saya (penolong) dan Jessica (ketua) telah
dipertanggungjuawabkan untuk membimbing kumpulan 7. Kumpulan 7 telah menyediakan
semua peralatan memasak seperti mess tin, parang dan juga bahan-bahan untuk memasak
semasa berada di dalam hutan pada malam sebelum hari kejadian. Kumpulan kami berjaya
melalui dan meredah hutan hanya berpandukan kepada bearing yang telah diberikan oleh
pemandu yang terdiri daripada pekerja Kem Alapong. Setelah kami tiba di lokasi yang
ditetapkan, kami bersama-sama dengan kumpulan 8 bersama-sama memasak untuk
makanan tengah hari. Kami juga mengagihkan tugas kepada dua bahagian. Oleh kerana
kekangan masa, setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk membentangkan tumbuhan,
haiwan atau serangga yang telah kami pilih sepanjang berada di perjalanan untuk sesi
Pendidikan Konservasi. Bagi yang tidak terlibat, mereka perlu membersihkan kawasan dan
juga memasak. Selesai makan tengah hari, kami membersihkan kawasan dan semua sampah
dibawa keluar dari hutan. Kembara Hutan selesai pada jam 4:45 p.m.

2.1.9 Masakan Rimba

Bagi aktiviti ini pula, setiap kumpulan diberikan bahan seperti ayam, ikan, durian, buluh
dan juga beberapa bahan mentah yang lain. Semua kumpulan perlu melantik dua orang wakil
untuk pertandingan ini. Selain rasa, kreativiti persembahan makanan juga akan diambil kira.
Kumpulan kami, diwakili oleh saya sendiri dan Fazilah (Sejarah 1) telah menyediakan
hidangan seperti Ayam Pansuh, Ikan Kukus 3 Rasa, Cucur Ikan Bilis, Pengat Durian dan lain-
lain. Sementara ahli kumpulan lain pula membantu untuk menyediakan hiasan untuk hidangan

5
dan juga persediaan untuk persembahan untuk malam kebudayaan. Aktiviti ini berakhir pada
jam 8:30 p.m.

2.1.10 Malam Kebudayaan

Kumpulan 7 telah mempersembahkan sebuah persembahan mash-up lagu-lagu yang


telah kami pilih dan digubah liriknya bersesuaian dengan tema aktiviti sepanjang program
Bina Insan Guru.

3.0 REFLEKSI: ANALISIS SWOT

Amalan reflektif amat penting dalam profesion perguruan. Ia bukan sahaja mampu
mengelakkan kesilapan yang sama berulang, bahkan juga mampu menambahbaik kualiti
pengajaran mahupun perlaksanaan program pada masa akan datang. Dalam refleksi ini,
analisis SWOT digunakan untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
yang ada.

3.1 Kekuatan (Strength)

Sepanjang program Bina Insan Guru yang dijalankan, saya melihat pengalaman sedia
ada sebagai kekuatan saya sepanjang program. Ilmu sedia ada seperti teknik ikatan,
penggunaan kompas untuk aktiviti kembara hutan, masakan rimba telah dipelajari hasil
pengalaman lalu semasa Perkhemahan Unit Beruniform pada tahun lalu (Semester 2).
Pengalaman tersebut telah saya gunakan untuk membina gajet, membina dan mengikat rakit,
mencari arah berpandukan bearing dan juga menggunakan elemen alam sekitar untuk
kelangsungan hidup.

Selain itu, kesediaan untuk belajar dan memperbaiki diri juga dilihat sebagai kekuatan
sepanjang kem ini dilaksanakan. Sepanjang kem ini berlangsung, walaupun banyak kesilapan
yang dilakukan terutamanya semasa aktiviti berkumpulan dilakukan, hari demi hari ianya
dapat diatasi. Misalnya, dalam LDK: Ice-breaking, kumpulan 7 merupakan kumpulan terakhir
memasukkan bola tersebut ke dalam tin yang disediakan. Namun begitu, setelah amalan
refleksi dilakukan pada malam tersbut, semua ahli memberikan komitmen dan kerjasama
yang tinggi. Setelah daripada itu, setiap aktiviti yang dijalankan berjaya dilaksanakan.

Kekuatan yang seterusnya adalah kesabaran yang tinggi. Dalam aktiviti berakit, setiap
peserta diberikan pasangan masing-masing berpadanan lelaki dan perempuan. Pasangan
saya, Nurul Akma binti Tio dari kumpulan 6 kurang mempunyai kekuatan fizikal. Walau
bagaimanapun, aktiviti kayak memerlukan kayuhan yang senada dan seimbang. Jika salah
seorang penumpang rakit tersebut tidak mahu memberikan kerjasama dan memadankan
kayuhan agar rakit seimbang, maka mungkin rakit yang kami naiki akan terbalik dan kami

6
jatuh ke dalam laut. Walau bagaimanapun, saya dan pasangan berjaya berakit ke lokasi yang
ditetapkan tanpa jatuh ke dalam laut.

Selain itu, kekuatan yang dilihat juga adalah kepakaran guru-guru (pensyarah) dalam
mengendalikan aktiviti. Ilmu - ilmu yang disampaikan oleh semua pensyarah ini
sememangnya amat berguna kepada diri saya khususnya untuk kegunaan pada masa yang
akan datang. Selain memperoleh ilmu pengetahuan, saya juga dapat mempelajari tentang
cara - cara seseorang itu memberikan penjelasan kepada anak didik. Berdasarkan
pemerhatian saya, cara semua pensyarah menyampaikan penerangan sememangnya sangat
berkesan kerana saya mampu memahami segala perkara yang mereka terangkan. Perkara -
perkara yang ingin disampaikan juga menggunakan bahasa yang mudah, malahan terdapat
unsur lawak turut diterapkan agar para peserta tidak berasa bosan untuk mendengar
penerangannya. Melalui pemerhatian, penghayatan dan pemahaman cara - cara mengajar,
maka saya dapat menggunakan serta mempraktikkan kaedah pengajarannya semasa
menjalani praktikum ataupun mengajar kelak.

Keinginan untuk mempelajari sesuatu yang baru dan berani mencuba juga kekuatan
yang dilihat membantu sepanjang perlaksanaan program ini. Berani mencuba merupakan
elemen yang perlu ada dalam setiap diri pendidik. Dalam program ini, banyak ilmu
pengetahuan baru yang diperoleh. Misalnya, teknik abseiling dan juga berakit yang mana
merupakan pengalaman pertama saya. Jika perasaan takut atau gayat tidak dapat diatasi,
maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tambahan pula, antara kekuatan yang dapat dilihat sepanjang perlaksanaan program
BIG adalah keupayaan pengerusi/penghulu dalam berkomunikasi dengan ahli-ahli
jawatankuasa yang lain. Saya selaku bendahari BIG Siri 3 sering berhubung dengan
pengerusi, Salleh bin Raduan berhubung dengan hal yuran peserta. Ia sedikit sebanyak
melancarkan urusan saya dalam menguruskan kewangan kumpulan Siri 3. Beliau juga turut
membantu saya selaku bendahari bertanggungjawab memastikan perkakas yang hilang
digantikan dengan perkakas/peralatan yang baru seperti yang diminta.

3.2 Kelemahan (Weakness)

Antara kelemahan terbesar yang dilihat pada diri saya sepanjang program ini
berlangsung adalah kegagalan untuk berkomunikasi dengan berkesan. Perasaan malu masih
lagi menebal dalam diri kerana program BIG pada kali ini melibatkan para peserta daripada
kumpulan PDPP Nov 2018 yang lain seperti DINI, TAHFIZ, TESL, SEJARAH 1 dan RBT. Sifat
introvert menjadi penghalang diri sendiri untuk berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain
kerana masih belum mengenali rakan yang lain. Hal ini sedikit sebanyak memberi impak

7
kepada prestasi bukan sahaja secara individu, malahan dalam kumpulan. Sebagai contoh,
aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (ice-breaking). Dalam aktiviti tersebut, kumpulan kami
merupakan kumpulan terakhir yang memasukkan bola tersebut ke dalam baldi. Hasil daripada
aktiviti ini, saya mendapati kelemahan yang ada dalam kumpulan kami adalah kurangnya
komunikasi antara ahli kumpulan. Hal ini menyebabkan kerjasama antara kami sangat lemah.
Nilai kepimpinan juga kurang dalam kumpulan kami kerana tiada seorang pun yang bertindak
untuk mengetuai kumpulan kami dan memberikan arahan menyebabkan banyak arahan dan
cara yang dikemukakan bercampur-baur.

Selain itu, saya juga melihat kekurangan diri saya sendiri dalam aspek percaya kepada
rakan sepasukan. Saya cuba untuk memonopoli dan mengambil peranan dalam semua aktiviti
yang dijalankan menyebabkan rakan-rakan sepasukan yang lain tidak berpeluang
menonjolkan diri mereka. Hal ini berikutan daripada pemerhatian saya sendiri, melihat
bahawa mereka sering kali mengelak untuk tampil mengambil alih peranan tersebut. Walau
bagaimanapun, setelah bermuhasabah diri, saya berpendapat bahawa saya tidak semestinya
memonopoli aktiviti tersebut. Mungkin rakan-rakan sepasukan berasa segan untuk menonjol
dan saya selaku ahli pasukan sepatutnya memberi sokongan dan dorongan kepada ahli-ahli
lain agar mereka lebih produktif.

Kelemahan diri yang dilihat pada diri saya sendiri juga adalah kurang kreativiti. Hal ini
jelas dilihat semasa pertandingan Masakan Rimba yang dijalankan. Selaku wakil kumpulan,
saya seharusnya lebih kreatif dan harus berfikir diluar kotak dalam menyediakan hidangan
tersebut. Misalnya, dari segi persembahan makanan, saya sepatutnya lebih kreatif dalam
menggunakan bahan-bahan yang disediakan agar ia lebih menarik dan semula jadi. Saya
melihat persembahan kumpulan 5 lebih menarik dari segi persembahan makanan kerana
mereka menggunakan kulit durian, tumbuh-tumbuhan liar, bunga yang dipetik dari hutan dan
tempurung kelapa yang diperoleh dari kawasan sekeliling (Kem Alapong dikelilingi pokok
kelapa) menjadikan persembahan makanan mereka sangat menarik.

Saya juga lemah dalam menguruskan kumpulan dengan lebih teratur. Misalnya,
sepanjang program ini berlangsung, saya gagal untuk mewujudkan jadual kerja sepanjang
saya mengetuai kumpulan 7. Jadual amat penting dalam profesion perguruan bagi
memudahkan urusan guru dan juga menyempurnakan tugasan guru supaya dapat
dilengkapkan pada tarikh yang telah ditetapkan. Penggunaan jadual dalam program ini juga
tidak kurang pentingnya. Selain memastikan penglibatan ahli dalam tugasan kumpulan secara
menyeluruh, pengurusan organisasi juga dapat dipastikan berjalan dengan lancar.

8
3.3 Peluang (Opportunity)

Banyak peluang dan juga ilmu baru yang saya peroleh daripada program Bina Insan
Guru yang dijalankan ini. Antaranya adalah kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah yang
saya peroleh daripada aktiviti yang dijalankan adalah berfikiran kritis. Kemahiran ini jelas
ditonjolkan semasa aktiviti Pendidikan Alam Sekitar, Kembara Hutan, Masakan Rimba dan
Latihan Dalam Kumpulan.

Kemahiran kepemimpinan, kemahiran berkomunikasi yang baik serta kemahiran


mengakses, menganalisis, mensintensis maklumat juga diperoleh sepanjang program ini
berlangsung terutamanya apabila semua ahli kumpulan bergilir-gilir menjawat jawatan yang
diwujudkan. Sebagai contoh, dalam program ini selain menjawat jawatan bendahari kumpulan
Siri 3, saya juga diberikan peluang untuk mengetuai kumpulan 7, menjadi tukang masak,
berkawal pada waktu malam (AJK Keselamatan Kumpulan 7), AJK Kebersihan Kumpulan 7
dan sebagainya. Selain menonjolkan nilai kepimpinan dalam diri, ia juga melatih diri saya
sendiri agar lebih mahir untuk mewujudkan komunikasi berkesan dalam kalangan peserta.
Saya juga banyak belajar tentang kemahiran berkomunikasi daripada pensyarah dan juga
kaunselor sepanjang aktiviti-aktiviti program BIG dijalankan.

Kemahiran beradaptasi juga saya peroleh terutamanya semasa aktiviti Kembara


Hutan dan juga apabila kami memasak di tepi pantai sewaktu aktiviti abseiling dijalankan.
Contohnya, semasa Kembara Hutan, saya menggantikan buluh dengan kayu hidup sebagai
alternative untuk memasak ayam. Rancangan awal kumpulan 7 untuk memasak ayam pansuh
menggunakan buluh terpaksa dibatalkan berikutan buluh sukar untuk dicari pada masa itu.
Mess tin yang dibawa juga tidak cukup untuk memasak ayam kerana sayur juga perlu dimasak
pada masa itu. Untuk menjimatkan masa, menu pansuh ditukar menjadi kebab ayam.
Kerjasama dan kolaborasi antara ahli kumpulan juga dapat ditingkatkan hari demi hari
sehingga menjadikan ahli kumpulan 7 menjadi akrab.

Pengurusan waktu juga lebih teratur kerana tiada gangguan daripada luar berikutan
telefon bimbit masing-masing dikuarantinkan oleh pensyarah. Maka, kami dapat berhubung
dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih rapat dan masa juga digunakan sebaik
mungkin tanpa adanya penghalang.

Selain itu, saya juga berpeluang meluaskan jaringan kenalan saya dengan lebih luas.
Saya berpeluang mengenali rakan-rakan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang
agama, kaum, peringkat umur, asal-usul, bangsa dan sebagainya. Rakan-rakan peserta
program juga datang dari pelbagai latar belakang pendidikan. Sebagai seorang guru, memiliki
ilmu pengetahuan yang luas tidak terbatas kepada sesuatu bidang yang khusus. Jika guru
mempunyai jaringan maklumat yang luas, maka ianya merupakan satu kelebihan kepada guru

9
tersebut. Ia dapat mendidik anak-anak murid agar tidak memfokuskan ilmu pengetahuan
terhadap suatu bidang tertentu semata-mata.

Saya juga berpeluang untuk memperoleh kemahiran baru seperti kemahiran berkayak
dan abseiling. Dua aktiviti ini merupakan aktiviti yang pertama kali saya lakukan sepanjang
menyertai program ini. Saya dapat belajar peralatan yang sesuai digunakan untuk abseiling
selain kemahiran untuk turun daripada cerun yang curam. Selain itu, saya juga mempelajari
teknik yang betul untuk membina sebuah rakit yang kukuh di samping teknik mengapungkan
diri dengan betul jika berlaku kemalangan di laut. Namun begitu, pengajaran paling berharga
yang saya dapat daripada aktiviti ini adalah keyakinan diri dan nilai kerjasama. Aktiviti-aktiviti
ini mengajar saya agar lebih yakin diri dalam semua pekerjaan yang saya lakukan. Saya juga
perlu mementingkan nilai kerjasama kerana kejayaan saya juga bergantung kepada semua
orang di sekeliling saya. Jika rakan-rakan sepasukan tidak memantau dan membantu saya
semasa aktiviti abseiling atau berakit, saya mungkin gagal menuruni curam dengan selamat,
atau jatuh ke dalam laut semasa berkayak. Begitu juga semasa saya dalam alam pekerjaan.
Kerjasama dalam organisasi amat penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah dapat dilakukan dengan lancar.

Di samping itu, saya juga telah mempelajari tentang ketabahan dalam membuat
refleksi terhadap aktiviti yang telah dilakukan semasa program ini berlangsung. Amalan
reflektif ini mampu memberi ruang kepada diri saya untuk mengenal pasti kelemahan yang
ada pada diri saya dan menambah baik kualiti pekerjaan mahupun pengajaran dan
pembelajaran saya di sekolah.

3.4 Ancaman (Threat)

Ancaman yang jelas dilihat sepanjang program BIG berlangsung adalah cuaca.
Keadaan cuaca yang tidak menentu mungkin akan menyebabkan aktiviti yang dirancang
sepanjang program tidak dapat dijalankan. Lebih-lebih lagi aktiviti-aktiviti lasak seperti
kembara hutan, abseiling dan berakit memerlukan cuaca yang sesuai. Jika aktiviti yang
dirancang tidak dapat dijalankan, maka matlamat yang dirancang dalam program ini tidak
akan dapat dicapai oleh para peserta.

Selain itu, ancaman yang dapat dilihat adalah gangguan daripada pihak luar. Peserta
program Bina Insan Guru 2020 terdiri daripada guru-guru interim (PDPP November ambilan
2018) yang telah bertugas di sekolah masing-masing. Perjalanan aktiviti yang dirancang
sepanjang perlaksanaan program mungkin tidak dapat berjalan lancar sekiranya pihak
sekolah cuba menghubungi peserta berkenaan dengan tugas hakiki di sekolah. Hal ini akan
menyebabkan tumpuan peserta berbelah bagi dan tidak dapat menunjukkan prestasi yang

10
baik dalam aktiviti yang dirancang. Maka, matlamat yang dirancang dalam perlaksanaan
program mungkin gagal untuk dicapai oleh peserta program.

Tambahan pula, sifat pentingkan diri sendiri juga merupakan ancaman terbesar dalam
perlaksanaan program ini. Jika sifat ini wujud dalam diri masing-masing, maka program ini
akan memberikan impak yang negatif terhadap pembentukan nilai insaniah dalam diri peserta.
Misalnya, banyak peralatan yang disediakan bagi setiap kumpulan hilang dan semua
kumpulan tidak mahu mengakui kesilapan masing-masing. Walau bagaimanapun, nilai
kepimpinan yang ditonjolkan oleh Pengerusi, Salleh bin Raduan dan juga AJK Peralatan yang
diketuai oleh Junit anak Uli, pemeriksaan yang rapi dapat dilakukan. Peralatan yang hilang
juga berjaya dikenal pasti dan digantikan semula menggunakan wang yang dikumpulkan oleh
peserta.

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, program Bina Insan Guru ini mengajar peserta bagaimana mengurus diri
dan masa dengan baik. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga memberi kesedaran kepada
peserta, khususnya kepada diri saya sendiri bahawa masa itu emas dan harus dimanfaatkan
sebaik mungkin. Suasana hujan sepanjang program tersebut menyebabkan terdapat
beberapa aktiviti terpaksa diubah mengikut kesesuaian keadaan. Berkat kesedaran peserta
terhadap tanggungjawab dan amanah yang diberikan, maka peserta berusaha menjalankan
aktiviti sebaik mungkin. Kerjasama antara semua ahli juga menjadikan aktiviti menjadi mudah
dan dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, program ini turut mengajar peserta cara
menyesuaikan diri dengan rakan sebaya dan pensyarah. Peserta belajar berkomunikasi
dengan rakan dan pensyarah dengan baik. Hal ini adalah sangat penting supaya tidak kekok
apabila berhadapan dengan rakan sekerja yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan
juga berhadapan dengan ibu bapa serta masyarakat ketika peserta bertugas sebagai guru
nanti. Kerjasama dengan ahli kumpulan adalah amat penting. Sikap mementingkan diri sendiri
hendaklah dihapuskan bagi membentuk hubungan yang baik antara ahli kumpulan.
Kerjasama juga amat penting dan perlu ditekankan dalam aktiviti berkumpulan. Dengan
kerjasama, kerja yang berat akan menjadi mudah. Program ini amat mendidik peserta menjadi
seorang yang berdisiplin berpatutan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menuntut para
guru supaya menjaga tingkah laku dan etika perguruan walau di mana pun berada. Melalui
perlaksanaan program ini juga, setiap bakal guru yang menyertai program ini diharapkan
dapat melengkapkan diri bukan sahaja dari segi mental, tetapi juga dari segi ketahanan fizikal.

11
LAMPIRAN 1

PERSEDIAAN PERKHEMAHAN

TAKLIMAT DARIPADA PENSYARAH DAN TUAN HAJI REDUAN BIN TUAH

12
LAMPIRAN 2
PERSEDIAAN TAPAK PERKHEMAHAN

AKTIVITI MEMBINA RAKIT

13
LAMPIRAN 3

AKTIVITI WATER CONFIDENT

AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN

14
LAMPIRAN 4

AKTIVITI SOLAT/MORAL, ROLL CALL & MALAYSIA CERGAS

ROLL CALL

AKTIVITI MALAYSIA CERGAS

15
LAMPIRAN 5

AKTIVITI ABSEILING DAN MEMASAK DI TEPI PANTAI

16
LAMPIRAN 6

AKTIVITI BERAKIT

17
LAMPIRAN 7

AKTIVITI KEMBARA HUTAN

AKTIVITI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

18
LAMPIRAN 8

AKTIVITI MASAKAN RIMBA

PERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN

HARI TERAKHIR: MENGEMAS DAN MEMBERSIHKAN PERALATAN

19
LAMPIRAN 9

MAJLIS PENANGGUHAN DAN SESI BERGAMBAR

BIG PDPP NOV 2018 SIRI 3 & SEJARAH 3 BERSAMA MENTOR DAN PENSYARAH

20
LAMPIRAN 10

MENGEMAS DAN MEMBERSIHKAN PERALATAN

21